Saturday, February 27, 2010

stail lelaki..

ha..
sila tengok.
pipi sudah tembam..bontot makin lebar..muka makin kedut..:(
tapi rasa hari2 tetap same. kalau nak dibanding beza 10 tahun dulu dengan sekarang..yang banyak berbeza adalah kehidupan.
dah lama tak tulis entry ringan aje..cerita hal2 peribadi.
shit btol fesbuk..
aku nak pi buang akunye link ke blog dr ctu..tak jupe lak..
dah la sekarang panas membahang, mood pon jd tak ok. rase nak letup2 kan kepala orang je.
dengan perasaan de motivated n insecured lg..haih payah..

aritu..ade sekali, aku balik kg. then mak aku tbe2 tanye lg soalan cepu emas..
"kau kawan da lame..bila nak ikat??"
aku tunduk diam je..dan aku buat2 tak dengar. orang tua, kalau dah sebut soal tu..memang susah nak berenti. kan ke senang time mak aku cakap2 camtu datang putera raja kaya dari mana2 pinang aku.

aku pk balik fakta2 orang yang kawen cepat. kebanyakan orang yang kawen seusia aku sekarang, umur hasben dieorang mestilah 30 thn ke atas. yang mana time waktu ni..adalah waktu sesuai lelaki mendirikan rumahtangga. bersedia dengan komitmen dan berkemampuan. so salah aku jugak dulu, tak nyanyi banyak2 kat dapo, sebab tu sampai sekarang tade orang tua yang dtg minang.

walaupun aku rase jadi lelaki payah, tapi jd perempuan ni lg susah sebab bila umur macam aku orang da chop sbg anak dara tua..:)..tapi time aku kerja dulu, aku tengok rilex je orang2 keliling aku tak kawen. mungkin jodoh tak sampai. even jiran akk aku pun tak kawen sampai tua. sekrang ni aku jupa ramai gak lect perempuan tak kawin. aku pk gak knape..then aku simpulkan sbg..time dieorang muda dulu, dieorang bercinta jugak, tapi lelaki yang dieorang kawan tu tak bsedia nak hadapi komitmen, taraf hidup tak tetap, main3kan perasaan dieorang. sedangkan dieorang adalah wanita sofistikated, pandai, berjaya dari segi hidup. lalu..say gudbye adalah langkah terbaik dari membabitkan diri dari kancah masalah

tapikn,,mesti bengang bila, masa kawan dengan kita, punyalah liat nak kawen, tak bersedia nak ade komitmen la...takde duit la..tapi bila putus tak sampai setahun, tau2 je dia da tunang nak kawen. haha..
itu namanya ape?
aku pun perhatikan benda ni. biasanya 2nd couple kepada lelaki yang pernah menjalinkan hubungan dengan perempuan dlm tempoh masa lama akn mendapat untung.
kenapa aku ckp macam ni? sebab
1. lelaki tu myb da serik hilang awek. so trus ajak 2nd couple kawen cepat2
2. dieorg ckp mls nk bazir duet byk2
3. dah gian sgt nak kawen
ha..nak salahkan sape tu?

dari point of view aku plak, aku lg kesiankan dkt awek 1st tu sbb
1. da la penat tggu jantan tu, sbb dah tak thn mintak ah clash..sbb couple da lame sgt tade prubahn.
2. dia akan menjadi orang yang sggp bersusah pyh bertahun2 tapi kurang dihargai sebab bila couple da lame..smua tu da jd lumrah. iyalah..perempuan bukan berkira sgt.

dan kesimpulannya. jgn couple lame2 sbb
1. rugi
2. tak dpt ape pon

sebab..kawen tu tak sama dengan mase couple..:)..so..mari2 mengorak langkah mencari pasangan baru. couple 3 bulan..trus kawen @ suruh je emak bapak ko terima pinangan orang kg.
yelah..kalau ikotkan..dah berlambak da org msk merisik. sbb tggu sorang...habuk pun takde..
tapi..
setiap orang tu kn ade jodoh masing2.
*****************************************
notakaki: kwn aku si peah rase2nya da clash. kesian kat dia. mcm tu ah lelaki. time nak di timang2. time tanak men buang. takpelah peah. myb nak dpt org yg lg bgs tu..:) go go chaiyuk girl..kumbang bukan se ekor, tapi memang susah nak jupa kumbang yang setia pada 1 bunga. sifat asal dieorang..
TAMAK & HALOBA..

Wednesday, February 24, 2010

berita terkini..siapa yang perlu bijak?


sejak duduk kembali di asrama, masa berpoya-poya dan menonton rancangan TV terpaksa dilupakan. dan kalau berkesempatan, aku perlu melayari suratkhabar online utk mengetahui berita terkini.
tak lama lagi bulan 3 da nak start. bulan 3 akan ada school based experience 2 minggu, dan cuti semester selama 1 minggu. cuti -cuti pon..kemungkinan kursus bina insan guru jatuh pada hari cuti tersebut.
sekarang tengah kecoh berkenaan pengharaman perarakan maulidur rasul. tak kisah la di surat khabar, di status2 facebook, tak kurang juga penulis blog. semua mengulas berkenaan hal ini. aku sekadar mahu berkongsi idea. aku tak mahu, setiap insan yang tahu berfikir..ketandusan idea untuk berfikir secara waras berkenaan hal ini.
ini pendapat aku, secara jujur, ini pendapat peribadi.
banyak blog berkata, perkara ini di politik kan, dan bersetuju bahawa, tidak salah membatalkan perarakan tersebut. pelbagai cara lain boleh di buat, dan perkara ini semakin berlanjutan bualannya.
mungkin...alpa @ setiap manusia itu lupa, setiap perkara yang dilakukan itu mempunyai niat tertentu. ada orang kata...berarak itu bida ah semata..hm??? komen??
aku tidak kata orang itu jahil. tidak.
memang benar, perarakan itu tidak pernah di wajibkan. dan mungkin, ia telah menjadi satu kebiasaan dari kita. semua itu benar. tidak ada yang salah wahai sahabat dan ahli pemikir.

aku fikir..semua itu adalah satu pendekatan mulia, pendekatan mengingati junjungan besar kita. tidak salah berkumpul dan mengingati baginda, berarak sambil berselawat, menjalin ukhwah yang erat sesama agama. aku cuma ingin berpesan,
kawan,
jika tidak gemarkan parti, jangan campur aduk kan dengan agama. itu penting.
berarak itu salah satu amalan mulia yang cuba di terap kerajaan, pendekatan yang dari dulu aku rasa berjaya. tapi, aku juga tidak menyangkal bahawa, lagi elok jika perarakan itu di tukar ke majlis agama. tapi kita kena melihat kesesuaian majlis, sambutan orang ramai dan kesediaan hati masing-masing untuk menyertai.
menjadi lumrah manusia sebenarnya, perkara yang menyeronokkan pasti akan mendapat lebih sambutan. so dari cni. tepuk dada..tanya lah hati.

ramai berkata, berarak bukan main, tapi...rasuah..mengumpat..dan pelbagai maksiat masih diteruskan..utk apa..
hai kawan. jika aku kata kamu bodoh..kamu tidak akan mengaku, jika aku katakan kamu pandai...tidak pula nampak tandanya..:)
jika sekali pun kau buat ceramah agama, pendekatan lain, berjuhud dan berjihad semua. jika hanya kau yang mengimarahkan majlis tersebut..berjaya atau tidak membanteras dan memusnah semua gejala negative itu? jawapannya pasti tidak BUKAN?

dan disini, penekanan aku,
jangan kau hanya menunding jari atas apa yang orang lain lakukan jika kau tidak tahu apa makna kebaikan. dan jangan pula kau bodoh, mengikut orang yang sudah2 tentu kurang arif dengan agama kau.
sebagai insan, fikir, mana yang baik itu, jadikan sempadan, yang buruk itu, jadikan tauladan.


Tuesday, February 23, 2010

watikah perlantikan


ok..
sekarang ni dah bukak blog di sini. sgt berterima kasih dengan keprihatinan pihak tertentu. bagi aku sendiri..nak buat ape block2 benda yang takde apa nak di block, lain lah laman web lucah or what.

dan sekarang ini, kiranya sangat suka kerana boleh update blog. boleh share2 cerita dan sebagainya. dan tak lupe..lepas ni boleh la share gambar2 yang aku dah snap sepanjang kat cni. aktiviti yang menarik aku join setakat ini adalah
1. larian mesra
2.makan malam bersama JPP
3.watikah pelantikan
dan tak lupa juga hari sblm watikah tu.
macam2 nak kena buat. bunga telur, tepak sirih, bunga manggar..and even backdrop pon kiteorang sendiri siapkan. no exco yet. tapi..kene gak kerah kerja. nasib la AMT aku sangat2 memuaskan hati dan tidak merungut bila di suruh buat tugasan. sgt2 bersyukur.
rasa menjadi salah seorang AJK tertinggi di sini sangat menggembirakan.
1. sebab boleh berkongsi pengalaman
2. dapat membanding beza, apa itu pengurusan di maktab dan pengurusan kepimpinan di U
perkara pertama yang cukup lain adalah
1. kalau dulu, adhock tak datang buat kerja wlpn dah di pesan..lepas tu boleh bambu je..yelah..tau nak glamer..tapi keje hampeh..memang dah lama da aku sembur..tapi sekarang....terpaksa byk bersabar..yelah..dengan budak2..maunye tibe2 je aku marah..menangis kang
2. time menulis sekarang ini, aku tengah sakit perut sebab period pain. so..mood adelah sangat tidak ade..patut ah bf aku ckp..2 3 hari ni asik mengamuk n wat perangai aje.
3. kat sini, pihak kepimpinan lebih bergantung kepada penyeliaan HEP, semua adalah bergantung kepada hep, berbanding dengan kepimpinan U, aku rasa..semua adalah self relience.


dlm kelas ni..:)
nk wat vdeo guna muvi maker..asignment tuh..
da..tata


Friday, February 19, 2010

penyabar..itu sifat cikgu


ok..
bukan senang hidup di tempat blogspot telah di band. kongkongan sangat lah terasa bila tidak boleh meluah idea di sini. sorry to all.. lama gila tak berkongsi cerita. hidup sekarang cukuplah lain berbanding zaman aku berblog dulu-dulu. kali ini..ayat mesti jernih..baru mencerminkan aku bakal guru yang benar-benar mampu mendidik anak murid..eceh..

1st skali sblm terlupa..congrat to astriyana anuar..wedding dia aritu..n to yana OSCC n EIJAT..dah bertunang da dieorang..:)

kehidupan di institut perguruan sangat lah tidak sama macam universiti. masuk universiti kita rasa kita orang yang pandai. tapi masuk ke sini memerlukan seorang yang
1. mentalnya sihat
2. fizikalnya cergas
3. otaknya juga cerdas
bila anda mempunyai pakej dan yang penting mempunyai azam. sila..mohonlah KPLI sebagai pilihan anda. waktu paling sarat adalah bila aku terpaksa berlari padang 3 pusingan. lompat jauh..lontar peluru..main hoki.semua itu setakat ini aku lakukan dengan senyuman. bakal cikgu berhemah la katakan.
macam-macam aku ingin lakukan perubahan bila mengajar. semangat sudah ada..cuma aku cukup takut terpengaruh dengan environment sedia ada. de motivated oleh senior yang akan cakap aku
1. budget bagus
2. takde pengalaman tunjuk pandai
3. pembodek guru besar

aktiviti aku dah cukup padat dengan semua jadual akademi. tapi untuk menjadi insan yang seimbang. aku stil tawarkan diri utk hias board math yang belum siap2. join kumpulan kepimpinan pelajar di Institut dan kalau boleh, aku nak join balik kelab tarian.
even that. nak wujudkan satu website JPP guna joomla. :). memperluaskan bidang open source ke mata para pendidik.

setakat ni. aku rasa belum lagi ade kait mengait entry aku dengan tajuk. ye tak.
ok..sebenanye..cikgu lina taktau nak letak tajuk ape..

kebanyakan entry lepas ni pasti berkisar kehidupan di institut sepanjang mengikuti kursus ini sebelum posting.
pk2..asik belajar..bila nak kawen ye?
mak......tolong kawen kn sy..


Wednesday, February 10, 2010

.tiada tajuk.

aku baru baca satu artikel apa-guru-perlu-tahu-tentang-guru.
muhasabah diri itu perlu kadang -kadang
dah balik ke maktab. hidup agak lemas dengan tugasan. tapi tetap ada keseronokan dengan cara yang lain. orang lain tak rasa berpindah randah macam aku.
tadi..cuba menjawab soalan akhir tahun. gementar tatkala mendengar soalan di baca. sungguh. kertas itu lagi rumit dari kertas sebelum ini. mungkin jugak sebab aku dah lama tidak menjawab sebarang peperiksaan. hampir 2 tahun barangkali.=).
ketandusan idea sebenarnya benar - benar mengganggu penulisan aku. tatkala aku duduk berangan sahaja, bagai mencurah idea itu..bila tatkala jari mula memetik papan kekunci, entah kemana idea tadi kering terserap. maka..entri sangat jarang kunjung tiba.
urusan papan iklan di tanah pusaka mak ayah masih lagi tergantung. lambat sungguh syarikat itu bertindak. aku selaku client hanya perlu melihat dahulu perjanjian yang telah di buat. suruh di emel pada aku. haram..dekat 6 bulan menunggu. alasan memang banyak diberikan. tunggu sahaja hujung minggu ini. kalau ada rezeki mak ayah..dapat la bergoyang kaki..bersenang lenang..=)
nyata perasaan aku. rindu telatah nakal 2 Elite, gurauan 4 Dedikasi. Mereka itu memori. sangat gembira dan teruja rasa hati aku tatkala melihat mereka amat berselera meratah mee sup yang aku sediakan. penat lelah 1 malam bersama hidayah bagai hilang di tiup angin. dan tika itu aku sedar. keikhlasan tidak mampu di bayar dengan apa jua.
aku gembira, mereka memuji masakan aku, kad - kad comel sebagai pengganti diri menunjukkan mereka menghargai aku. kalau mereka mahu tahu. aku pun sayangkan mereka. marahkan mereka supaya mereka menjadi pandai. denda mereka supaya mereka sedar. yang mana salah yang mana betul



~.lynn.~

page

Followers