Saturday, December 19, 2009

cinta biasa - bermulanya episod cinta

hari ini malam satu muharam. lama tidak menjengah blog dengan utusan cinta. kunjungan orang ramai juga semakin perlahan. erm...selain kemarahan, soal cinta sahaja aku hadapkan. kadang-kadang sahaja info menarik aku kongsi bersama. akhir tahun 2009, kalau dulu akhir tahun lah merupakan saat menyiapkan segala report, tapi 2009 adalah waktu senggang. blog aku sudah tidak berada di planet OSCC. ya tahniah. walaupun satu pengiklanan yang baik, aku terpaksa berundur diri. kini aku juga makin bahagia.

cinta aku..biasa-biasa sahaja. tidak ada langsung kisah dogeng cinta aku yang aku sajikan. iyalah.kami kan pasangan biasa yang bercinta. bukan si cantik dan si kacak rupawan yang menjadi tatapan umum pun.

aku benar-benar keputusan idea. malah yang lebih tepat..kebanyakan kisah cinta sahabat aku makin kurang. kebanyakannya telah memeterai janji sehidup semati. org ckp..bila dah kahwin. semua benda itu rahsia laki bini. dan aku..minta maaf..aku tidak suka kacau daun. dan kalau dah terpatri janji..baik buruk pasangan jangan pula tidak dapat menerima seadanya.

ada juga terdengar suara menyindir..katanya "alah..bercinta lama-lama belum dapat menjamin akan hidup bersama..belum tentu bahagia"..hm..aku?? bersabar sahaja la...mentang-mentang dia sudah menjalin ikatan..selayak benar mengata aku begitu. sedangkan hubungan kita ini memang tidak hakiki. kata saja dia telah meterai janji...nasibnya masih juga sama seperti aku.
janji boleh dimungkiri dengan hanya satu ayat.
bak kata iklan megi...soal kata..lidah boleh bohong..soal rasa........

kan cinta itu juga melibatkan rasa sayang. kalau aku boleh bercinta lama..seiring sejalan..takkan aku tidak boleh berumah tangga aman. yang dijanjikan pada aku pun bukan siang dan malam..bukan segunung intan berlian..bukan juga satu orbit dunia. tapi..aku cuma di janjikan kesetiaan.

bagi kamu..cukup atau tidak kesetiaan itu di janjikan untuk sebuah perhubungan?

bagi aku ya. terima kasih sayang. dunia kita hanya perlu setia. dan aku hanya perlu kamu untuk membentuk dunia aku. hairan bukan.......

kalau kamu hairan. kamu carilah dunia kamu sendiri. apa yang kamu harapkan dari seorang yang bergelar pasangan. setiap orang..pasangan dia tidak serupa. ada yang begini..ada yang begitu..pendek kata..macam-macam. dan disini. aku menulis kerana mungkin dan aku berharap..pasangan aku dapat memang dia..dan si dia itu begini dan begitu.
haha..pening bukan? sila abaikan..

aku sudah kata..cinta aku tidak extravaganza. jika mahu berkongsi..mudah..aku dan dia masih lagi sebagai teman, rakan ketawa, berkongsi cerita. cinta kami begini
1. jika hati aku susah. dia orang pertama tempat aku meluah. aku mahu dia dodoikan aku dan tenangkan perasaan aku.
2. jika aku gembira..aku paling mahu dia ketawa bersama. mengucap tahniah. aku mahu kembang dengan pujian-pujian dia
3. jika aku cantik. aku mahu dia tertarik. aku mahu dia memuji dan mengatakan aku wanita surinya yang mampu membuatkan dia ingin sentiasa bersama.
4. jika aku comot. aku mahu dia yang mengesat dan menyisir aku. biar aku jadi comel dan manja dalam pelukan dia. aku mahu dia mengurus aku. biar aku boleh merengek dan berlagak seperti anak kecil.
5. dan jika aku bersedih, aku sentiasa mahu..dia menjadi bahu tempat aku bersandar, dada tempat aku meluah dan jiwa untuk aku meresah.

dan selama ini..aku sangat berterima kasih sayang..
kau sentiasa tahu..jika aku perlu kamu.

aku cuma ingin berpesan. kamu lihatlah kemata pasangan kamu, nilailah sebaiknya..dan jika kau tahu dia di takdirkan bersama. bersyukurlah. sila jangan dengki dengan pasangan yang lain. orang yang bisa mengecap bahagia ialah jika orang itu sentiasa menghargai apa yang dimiliki..

dan ingtlah bahawa.
cinta kita hanya cinta biasa dan disinilah ia bermula

6 komen yang perlu dibaca:

  1. lagi org dengki dan burukkan2 kita lg murah rezeki kita lynn....jgn risau selagi kamu berdua di jln yg benar dan kamu menjaga cinta biasa itu sebaik yg mungkin...semoga kamu sentiasa berbahagia selamanya....amin.

    ReplyDelete
  2. benar..semua itu pasti mendapat ganjaran yang setimpal. sama-sama kita menjaga cinta NAD..=)

    ReplyDelete
  3. nape kite nk jage cinta NAD same2 lak?
    bia la dier jage sendiri.ceh..

    ReplyDelete
  4. ala..ayt tu berbunyi begini.
    sama2 la kite menjaga cinta ye cik nad..
    ces

    ReplyDelete
  5. hahaha....lawak la korang...
    kan da kena pembetulan bahasa la pulak....

    ReplyDelete

page

Followers