Tuesday, September 21, 2010

pilihan mana lebih berkat..

alkisah..
setelah lama cik lina tak menjadi doktor chenta..
dan entry kali ni..cik lina nak ajak semua berfikir, pilihan mana yang lebih elok sebenarnya.
watak cerita ini cukup la ada 3 orang watak utama, dan pelakon sampingan adalah family 2 belah pihak
pelakon utama terdiri dari

1. fira
2. ewan
3. haikal

nak dijadikan kisah..biarlah cik lina cerita sedikit sebanyak latar belakang watak untuk lebih jelas lagi cerita yang cik lina nak sampaikan. bukan sahaja boleh dijadikan iktibar, malah kita sama - sama dapat fikirkan jalan penyelesaian.

si fira, anak gadis berpengetahuan agama cukup luas. asal usul dari keluarga sederhana. tapi boleh sahaja di gelar mereka mewah. fira tergolong dalam anak gadis bijak pandai. boleh di kategorikan juga cantik dan putih melepak. hmm..masalah cik lina adalah..selalu mengkategorikan orang berkulit cerah sbg cantik. tapi..cantik tu kan subjektif..fira jenis yang menurut kata.

ewan ni agak susah familynya. keluarga agak berantakan. Ayah kahwin dua. ibu sakit dan dia belum lagi mempunyai pendapatan tetap. Bukan mahu mengata atau apa. si ewan sifatnya keras dan jarang bertolak ansur. baginya apa yang di katanya, mesti di anggukkan hm..

si haikal. kelulusan bagus, ada rupa dan ada harta. bagi aku mungkin jika tidak mengenali si haikal boleh mengkategorikan sebagai pilihan mentua.

nak dijadikan cerita..parent si fira mahu sekali menjodohkan fira dengan haikal. tapi fira pilih ewan. cik lina sangat kesian bila lihat si fira. di perbodoh - bodohkan sewenangnya. cik lina mahu sahaja kata si fira seperti sudah termakan nasi kangkang lagaknya sampaikan nasihat orang tua sendiri tidak makan dek hatinya.

orang kata, pertama kali kita bolehla nasihat dan dengar cerita. dari situ kita anggukkan dan tidak mengenal lagi jantan pilihan si fira. macam tu jugak la cik lina fikir untuk dia. sekali di perbodohkan, cik lina fikir biasa la..adat bercinta mesti bertolak ansur. hidup seperti berkongsi. tapi bila sudah selalu mendengar, kucing pon boleh muntah darah..apa lagi manusia. di nasihatkan....
fira tetap jugak dengan pilihan hati
mak ayah dah pilihkan si haikal
masih jugak si fira degil.
hmmm...
mahu sahaja cik lina katakan. memang padan dengan muka si fira. bila time bahagia, kentut pun wangi. bila gaduh berperang. mulalah macam dunia ini tak aman. =(

bukan seorang dua manusia yang cik lina jumpa peelnya sebegini. masak sungguh sudah. kesnya lebih kurang sama si fifi yang cik lina pernah ceritakan dulu. ada beberapa siri entri cik lina buat. masa bahagia, kita nasihat, langsung tak pakai.
bagai dunia itu indah milik berdua.
sekarang. fifi tu sudah hidup sendiri. akhirnya, jodoh mereka memang tidak panjang. tapi putus setelah bertunang. kan dah payah melibatkan ibu bapa.
yang ni si fira pula.

kalau kamu semua la..disumpah dengan perkataan "moga kau cepat mampus.."..agak2...berapa lama kamu semua ambil masa untuk maafkan?
cik lina?
mau tak kan maafkan kowt. tapi cuba lupakan.
life must going on kan..




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers