Tuesday, September 21, 2010

pilihan mana lebih berkat..

alkisah..
setelah lama cik lina tak menjadi doktor chenta..
dan entry kali ni..cik lina nak ajak semua berfikir, pilihan mana yang lebih elok sebenarnya.
watak cerita ini cukup la ada 3 orang watak utama, dan pelakon sampingan adalah family 2 belah pihak
pelakon utama terdiri dari

1. fira
2. ewan
3. haikal

nak dijadikan kisah..biarlah cik lina cerita sedikit sebanyak latar belakang watak untuk lebih jelas lagi cerita yang cik lina nak sampaikan. bukan sahaja boleh dijadikan iktibar, malah kita sama - sama dapat fikirkan jalan penyelesaian.

si fira, anak gadis berpengetahuan agama cukup luas. asal usul dari keluarga sederhana. tapi boleh sahaja di gelar mereka mewah. fira tergolong dalam anak gadis bijak pandai. boleh di kategorikan juga cantik dan putih melepak. hmm..masalah cik lina adalah..selalu mengkategorikan orang berkulit cerah sbg cantik. tapi..cantik tu kan subjektif..fira jenis yang menurut kata.

ewan ni agak susah familynya. keluarga agak berantakan. Ayah kahwin dua. ibu sakit dan dia belum lagi mempunyai pendapatan tetap. Bukan mahu mengata atau apa. si ewan sifatnya keras dan jarang bertolak ansur. baginya apa yang di katanya, mesti di anggukkan hm..

si haikal. kelulusan bagus, ada rupa dan ada harta. bagi aku mungkin jika tidak mengenali si haikal boleh mengkategorikan sebagai pilihan mentua.

nak dijadikan cerita..parent si fira mahu sekali menjodohkan fira dengan haikal. tapi fira pilih ewan. cik lina sangat kesian bila lihat si fira. di perbodoh - bodohkan sewenangnya. cik lina mahu sahaja kata si fira seperti sudah termakan nasi kangkang lagaknya sampaikan nasihat orang tua sendiri tidak makan dek hatinya.

orang kata, pertama kali kita bolehla nasihat dan dengar cerita. dari situ kita anggukkan dan tidak mengenal lagi jantan pilihan si fira. macam tu jugak la cik lina fikir untuk dia. sekali di perbodohkan, cik lina fikir biasa la..adat bercinta mesti bertolak ansur. hidup seperti berkongsi. tapi bila sudah selalu mendengar, kucing pon boleh muntah darah..apa lagi manusia. di nasihatkan....
fira tetap jugak dengan pilihan hati
mak ayah dah pilihkan si haikal
masih jugak si fira degil.
hmmm...
mahu sahaja cik lina katakan. memang padan dengan muka si fira. bila time bahagia, kentut pun wangi. bila gaduh berperang. mulalah macam dunia ini tak aman. =(

bukan seorang dua manusia yang cik lina jumpa peelnya sebegini. masak sungguh sudah. kesnya lebih kurang sama si fifi yang cik lina pernah ceritakan dulu. ada beberapa siri entri cik lina buat. masa bahagia, kita nasihat, langsung tak pakai.
bagai dunia itu indah milik berdua.
sekarang. fifi tu sudah hidup sendiri. akhirnya, jodoh mereka memang tidak panjang. tapi putus setelah bertunang. kan dah payah melibatkan ibu bapa.
yang ni si fira pula.

kalau kamu semua la..disumpah dengan perkataan "moga kau cepat mampus.."..agak2...berapa lama kamu semua ambil masa untuk maafkan?
cik lina?
mau tak kan maafkan kowt. tapi cuba lupakan.
life must going on kan..




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, September 19, 2010

betul ke pakcik itu pakcik saya.

hari ini
macam hari - hari semalam
hari ini datang lagi seperti hari - hari semalam.

esok..dah start mengajar kembali lagi. 2 minggu tepat tidak masuk ke kelas. rasa buntu sungguh mau menghadapi hari perpisahan yang tak sampai lagi sminggu. tidak berpeluang juga menjenguk kelas 4 dedikasi. mesti satu hari. sangat rindukan mereka. telatah gelagat.
dan..
selamat kembali ke maktab cikgu lina..(*.*)
dan selamat menjalankan kembali tanggungjawab sebagai penolong pemimpin di sana.
hmm..
bila agaknya nak habis ni..

sebenarnya dah lama sangat tak tulis entry.
tak tulis rasa sunyi.
erm..
cerita pasal raya la kot.

raya..macam biasa la..pergi menziarah saudara mara. atuk nenek dan sepupu sepapat.
nak cerita yang ni..
cerita sebelum raya dulu.uh2..lari topic..lari topic

30 ramadhan.
awal pagi lagi cik lina dah siap2 mandi. sebab hari ini niat mau memasak untuk esok. elok je pukul 10 pagi..dah siap bahan-bahan masakan cik lina potong-potong. tak tau la niat rajin tu datang dari mana.hehe
then. cik lina terus je masak. kalau kat johor. ada istilah 'mengunjung' makanan..kiranya kita kasi jiran - jiran terdekat la juadah. pagi lagi cik lina da start da sediakan bahan untuk masak tomyam. niat suci tu memula nak masak sup daging je.
owh..penat cerita pasal ini..--> so conclusionnya siap la beberapa jenis masakan
1. tomyam

2. sambal goreng jawa

3. ayam sambal

dan bergerak la cik lina dan adek bagi2 makanan ni. okeh stop.
yang cik lina nak cerita adalah ini..hehe
cik lina mengunjung masakan tadi sampai la ke kluang. dan entah kenapa. punya la banyak stesen minyak di bandar kluang. cik lina singgah satu stesen minyak mobil.
cik lina bayar minyak
then cik lina jerit dari pintu mobil srh adek cik lina tutup lampu kete.
ntah dari mana.
datang sorang pakcik bertopi. bercermin mata menyampuk
"btol tu. tak tutup lampu, kesian kat orang kat dalam..silau"
sebagai gadis sopan. cik lina cuma senyum pada pakcik yang tidak dikenali itu.
hehe
then pakcik tu tetibe je ikot ke pam minyak tmpat kereta kami.
hm..ntah kenapa..time tu la nozel mobil tu macam ada masalah pulak.*rfgenh*
dalam hati dah cukup menyumpah. tapi nasib hari tu cik lina sungguh sopan dan bersabar.
pakcik tu trus ambil nozel dari tangan cik lina
dalam hati *ewah2 pakcik ni*
tapi mulut cik lina berkata seperti ini "oh..tak ape pakcik. saya boleh buat sendiri.takpe"
sebenarnya..jelas sekali pakcik tu memakai baju kakitangan mobil.=) tapi kan cik lina stil boleh tuang minyak sendiri.
adegan berebut nozel itu sah2 di menangi pakcik itu. cik lina pon biarkan je. trus main viper blakang.

(di bawah ini perlu di tulis dalam bentuk dialog)
bila pakcik tu dah berjaya memenangi nozel, dan cik lina di belakang, trus dia berbual dengan adek cik lina
begini ceritanya
pakcik : pakcik rasa, kamu ni macam anak sedara pakcik
adek : (buat muka hairan dan pandang cik lina)hmm...
cik lina : *geleng aje* dan isyarat kat adek cik lina tak kenal
adek : pakcik salah orang kowt..(uhuhu)
pakcik : hmm..mungkin jugak la kowt..

tapi..sesungguhnya..pakcik itu sangatla tidak berputus asa. beliau kembali mencari topic perbualan.
pakcik : ni, nak balik mana ni?
adek : balik ke batu pahat pakcik
pakcik : batu pahat di mana?
time ni cik lina dah bukak pintu kereta. duduk di dalam. wehehe. adek cik lina masih setia di muka pintu kerana pakcik itu sangat ingin berbual
adek : di seri me*** pakcik
pakcik : seri me*** di mana
(dalam hati cik lina dah merungut2 kate pakcik ni menyibuk..huhu)
adek : hmm...seri da**** 8..
pakcik : erm..bukit beta**** kan?
sesungguhnya. time ni adek dah terkilas2 memandang aku kerana ngeri. aku pulak buat muka hairan kerana pakcik ni sungguh arif dengan kawasan tempat tinggal kami. aku amati muka pakcik tu. iye..langsung aku takde pakcik rupa camtu. heisyh..takot2..
then pakcik tu macam perasan je kiteorang macam cuak. dia terus je tanya nama ayah dan emak. SAH. dia kenal mak ayah kami.
rasa hairan tu bertambah - tambah.
cik lina fikir..mungkin itu pelanggan abah kot. mungkin pernah datang ke rumah 2 3 kali untuk ber urut. cik lina kan anak tukang urut.
tapi ayat yang memeranjatkan kami adalah bila beliau berkata..
"INI UDA NI... pak uda..."

cik lina pandang adik. dan adik pandang cik lina. pakcik...??
btol ke pak uda??

sambung la ye..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, September 2, 2010

alhamdulillah.

Akhirnya..
tamat da aku punye observation for praktikal. sangat la terharu bila dah habis semua tu. penat, memang penat. tapi harap - harap kepenatan ini akan berbaloi. dah lama sangat la tak masuk kan any teaching aids untuk penggambaran.
topic last untuk major hari tu adalah volume of liquid. kanak - kanak sangat suka bermain air. patutnya kelas hari tu buat kat padang. baru la luas..hehe..boleh la kanak - kanak bermain riang membancuh air.
untuk observe math kali ni. cik lina buat biasa - biasa je. takde yang special sangat pon. apa yang di beli cuma pewarna je. kiranya memang dah habis idea sebenarnya nak buat macammana.
dan hari ni. cuma ulangkaji. preparation for monthly test 3. walaupun cik lina kat skolah ni sangat sementara. tapi sangat risau dengan prestasi budak yang cik lina akan tinggalkan tak sampai 2 minggu lagi ni. macam mana kalau cik lina dah tade kat skola ni nanti...dieorang stil tak kuasai apa yang cik lina ajar.
rasa risau ini sangat mengganggu fikiran cik lina.
kalau la anak murid cik lina faham dengan apa yang cik lina fikirkan.
budak - budak.
bukan faham apa lagi. yang dieorang tau. main..main...main...
baru la cik lina faham perasaan cikgu cik lina dulu. cik lina sangat tidak kisah kalau mereka bermain tetapi mereka murid yang bijak. di ajar senang melekat. =(..owh muridku sayang.
mentaliti cik lina agak berubah sebenarnya.
cik lina mungkin lagi sesuai mengajar di desa - desa.
tapi cik lina cukup faham. ada hikmah kenapa cik lina pilih PUTRAJAYA untuk praktikal kali ni. mungkin jugak sebab cik lina ni diberi peluang mendekati family yang rata - ratanya pegawai kerajaan. segala birokrasi, kemarahan, kawalan diri..cik lina cukup belajar di sini. yelah. kalau cepat melatah..mau la di saman.
cik lina rindukan sekolah desa.
cukup rindu.
setiap hari menjenguk kelas..pasti ramai yang tertunggu - tunggukan kita.
dan lagi beberapa bulan cik lina akan menjadi guru sebenar. sangat gementar.
dan kadangkala terlintas, benar atau tidak jalan yang di pilih cik lina.
mampukah kudrat cik lina memikul tanggungjawab yang sepatutnya di galas cik lina hingga maut menanti.
gelaran itu, cik lina sudah tempah.
tapi ragu - ragu..paling tidak..tetap bersarang dalam hati cik lina.
sudikah lelaki itu mengambil cik lina yang hanya sebagai guru ini sebagai suri hidupnya.
dan sudikah dia menerima cik lina seadanya cik lina.
hm...
sudah berfikir panjang mengenai masa depan.
looking forward april next year.
doakan bersama. kebahagiaan kami.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers