Friday, November 19, 2010

kenapa makin ramai wanita hidup sendiri

aku bertanya pada hati.
adakah pungguk rindukan bulan
aku bertanya pada sepi
mengapa dia biarkan kamu temani aku

***************************************************************************************
hmm..
kali ni maknanya tiap2 minggu la aku berulang alik ke kl. minggu 1st amik paper IP..then minggu second sepatutnya aku berehat senang lenang juga kena patah balik sebab amik soalan IP balik. pastu minggu ni aku kena patah balik sebab nak amik ujian SPP. doa2 semoga penemuduga aku tu sangat baik orangnya
lepas tu..minggu seterusnya adalah majlis akad nikah mariatulshima

(*__*)penin nye..

sekarang tengah sibuk pi serbey baju songket tabur untuk buat baju kurung pesak gantung. cantik cket nak tolong angkat dulang. tadi dah start da..shima sibuk2 tanye bila pulak aku nak berdua.
hihi
no worry shima.
ada jodoh ada la.
takde...bukan nasib dan tuah badan aku la.

aku kan sebenanye macam ade satu tabiat buruk yang memang takleh pk nak ade ikatan kawen ke tunang. kalau tpk..pastu pk..pk..pk..then aku terus rasa macam tanak kawen ke..tunang2 ke. nape ek?
gaknye..
aku kene mandi air tolak bala.
sian mak bapak aku. penat besakan aku sampai tua. last aku terasa tanak kawen.

aku kan pemerhati. makin lama pun aku tengok..environment aku menampakkan memang ramai wanita sekarang hidup sendirian. aku bukan nak. cuma aku terfikir. kalau aku jadi macam mereka. apa aktiviti yang sepatutnya aku buat kalau dah tua2. gaknya aku patut bukak art galery kot. tak pun rumah kekasih yang menghimpunkan orang - orang macam aku. sbb dah tua tade anak. leh gak jemput kawan senasib berteduh sama.

kenapa ramai sebenarnya perempuan sekarang memilih untuk hidup sendiri?
aku ada gak beberapa sebab gaknye. ni aku listkan la supaya nnti tua2 bila aku bukak blog ni..ingat balik kenapa time muda aku pk camni.
hihi
nostalgic betul kalau jadi tua ni
macam2 benda di pk
ni mungkin antara sebab2 kenapa perempuan sekarang pilih untuk hidup sendiri

1. tiada teman hidup.
zaman sekarang bukan mudah sebenarnya nak mencari teman hidup. ni semua sebab kaum lelaki makin pupus. yang ada pun tinggal saki baki yang perlu di rebut macam nek train yang penuh sesak ketika peak hour. kalau bernasib baik dapatla naik. kalau tak. terpaksa menanti dekat stesen tu

2. kecewa
yang ni. macam biasala. dah rebut-rebut naik train tadi. dah jalan pun tren tu. tetiba kita sedar yang kite nek tren salah. kene la turun dari tren tersebut dan tunggu tren lain. sedangkan masa dalam tren 1st tadi tu, bende yang tak diingini dan memalukan pon berlaku. cthnye kene raba bontot. macam tu la jugak perasaan kecewa. dalam bercinta kadang - kadang kita bertemu orang salah. dan macam2 yang berlaku kat kita tanpa kita sedar dan cuba mengelak.

3. mengejar yang lebih baik
ok. sebab aku dah bagi analogi berpasangan tu macam tren. bek aku teruskan. hihi.
contohnye kite dah tunggu kat stesen. pastu nmpk orang berebut2 nak mampus nek tren tu. sebagai seorang yang cool.sweet.cantik.sopansantun. sudah pasti ada akan pk. ala..tunggu tren lepas ni la. takpe lambat cket. asal sampai tetap bahagia tanpa berhimpit - himpitan. hm..bercinta pun camtu gak. kadang- kadang saham kite tengah tinggi. ramai sangat yang ada depan mata. sebab kita pilih - pilih - pilih. last2 kita tak naik pun mana2 tren.


4.keluarga dan kerjaya lebih utama
biasanya akibat cabaran globalisasi. semua perempuan pun kena la bergiat aktif bersaing. kalau tak pasti la tertinggal. lagipun karang ni kan memang banyak wanita lagi pandai kan. so memang tak boleh dielak lagi la perempuan akan mengejar cita - cita terlebih dahulu. apatah lagi sebab perempuan tu pk. oh takpe-dieorang-bekerjaya-suami-leh-tumpang-senang. tapi sebab lama sangat proses tu. lelaki tu blah then cari perempuan lagi muda untuk dijadikan teman hidup


hei..lelaki memang jahat.hihi.

adatla kan. hihi. aku malas nak ulas panjang - panjang. kang jadi macam tak logik lak. haha.
aku sebenarnya tade keje. so sebab tu la merapu - rapu ni. tulis lak entri si tengah kelam kabut. tadi sebenarnya sunyi je masa aku memula tulis blog ni. tapi tetiba lak anak - anak sedara aku ni semua kumpul - kumpul tepi aku sibuk2 nak makan coklat segala.

dah la. tak leh nak fokus. kanak - kanak riang menyerang


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

4 komen yang perlu dibaca:

  1. saya pula, sebab memang tak jumpa lelaki yang saya nak. bukan kesempurnaan yg saya cari. tapi sekurang-kurangnya, biarlah dia lebih segala-galanya dari saya. dari segi pelajaran, umur, pendapat. sebab, saya takut, saya mendominasi keadaan..hehe..

    ReplyDelete
  2. @aiyu : thanks


    Nanie : sebenarnya nani, bila kita cari..kita makin susah nak jumpa. kan kita yang mencorak bahagia kita..:)

    ReplyDelete

page

Followers