Tuesday, November 2, 2010

disleksia

aku rindukan saat aku betul - betul selesa dengan hidup aku. tatkala itu tidak pernah runsing dalam fikiran bagaimana akan jadinya masa depan. aku tidak kisah benar dengan komitmen yang mengikat. tak mungkin juga dihantar ke hutan belantara. apatah terpisah dari keluarga entah berapa jangka lamanya.
aku juga sangat rindukan zaman silam aku.
ketika aku benar - benar tidak fikirkan masa hadapan. tatkala itu yang aku tahu..aku cuma perlukan ilmu dan ibu bapa aku untuk hidup. yang mana sekarang ini. aku telah penuhi apa yang aku pernah fikirkan dulu,
aku juga pernah menulis. betapa beruntungnya hidup aku selama ini. mungkin untung aku kerana hidup bujang. sedar tak sedar sudah hampir setahun aku melalui hidup baru. mengakui.
aku memang bertuah.

tapi mengapa kayuhan hidup aku terasa makin perlahan. kerana itulah juga aku rasa masa depan aku tak pun seindah seperti yang diharapkan. apa kau rasa sebenarnya kalau kau tidak mampu membahagiakan orang kau rasa kau sayang, kau mesti rasa kecewa dengan diri sendiri kan.
haih.
aku benci kau perasaan!
baik aku hidup sendiri tanpa kau!

heh!

paper periksa dah 2 lepas. tinggal satu aje. tapi ada pulak intviu. hm..kena la aku patah balik ke cheras 2 3 kali. yelah. proses aku nak angkat barang..bukan cket. barang setahun katakan. malas aku bising2 harap orang. bia la tulang sendiri tu sakit. baru kau tahu padan muka.
haha

aku emosi ni sebenarnya. kata orang..time menstrual memang emosi tak menentu. baik semua orang duduk jauh2 dari aku. ye..jangan meseg atau telefon aku pun. aku muak dan menyampah!

ooh..ini aku tipu.

aku kadang - kadang terfikir..apa sebenarnya budak disleksia tu fikir time dieorang berangan dengan dunia sendiri. mungkin ke sebab dieorang yang kecik2 tu dah pandai tak puas hati dengan hidup sendiri dan kemudian berangan untuk jadikan hidup indah.
aku orangnya mudah kasihan.
aku suka berkongsi apa yang aku ada.
tapi...
aku tak suka kongsi kekasih aku sebenarnya.

lagi baik tinggalkan daripada kongsi.

apa kau dapat kau kongsi2? puas? eleh! macam ah kau bagus nak dua2 kan aku.

aku selalu pk camtu. tapi kalau betul aku hadapi cukup kuatkah aku hadapi emosi sendiri.

ye..aku kuat! haha. apa yang aku pk semua benda2 jahat.

sekarang ni tengah dengar radio lagu entah hape2. nak buat nasyid ke lagu jamming ni. sangat tak sesuai.

eh..kan aku nak cerita pasal disleksia tadi. kau ni emosi!!..

ha pasal apa yang budak tu pk..aku pernah jaga kelas budak disleksia 3 hari. 3 hari sahaja aku terasa sangat tertekan. adakah sebab aku kurang sabar? pernah fikir atau tidak.
aku pernah dekati mereka. baik peel daripada budak - budak normal yang kurang hajar. baik tak melawan. tapi sangat tidak menumpukan perhatian.

eh!...tak masuk betul ah lagu nasid ni...jap2 tuka siaran. aku minat rabbani aje. yang lain tidak. mintak maap

okeh2 sambung.
ha disleksia.
budak tu khayal sendiri je. bila kita tanya faham atau tidak apa yang kita cakap. dia angguk2 sambil tengok muka kau macam takde reaksi. haha. aku pegi dia. suruh tunjuk aku balik. apa yang aku cakap. then buat muka terkebil2 sambil garu kepala.
hess..
kesian dia.

tapi ada gak budak lain. masuk pemulihan. tapi degil ya ALLAH, semoga anak aku dijauhkan sebegitu.
tengah aku ajar budak2 lemah lain baca. bagi tumpuan kat beberapa orang yang tengah melakukan kerja. sedang asik tu. ada pulak yang bergaduh rebut2 pensil. kalau tercucuk mata macammana.
alahai budak2

nak aje aku jinjing letak atas kipas.

tapi bila esoknya aku tengok dieorang periksa kena pancaran matahari pagi yang terang. aku terus jadi tak sampai ati. aku tonggang terbalik ubah kedudukan dieorang. amik alas meja panjat meja dan tingkap dengan baju kurung aku untuk sangkut alas meja aku tu.
then bila aku tengok muka dieorang satu - satu.
aku sedih
sebab kenapa la dieorang lambat berfikir. =(
uh..syahdu..

sebab bende2 camtula aku mudah tersentuh. tapi aku pun mudah marah.
macamana tu ?
***************************************

dah ah. aku boring sebenarnya!

siyal!

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers