Tuesday, October 27, 2009

aku emosi @ dia yang celupar??

aku dah amik beberapa contoh selendang yang aku berkenan. aku dah ade beberapa contoh yang aku sendiri turun padang dan lihat. aku rasakan cantik. maka aku ambil untuk di jadikan contoh. tapi mood kali ini bukan untuk bercerita mengenai selendang aku. tapi...kaum bukan senegeri aku.

aku memang jarang bermesra jika orang itu tidak kena gaya. jika mahu tegur aku. tegur secara berhemah. bukan siul2 dan kemudian panggil aku dengan nama yang sememangnya bukan nama aku. tolong juga jangan mengurat secara murahan seperti
"eh eh...bekang suguh..ambo nok kenal"..dari aku mahu senyum..senyuman itu akan terus beku dan mencerut masam.

sebenarnya aku bukan faham sangat bahasa-bahasa mereka. mendengar sahaja aku sudah menjuih bibir. apatah lagi kalau kata-kata itu di tujukan buat aku. sekali lagi aku kata. jika mahu berkawan..sila tegur dengan tatasusila.

mahu dijadikan cerita. satu petang ahad aku di tempat kan di tengah-tengah pasaraya. pusat tumpuan sale yang kadang-kadang di announce. dan entah dari mana timbul seorang jejaka yang aku tidak kenali. aku lihat tag. memang salah seorang pekerja.

aku buat-buat tidak melihat. aku memang malas beramah mesra. aku lihat dari ekor mata memang dia tengah tersengih2 miang. aku biarkan.
macam tiada pilihan lain. aku juga ditegurnya.
p1: name sapa? (sebenarnya aku hampir lupa loghat percakapannya. maka aku tulis seperti biasa)
aku : hanya diam malas melayan. tapi aku menoleh juga.
p1: sobong deh. name sape?
aku:hanya angkat tag dan buat2 tidak tahu.

sungguh..kala itu aku memang tidak mempunyai perasaan ingin mengenal dia. apatah lagi ingin beramah mesra. cukup...
kalau dia seorang lelaki yang waras. dia akan terus beredar dari terus kacau aku. tapi ego dia sebagai lelaki mungkin jatuh di pijak2 bila aku buat tak endah. mungkin juga dia tidak sangka aku sesombong itu. huhuhu..peduli apa aku. ada aku kesah?

dan untuk memuaskan hati dia. dia melanjutkan pertanyaan. duduk mana...negeri mana umur berapa..then bila dapat point..dia trus shoot aku.
p1: "umo dah 25, blm kahwin..andartu la"..
time tu bukan setakat senyuman aku beku..malah..segala urat di kening aku mengecut. kali ini aku bukan hanya menyampah yang tumbuh dalam fikiran aku malah sudah sebati dengan pelik. aku toleh dia sekali. dan aku kerutkan kening dan dahi berpuluh2 kali.
heish...aku yang terlalu emosi atau dia memang seorang lelaki pelik yang tidak mempunyai rupa yang baik seperti sifat bergaul yang dimilikinya?

dia celupar. ya..aku simpulkan itu. dia tetap rasa dia bagus dari aku. WTH..nasib mulut aku malas bersuara hari itu. dan sebenarnya aku memang tak ingin meneruskan debat yang membuatkan rupa itu berada dekat dengan aku. dia ingat aku perempuan gedik yang akan melayan dia seperti perempuan yang dia jumpa sebelum ini. heh!!tolong ye...

dan...
bila lama tidak menulis..aku rindu dengan page love line aku....
Tuesday, October 20, 2009

tolong jangan.....

Rutin harian...yang aku rasa seronok walaupun penat. Orang-orang yang baru aku kenal memang mudah bergaul..kecuali 2 3 org muka agak bengis..ala..bengis macam mana pon..aku tak amik port..

tapi..sejak akhir-akhir ni aku rasa macam bersalah bila balik awal dari ofis. Jam berdetik 5.30...aku segera off PC..trus chau. Bagi aku, kerja tak mungkin habis walau aku stay sampai malam pun. Lagipun kerja kedua menanti aku jam 7.00 malam.
Memang agak letih. Badan pun makin senang dapat sakit..tapi sekurang-kurangnya masa luang aku terisi. Kalau aku berhenti dari kerja sambilan ini...ada sesiapa boleh bagi cadangan..apa sepatutnya aku buat??

  1. nak jual selendang juga?

  2. Buat service repair2 baju / sulam2

  3. jual kueh mueh

  4. bukak tusyen addmath/math kat kawasan rumah?

Alah..letihnya nak pk..aku ade gak cari supplier2 selendang2 cantik. Dan dah jupe satu..tapi aku pk jugak..nak jadikan sape pulak modelnya.

lagi 2 minggu dah nak event kat PICC..ofis dah start bz..smua dah buat muka tension. Aku pon makin tade mood nak tulis rutin hidup yang aku rasa makin bz sampai takde masa untuk diri sendiri..nak sambung novel hati aku pon terbengkalai dah jadinya.

Kata budi bahasa tu budaya bangsa. Tapi tak semua praktikkan benda tu..lagi-lagi kalau orang tersebut POYO (proud of your own)...bangga dengan diri sendiri. Kisah aku nak ceritakan kali ni dah biasa sangat kita tengok kat mana-mana pasaraya. Yang customer tu marah-marah cashier tak tentu pasal. Aku letak kat cni beberapa contoh

babak 1

cust : ei. Apehal harga mahal ni?? awak ni tak amik perkembangan semasa ke pasaraya awk ni? Teruk betul ah. Kan ada diskaun ni.

cashier : maaf encik. Kat cni takde steaker.Kami.......

cust : ah..pndai ar tu nak bagi alasan. Dasar cashier

(kalau pk secara logik...dekat pasaraya tu ade brape ribu barang untuk sorang cashier ingat stiap perubahan harga barang? ..kalau customer tu pandai tahap PHD pon..tak akan die leh ingat setiap inci benda)


babak2

cust : alah..lembap gle cashier ni buat kerja (cakap kunun2 bisik ngan awek kat sebelah)

cashier : maap encik. Pelanggan ramai. Sorry tunggu lama

cust : dah dah..kire ar cepat sikit. (sambil peluk2 n gesel2 ngan awek)

cashier :.......(buat muke cam tak selesa)

cust : woi. Ko buat aje ah keje. Sebok hal aku kenapa??

cashier : …...........

cust : hah..tak guna.

(pdhl cashier tu tak cakap apa..die yg mkn cili...yang rasa pedas..)


Babak 3

cashier : en. Benda ni kena pegi timbang

cust : owh lupa..awak pegi la timbangkn..

cashier :...........(terkedek2 berjalan cepat)

cust : lambat betol buat kerja

pdhl..pernah tak korang terfikir. Cashier itu juga manusia. Dan cashier itu juga berkelulusan seperti kita. So jgn pandang rendah pada kerja orang lain. Dan jangan rasa diri anda agung. Hormati orang lain seadanya
Friday, October 16, 2009

=avant-window-navigator on fedora=

bila tengok pc orang lain cantik-cantik guna icon pusing2. aku pon teringin nak jugak ade icon tu. tapi dieorg guna ubuntu. aku lak guna fedora. nak mintak sesape ajar..baik aku cuba belajar sendiri. btol x??
setelah aku try godeh2..aku pon cube2 la buat kat desktop gnome aku (setelah panel KDE aku ilang..muahahaha)..
ni adalah cara-cara ape yang aku buat.
1. bukak terminal
2. jadi ler root (su -)

3. rpm -ivhU http://rpm.livna.org/livna-release-9.rpm
(tapi sape2 yang dah install desktop effect..sila skip cara-cara ini. anda semua boleh active desktop effect di syste,->preferrence->look and feel->Desktop Effect)

4.dan..untuk install awn ni codingnya adalah yum -y install avant-window-navigator awn-extras-applets
5. lepas tu dah boleh launches the awn...dan customize ler sendiri..nak jupe awn manager kat mane?? same je macam step no 3 tu.

nak tau ape tu avant-window-navigator?? itu ha..icon kat bawah tu..leh customize kn..
Tuesday, October 13, 2009

takot tak bileee..........

Takot tak bile time bday sendiri..shari sebelum tu rasa berdebar macam ade org datang meminang kat kampung. Dan mak kamu terima tanpa bagitau

Takot tak bile time bday sendiri..malam tu kite rase macam sakit perut belah kanan. Tekan-tekan rasa macam sakit appendix..bila mengadu...nak kena sepak terajang??

takot tak bile malam bday rase tanak kawen sampai tua..sampaikan rasa nak hidup single pada usia 25..walaupun rasa pedih-pedih2 kat ati..tapi mulut cakap gak srh bf cari GF lain..smua tu jd masa malam bday sendiri...heh...

takot tak bila dah tiba hari bday...rasa macam pening kepala...sampai jalan kat opis rasa terhuyung hayang. Rasa nak naek moto pon goyang-goyang. Rasa macam mabuk arak. Jalan tak stabil. Tapi tetap buat muka suka. Buat muka gembira sebab dah capai usia 25..

hah......maybe smua tu aku rasa sebab aku dah tua....benci bila rasa tua..tapi kadang-kadang bangga. Bila orang tanya...
“baru lepas SPM ek??” dan dengan bangga aku jawab..
“tak larh....umo dah 25...”..
mesti tuan empunya badan yang bertanya tu terjegil-jegil tak percaya..dan aku balas ngn senyum2 sumbing...tapi..kadang-kadang rasa tak enak sebab umor dah tua..

kalau aku balik kampung..budak-budak kampung yang muda belia..dah kendong anak..aku mula terasa jadi anak dara tua..walaweiii...tak sedap weh prasaan ni. Maybe..aku patut naek krete mahal ballik kampung..supaya orang akan cakap..
“dah lah pandai...skang dah berjaya..kawen lambat pon takpe..”hhehehhehe....

Tq pada smua kawan-kawan aku yang wish...tapi kebanyakannye wish..smoge aku cepat kawen...pdhl..same-same melalui zaman andartu bersama..haha...

time bday camni mula la start rindu idop bujang time sarah n tepet kat sisi..
malam bday mesti pegi makan bsame2..huk..huk..sdey..=(
tepert kat penang...sarah dah kawen..
takkan malam bday sendiri kacau rumah tangge orang pulak..naseb ah malam ni..aku kerja..so tak trase kehilangan itu..

skang ni tgh layan lagu dari hinder..myb sbb layan lagu2 keras camtu..sakit kepala makin rase terhuyung hayang..uhhhhhh..tapi yang peliknya..tak sakit pon..cume rase tak stabil..knape ek? sape leh komen knape..
sebab aku dah tua? atau perasaan sendiri je?
smoge umur 25 ni membawa banyak perubahan pada diri ini..
senyum itu sinar hati..
dan semoga aku tersenyum dengan dia di sisi


Monday, October 12, 2009

sarah......tamatnya zaman bujang..


sabtu. 10 October 2009.
lokasi : mentakab pahang.

hari sabtu lepas..sarah menamatkan zaman bujang. lutin dah sah menjadi suami dia. rasa sayu bila ayah sarah meng akad kan dia. tertitis air mata lutin bila sarah sah menjadi pasangan dia.

bila di imbau kembali, perkenalan lutin dan sara adalah secara kebetulan. sukan berkuda yang di pelawa oleh UiTM negeri sembilan tidak kami lepaskan. dan diner malam itu menjadi detik pertemuan lutin dan sara.

tahniah sarah.

apa yang menarik hari itu adalah tok kadinya. bukan main berceloteh panjang. debaran yang di nanti bagai bisa menusuk hati. sarah tak senang duduk. dada lutin hampir pecah menahan getaran. dan hari ini...............mereka telah sah menjadi suami isteri.

thanks to osz..sbb drive kami slamat pergi dan pulang. dan wajah-wajah ceria kami mengimbau kenangan lama bersama.

buat sara..conferter n cadar yang kami hadiahkan tu..pakai lah sampai ke anak cucu..=)...

wajah ceria..kawan-kawan...


Kompang dipalu pengantin baru
duduk bersanding tersipu malu
kompang dipalu pengantin malu
berbahagia keanak cucu

Kompang dipalu pengantin baru
duduk bersanding tersipu malu
kompang dipalu pengantin malu
moga bahagia keanak cucu

kami doakan moga berkekalan
slamat sejahtera
hingga akhir zaman

Monday, October 5, 2009

picture of mine..

lokasi: taman wetland putrajaya..

1st skali aktiviti di buat pada hujung mggu adalah berjogging..dah lama gila tak work out..baru jog cket kaki da sengal2...badan nek sakit...gatal sluruh badan mula menjelma walaupun sbenanye baru je jog dalam 100 meter pertama. benda paling allergic n membuatkan aku tak suke berlari2...

walaupun satu masa dulu aku seorang yang gagah...setelah badan naik..mood+tahap kemalasan pon dah berubah. so..sabtu lepas adalah usaha pertama selepas beberapa tahun badan montel ini tidak xcersice..dulu..kalo tak jog pon..aktiviti menari stil di lakukan. skang...club pon dah hancur musnah ditinggalkan...nak work out pun jgn kata ah..mimpi aja...

lepas ni..azam bulan oktober adalah pergi berjogging setiap hujung mggu. walaupun perut buncit berjaya dikurangkan sepanjang bulan pose..stil ada buncit yang tertinggal..nak buat sit-up 100 kali?? haha..nek katil...baring2 kejap..trus lelap..
tak pun..lepas makan depan tv..tarik kusyen..terus melangkar jadi ular sawa..akibat tabiat buruk tu..terpaksa la setiap hujung mggu aku terpaksa bangun awal. kalau tak..pakai baju sanding nnti...4 sure lebih perut dari dada...=)..

so..layan je ah beberapa pict yang aku amik sepanjang berjog tu..

mim yg budget brani

time ini..tersangat lah gayat..nmpak je macam rendah..dah naik..baru tau..rasa kena merangkak je nek..sbb tangga jarang2 dan nampak bawah..so ngeri

banyak sgt bunga..tapi ini bunga sebelah aku..so ia adalah bunga bertuah hari itu




ha tgk..dia kn mmg ske bgaya time amik gamba
*********************************************************
balik berjogging...
pegi jusco..so sementara tunggu si mim jemput..sempat lagi take a pict lagi..

lokasi : bandar putra permai



dan yang ni lak dalam guest room JUSCO equin...cute kan..huhu..dan..acara mencuba baju diteruskan..

lokasi: guest room Jusco...atas sofa biru yang sedang2 ajer empuknya




dan..aku nak bagitau..aku memang menggilai warna hitam putih..tapi bf aku kata...warna tu terlalu old school..dia suruh aku cuba warna terang..tapi..bkn ke orang berkulit gelap mcm aku takleh pakai wane terang2..sdeykn ;(..huhu..

erm..aku nampak makin tembam kn?? bukan kah tembam itu menarik?? hehe..kalau waktu aku kurus dulu 1. aku senang terkehel..asik kene berurut je 2. pakai baju smua longgar2.. 3. nak cari saiz baju pon susah..apelagi nak bli bj krg da siap..(tapi raya tahun ni..aku leh pakai baju saiz M..M= medium ok...baju pemberian kak arni). 4. tade bontot..smpaikan cikgu menari aku slalu tepok punggung aku sambil kate "time atas pentas kang..ikat bantal kat punggung awk tu..cpt..tonggek lg..lagi..lagi..."..pdhl..aku rase cam dah tergeliat dah pinggang tonggekkan punggung...haha
5. nampak macam jin bergerak..n nampak tak kuat..

tapi..sekarang tidak lagi..=)..
dan aku nak bagitau..montel itu seksi....nk tau kat mane...ala..tafsir lah sendiri..=)

dan nak tgk aku dalam uniform??
nah..amik skeping
cutekn............

page

Followers