Wednesday, January 7, 2009

10 muharam....puasa dan penerangannya

hari ini adalah hari ke-10 dalam bulan Muharram mengikut kalender Islam.Pada hari ini, umat islam di galakkan berpuasa...puasa 10 muharam juga sempena hari assyura. Banyak kelebihan berpuasa pada 10 muharam. Tetapi amalan mestilah dilakukan dengan niat beribadah dan bukan untuk di tunjuk2.

Daripada Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: "Orang

Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada Hari Asyura, dan

Rasulullah SAW juga berpuasa pada Hari Asyura. Maka, apabila

Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan

menyuruh orang ramai berpuasa.

"Apabila difardukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan

puasa pada Hari Asyura, lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang

mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu

berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya." (Hadis riwayat

al-Bukhari & Muslim)

Analogi berpuasa sunat 10 muharam aku boleh gambarkan begini:


“Kita mempunyai rumah, tapi tak lengkap andai rumah kita dibiarkan kosong. Maka, peralatan yang asas adalah seperti ibadah wajib. Dan rumah kita akan nampak lagi meriah jika di tambah dengan aksesori seperti bungaan, gambar hiasan dan sebagainya”

walaubagaimana pun di ingatkan bahawa sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama adapada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.
Katanya, ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?
Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka. Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu. Maka Rasulullah berkata: "Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu." Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga padahari itu.
Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW


So bagi sesapa yang berniat untuk puasa pada 10 muharam adalah di galakkan..tapi lebih elok digandingkan dengan 9 atau 11 muharam..



so..kat bwh ni antara perkara yang berlaku pada 10 muharam..


PERISTIWA 10 MUHARRAM

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
* Nabi Isa diangkat ke langit
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.

* Allah menjadikan malaikat Jibrail.

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers