Monday, January 17, 2011

aku mahu menjadi guru seperti itu

memang sh** je, dah bertolak dari rumah awal. sebab kesesakan lalu lintas yang tak dapat dibendung oleh kerana satu bas rosak menyebabkan aku hampir terlambat.
serius.
touch thumb betul2 pukul 7.20 pg.
tu pun sempat kene sound dengan cik guru besar aku tu. sebab turun perhimpunan lambat seminit. ceh..
membara betul pagi isnin camni.
tak kire lagi dengan kaki melecet sebab terlari2 nak thumb print tadi. haha. dengan nak terberak segala.

keamanan dan ketenangan kampung langsung tak dapat aku rasai. punya la angan2 duduk area kampung yang penuh nyaman. nyiur lambai2 menyambut selamat pagi. angin sepoi2 bahasa tiup tudung time nak pegi sekolah jalan kaki sambil ditemani sekaki payung. eceh.
tu brangan je. tak jadi kenyataan pon.
tercampak di tengah kota metropolitan yang penuh dengan hiruk pikuk dunia. haha.
ayat sastera kan

chop..
aku bukan tak bersyukur bila dapat jalan tar sampai depan sekolah. The Store 500 m dari sekolah. Shopping kompleks. singapore tak lebih 1 jam nak pegi. tapi. biasalah. jiwa aku.
semua ni berkait dengan jiwa.

jiwa aku.
sejak aku berniat menukar profession kepada bidang ini. aku memang tekad. aku mahu mencurah bakti di desa - desa terpencil. yang jauh dari kemajuan. yang aku serah dan kongsi ilmu aku untuk mereka berjaya. itu jiwa aku. aku cintakan ketenangan kampung. aku cintakan rasa hormat anak - anak kampung terhadap guru mereka. aku cintakan, kehidupan bermasyarakat kampung.

sungguh. aku menjadi guru sebab aku cintakan semua itu.

aku bukan menjadi guru mengejar gaji beribu. aku selalu dengar dan ingat kata - kata ini
seorang guru tidak akan menjadi kaya tetapi senang hidupnya
maka, aku tidak akan menjadi kaya. dan kesenangan itu sebagai bonus hidup aku

aku ingat lagi. karangan yang perlu aku hantar dalam pendaftaran KPLI yang lepas. mengapa anda mahu menjadi guru. dan itulah juga niat aku.
aku bercerita bahawa aku mahu ilmu dan bakti aku dikongsi dengan anak2 desa. aku dah rasa susah hidup dikampung yang rata-rata sahabat handai tidak memandang pelajaran. kahwin. kerja. anak. hidup sudah cukup. cuma aku yang terkedek2 tiap minggu berkain coklat ke kelas khas. merentas becak tanah merah. meredah habuk tanah merah. berhujan. berpanas.

aku mahu menjadi guru yang tidak sabar ditemui pelajarnya untuk menuntut ilmu dari aku. sayang aku sebagai orang selepas family mereka. ingat aku sebagai antara orang si senarai tersayang. dan aku yakin. jiwa aku menjadi guru di desa.

aku faham.
guru desa cabarannya langsung tak sama dengan aku. getir mereka. aku sendiri tidak dapat membaca

ditempatkan di tengah kota metropolitan sedikit sebanyak aku bagai hilang arah. hilang separuh tujuan. hilang separuh jiwa. apatah lagi disambut kurang mesra dengan berita "sekolah ini kelebihan guru".ketika menerima berita itu, hampir bercantum kening aku bila dahi dikerutkan. hairan.
sedangkan banyak post yang belum di isi.

aku tetap nantikan hikmah yang mendatang.
sungguh.
aku harap bila hikmah itu datang. ia sangat membahagiakan.

***(T____________T)***

aku duduk di tengah kota
(dah brape kali mention tah)
mahu menyewa sendiri, rumah sahaja mencecah belanja RM 1k sebulan. belum lagi di ambil kira kawasan perumahan dikelilingi kaum cina. haip..

haip.

aku bukan prejudis. tapi aku takutkan haiwan peliharaan mereka. cukup takut. okeh fullstop.
belum lagi deposit menyewa. minyak, makan minum, barang-barang peribadi. persediaan menjadi guru baru. gaji pun entah bila lagi.

haish.

aku dah cuba dapatkan 1 rumah.
telefon owner. kata rumah dikongsi 3 kelamin. bilik air diluar.
ah takut.
takut ada kes laki orang masuk bilik aku!!


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

2 komen yang perlu dibaca:

  1. hoho..bahaya btul bilik ko..btw,lain tmpt lain cabaran..sabar je la lin.huhu

    ReplyDelete
  2. eh.tk2 aku tak sewa pun bilik tu.
    t.a.k.u.t.!

    ReplyDelete

page

Followers