Tuesday, October 28, 2008
**SIRI SATU**
**dilema hati**

Malam kian larut saat aku menghabiskan masa menatap novel kesinambungan ombak rindu dan cinta tiada akhirnya. Rumah sewa ku seperti biasa sunyi tanpa kehadiran insan lain…entah berapa hari lagi agaknya aku terus menginap dirumah ku ini.ura-ura hendak berpindah telah aku cadangkan dan usaha mencari rumah baru masih kami teruskan.


Malam yang tenang ini menggamit aku mengingati saat-saat manis ketika bercinta…kadang-kadang aku gusar mengenangkan hubungan cinta yang entah bila berkesudahan. Ingin sendiri kadang-kadang terlintas difikiran aku…tapi aku takut meniti hari depan keseorangan.


Malah aku semakin murung bila mengenangkan kehidupan aku kini. Tiada keseronokan dan gelak ketawa yang menghiasi hari minggu ku. Hanya kesunyian yang mengetuk hidupku kini. Bekerja di syarikat berasaskan komputer adalah cita-citaku selepas aku menamatkan diploma di negeri adat pepatih.


Mungkin nasib menyebelahi aku..tak perlu bersusah payah mencari pekerjaan..adalah satu rahmat yang aku tunggu-tunggu. Kerja melamar tatkala menjelang hari jadi ku yang ke 24…perasaan gembira sukar aku gambarkan walaupun pendapatan yang aku terima tidak seberapa..namun aku pasrah mencari pengalaman bukan terletak pada nilai gajinya.


Tempat baru benar-benar mengajar aku hidup berdikari…sunyi..keseorangan mengajar aku menjadi tabah melalui usia kematangan diri..kesibukan hidup bekerja tidak sama lagi dengan kesibukan sebagai seorang pelajar. Kadang-kadang aku rindu dengan kehidupan itu dulu. Berbincang bersama melakukan tugasan, menganjurkan majlis untuk fakulti ku, kesibukan mengemas rumah sewa…semua itu kini hanya menjadi salah satu memori yang sukar aku lupakan.


Aku pun semakin lupa entah bila kali terakhir aku menjejakkan kaki ke shopping complex bersama orang tersayang. Nampak janggal agaknya pada penulisan. Namun hakikat ini telah lama aku sendiri tempuh…tanpa teman rapat…tanpa buah hati..tanpa keluarga di sisi aku benar-benar rasa tersisih sejak kebelakangan ini..hidupku hanya ditempat kerja dan selebihnya merehatkan diri di rumah.


Kadang-kadang aku mengimpikan kehidupan gadis kampung. Selepas SPM menjejakkan kaki ke kilang-kilang dan kahwin di awal usia 20-an. Mencari jodoh juga tidak sesukar dibandar. Malah calon orang sekampung atau ibu bapa sudah cukup untuk menjalani hidup berumah tangga. Usia seperti aku sekarang sepatutnya aku menimang ank kedua. Seperti liza dan juita, juga azura, sahabat seangkatan dengan ku. Sesekolah merangkap teman bermain semasa kecilku.


Namun aku masih sendiri meniti hari-hari ku. Menjadi seorang gadis yang keluar dari kampung mengejar ilmu dan bekerja di bandar menyebabkan aku lain dari mereka. Terdetik rasa cemburu mengenangkan mereka dilimpahi kasih sayang. Anak- anak mereka sudah ada yang menyarung pakaian sekolah rendah. Sedangkan aku…masih lagi bagaikan dianggap muda dan kebudak-budakan.


Sebenarnya aku rindukan keriangan yang dulu selalu mengepung aku. Membuat hari-hari ku berlalu dengan ceria. Malah, aku sendiri makin jauh dari kedua sahabat baikku…Aswad dan Saifudin. Entah apa khabar mereka agaknya. Aswad masih lagi bertungkus lumus menghabiskan degree nya di shah alam. Sedangkan Saifudin senyap tanpa berita. Kadang-kadang hanya SMS menitip tanda dia masih lagi mengingati aku.

Katanya dia bekerja sebagai salah seorang pramugara MAS.


Wani kadang-kadang ada juga menitip khabar berita, begitu juga nurin...sesekali lijah dan madu ada menghantar mesej-mesej persahabatan. Tapi aku sendiri tidak pasti kenapa aku masih merasa sunyi. Mungkin aku menjadi semakin serius dalam menghitung masa depan. Entahlah. Hajar entah apa ceritanya. Mungkin sejak mempunyai buah hati dia sudah lupa akan sahabat bernama RAZLINA ini. Mungkin juga dia telah berjumpa sahabat yang lagi baik dari aku.


Mengenangkan teman-teman yang aku pernah rapat dulu membuatkan aku merindui kemesraan itu. Namun aku sedar persahabatan akan berubah mengikut peredaran masa. Mungkin itu semua benar.


1 komen yang perlu dibaca:

  1. k.lin cam sedih sgt bunyi nya tuh...sara baca pon cm len jer..
    k.lin xseronok dok kt ptrajya nih..jauh ngn seseorg yer..xperla k.lin, pnglmn akan mengajar k.lin mnjadi seseorg..sabar ye...

    ReplyDelete

page

Followers