Thursday, June 14, 2012

Please vote for my school

:)
budak-budak..
sebok nak masuk acara pencarian protex handwash.

kalau korang nak tolong..cuma perlu view sahaja video kat bawah ni

anak-anak aku...
yang lelaki semua tu.

peel..memang le penat nak melayan..

group 1
group 2
group 3


tolong view ye semua


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, June 12, 2012

Wedding Preparation : Bunga Tisu

betul la orang kata..nak kawen ni berjangkit..
lepas sorang sorang..
dan kali ni family aku sebok tengah nak buat persiapan adek nak kawen pulak..

first skali...
mestila dulang hantaran...adek nak tema hijau coklat. tapi punya pening pk mana ada bunga coklat..last-last dapat gak alas dulang macam kat bawah ni.. 
dalam tu sebenarnya warna hijau..tapi dah nampak warna kuning je da...


survey sana sini then terasa nak try buat pelamin sendiri memandangkan pelamin tempah kat mak ke pak andam sux macam majlis aku aritu. so dah pakat-pakat dengan anak sedara aku si ima tu nak jimatkan duit adek. so nak try buat pelamin sendiri. dah survey2 pelamin yang senang nak buat. padahal pakai polistrin je..hekhek...


then ada berkenan satu pelamin yang belakang semua letak bunga. cantik oh...pastu aku pk gak..baik letak bunga tisu as background pelamin tu...leh amek color2 moist untuk pelamin tu...kat atas and bawah ni contoh bunga tisu gebu aku..


siap ajar anak murid lagi nak buat bunga ni tahun lepas..esok lusa aku upload gamba pelamin camne aku nak buat. kenape tah. time kawen aritu tanak buat. time orang kawen aku plak yang sebok2..

sekarang gak tengah pulun baca english novel. sebab nak meningkatkan vocab...
ada dari penulis lain. tapi sekarang ni tengah gila JODI PICOULT..

ni buku terbaru jodi's aku beli...after buku2 
  • my sister's keeper
  • change of heart
  • sing you home
jeng-jeng-jeng


 :)..gambar di ofis baru. even meja tak tinggi tapi tetapi suka ofis baru..

selepas berlakunya rombakan di sekolah. sebab nak anugerah sekolah kluster. bilik port aku untuk latih budak zapin. pusat tuisyen. tempat jualan. tempat jahit kostum action song. latih budak persembahan hari guru dan myshoolrock dah kene ambik.

aku? bengang memang la ada. ye la..aku n kawan-kawan duduk bilik tu bukan bersenang lenang sahaja. tapi buat semua kerja sekolah yang kiteorang buat secara rela hati kot.. balik rumah lewat pun tak kisah sebab kiteorang suka bilik tu. buat kerja tak terasa. tempat kerja rasa sebagai rumah kedua.

tapi dah kena amik.
jaki dengan sorang cikgu tu ah..
bila GG cerita aku jadi hangat..
bajet dia ngandung dia aktif la konon...

ptuii..


haha..emosi...

dah...nak tengok berita...

:) saya sayang suami saya..
tetiba..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, June 5, 2012

Bahagia bila......

dah seminggu kat nilai sempena cuti skola tu hari. so sekarang ni dah kat JB...
bas..delay tak agak..
aku beli tiket 10.45 mlm..last2 bas sampai pukul 12.25 mlm. punya la aku tercongok + sejuk kat terminal tu. mana dengan beg banyak...dengan mengantuk dan dengan kesedihan yang membukit sebab kena tinggalkan hasben duduk sorang-sorang dekat nilai balik...:(.. 
tak caye tengok bawah ni..betapa banyak barang kalau sorang perempuan tu pegi jenjalan. haha
sangat tidak efektif...
beg baru adidas aku..
 tapi mak datuk..bas laju tak ingat. sampai JB dalam pukul 3 1/2 pagi. siap aku pegi minum teh O dulu sebelum balik rumah.
keadaan yang semakin lengang menjelang 1 pagi
balik rumah sewe terus rasa sedey balik sebab kene tido sorang2 balik. then terus call husband dia dapat flight mane untuk pagi isnin tu sebab dia standby. tetiba je dia cakap dapat nightstop JB..berita sedih tadi bertukar jadi gembira.

then petang tu jumpa balik hasben tersayang kat JB..:)

depan kolam lepas balik mkn durian

kolam thistle waktu malam
kiranya dalam masa seminggu cuti tu baru la terasa betapa indah kalau hari- hari dapat tengok muka hasben sendiri.
susah ke
penat ke
tak sihat ke

bila hasben kat tepi terus je macam ada penawar.

kalau dulu aku malas buat air.. dah kena rajin2 belajar buat air utk hasben..walaupun selalunya shahrul yang akan bancuhkan milo untuk aku

kalau dulu tidur pakai bantal..kali ni dah selesa baring kat lengan dia je walaupun tak empuk sebab dia tak gebu..:)

kalau dulu aku tak pandai makan sushi..sekarang dah boleh telan sebab aku nak teman hasben makan. punya la perit aku blaja nak makan seaweed tu. siap makan yang dah di keringkan untuk biasakan makan..:)

pendek kate...walau camne susah pun. aku tetap bahagia bila hasben depan mata



ngade2 tak buat entri camni?
tapi tak kira..sebab aku rindu dengan dia...
time drive sebok nak pegang tgn dia..
en abang...cepat la balik JB lama-lama...


p/s: tengok gamba last tu..tangan aku lagi gelap dari dia. tapi dia cakap kulit tanned mcm aku seksi...haha
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, June 1, 2012

perempuan kawen makin kembang


lama sangat tak cuti rasanya sejak bulan 3 hari tu.
rasa macam dah hari-hari kena pergi sekolah.
time tu jugak rasa bebanan kerja macam bertimbun2.

oh.
aku?
masih belum berisi lagi pun. kena berehat sikit. lepas scan haritu n doktor kata ada sys..rasa seram sejuk je. tapi cara penyelesaiannya adalah dengan mengandung. supaya sys tu kecut sendiri. bercuti dan tinggal dengan suami.
susah macam mana pun. aku hargai saat-saat manis ni.

walaupun tak jadi pergi bercuti jauh2..aku tak bising pun. asalkan dapat duduk sama-sama jadila..
betul la orang kata. tempat isteri disamping suaminya.
sejak cuti sekolah aku belum lagi balik kampung. terus ikut shahrul balik nilai.
apepun.
hari-hari telefon mak.
mak okeh2 je.

orang kata..
perempuan lepas kawen memang badan naik. macam di pam2 pun ye. banyak gak yang tegur aku cakap badan maken kembang. dalam hati memang takot woh. ye la. mane penah aku tak muat saiz M or S..takkan tetiba beli baju nak cari saiz L pulak. oi mak datuk. scary ok..

tapi bila jalan-jalan..bila shahrul nak lebih mesra rasa macam segan plak. segan sebab mesti orang sangke kiteorang ni couple gedik2..men pegang2 tangan la..peluk2 bahu kat luar. dan terang2 laki aku memang suka buat benda camtu.
siap aku terlupa nak bawak surat nikah kitaorang naik KL.
then aku tanya dia..

aku : D, kalau kita kena tangkap basah camne ek nanti?
shahrul : kite ngamuk ah sebab sesuka je dia tangkap kita..
aku : Tapi kita memang takde bukti what..ha ape kate kita bia je diaorang tangkap..
shahrul: then ape jadi
aku: Dah tangkap kita suruh dia tepon pejabat agama islam johor then saman..
haha..
agak-agak..
akan menang tak?

inai tinggal sikit.

aku pergi urut kaki kat satu cina tu.
dah urut2 kaki aku..aku panggil shahrul sebab nak tanya pendapat nak beli minyak ginger buat sapu kaki malam2..ada hasben. leh picit2kan. kehkeh...

dia terus cakap. baru kawen ye?
then aku sebok tanya dia mana tau. dia cakap cincin kat jari aku ketat..haha
terus dia cakap kiteorang kawen muda..macam dia.
then aku tanye dia kawen umo berapa.
dia cakap dia kawen umur 21. sama muda macam kiteorang.
tapi aku cakap kiteorang da tak muda.
dia tanya umur.
rupanya sama umur dengan dia..


then aku nek teksi ngan satu yangkle..yangkle india..dia tengok shahrul dan jeling aku. terus tanya shahrul.

"bila mau kawen? sudah ada yang blakang ha. bila lagi. kawen muda itu bagus juga"
then shahrul jawab.
"ini sudah jadi bini yangkle."

yangkle cakap kiteorang kawen muda.
tapi yangkle tak pulak tanya umur sama kita..
terus terdiam yangkle tu. hekhek.
then dia berani bersuara terus tuka topik cakap
"ada istri boleh itu masak juga"


:) kiteorang muda sangat ke kawen?

eh tak....

tapi aku tau sebab ape..
kiteorang berdua awet muda...


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers