Tuesday, August 2, 2011

kenapa mas kahwin di johor murah?


Alhamdulillah.
akhirnya sebelum menyambut bulan ramadhan tahun ni, aku berjaya jugak pergi kursus pra perkahwinan kat hotel seri malaysia JB. ramai gak yang tanya aku, apehal pegi kursus lambat - lambat.
jawapan aku simple.
aku nak apa yang aku dengar kat kursus tu sama dengan pasangan aku dengar. then kiteorang boleh bincang balik topik - topik dalam tu.
bukan ke orang yang paling rapat dengan kita adalah pasangan?
jawapan dia mestilah. kalau nak dikira, even di rantau orang, aku akan telefon mak aku sekali sehari, kalau tetiba terlebih rindu aku akan telefon 2 kali. tapi dengan pasangan, berkeping - keping mesej.

rasa semua orang pun sama. yang tak sama bila orang tu hipokrit. hihi.
dah masuk bulan ramadhan al-mubarak.

sempena bulan ramadhan ni nak kongsi sikit apa yang menarik dalam kursus perkahwinan aku kali ni. penceramah sangat sporting. eventhou sgt penat duduk di kerusi banquet mendengar 12 slot ceramah.

apa yang menarik untuk aku kongsi adalah mahar(mas kahwin) perempuan islam johor. jika nak dibandingkan dengan negeri lain, johor lah satu - satunya mas kahwin terendah. sangat lama johor menggunakan nilai tersebut. RM 22.50...mana - mana orang akan ingat secara tak langsung dengan ayat RM 22.50 tunai..........

even ustad tu kata. ikan bilis lagi mahal dari mas kahwin perempuan islam johor. hehe. memang kelakar. tapi ustad tu sempat memberikan pengajaran, yang membuatkan semua peserta kursus wanita senyum ke telinga.

Nabi SAW bersabda : Setinggi-tinggi keberkatan seorang wanita itu ialah mudahnya maharnya
sebelum tu memang ustad cakap, takde orang perempuan johor complaint pasal mas kahwin murah. sebab perempuan islam johor faham, murah mahar seorang wanita itu, tinggi martabatnya.bukan dibanding beza dengan harga ikan bilis, bukan di banding beza dengan emas permata.
bila ustad dah sebut hadis Nabi SAW tu, aku terasa bangga menjadi salah seorang wanita islam johor. :)

dan

Allah SWT berfirman : Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dan hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui (Surah an Nur : 32)
bila ustad kata camni, dia kaitkan pulak dengan rezeki anak - anak. time tu jugak terasa nak kawen. hehe.

sangat banyak benda yang aku belajar dalam kursus ni. walaupun sebenarnya kebanyakan benda kat dalam tu boleh dapat melalui pengalaman, tapi untuk yang tak pernah didedahkan dengan alam rumah tangga memang memerlukan kursus tersebut. time tu la kita dah boleh start risik2 macammana nak menangani syurga kita.

bak kata salah seorang ustad, kalau kita membebel, suami dah goyang - goyang tapak kaki, cubalah para isteri ingat. syurga itu terletak di bawah kaki suami.

bersediakah aku?

semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga.

semoga pohon ku pilih untuk menaungi hidup aku rendang memayungi aku,
semoga permata yang aku pilih, menyinar sepanjang hidup aku,
semoga dahan yang ku pilih untuk bergantung, kukuh menampung aku
dan semoga teman yang aku pilih itu, setia dan kekal menemani aku.

aku hanya mahu dia, bukan orang sesempurna mana. aku terima dia seada dirinya.
kerana aku sedar. dia pelengkap hidup aku yang serba kurang.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers