Sunday, October 10, 2010

storyteller : nasib saya sangat baik setakat ini..

pernah tak terfikir yang kita paling tak bernasib baik dalam dunia ni ataupun kita sendiri terasa laluan kita dalam dunia ni amat payah?
memang..kadang - kadang kita akan terfikir
boleh atau tak boleh..jangan la kamu tipu. bukan aku nak bersyarah pasal menerima qada' dan qadar pun..itukan..semua pun tak tahu. kalau bukan agama islam pun..bende2 camtu memang kita panggil nasib.
selama hari ini, aku selalu fikir..aku seorang yang sangat bernasib baik.
aku kan umpama bulan jatuh keriba. emm..penah kot da aku cerita, mak aku mimpi bulan jatuh ke riba masa dia memula mengandungkan aku. dia pun tak faham maksud tu bila dia dia tanya bidan..bidan kata..dia bakal nak dpt anak..aku la tu...huuu
ok..aku story mase kecik2 ah..
aku ni 7 beradik...hidup kat kampung..mak aku dah agak berusia sekarang. anak - anak sedara aku pun dah besar panjang da...mak aku lahirkan anak dia 6 orang kat umah termasukla adek aku. tapi aku kan 7 beradek. maknanya aku sorang la yang lahir kat tempat canggih cket time tu..->hospital.wuewue..tu yang aku boleh bangga dengan abang2 n akk aku..aku lahir kat tempat canggih..
tapi..abang - abang aku sakat balik cakap aku ni bayi tertukar sebenarnya sebab aku itam..(T_______T)..jahat punya abang.
dulu2 aku tinggal..eh bukan aku..abang2 n akak aku tinggal kat umah kecik je..tapi aku pun tak penah tgk..kecik umah tu ke..binaan dia ke camne...kan aku bebi lagi time tu..aku slalu bayangkan..umah kecik yang abg2 n akk aku gambakan camni..
ala..rerumah zaman dulu kan..bila aku dah tau bpk time tu, aku rasa umah aku dah besa..bukan macam yang atas tu..cume akk n abg2 aku je slalu crite..heh...tak bes tak dpt rasa..
then time aku lahir tu mungkin family dah agak stabil. mak dpt beli kebun klape sawet sbb ade orang nak beli tanah buat jalan. bukan jual tanah trus. tapi orang tu amek tanah then angkut bawak pi jalan. kiranya tanah batu kerikel ah..kan jalan zaman2 dolu camtu.
dapat ah mak agak muai time tu. ha tgk..
anak bernama razlina ini memang sangat banyak rezekinya kan..=)
bak bulan jatuh ke ribe..hekhek..
pastu aku pon bersekolah la sekolah rendah tanpa sekolah tadika. tapi aku memang cerdas dari kanak - kanak rasanya. tak pi skol tadika..periksa 1st time trus aje dpt no 3..wah..jabaib dengan pencapaian diri sendiri.
gaknye, sekolah tadika zaman dulu kala memang tidak ber erti.
dan ini telah membenarkan teori.
"asas pembelajaran yang berkesan bermula dari rumah..=)"

start dari tu. aku memang seorang pelajar yang cemerlang.
kampung - kampung aku pon, aku tak pernah rasa kejutan budaya ke..terpengaruh ke ape..aku pon tak tau dari mane otak aku adapt. pdhl...aku lahir dari kg yang same je ngn kawan2 aku. takde pendedahan langsung.
naek je skolah menengah. aku start kene skolah 2 sesi. wlpn dr skola rendah kat joho ni 2 sesi - pagi SK dan petang sekolah agama...tapi nek menengah kite boleh pilih nak sambung skola agama petang tu @tak.
semua la kawan2 aku pakat tanak sambung. time tu dah tingkatan 1. skolah agama darjah 5. pdhl..skola agama kat joho sampai darjah khas je..kira lagi 2 taun la complete sijil agama tu.
tanpa mak aku paksa ke apa. aku ckp sendiri, aku nak sekolah jugak time tu. aku tak kisah pegi sorang - sorang ke apa. sbb aku yakin..smua tu berguna utk masa dpn.
bijak kan aku.......
kecik2 da pandai pk..haha(",)

then..dalam kampung aku tu. kiranya aku la antara anak dara yang complete sijil agama. bangga x..haha
lepas tu ramai la amek inistiatif nak pegi skola agama tu jugak walaupun jauh. kain dajah khas kat joho wane coklat. maka sangat bangga bila pakai.=)

sebab jalan kampung dulu sgt susah dan berabuk. saat aku nak pergi sekolah sangat mencabar.
cuba bayangkan.
  1. jalan batu kerikil time kemarau dan banyak pulak lori besa2 lalu dengan laju..??
  2. hujan yang lebat ya amat..then selut2 tanah tu start berkumpul
itu antara pengalaman yang sangat mencabar kalau nak pegi sekolah. aku dah tempuh hampir 6 taun kat sekolah rendah. nek menengah kene bawak moto sendiri. so 3 taun aku harung bende tu. so aku nekad. lepas PMR..aku kene pegi sekolah asrama dan dapatkan sekolah yang lagi baik untuk SPM. mak ayah aku..memang bagi kebebasan sebenar untuk kiteorang berfikir.

aku pun jadila pelajar terbaik sains time tingkatan 3. aku masuk teknik JB. aku masuk asrama dah besa2 sebab aku ni tak ske kene tinggal2 ngan parent aku. masa kecik ye..walaupun aku pandai. aku kuat nangis. kuat merajuk dan cerewet.
mak aku cakap. kalau nak pegi mane2..aku cakap nak pakai baju itu. nescaya pakaikanlah aku baju itu kalau tidak mahu aku merajuk. jika aku kata buah epal itu buah aku. nescaya jangan sesiapalah usik buah epal itu sehingga aku makan dengan rela hati. kalau la ade orang acah2 aku makan / cuit epal tu...sampai busuk aku dah tak sentuh.
haha..jahat + crewet.
dan satu pe el aku. aku cukup tak suka kena tinggal kat umah nenek aku. sebab..dalam 2 jam tak tengok mak ayah aku..aku akan nangis meraung2 macam takde ubat dalam dunia ni boleh sembuhkan aku sampai aku tengok balik muka mak ayah aku.
haha..crewet lagi no 2.

mungkin sangat susah mak aku nak layan sifat crewet aku tu. then bila aku buat keputusan nak pegi teknik. mak aku tak halang pun. dia restu aje. time tu memang aku pegi dengan rela hati dan hasilnya --> aku tak nangis masa kat teknik..hehe..aku menjadi seorang yang cekal dan seperti sudah biasa duduk di hostel. apa yang aku sangat percaya kebolehan diri aku adalah menyesuaikan diri kat mana2 dalam masa yang singkat.

entri ini sangat panjang kan sudah.
sambung storyteller2 lah..
babai







~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers