Monday, June 27, 2011

sambutan penutupan majlis pengantarabangsaan

nak update pasal dewan sekolah dah nampak baru. cantik pun iye. smua sebab nak buat majlis penutupan program antarabangsa bersama brunai. malas nak cerita banyak - banyak. sebab benda ni majlis sekolah.

macam biasa. cikgu bujang. rumah dekat. harus datang malam - malam.
tahniah ye cik razlina. :)..

then time ni la nak kenal semua guru besar pun kan..

peralatan ghazal untuk salah satu persembahan

bunga - bunga hiasan pentas yang menyebabkan nampak grand.
ini semua adalah bunga import. haha

macam dalam hotel dak? ini la rupa dewan sekolah aku yek. ce tengok kain hitam oren kat atas pentas tu. yang tu hiasan yang sangat adorable ok.

antara booth makanan untuk malam. pilihan makanan adalah
1. mee rebus haji wahid
2. asma rojak
3. nasi goreng
4. satay
5. laksa johor
tak lupa jugak buah - buahan tempatan
- durian
-cempedak
-nangka.



sekian laporan. hihi

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, June 22, 2011

wedding card

sekarang ni hidup tak bizi mana pun. macam biasa je. kerja-kerja sekolah. petang tuisyen. then akan ada kerja tambahan chegu. yang lain. beres.
sejak dah ada tv sendiri. laptop ada adpter baru. rasa keboringan itu sangat berkurangan. eventho sekarang kalau takde cerita pun akan sebok bukak dvd cerita korea yang memang akan disediakan tiap minggu untuk stok kebosanan. sebab dvd player pun baru.
haha

tak sangka pejam celik pejam celik dah 6 bulan da jadi chegu. sangat rasa diri baru seminggu masuk. then rupanya lagi 6 bulan akan cukup setahun. :)..
sebab tu la kene pk sikit - sikit untuk sedding day nanti. eventho tak secepat kawan - kawan aku kawen. tapi still aku nak buat biar teratur. lagipun aku kan dah berkemampuan sekarang.

so sekarang dah start mencari design kad - kad yang menarik perhatian. aku macam biasa la. tak suka yang biasa. aku suka yang unik dan meninggalkan kenangan. sama macam orang tanya kenapa nak amik cincin tunang emas putih..suka hati akula kan. yang pakai aku juga.. same goes to my wedding card.
aku sebok jalan sana sini cari kad yang cantik. kumpul koleksi supaya aku dapat buat pilihan terbaik.
then akhirnya jumpa satu website ini. tapi semua kad kawen orang over the sea. sangat berkenan dengan 2 design yang dia buat.

satu daripadanya adalah kad warna hijau macam kat bawah ni. design sangat cantik.. even guna reben plain aje dah nampak exclusive. so ini salah satu design aku berkenan.

ini pulak 2nd design. depan sangat simple. ada 3 kuntum bunga kecik je. aku siap ingat nak buat bawah bunga tulisan I love U. haha. gile..
tapi aku suka combination color dan ke - simple - lan wajah kad ini.
lembut je.
even kalau tukar dengan warna biru terang combinekan dengan biru laut kat dalam pun masih nice.

aku bukan tak tengok invitation kad yang lain. sudah. even dah biasa pegi booth2 yang ada. tapi sebab aku susah nak berkenan then cerewet. terpaksa la aku rasa aku kena design sendiri or cari design camni then request.

then lepas wedding card. harus la fikir untuk goody bag. theme color then design baju.
yang besar - besar nanti lagi 3 month before majlis aku baru start nak pk.

done with wedding card design.
harusla tunggu en tunang punya permission gak.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, June 17, 2011

mengapa sukar melakar bahagia

selalu orang persoalkan. kenapa lelaki sangat payah untuk memahami perempuan. kalau di iukutkan pun..daripada 10 orang pasangan, yang bernasib baik hanyalah 4 orang daripadanya mendapat pasangan yang cukup memahami dan serasi. ramai juga yang bagi khabar angin bahawa dalam perhubungan wanita lebih emosi berbanding lelaki.

dari malam tadi aku terfikir nak taip entry ini. aku dah lama tak tulis entry yang bila aku baca sendiri timbul kesedaran yang menambah baik hubungan. menghargai apa yang aku ada sekarang.

hari ini persekolahan macam biasa. cuma ada gotong - royong selepas waktu rehat untuk keceriaan sekolah. senyap - senyap aku ke bilik seni untuk mengemas. aku sapu dan duduk menanda kertas lukisan anak murid aku. di kesunyian itu..membuat aku berfikir. mengapa sebenarnya sukar melakar bahagia dalam perhubungan.

aku simpulkan kesunyian kadang - kadang membuat aku berfikir lebih waras. dan akhirnya juga aku simpulkan. sukar melakar bahagia kerana tiada persefahaman.

that it.

ok. aku bagi fakta dan analogi aku dulu.

1. perempuan memang emosi.

dalam mana juga hubungan aku rasakan perempuan lebih emosi berbanding lelaki. perempuan biasanya mempunyai definisi berlainan cara meluahkan ekspresi perasaan mereka.
macam contoh
lelaki akan kata "saya ingat kat awak selalu. kenapa nak bimbang"
perempuan akan kata "saya tak pernah lupa awak pun."

dua ayat kat atas tu nampak sama. tapi punya maksud yang berbeza.
so sebagai seorang perempuan. bia aku hurai maksud 2 ayat tersebut dalam pandangan perempuan. sape yang tak setuju. aku benarkan argue.

pada pandangan perempuan. bila mereka mempunyai pasangan. mereka biasanya menyerahkan 100 peratus hidup dan perasaan untuk pasangan mereka. semua yang mereka fikirkan adalah pasangan terlebih dahulu kemudian baru diri sendiri. ayat yang perempuan tuturkan di atas bermaksud seperti mereka telah sematkan ingatan terhadap pasangan dalam setiap denyut nafas tanpa miss. boleh kata. dalam 100 heart beat perempuan tu..100 kali la kiranya diaorang menghitung ingatan terhadap pasangan.

ayat lelaki tersebut akan di tafsir. memang lelaki itu ingat. tapi kadang - kadang ada juga lupanya. mana ada manusia yang perfect ingat semua benda. kadang - kadang berak pun boleh lupa. makan pun boleh terlupa. nak mengira pun boleh terlupa. apa lagi la pasal pasangan.

see...sebab lelaki la perempuan emosi.

2.perempuan kurang sabar

macam biasa la. da nama nafsu tu sembilan. akal satu. logik la kalau tahap kesabaran itu kurang. ingat senang nak kawal 9 nafsu. tapi kan. selalunya lelaki yang nafsu biasanya nampak buas. dengan nafsu satu tu la biasanya perempuan yang dikatakan kurang sabar ini dimarah - marah.

analoginya macam ni. aku ada 9 biji epal. aku letakkan 9 biji epal di tempat tertentu. ahmad pula. ada 1 biji epal. ahmad selalu letak epal tu di atas kepala. syarat untuk aku dan ahmad adalah. dilarang menyentuh epal pihak lain.

ahmad degil. dia selalu ajuk - ajuk nak sentuh epal - epal aku. then aku akan marah pun kecil - kecilan. marah sikit - sikit. sebab aku ada banyak epal. maka tanggungjawab aku besar. tapi bila orang sentuh satu. aku ada 8 lagi. sebab tu walaupun aku kerap marah sebab ahmad usik epal berlainan. tapi aku marah kecil2.

tapi ahmad hanya ada satu epal. bila aku balas apa ahmad buat. aku ajuk - ajuk nak sentuh epal dia. dia melenting macam nak mati. dia marah macam nak bunuh orang. sebab bila aku sentuh epal dia yang satu tu..bermakna ahmad terus kalah.

ok.

faham tak analogi tu.

kalau otak korang semua lambat nak cerna tukar je ayat tersebut dengan perkataan nafsu tadi tu.

atas sebab itu juga kita sukar melakar bahagia sebab saling menyalahkan kita tidak serasi. pdhl. hal sabar pun dah payah nak atasi.

ok. kasi sua sahaja untuk kali ni.


dah dua tiga hari pening kepala. start dari hari selasa. then rabu trus dapat period cramp. huh!. penyeksaan betul. mayb sebab naik dari cuti sekolah. kerja pun jadi berlambak. tapi tetap kena stay kat sekolah dari rabu sampai jumaat. mana tak naik tekanan darah.

pegi klinik. cek darah. ok salah. bukan naik tekanan darah. tapi low blood pressure. doktor kata tak cukup rehat n vitamin. dia saran amik vitamin tambahan. tapi...stil tanak sebab yakin ni semua sebab stress aje.

kerja macam biasa la. mana pernah habis.
1. bagi exam paper. key in markah. buat analisis item. dulu kena buat subjek teras je. kali ni dia hentam untuk semua subjek. teras or tak. tak kira. kena buat post-mortem lagi. audit akademik lagi.
pengsan @.@..
dah la banyak kelas. banyak paper.
ada 2 kelas math - memang wajib buat. then 3 kelas KH. then 2 kelas sivik!. naseb 2 kelas pendidikan seni tu tak payah. haih.

2. dah lepas exam paper. kena mark pembetulan. tulisan budak - budak memang boleh buat sakit jantung. aku ugut budak tulisan buruk hantar pegi intensif kat pra sekolah. tau tanak.
ni tidak.
kotak buku kecik - kecik. tapi tulisan godang nak mampuih!..
pening lagi.

3. start sambung silabus. budak dah cuti. nano nano masa cuti sekolah. ofcoz lupa topik sebelum ni. lagi - lagi memang dapat budak - budak yang ingatan tak mantap. haha.
ajar ini hari ini ingat. esok tanya. hampeh!. tertekan ok.
tapi itula.
tetap sayang dieorang lebih dari budak kelas pandai.
siap buat konklusi..budak pandai sekolah bandar akan jadi sangat berlagak dan tak menghargai guru dieorang.. siap ada dua tiga orang budak akan kurang ajar. so setiap hari rabu stress untuk masuk kelas perasan pandai tu..padahal paper aku pon tak dapat A.
benci seh!

4. stress dengan masalah peribadi.
ni cam biasa la. leh buat entri lain sebab sangat dalam dilema nak putuskan benda yang betul. entry lepas ni nak cerita la. masalah ni membuatkan rasa tension bekerja tu makin bertimbun - timbun.

cara untuk menghappykan diri sepatutnya kena telan pil estacy then minum coca cola. then joget - joget sampai pagi. eh tak.
mana ada cikgu buat benda tak baik camtu.
patut beli buku novel berkoyan - koyan kat book store then baca sampai lebam. layan novel sedih sampai nangis2 then rasa strong dalam hati. YE!. patut buat benda ni.
tak pun beli VCD cerita korea yang best then tak yah tidur tengok sampai demam. pstu pegi jumpa doktor balik mintak MC.. (>.<) kehkeh.



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, June 14, 2011

apa itu senggugut

macam dah biasa je. tiap-tiap bulan..mesti ada saat paling tak suka. tetiba je rasa macam nak marah orang. tak pun tetiba je cepat hangin.
sangat perasan sebenarnya dengan mud sendiri.
tapi macam tak boleh elak.
tak semua orang faham macamana sakitnya senggugut.
bukan macam pening kepala yang boleh picit-picit. ataupun sakit terkehel boleh diurut.

so untuk itu, aku share la ape itu senggugut sebenarnya

Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah mengganggu. Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot

Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.


ha. banyak kan.

tapi tak semua orang faham hal senggugut ni. kadang - kadang asal kite nak marah. cakap kite emosi. kadang - kadang kalau kite cakap kite lesu. sakit perut. orang cakap kita ngada - ngada.


cuba la faham orang perempuan ni cket cek abg


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, June 8, 2011

gambar yang dijanji

dah janji sebab nak upload gamba..cepat-cepat aku bangun tido untuk amik gamba pagi - pagi buta.
matahari pagi cerah memancar dari tingkap bilik time aku amik gamba ni. sebab tu gamba macam ada cahaya keimanan.
hihi.

kirenye lepas ni aku kena cuba pelbagai warna pulak untuk majlis yang akan datang. lagi beberapa hari menunggu detik menukar dulang. so aku kena siapkan 4 lagi dulang termasuk sirih junjung. buah. kek dan juga coklat. bekas coklat memang dah siap. cuma takut coklat bersemut kalau masuk dalam dulang awl. serangga..tak boleh nak kira. ye dak?

kirenya. ini adalah majlis kedua lepas majlis aku bulan 4 aritu. eh2. dalam tak sedar 2 bulan jugak da aku mengikat tali janji. so ini antara hantaran yang aku berjaya hasilkan.

1. baju pasang n manisan. yang silver tu sebenarnya lollipop. aku bungkus dengan foil. ingat nak cari kertas emas. tapi macam payah pulak.

2.towel. haha. yang ni biasa ah. ingat nak buat rehal ke ape. tapi malas nak cari kotak segala. eh. sila hadiahkan aku kamera mahal supaya gamba aku lagi berkualiti.

3. baju dan alatan. yang ni aku tak tanggung brand yek. aku cuma tolong sediakan. sian orang empunya. abg aku asik menganjing je. adibas..adibas..ni semua kes barangan ciplak banyak sangat. hihi.

4. blur aje gamba sejadah ni. malam sikit aku rasa nak ubah bentuk kipas ni. rasa cam tak kena je sebab belakang sejadah tu ada space lagi. aku tanya adek aku nak buat cmne. yang dia reti apa? cakap 'entahlah'. ha yang itu reti la...

5. faveret hantaran. kain pelekat. lalalala. kain pelikat nananana. kain pelikat dipakai..alah dipakai...aku buat kuntuman bunga.

asik saspen je kan. ini ceremony untuk majlis tunang adek aku. bila aku dah tunang. baru sebok2 die nak ikot langkah. itula orang kate. mandi bunga sireh junjung tu. berkat. kehkeh.

apepon. majlis kali ni aku yang lebih excited. sebab time majlis sendiri aritu aku takde masa nak buat hantaran cantik2. takde cuti sekolah yang panjang. macam tak teratur pun ada.


oh....
sebelum terlupa.
nak ucapkan selamat datang ke dalam family kami.
pada anak buah aku yang ke 18.
nur firdina ayuni binti rosman.

lena di pangkuan nenenda.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, June 6, 2011

getaran rasa waktu muda

eh. tak sedar. esok dah genap seminggu makan minum kat umah emak sendiri kat kampung nan permai. angin sepoi2 bertiup tiap pagi..semua sebab cuaca mendung. pokok kelapa sawit melambai-lambai girang. huuu..
baru aje mengkhatamkan 3 buah novel terbaru. dan salute. 2 novel yang aku beli berjaya membuatkan jiwa rindu aku limbang limbung. cerita rysareesa tajuk seandainya cukup berbaloi beli dan baca walaupun buku sangat tebal dan terpaksa menggunakan masa 3 hari baca tanpa henti. yang novel kedua surat ungu untuk nuha.
hmm..sedih ah baca cerita - cerita cinta ni.

mungkin sebab tu la gaknye kalau orang putus cinta dilarang baca buku - buku berlambak ats rak buku aku.
sangat kesian pada diri sebab tak dapat pegi kenduri kawen rafeah kawan seangkatan tu. tapi sangat bersyukur sebab beliau berjaya juga mendirikan rumah tangga setelah bangkit dari kekecewaan lepas. cinta monyet masa kecik2.

sekarang tengah sibuk buat preparation majlis kedua. esok lusa. upload gamba la pulak. tema kali ini adalah ungu pink..jenuh jugak memerah idea nak hasilkan benda yang cantik rupanya. kalau tangan memang orang seni. memang idea mencurah - curah. tapi kalau tangan versi besi kayu. yang jadi pun macam dah hebat. haha
sebab itu jugak. berazam untuk upload gamba lepas entri ni.

sebab waktu senggang akibat cuti sekolah ni. lagi - lagi duduk kampung nak sangat cerita pasal crush masa kecik-kecik dulu. hihi. mengenang zaman mengenal tumbesaran diri. mengenal perubahan perasaan pada jantina berlawanan jenis.

ingat lagi zaman sekolah rendah dulu. tatkala aku bergelumang dengan anak murid. mengawal mereka terjebak crush zaman muda ni membuatkan aku ingat kembali zaman muda sendiri.
ceritanya bermula di sini..
********
aku ada sekolah malam. semua tu persediaan untuk mendapat keputusan cemerlang UPSR. semua ni berlaku 21 tahun yang lepas. tiap - tiap malam gila ke sekolah. kalau dari 24 jam yang aku ada dalam hidup..aku peruntukkan 6 jam untuk sekolah rendah. 1 jam menunggu peralihan ke sekolah agama. 3 jam di sekolah agama dan 2 jam untuk kelas tambahan malam. maka. dalam usia muda aku memperuntukkan 12 jam ke sekolah dan 12 jam lagi adalah waktu rehat di rumah. itu belum lagi tolak masa membuat kerja rumah..
maka dalam masa 12 jam disekolah. mestilah aku perlu mempunyai semangat untuk kesekolah. ye.
aku akui. aku budak pandai. jika tidak penuh pun kehadiran aku. aku tetap boleh belajar. aku lebih belajar dirumah. belajar sendiri. walaupun tinggal dikampung. ibu-bapa aku telah lama lahir. tapi mereka mahir membaca jika hendak dibandingkan dengan ibu - bapa seusia mereka. maka kerana itulah aku mewarisi bakat kecerdikan mereka.

tapi.
aku tetap rajin ke sekolah.
semua atas satu sebab. aku suka tengok senyuman seorang kanak - kanak lelaki.
hihi.
memang masa tu aku kecik lagi. tapi iyalah kan. aku normal. lagipun zaman perkembangan emosi. ok. gelar dia sebagai Alim.
senyum Alim memang mampu menambat semua kanak - kanak baru membesar. buktinya dia memang digilai oleh semua budak dalam kelas yang sama. Alim tinggi. Alim peramah. Alim anak orang berpengaruh.
selalunya. zaman crush masa muda ni. kiteorang main dedicate lagu. macam - macam lagu hafal. dan paling glamer time tu kumpulan Ukay's. ye..tahun 1996. Ukay's memang meletop dengan lagu cinta.
Bila Alim dapat lagu - lagu dari semua budak perempuan. dia cuma senyum aja.
crush dengan Alim sangat membantu aku ke sekolah.
rasa indah melihat wajah jejaka muda aku bawa hingga tingkatan 1.
dan rasa indah itu hilang bila.
aku tahu si Alim telah memilih kenalan aku sebagai noktah getaran rasa dia.
aku tidak rasa putus cinta. cuma aku rasa cemburu melihat kemesraan mereka. aku jauhkan diri dari Alim sejak dari aku tahu hubungan mereka.
putus cinta kah itu namanya?

aku simpulkan tidak.
sebab kami tidak pernah bercinta.
itu hanya getaran rasa waktu muda. saat mulanya perkembangan perasaan pada insan berlainan jantina.
******
dan sekarang. semua crush Alim waktu muda sudah berkahwin. mahu sahabat handai aku yang meminati Alim juga begitu. Alim masih bujang sampai kini. aku juga segan untuk bertanya siapakah insan disampingnya kini. Bila berhubung kembali dengan Alim. aku jadi malu sendiri bila teringat kisah zaman muda. kisah getaran rasa itu.

perhubungan kami sekarang sekadar sahabat lama. yang sudah tidak rapat. juga tidak mesra. semua kerana aku meninggalkan semua memori dan kenangan itu di sekolah lama. mengejar impian untuk berjaya.

dan semua itu kekal..
menjadi kenangan
getaran rasa waktu muda.



p/s: aku bahagia dengan kasih yang baru.
aku lengkap dengan kasih yang baru.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers