Sunday, February 19, 2012

Post : Kawan





menjelang hari-hari terakhir persiapan.
jika di kira. hampir kesemua barang dah di hantar ke pak andam. dah jugak pegi scaling n ambil acuan untuk buat crowning. bila dah pasang crowning kat gg nanti aku tunjuk kat blog. semua persiapan untuk perkahwinan. :)..

dalam kesibukan hal sendiri sekolah masih macam biasa. sibuk mengejar prestasi yang entah bila akan berhenti. mula-mula pemantauan nazir untuk new deal. kemudian sekolah kluster pulak. terasa bebanan makin menghantui. mana sempat dah nak tanda buku. nak pk persiapan majlis. nak apointment doktor sana sini.

yang tinggal hati ahad. itu pun dah sibuk nak basuh baju dan kemas rumah. rasa macam mengarut je bila tiap2 hari sabtu kena bekerja. bukan rela. tapi paksa rela. haihs...
even kerja swasta pun sabtu cuti. kami bukan lah buruh asing.
macam tu la kalau orang yang dah patut pencen di berikan masa untuk terus berkhidmat. lagi suka bermesyuarat dan membebel. tapi tak produktif.

lupakan semua persiapan. lupakan semua persekolahan.
aku mahu mengungkap kata di atas.


kadang-kadang kita perlu melupakan seseorang di masa lampau kita dengan sebab yang mudah. mereka tidak perlu ada di masa hadapan kita.

dulu-dulu, aku pernah punyai kawan rapat. kira budak-budak gelar BFF la.. aku bukan tak sayang dieorang. sayang. sepenuh jiwa raga. rasa seronok bila sama-sama. semua yang masa lampau macam kembali segar. kawan-kawan. prep. kehidupan asrama. tapi mcm aku yang menghulur salam sendiri.
kawan-kawan rapat aku dulu makin jauh jaraknya. makin terpencil kelibatnya.

dan dengan itu, aku tahu.
aku perlu melupakan mereka.
kehidupan akan tetap seperti biasa. walaupun aku kehilangan mereka. mereka juga tidak perlu muncul lagi dalam kehidupan aku masa akan datang.
biar semua yang pernah kami lalui bersama menjadi satu sejarah hidup yang kami pernah lalui.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, February 7, 2012

Wedding Preparation : 1st fitting baju sanding

salam.
hi all.
tereksaited sebab dah bli barang untuk kahwin lagi.
semalam pegi cari bunga telur. untuk malam berinai dan sebagai bunga paha majlis.
sangat teruja bila pegi air itam sekali pegi fiting baju sanding.
1st time pegi fitting mestila sangat eksaited.

yelah bukan diri sendiri yang pilih design kan. mesti la sangat berdupdap2 nak tengok baju. semuanya serahkan kat en ejad. pak andam majlis. then sebok2 la pegi kluang petang hari isnin.
dah janji2 tunggu dalam debaran dia sampai. dia cakap amek baju yang jahit dekat muar. tapi belum sempat hantar beading. nak hantar beading kat batam dalam minggu ni.

dia kluar je dari kreta dah angkut baju yang mleret2. dari jauh aku tengok da suka. keh2.
sebab memang aku buat baju nikah simple gila. then tetiba je rasa cam nyesal sebab bila tengok baju orang nikah semua glamer gila. :)...
start la nak beli baju la hape.

1st time fiting baju. baju tersebut memang betul2 ikut saiz badan. muat2 ok.
then siap ejad pesan. jgn gain weight da. pergh...
kecut2.
sanding ada lagi dlm 1 month after. boleh ke mantain berat badan?
terus rasa macam patut puasa selalu. tak pun jog selalu. ejad siap pesan kat tunang aku lagi. soh pesan kat aku jgn gain weight. kahkah.

aku berurusan sgt mudah dengan andam kali ni. kiteorang biar dia tentukan semua design. yang tau kiteorang kasi saiz badan. tau2 baju dah siap marvelous.

pendek kate aku suka baju sanding aku eventhou belum lagi letak beading.
nah nak bagi tengok cket baju sanding aku..kehkeh
walaupun orang cakap ape pon. aku tetap suka baju ni. rasa tak sabar trus nak tengok baju ni berbead2.
then balik dari fitting baju terus jalan-jalan cari souvenir untuk pihak lelaki and kawan-kawan rapat. so hasilnya setiap sorang akan dapat bunga kristal kat bawah ni.
sape nak sila datang ke majlis saya ye.





dah2. nak pegi pasang tikar baru kat depan bilik pengantin.
sat lagi nak setel reben gudi beg. dah ade warna-warni rebennye.

#mood tak sabar nak kawen..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, February 6, 2012

Wedding Preparation : Goodie Bag

salam maulidurasul.

selamat juga bercuti di kampung.
punya la kelam kabut jumaat hari tu. tak sempat jugak buat kad bank pagi-pagi. BSN memang la. berapa kali tah nak block kad aku. da la pekerja BSN masai tu belagak. ceh.

cuti-cuti ni aku siapkan goodie bag. alhamdulillah. setelah usaha keras dapat jugak aku cari beg kertas recycle yang aku idamkan. punya la aku pusing seluruh bp cari benda tu. pegi air itam lagi la hampeh. langsung gak tak jumpa.

aku ade gak berusaha nak menghasilkan bunga manggar dari kelopak bunga. aku belajar semua dari bog B2B jugak. lenkali aku bagi link tu. aku lupa blog kak shaja tu ape.
so kali ni biar gambar bercerita..

masa dah buat-buat gudi beg tu, aku pun mms shahrul camne hasilnya. then bincang punya bincang bakal laki aku tu komplen ckp aku buat gudi beg terbalik. haha. aku pun macam blur je tak phm mksud dia terbalik tu. sebab aku bayangkan reben tu atas tag terima kasih yang aku buat.
pastu dia pun siap hantar lukisan apa yang dia bayangkan. ni la gambarnya..

awak. awk pandai melukis. kehkeh. dpt A

dan ni pulak gudi beg yang aku buat. haha.
sah-sah terbalik. tapi dah lekatkan lebih kurang 200 pcs kot. aku pon biakan je la.
seni tu kan tak kira camne pon. haha. lagipun aku pk bwh reben tu aku akan lekatkan bawah reben tu.


gambar-gambar kat bawah ni gambar aku buat bunga manggar sendiri

bahan-bahan
 apa yang diperlukan adalah
  1. gunting
  2. gam uhu
  3. soletape bunga
  4. dawai 20, 24 & 28
  5. kelopak bunga
aku pintal-pintal..ikut tutorial sebijik2.
jadi la bunga manggar emas aku.
then kawan aku komen.

bunga manggar aku dah jd bunga harum sundal malam. aku pun rasa camtu jugak..haha. tapi dah buatkan.
tibai je la.

bunga manggar - harum sundai malam
 dan usaha aku diteruskan dengan design tag terima kasih.

aku masih belum buat bunting lagi oh. tinggal lagi sebulan
ado..pening sep.

dan jadi la tag kat bawah ni.
sebelum tu aku nak bagi kredit kat lurvering sebab aku amek burung ni dari blog dia.
then aku edit balik guna inkscape.

ni je la yang mampu. semua DIY..
'saya syg awk' burung tu ckp

sekarang aku tengah sebok nak cari masa fiting baju sanding. tak sabar nak tgk..:)
semoga semua berjalan lancar.

oh2 tak lupa.
nak ucapkan tahniah kat kak azila ali.
kenduri di terengganu kelmarin.

tahniah akk..
semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga akhir hayat. semoga bahagia selalu. n senyum sokmo.  jadilah hawa kepada adam mu sebaik mungkin. biasakanlah akal mengatasi hati. biasakanlah lidah tunduk mengerti. salam syg..lin

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers