Saturday, May 14, 2011

galau terubat

done with gala kokurikulum.

minggu ini sangat penat badan sebab dah 2 sabtu tak dapat kasih sayang secukupnya untuk badan. dan dah 2 minggu takleh hangout malam bersama-sama.

dapat task last minute lagi. sampai rasa macam tak konfiden dengan diri sendiri. dapat task untuk senamrobik hari khamis petang. nak perform depan pegawai PPD hari sabtu pagi.
trus rasa cam nak nangis. tapi masih lagi semangat cari video dan latih depan cermin satu malam. workout sampai peluh-peluh cari step. sakit-sakit badan test menari. sedangkan aktiviti tu dah lama tinggal.

@.@..pengsan.

hari jumaat antara hari paling bz dengan kelas free hanya 1/2 hour. then sambung2 sampai tak cukup tangan. trus jumpa PK koko untuk konfirm latihan pagi tu. tapi ofcoz la budak-budak tak bawak persalinan. dieorang pun tak tahu. mana nak uruskan class lagi. haiiiiiiiiiiii. bengang dah mula menapak da.
then jumpa budak-budak yang interested. nasib.
budak-budak sangat spoting dan dengan cepat kasih sayang mengalir terhadap mereka.

latih budak. dieorang komited. dan dengan latihan tak sampai 2 jam sebab petang jumaat ujan..dieorang berjaya afal step. balik hari jumaat dengan rasa gembira walaupun badan sangat penat sebab dari malam workout.
balik. mandi. rilex2.

then tetiba je tangan terasa sangat sakit sampai takleh angkat.
bawah ibu jari terasa macam ada jarum cucuk-cucuk.
tangan sangat terasa bisa.

even that..petang masa balik tu siap dah rasa sebenarnya urat leher dah tak selesa.
trus amik minyak panas sapu n urut apa yang patut. tapi. macam makin worst sebab sakit makin terasa.
dah tak tau nak buat apa.

time tu rasa sayu je sebab tinggal sendiri.
terus bercucur lagi airmata.
haish.

benci gile bila jadi sensitif ni.

bila belek2 kat cermin. baru tahu. belakang bahu dah bengkak. mayb terlebih workout. terus amik lagi minyak.. urut.
amik selimut.
balut. sebab tangan dah tak leh nak gerak2.
tutup lampu.
then tidur.

even harini tak baik sangat lagi.
tetap buat muka hepi dan suka sebab berdepan budak-budak. taknak spoil mood dieorang. mood happy dieorang. perasaan excited dieorang dah jadi macam ubat dah. bila die sibuk tegur kita pagi-pagi. sibuk pimpin kita sebab nak tunjuk dieorang dah kumpul. siap pujuk beriya2 nak practice sebelum perform. sangat mengujakan.

terus rasa mencintai kanak-kanak semakin mendalam.

terus rasa.

aku suka jadi cikgu....

isnin ni dah hari guru. dan hari isnin merupakan tahun pertama menyambut hari guru. rasa teruja dan tak sabar menanti hari kita. :)..
ingat lagi tahun lepas. malam-malam baru balik hostel. siap panjat tingkap lagi sebab buat persiapan sambutan hari guru. siap color banner besar. siap pulut kuning segala.

tetiba teringat waktu kat maktab.
miss all the memories there.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers