Monday, January 31, 2011

kisah kami : family in law

jeng..jeng.
saje je nak upload gamba bahagia.
hihi..
sebab time hujan ni nak sambung cerita cinta kiteorang. em. nak sambung dari mana ek. aritu kan cakap nak story pasal kad valentine 1st kan. tapi skang dah tuka pikiran. nak cerita macamana hubungan kiteorang dengan family in law.
huhu.
ek. silap..
bakal family in law masing-masing.
walaupun dah bertahun tahun kiteorang kawan dulu. tak pernah pun terfikir nak beraya ke hape. orang pertama yang aku jumpa dalam family shahrul adalah kakak dia. time tu aku rasa muka comot-comot je lagi. rase kampung-kampung je sebab aku memang orang kampung.
tapi dia macam tak kisah je nak kenalkan aku dengan akk dia. tapi time tu aku takde la gabra ke ape jupa akk dia. maklumla tak cakap sepatah ape pun. tak la nampak macam menggelabah.
then. nak dijadikan cerita.

aku arrange satu lawatan seketeriat MPP uitm shah alam pegi cawangan. aku pengarah projek time tu. then aku bagi pilihan kat budak-budak aku nak pilih uitm cawangan mana untuk dilawat. eceh. tetiba je diaorang pilih perlis dan segamat sebagai pilihan.
aku?
mesti la takde problem. :)..
majlis tu aku uruskan dengan jayanya di segamat. buah hati tersayang kat sana kan. tapi aku takde pun story kat sapa-sapa lagi time tu. aku cuma cakap. kawan aku MANTAN YDP segamat. sebab tu urusan jadi mudah. tau tak maksud MANTAN tu apa?

mantan maksudnya bekas. time tu dia dah bersara jadi YDP da..

time aku pegi segamat tu. kebetulan dia duduk ngan nenek dia. dia bagi usul kat aku. jumpa nenek dia. aku?
heh.
tak heran.
aku kan pandai layan orang tua. heheh.
aku ingat memang betul nenek dia je yang ada. pastu tengah jalan dia buat aku cuak sebab tetiba gtau
dia : mak n ayah da sampai segamat tadi.
aku : huh? (blur gila)
dia : haih? tu pun tak paham? dieorang balik segamat la.
time tu aku terus jegilkan mata sebab terperanjat. aku macam tak ready gile nak jumpa satu family dia tetiba camtu je. walaupun time tu dah lama gak kiteorang kawan. langsung sampai aku masuk degree. sekali pun tak pernah jumpa parent dia. aku rasa seram sejuk gila.

penerimaan mak bapak dan nenek dia tak banyak hal. tapi aku tetiba je jadi macam ilang kemahiran berkata-kata. haha
trus jadi kelu dan tak ramah mesra. siap blur nak mampus. nenek dia tanya
kat mana kenal abang?
aku tanya balik..
abang mana?
then mak dia pulak yang menjawab yang kiteorang dah kenal dari sekolah teknik. time tu aku senyum je.
tak sangka mak dia dah tau. anak dia pandai kawan ngn anak dara orang dari sekolah lagi. huuuhu.
mana la aku tak blur time tu. tak pernah pulak aku panggil si shahrul tu abang. tapi memang dalam family..dia di panggil abang.

tapi memang aku menjadi orang yang menjadi blur-blur bila jumpa family dia.

pernah satu hari raya aku nak bawak dia n nenek dia beraya kat rumah aku. aku yang dah bertaun duduk JB boleh lupa jalan nak balik rumah sendiri. tetiba hari tu terbawak dia jalan pusing-pusing yang sangat jauh. sampai nenek dia jadi pelik ceruk kg mana aku duduk.
anak orang mana aku dilahirkan dan boleh kenal dengan cucu dia.
haha

bodoh betul kalau ingat balik.

itu kisah aku. kisah dia yang mencuit hati time jumpa parent aku pun ada.

aku rasa time tu itu kali kedua dia bermalam kat rumah kampung aku. mak bapak aku..orang banjar.
aku sendiri masih boleh faseh berbahasa banjar. si dia pulak orang melayu. kalau sapa-sapa yang masuk dalam keluarga aku. memang akan kena belajar bahasa ibunda tu.
time sampai rumah aku.
dah magrib.
then mak aku tanya
shahrul. handak tapeh kah?
then dengan konfiden dia jawab
hah. ye. nanti mak. kejap-kejap lagi. baru lepas makan
aku time tu terkebil-kebil tengok dia. macam hairan pun ada. macamana dia boleh jawab. sebab hairan la aku tanya dia
aku : eh. you faham ke mak tanya apa?
dia : tak.
aku : then you jawab kejap2 lagi tu apa?
dia : i teka maksud je
aku : hah. apa yang mak tanya?
dia : mak tanya nak makan tapai ke tak kan.
time tu. korang mesti boleh bayangkan macam mana aku gelak berguling. haha
macam tak boleh berenti sebab kelakar.

cuba korang teka.

apa yang mak aku tanya pada dia sebenarnya...









jwpn : mak aku tanya nak kain pelikat ke x..tapi bukan tapai.


naseb time tu dah sayang.
hohohoh!!
klaka la sayang saya ni.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, January 29, 2011

kalau nak baca. sila baca entri ini

malam tadi aku mimpi. aku tengah dekat perkarangan klinik.
lepastu..
aku tunggu doktor panggil aku. tengok persekitaran aku rasa tempat tu adalah salah satu antara hospital pakar johor. kalo semua orang tau apa maksud KPJ. mesti orang jugak boleh tau yang KPJ tu bermaksud kumpulan pakar johor. semua hospital swasta kumpulan pakar johor akan mempunyai environment yang sama sampai dalam mimpi pun aku boleh terbayang logo biru bulat ade wane merah tu siket. haha.

then. kalau pegi mana-mana tempat. aku mesti jumpa orang tua berjanggut putih pegang tongkat..eh salah. salah. pakai bow wana hitam. kadang - kadang duduk kakang-kadang berdiri depan pintu. ha.......pakcik KFC. kat malaysia i pun KFC tu milik orang joho. pizza hut pun.

tapi sebenarnya takde kait mengait pun mukadimah aku tu dengan isi sebenar luahan hati pagi-pagi ni. aku memang orang joho sejati. so. bukan nak riak. itukan namanya berkongsi informasi. :) pagi sabtu yang hening. aku bangun pagi - pagi untuk pantau anak buah aku semua turun training. kalaulah sekolah aku tu ada asrama. mesti aku dah mohon asrama supaya aku boleh duduk dekat sekolah tu setiap masa.

sekolah dah cuti. patut cuti cikgu2 lama sekolah aku 9 hari. berdondang sayang dan tersenyum lebar masing-masing. sedangkan aku masih terbengkalai kat JB. di tinggalkan seribu satu tanggungjawab. kalau ikot hati dah lama aku packing barang then balik kg. nasib la aku fikirkan yang tugas itu keutamaan.

aku akan jadi selemah manusia bila tak boleh berkongsi cerita dengan orang tersayang. sahabat terbaik. maka..jalan terbaik adalah melepaskan air mata. orang kata. itu untungnya orang perempuan. ada masalah. nangis. ada masalah je....nangis.

tapi mereka yang menuduh tu langsung tak sedar. menangis itu adalah satu terapi yang sangat baik untuk minda dan salah satucara menenangkan diri. jarang aku tengok. bila selepas seorang wanita itu menangis. dia akan putus harap. jarang aku tengok seorang perempuan rebah selepas tangisan melepaskan masalah.

cuti..
hujan di johor mencurah-curah sejak 3 hari lepas. baju baju terpakai penuh terkumpul. menunggu teduh dan sinar sang suria. si jejaka masih meringkuk kesejukan si sebalik selimut kuning. huhu. aku dah mandi pagi sebab perut dah lapar berbunyi.

ohh...
aku sihat-sihat sahaja sekarang.
hospital pakar itu cuma mimpi. aku bukan sakit tenat sampai terpaksa admitted wad. tak jugak sampai aku terpaksa mengambil cuti sakit sebelum di konfemkan. eceh..

aku sihat wal afiat. alhamdulillah.
aku rasa klinik aritu tu yang macam tutttt....dah la harga tak tetap. nak tolak aku sebab dah tersalah cakap harga medical cek up lah tu.
aku nak wat med cek up tu dia cakap 60 inggit aje. pastu..bila dah tersilap harga. dia nak cover. cakap aku sakit bukan2. haih..bukan aku takde bukti. bila norazah nak buat pulak esoknya. trus je dia cakap siap package tu rm 95. hah. penipu. tak guna.

tak kan la tak sampai 24 jam harga kat klinik ko dah naik. macam2 ah. kalau ikotkan ati. mau aje aku bakar lot klinik dia tu. bongok betul. aku nak istihar kat cni. yang aku sihat. selamat dan boleh menjalankan tugas sebagai seorang cikgu berdedikasi.
siap boleh jadi cikgu olahraga.
jadi setiausaha KH. jaga buku stok math.
jadi setiausaha olahraga. jadi setiausaha larian mahkota johor.
hah.
fine.
tak pernah pegang jawatan sebagai setiausaha pun.
tapi dapat banyak2 kerja pasal setiausaha.
selalu jadi orang atas dari setiausaha @ jadi ajk biro / unit sendiri yang memang ada setiausaha sendiri jugak. heheh.
masuk sekolah. terus nak aku jadi orang yang bersetia dan berusaha dan bila digabung menjadi SETIAUSAHA

haih. macam ni la kan jadi cikgu baru. asik kena bambu. then akak2 senior merangkap mak tiri asik nak pandang sebelah mata sambil herot-herot kan mulut bila kita cakap
kak. saya ada latihan olahraga sekarang.
then dia pandang badi sebab time tu ada perjumpaan bola jaring. alah. aku pandai main bola jaring. selalu je jadi WA / C...tapi aku join pon sebab hoki takde lagi kat skola tu. hah! bila aku tengah bizi dengan olahraga. dia macam badi semacam aje. pastu trus suruh aku cari semua no surat beranak budak2 yang mendaftar untuk bola jaring. then bagi arahan nak kertas esok sebab dia nak taip.

ah2. hamboi.

bagi kerja dah pukul 4.30 ptg. nak esok pulak. padahal itu kerja dia. benci gila. mentang2 aku baru sebulan. tetiba je rasa anti gila dengan mulut senget dia tu.
time aku dekat sekolah putrajaya tu. takde pun mak2 tiri camni. semua rilex2 je. mungkin sebab semua sama taraf. hah. dah tercakap taraf pulak. delete2. haha

itula.
aku tak faham.
kalau dah jadi senior. tunjuk la jalan yang lurus pada adik2 ni. bukan asik nak berlagak aje then ngumpat kuat2 bia kita boleh denga dan terasa. inila pe el yang sangat dibenci untuk bercampur dengan senior sama pekerjaan ni. aritu..
akk tu cakap
ingat kita ni KPLI ke. intbiu ntah hapa2. tanye bukan2 aje. tanya singkatan FELDA la, UNESCO la..tanya la pasal pengalaman kita ni. cara nak tulis RPH ke. kita bukan cikgu baru..
yang lain semua angguk2. aje setuju. aku pulak yang terasa. aci tak?

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, January 23, 2011

benda buat kecut hati

tengahari tadi dah buat entry gembira. sebab dah announce pegi cari cincin. tengah buat entry bujang tu tadi bising - bising nak buat medical check. aku dah buat urine test kat hospital besar sultanah aminah. tak tau apa silap kali ni. ingatkan bila dah ada urine test semua akan berjalan lancar.

aku terus pegi klinik faizal dan kawan2. memula ok je. then bila akk tu bawak borang n keputusan urine test aku. doktor terus panggil masuk bilik. dengan mulut bertopeng. terus doktor tu pegang mata aku suruh tengok atas dan bawah berulang kali. aku ingat dia nak start buat medical checkup. rupanya tak.

tak pernah pun aku pergi mana2 klinik lagi cakap aku sakit yang aku sendiri takut nak pk.
saspen gile.
then doktor tu cakap
awak kena pegi check kat hospital. urine awk ada problem ni. kena check dengan FFC doktor kat hospital. mata awk pun kuning. mungkin ada masalah hati. memang ada masalah. kita tak boleh proceed.
time tu jugak aku trasa terus pening kpale. seram sejuk terus. then doktor tu terus asak aku tanya benda yang aku sendiri takde jawapan.
doktor : kencing awk pekat x?
aku : tak.
doktor : pekat macam air teh kan?
aku : tak. kan da tulis tu. yellow je. bkn dark yellow.
doktor : awk ada masalah darah putih
aku : ??
doktor : awk datang kotor ke?
aku : tak. belum lagi
doktor : hm..ada campuran darah ni.
aku : ??
doktor : awak ada mual-mual ke..sakit perut ke. pedih2 ulu hati ke?
aku : saya memang ada gastrik. so bila saya sakit perut. sebab gastrik je. tapi takde pun mual-mual.
doktor : so. saya tak boleh teruskan medical checkup ni. kena rujuk dengan hosp besar balik.

wah. memang la doktor. buat aku takot aje.
terus aku cakap nak buat urine test balik. ok. dah kencing balik. last2 doktor reject. mood terus ilang. nak tengok wayang. nak makan putu piring. semua ilang mood sudah. sampai kene marah dengan bujang tu sampai makan ati.

haish.

kalau sakit betul.

tak jadi kawen kang.

camne?

sedih kan...............

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

pre entry : searching for my engagement ring


dalam sibuk-sibuk aku mengatur hidup memulakan kerjaya baru. tak lupa kehidupan personal perlu diberi perhatian. rasanya..patut dah lama aku fikir pasal benda ni.
sempena cuti-cuti yang ada. aku manafaatkan untuk kehidupan sendiri. hangout bersama teman-teman rapat dan seperjuangan.

eceh.
trus nak tulis seperjuangan sebab..terasa asing-masing berjuang untuk memulakan kerjaya sebagai guru yang diterima sekolah. ing. azah. selalu lawat aku kat rumah johor ni. then trus pegi hangout sama-sama bersama encik tersayang dan mereka. bagai merpati terbang berjoli-joli.
huhu.

walaupun kawan-kawan lain dah jauh dari kiteorang. tapi..dia orang berdua bersama en tersayang dah cukup membuatkan kepenatan di sekolah hilang dan hidup kembali segar.

sebab dah pilih semalam antara 3 pilihan itu ialah nombor 2. kalau belum baca pasal no 2. sila pegi entry ini ...jadi langkah ke arah no 2 telah dilakukan satu satu.
mula mula mestila pegi search engagement ring. sangat teruja bila 1st time pegi cari benda penting tu sama-sama. maka muka suka tak boleh nak sembunyi pun disebalik tudung.

gambar nak letak entry minggu depan. ingat entry ni nak load masuk gamba resit je. tapi stil malas nak ambik cabel tlefon then load masuk dalam komputer. so. macam tak sabar nak post entry tersebut. mestilah ada pre entry untuk benda tu.
camni la kan kalau teruja lebih.
haha.

ala..1st time dalam idop slepas hampir 10 taun kami bersama.

kene stop cni. sebab tengah taip2 entry ade budak nak marah2 suruh bersiap sebab nak pegi buat medical checkup. baru nak buat entry bahagia. trus ilang mud.

sbb takut entry tak best.

baik stop

babai

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, January 22, 2011

yang senang akhir tu maknanya telah bersusah masa mula-mula

sedar tak sedar rupanya dah dekat sebulan dah posting sekolah bandar ni. kerja semakin bertimbun-timbun. macam tak cukup kaki tangan nak buat. hari - hari akan balik lambat. pelik betul bila jadi budak baru semua orang nak kejar. mane kelas relief. mana ajk itu ini. eish.
sangat tertekan jadi budak baru. siap berharap bia la ade budak baru lagi supaya boleh teman aku bizi sama sama. haha.
padahal aku belum lagi dapat jadual permanent. so..bila tak ade jadual permanent. aku rasa nak lengkapkan buku kuning aka buku persediaan mengajar pun macam tak semangat. last2 kene tinggal note dengan guru besar. bukan main amek berat lagi si CIK tu. padahal bukan aku sorang pun yang tak buat. tapi bila status baru tu. smua akan jadi kene hentam.
aku pun naik konpius dengan diri sendiri bile aku kena. pdhl jadual belum release betul. macamana aku nak tulis bahagian kokurikulum aku.
baik.
aku budak baru.
aku akur

nak terkejarkan buat minit kemahiran hidup sebab setiausaha. jaga buku stok untuk panitia math. luangkan masa buat report olahraga sebab sorang je cikgu perempuan yang diletak dan automatiknya akan disuruh buat report. baik. saya rela.
lepas tu terkedek2 nak tubuh pasukan hoki sekolah.
mana nak pk jadi setiausaha larian tengku mahkota johor. uruskan trek. hal polis.

fuh. lap dahi dengan semua tu.
tapi takpe. tulis kat sini bukan sebab nak merungut. tapi nak note. inilah cabaran guru permulaan. hahah.
siap cakap dengan diri sendiri bahawa semua itu takpe sebab semua yang senang akhir tu maknanya telah bersusah masa mula-mula. sangat percaya dengan nasib diri sendiri macam tu kan.

tapi orang cakap.
itula motivasi diri.

lepas ni sebok nak lengkapkan kursus KOAM supaya boleh sentiasa keluar dengan imbuhan. dan dah survey master sambilan. tapi bila pk2 balik. kena buat pilihan sama ada
1. nak sambung belaja terus
2. duit kumpul untuk kawen
3. beli kerete

so bila pk yang paling afdal. amek no 2 .

haha.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, January 17, 2011

aku mahu menjadi guru seperti itu

memang sh** je, dah bertolak dari rumah awal. sebab kesesakan lalu lintas yang tak dapat dibendung oleh kerana satu bas rosak menyebabkan aku hampir terlambat.
serius.
touch thumb betul2 pukul 7.20 pg.
tu pun sempat kene sound dengan cik guru besar aku tu. sebab turun perhimpunan lambat seminit. ceh..
membara betul pagi isnin camni.
tak kire lagi dengan kaki melecet sebab terlari2 nak thumb print tadi. haha. dengan nak terberak segala.

keamanan dan ketenangan kampung langsung tak dapat aku rasai. punya la angan2 duduk area kampung yang penuh nyaman. nyiur lambai2 menyambut selamat pagi. angin sepoi2 bahasa tiup tudung time nak pegi sekolah jalan kaki sambil ditemani sekaki payung. eceh.
tu brangan je. tak jadi kenyataan pon.
tercampak di tengah kota metropolitan yang penuh dengan hiruk pikuk dunia. haha.
ayat sastera kan

chop..
aku bukan tak bersyukur bila dapat jalan tar sampai depan sekolah. The Store 500 m dari sekolah. Shopping kompleks. singapore tak lebih 1 jam nak pegi. tapi. biasalah. jiwa aku.
semua ni berkait dengan jiwa.

jiwa aku.
sejak aku berniat menukar profession kepada bidang ini. aku memang tekad. aku mahu mencurah bakti di desa - desa terpencil. yang jauh dari kemajuan. yang aku serah dan kongsi ilmu aku untuk mereka berjaya. itu jiwa aku. aku cintakan ketenangan kampung. aku cintakan rasa hormat anak - anak kampung terhadap guru mereka. aku cintakan, kehidupan bermasyarakat kampung.

sungguh. aku menjadi guru sebab aku cintakan semua itu.

aku bukan menjadi guru mengejar gaji beribu. aku selalu dengar dan ingat kata - kata ini
seorang guru tidak akan menjadi kaya tetapi senang hidupnya
maka, aku tidak akan menjadi kaya. dan kesenangan itu sebagai bonus hidup aku

aku ingat lagi. karangan yang perlu aku hantar dalam pendaftaran KPLI yang lepas. mengapa anda mahu menjadi guru. dan itulah juga niat aku.
aku bercerita bahawa aku mahu ilmu dan bakti aku dikongsi dengan anak2 desa. aku dah rasa susah hidup dikampung yang rata-rata sahabat handai tidak memandang pelajaran. kahwin. kerja. anak. hidup sudah cukup. cuma aku yang terkedek2 tiap minggu berkain coklat ke kelas khas. merentas becak tanah merah. meredah habuk tanah merah. berhujan. berpanas.

aku mahu menjadi guru yang tidak sabar ditemui pelajarnya untuk menuntut ilmu dari aku. sayang aku sebagai orang selepas family mereka. ingat aku sebagai antara orang si senarai tersayang. dan aku yakin. jiwa aku menjadi guru di desa.

aku faham.
guru desa cabarannya langsung tak sama dengan aku. getir mereka. aku sendiri tidak dapat membaca

ditempatkan di tengah kota metropolitan sedikit sebanyak aku bagai hilang arah. hilang separuh tujuan. hilang separuh jiwa. apatah lagi disambut kurang mesra dengan berita "sekolah ini kelebihan guru".ketika menerima berita itu, hampir bercantum kening aku bila dahi dikerutkan. hairan.
sedangkan banyak post yang belum di isi.

aku tetap nantikan hikmah yang mendatang.
sungguh.
aku harap bila hikmah itu datang. ia sangat membahagiakan.

***(T____________T)***

aku duduk di tengah kota
(dah brape kali mention tah)
mahu menyewa sendiri, rumah sahaja mencecah belanja RM 1k sebulan. belum lagi di ambil kira kawasan perumahan dikelilingi kaum cina. haip..

haip.

aku bukan prejudis. tapi aku takutkan haiwan peliharaan mereka. cukup takut. okeh fullstop.
belum lagi deposit menyewa. minyak, makan minum, barang-barang peribadi. persediaan menjadi guru baru. gaji pun entah bila lagi.

haish.

aku dah cuba dapatkan 1 rumah.
telefon owner. kata rumah dikongsi 3 kelamin. bilik air diluar.
ah takut.
takut ada kes laki orang masuk bilik aku!!


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, January 14, 2011

4 perkara perlu diawasi oleh setiap wanita : Mencari cinta suci seorang lelaki

kata orang bijak pandai, rupa akan hilang bila tiba masanya. si kaya boleh miskin, si romantik boleh menjadi singa. maka semua benda yang nampak pada dasarnya istemewa..langsung akan hilang bila tiba waktu dia.
yang kekal
hanyalah cinta abadi..

oleh sebab dah lama tak kongsi tips...aku nak tulis 5 perkara yang patut kite2 orang perempuan ini B-ware. uhuhu. macam amaran pulak. dan lelaki2 sane. kat luar tu. kalau dah baca. brenti2 la buat peel2 macam ni. bukan setakat meloyakan. tapi konfirm dah tak laku dah kang.

ha..
takot...

jangan mudah percaya cinta lelaki
biasanya, kalau baru sekali dua date. tolonglah kaum ku. jangan mudah sangat termakan cinta lelaki ni. mane mungkin baru sekali klua tetiba je dah cakap suka kat kite. jatuh cinta pandang pertama la. nak percaya boleh. bukan hati batu pon tolak cinta terus. tapi. buka selepas 5 6 kali keluar dalam tempoh sebulan.
eish2. lelaki biasa la. sekali dua keluar dah cakap suka kat kite. biasanyakan..
biasanya...
cinta mereka macam ni biasanya di kategorikan sebagai cinta murah. dan diaorang ni biasanya anggap tak ada cinta sejati pown..

yang keduanye..jangan mudah termakan pujian.
lelaki yang pandai bermain kata akan menabur pujian yang boleh mencairkan hati wanita. bak kata orang. hati wanita ni macam kerak nasi. kena air lama-lama lembut. macam tu jugak lelaki yang berlidah bunga ni. dah tahu sifat semulajadi perempuan camtu. diaorang akan asik memuji untuk memikat hati kita.
biasanya..
lelaki yang terlampau memuji adalah lelaki yang tidak jujur sebenarnya.

jangan terpengaruh dengan janji manis
selain menabur pujian. lelaki yang hidung belang akan terkenal dengan sifat mereka menabur janji manis. ramai lelaki yang pandai memujuk dan memikat dengan janji manis.
berjanji bulan dan bintang.
berjanji bumi dan laut.
cuba mintak dieorang sebutir berlian 2 karat. konfem trus cakap kita materialistik. :)
biasanya..lelaki camni.."cakap tak serupa bikin" pun

last sekali ialah elakkan dari lelaki yang datang dengan kisah duka
pernah tak jumpa lelaki camni??
bila dia nak rapat je. guna alasan dia baru clash. hati tengah sedih. gf dia curang. pet dia mati. duit dia hilang. ah..ah..macam2 lah. tapi yang penting smua akan menjadi kan si dia mangsa keadaan. lelaki macam ni sebenarnya nak tarik perhatian n simpati perempuan yang dia inginkan aje tu.
ada yang sampai. boleh menangis teresak2 minta simpati.
apa yang kamu patut lakukan.
biarkan baju si dia basah lencun.
kerana..
biasanya..
tangisan itu tangisan buaya

dengan 4 perkara tu je yang korang semua kaum2 ku sekalian yang boleh kita elakkan demi memburu cinta sejati.

eceh..

tapi pk2 la balik..
betul tak apa yang aku tulis..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, January 10, 2011

kasihku tertumpah hanya untuk dia

aku masih lagi struggle untuk sesuai kan diri bila dapat sekolah kat bandar. tapi bukan bermakna aku merungut ke apa. cuma nak mention. aku sedaya upaya menyesuaikan diri. entry pasal penempatan KPLI aritu, banyak rupanya menyinggung perasaan adek2 aku yang entah kat mana2 yang belaja kat maktab rupanya.

eish. sensitip betul dieorang ni. kan manja tu maknanya muda. kihkih. ok aku tipu. kalau dieorang tak caya dieorang tu lagi di sayangi pihak pengurusan maktab, pegi la tanye maktab. eceh. nak emo pulak aku kata korang tu manje.

ape2 la adek2. yang penting akk da posting.

kali ni aku nak cerita pasal macam mana aku sebenarnya boleh jatuh hati dan sayang dengan bf aku si shahrul tu. yela. bf aku tak istimewa buat orang lain. huhu.
dia istimewa di mata aku sahaja mungkin.

aku ni orangnya sangat susah untuk jatuh sayang. kalau tak caya tanya kat bf aku tu. brapa lama dia nak raih sayang tu.

macam entri b4 ni. kan aku cakap. aku sendiri macam lost tarikh couple. tapi aku tak lupa camne 1st time aku terasa yang selama kiteorang berkawan, aku sayang dia...walaupun sebelum ni aku EGO untuk mengaku.
salah satu sebab utama dulu adalah umur kiteorang berbeza.

shahrul sangat sabar melayan karenah aku yang membuatkan aku 1/2 yakin yang dia betul2 sayang aku. tapi 1/2 lagi hati aku, aku simpan untuk persediaan kalau aku kecewa akhirnya. kami selalu berhubung. layanan dia istimewa buat aku. setiap malam dititip sayang buat aku. setiap masa dia sejuk dan yakinkan hati aku yang umur itu bukan penghalang besar dalam hubungan kiteorang.

aku dah tak ingat sangat ayat sebenar dia bagi tu sebab aku dah lama tak belek surat cinta aku balik sebab sangat bz kebelakangan ni. dia selalu cakap
umur itu hanya angka yang akan bertambah setiap tahun. sayang tak terbatas dengan umur
yes.
aku admit. aku sangat susah terima.
:(

dan dalam layanan baik2 dia tu, aku selalu ignore dan tak percaya dia memang sayang aku betul2 dari hati dia. susah nak percaya, seorang kegilaan ramai budak2 teknik. pilih aku untuk di jadikan teman istimewa.

ye.
bukan aku kurang apa pun. tapi sebab aku fikir, dia boleh dapat perempuan yang lebih baik dari aku.

tapi.....
kan cinta tu tak kira usia. tak kira rupa.
dia tetap pilih aku.

dia sabar layan aku.
dia sangat manis macam gula2 dihurung semut bagi aku.

dan aku bagai mawar merah yang tajam durinya.

aku tumpah sayang pada dia pada satu malam hujan lebat. eceh. macam hindustan kan.
hihi. tapi serius. time tu hujan. sebab tu kalau hujan. aku makin rindu. makin teringat.

time tu aku dah habis diploma. walaupun kiteorang dah lama kawan time tu. aku dan dia sekadar ada ikatan.
hati aku time tu hanya 1/2 untuk diakan.
di takdirkan. aku kerja lepas diploma dekat dengan dia. setiap malam dia akan ambil aku kat umah sewa dan bawak aku pegi makan.
dia risaukan aku lebih dari diri aku sendiri.

dan satu malam hujan.
aku demam. badan panas. rasa tak selesa.
dia bawak aku pegi makan. aku tak selera. dia tengok aku sakit.
dia pun terasa sakit.
dan kasih aku tertumpah untuk dia bila aku tengok dia sanggup redah hujan balik rumah dia
dia balik sebab nak ambik kan aku ubat kat umah dia.
dia sabar tunggu aku makan sampai habis malam tu.

sebab benda remeh tu je.
1/2 lagi hati yang aku simpan dulu aku serahkan terus.

dan aku di uji lagi.
esok lepas aku terasa aku sayang dia. dia pulak admitted ward kat HSA.

woo...sedih tak pyh nak cerita time tu

rasa menyesal tak balas sayang dia dari dulu.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, January 6, 2011

ini cerita posting saya

okeh.
sekarang ni dah 6 haribulan dalam bulan januari. last post aku pun esok genap seminggu.
sekarang sudah berhidup di tengah2 bandar JB. tapi yang macam tak caya tlefon aku jadi selalu takde line. nak mesej pakwe sendiri pun tersekat2 pending.

1st week. aku cuma mengajar guna jadual chegu yang entah mana pergi. aku rasa mungkin bercuti. dan cikgu tu mengajar moral, english tahun 5 dan seni tahun 6. budak-budak bandar memang pandai. tapi bila pandai makin tak hormat chegu. :(..macam biasa la. aku masuk je dieorang nak bising2. haha. failed betul la kawalan kelas.

gaknya aku kena buat muka masam sepanjang hari ke baru budak2 kecut sampai tengok aku pun menikus? sangat kagum dengan mana-mana cikgu yang masuk kelas semua budak terus senyap dan tengok buku aje. nak angkat kepala pun takut macam nak terkencing. nak cakap dengan kawan sebelah pun macam bersalah gila bila satu kelas salahkan engkau sebab kau bising. bila pandang cikgu plak cikgu tengah pandang kita dengan muka sangat garang. alangkah bestnya kalau semua murid-murid sementara aku tu macam tu.

haha..dah la dieorang tu bahasa perantaraan semuanya nak english. haiyoo..mesti 2 tahun aku mengajar kat cni aku nye english leh bawak pegi jalan2 luo negeri. hihi.

dan aku biasanya akan bernasib baik kan.
tercampak seorang diri di tengah2 bandar ni membuatkan aku lagi berdikari sebenarnya. mungkin membolehkan aku mengetengahkan lagi potensi murid yang ada. mungkin jugak supaya aku dekat dengan en husband then bila dah ada anak, aku dapat ank yang boleh dibanggakan nanti sebab tu duduk di bandar.
haish.

macam2 la kemungkinan.
sebab aku memang sentiasa percayakan qada dan qadar bahawa apa yang di atur untuk aku itu adalah yang terbaik untuk hidup aku.
dan, semalam aku dah berbual dengan penolong kanan aku. dia cakap jadual aku minggu depan aku akan mengajar matematik untuk tahun 3. kajian tempatan yang aku sendiri tak pernah belajar dalam seumur hidup,tapi aku cakap jugak aku boleh. yeah. aku yakin.
eh2 bukan tu je. ade lagi.
aku kene mengajar kemahiran hidup jugak.
dan last sekali pendidikan seni. :). pandai ke aku ni seni?

tapi aku tetap yakin kan. walaupun ada certain benda tu aku memang tak tahu. tapi yakin dengan diri sendiri itu perlu. aku kena buktikan kelahiran maktab teknik adalah antara calon terbaik KPLI yang diterima dengan senang hati oleh pihak sekolah. haa..bangga tak jadi budak teknik jdnye..eceh2

dan.
aku dapat rumah hijau. dan cikgu lelaki dah sebok2 cari aku padahal aku tak tanya lagi aku umah sukan apa. entah khabar dari mana. dieorang dah sebok2 gosip aku ni athelete. eceh.
gaknya aku ni ada badan athlete kot. hihi. mungkin tak sebab tu?
sebab itu alasannya aku di bagi bahagian olahraga. naseb lulus KOAM ok.. (0__')

dan kamu kawan2
dah dapat posting.
terima la seadanya
semoga kita berjaya mengharumkan nama sekolah dan jugak maktab.

amin.

to all readers. sorry la entry ni tak seronok langsung. sebab nak cari planner asek abis je. terpaksa la guna blog untuk catat semua bende ni.
hmm.
hmm.

ok dah.
babai
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, January 1, 2011

nmpk lembut tapi garang

aku tinggal kat kampung. kampung aku direntas highway utara selatan atau lebih dikenali dengan nama highway PLUS. kalau sekali sekala masuk kampung. mesti rasa eh-eh-sesat-kah ini
sebab masuk kampung aku memang memerlukan mental yang tinggi

eceh. cuak je lebih.

tapi biasa woh. kampung kat joho ni. memang jauh. tapi sebab lalu highway. dekat je rase. oho..
ni pun tipu. nak pegi mane asek naek hgway je.

aku nak cerita. kat kg aku ni kirenye kampung family. satu parit aka penempatan di huni oleh kebanyakannya memang ada bau-bau-bacang ataupun pertalian darah. maknenye masuk kampung terus kene jadi nama

cik lina sopan.

haha.

padahal kat banda orang panggil lynn. konon je kan.

bukan salah aku pun. aku penah sarankan kat kawan2 aku masa teknik dulu panggil aku ina ke. lina ke. dierang kate tak sesuai sebab nama tu untuk orang lembut2 jew. eceh. tak guna je. pdhl aku memang lemah lembut pun.
*****(*___*)*****
dulu time kecik-kecik nenek belah mak aku tu selalu tego aku.
sebab masa aku kecik2 aku sangat suke pikul beg skola kehulu kehilir.
ko bayangkan la anak korang yang umo 3 taun dah sebok belakon nak pegi sekolah. pastu siap jawab pelat-pelat kalo orang tnye nak pi mane dia jawab
nak pi colah (sekolah) nek. nak colah
mesti terasa comel kan.kan..
hiiiihii

aku dulu camtu la. sebok asek nak pegi sekolah. last2 sampai umur 26 taun semalam dan hari ni 27..ade setaun je aku skip untuk tak pegi menuntut ilmu.sebab time tu aku patutnya dah tamat menuntut ilmu dan bekerja.
haish.

cita-cita dari kecik kan. nak pegi sekolah.
dan sebab hari ni. aku da masuk 27 tahun.
lagi 2 hari lagi aku kene pegi sekolah balik.

nampak gayenye sampai tua la aku kena pegi sekolah. hari2 pegi sekolah. sampai la aku pencen.

saje nak buat entri ni sempena 1.1.11 kan. aku nak umumkan
lagi dua hari lagi
aku kene pegi sekolah.

dan mulai isnin ni.
budak2 kena panggil aku cikgu lina
spy nmpk lembut tapi garang.
haha

tajuk sempena ayat paling akhir entry..wink2

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers