Tuesday, February 22, 2011

60 hari menjelang hari bahagia

okeh.
dapat tag dari si KDee..tapi tak sempat lagi nak buat. hal tu aku noted dah.
kang bila sempat aku cari la gamba aku yang kebanyakannye senyum memang tak nampak gigi tu. sekarang ni. hiburan aku dah kurang. yelah. dah start duduk bilik sewa.

hal bilik sewa. aku okey2 aje. walaupun setakat bilik kecil tepi sekolah. tapi stil boleh lagi bernafas dan rilex dengan selesa. cuma bab makan aku payah sikit sebab area sekolah aku area cina. nak makan yang paling dekat adalah old town. mau sengkek kalo hari2 nak mentekedarah bende tu. dah la tak kenyang.

proses nak masak-masak kena la tunggu sampai peralatan memasak lengkap. apek penyewa rumah sangat baik setakat ini. siap sediakan peti ais kosong. baldi baru. alas kaki tebal depan bilik. mesin basuh dan jugak bil air letrik. gaknya sebab sewa rumah aku..eh salah.
sewa bilik aku dah cukup mahal dan menampung perbelanjaan semua tu.

sekarang ni aku tengah sebok siapkan kertas peperiksaan matematik dan juga kemahiran hidup untuk ujian pertengahan penggal pertama. hm..
hampir settle sebab nak kena submit hari ini.

tajuk adalah untuk aku cerita persiapan aku menjelang hari bahagia.
dekat 10 tahun kot kiteorang tunggu saat ni. tapi baru sekarang dua-dua pihak bersedia nak jalinkan satu ikatan yang insyaAllah kekal sampai bila-bila. bukan senang nak pilih lelaki yang akan kongsi semua dengan kita.
takut tersalah pilih.
tapi takut jugak terlalu memilih.
minggu ni test saiz cincin n bayar habis.
pergi cari baju dah siap untuk dulang kedua. dan aku tengah survey warna yang menarik

pilihan yang ada sekarang adalah hijau muda.

rasa macam kontra je dengan aku. tak sesuai pun ada. tapi si shahrul kata ok. kang kena tengok balik gabungan hijau muda putih. nak tambah siket2 dengan pink or biru.
sireh junjung dah dapat design yang di ingini.
bahagian majlis. aku nak fikir dalam masa 30 hari nanti.

sebab sekarang banyak sangat benda nak kena uruskan.
folio guru baharu belum lagi aku sentuh. asal nak bukak fail je. mata kuyu. bila main game. segar pulak.
lagipun baru 2 hari pindah. kena la selesakan hidup dulu.
hihi

dan tak lupa.
azam 60 hari menjelang hari bahagia.
diet nasi malam.

(@,@)..tapi berdasarkan.. pengalaman. keberjayaan sangat la tipis sebab pemakan nasi tegar.
so untuk itu.
doakan kejayaan ye.
haha...


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

2 komen yang perlu dibaca:

page

Followers