Monday, September 17, 2012

Mommy to B : Kacang Soya

ok.
topik baru.
maklumla nak masuk bulan 10 da. so aku kongsi siket2 pasal cerita mommy to be plak. kalau post2 dulu senok pasal bride to be. ini cerita pasal mommy to be lak.

:)

seronok tengok kawan-kawan aku galak bunting sana sini. kawen je bunting. kawen je bunting..rezeki kan. bila-bila Allah nak bagi tak boleh tolak.
baru je ada berita pasal orang buang anak dari tingkat 3. Astagfirullah-hal-azim..kesian baby tu ha. kalau taknak. bagi la kat kebajikan masyarakat. tak pun jual..daripada bunuh dengan baling dari tingkat atas. eish..cetek fikiran.

orang yang takde anak tu. berdoa hari-hari supaya dapat zuriat.

ramai orang kata..minum la banyak soya untuk dapat anak cerah. kulit gebu bersinar. dan baru baru ni kacang soya dikaitkan dengan pengurangan paras kolestrol. kacang ni jugak membekalkan nutrisi yang tinggi masa kita hamil

kalau semua bakal ibu nak tahu, kacang soya merupakan sumber terbaik untuk folat, zat besi, kalsium, zink dan mineral. tapi tahukah anda juga bahawa kacang soya boleh mendatangkan mendatangkan kesan negatif jika diambil secara berlebihan. 

so apa yang aku nak share arini adalah pasal pengambilan kacang soya ketika hamil. 

kacang soya ni mengandungi asid fitik yang boleh menghalang kadar penyerapan logam berat seperti merkuri. tetapi dia juga akan menghalang penyerapan mineral penting untuk tubuh ibu2 seperti kalsim, magnesium zat besi dan sebagainya. dan para ibu perlu tahu bahawa mineral tersebut penting untuk tumbesaran dan perkembangan fetus.

keupayaan kacang soya untuk merendahkan paras kolestrol memberikan kebaikan untuk wanita yang tak hamil. tapi tubuh wanita ketika mengandung memerlukan kolestrol untuk menghasilkan progesteron dan estrogen iaitu hormon yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan ketika hamil.

so kunci pengambilan kacang soya ni adalah kesederhanaan. so dalam sehari tu boleh la amek secawan dua soya kalau dah tringan sangat. :)

hm..sekarang ni galak pergi exercise petang-petang n brenang seminggu 2 kali. 
agaknya bakal ibu ni akan mendapat badan yang sihat tak. hihi

oh..ye2...tahniah buat kawan2 aku yang baru je kawan dah ada isi tu. :)
bila orang tanya kenapa aku lambat isi aku senyum2 then jawab.
suami kite jauh. bkn macam akk hari-hari ada kat tepi..
laju je kan akak tu menegur.
sapa la yang taknak rezeki kan..


hai la akak.. 
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, September 16, 2012

cikgu

sudah masuk setengah tahun aku menjadi isteri orang.
dan tulisan aku makin tidak rancak nampaknya.
tak tahu mana silapnya. sama ada aku sibuk merancang hidup baru..atau aku sibuk menyibukkan diri dengan kerja yang dari mata orang lain senang aje..

suami aku jauh.
jarang-jarang dapat ada dengan aku. maka hidup aku selain aktiviti petang adalah kerja. benda kesayangan aku selain family dan suami adalah anak-anak murid yang pelbagai pe elnya.
sehari tak jumpa anak-anak kat sekolah. rindunya macam tak lengkap hidup.
memang tak sama macam merindui suami.
tapi tetap ada bahagian rindu untuk mereka.

jadi cikgu sekarang bukan macam dulu-dulu lagi. dulu cabarannya lain. sekolah dalam hutan. nak pegi mahu berakit berselut. jadi cikgu rasa mulia. macam lilin bakar diri.
sekarang jadi cikgu pun lain cabarannya.

mak bapak dah pandai-pandai.
dah terpelajar orangnya. sampai kadang-kadang lupa yang diaorang dulu masa kecil-kecil masih pergi sekolah untuk belajar membaca..mengira.
dulu bukan macam sekarang. bersepah pusat tusyen.
aku pun bukan muda sangat. pernah kerja tempat lain sebelum jadinya cikgu.
cabaran kerja memang lain-lain.

ada client pun lain2. even cikgu sekolah rendah dan menengah pun cabarannya lain.

so tak boleh nak judge kerja orang lain senang.
bukan sorang dua kawan aku kerja engineer. peguam. arkitek. jawatan besar2.
tapi tak sorang pon pernah belagak.
bangga dengan kejayaan dieorang sampai kutuk2 cikgu yang pernah ajar dieorang.

aku ajar budak yang sedang-sedang pandainya. aku garang ikut kematangan budak. even aku ajar budak darjah 3 dan 4. aku layan diaorang macam orang dewasa. diaorang suka bila di treat mcm orang dewasa.

banyak lagi benda aku kena belajar untuk jadi mak pada 40 orang anak.
sedangkan orang yang ada anak pun paling ramai 12. jarang-jarang kita dengar dah, orang ada 16 anak. ni pulak aku yang baru kawen ni belajar nak jadi mak pada 40 budak.

setiap hari walaupun takde benda nak ngadu pada aku..budak-budak asik2 cari mak dia ni.
even dapat tengok muka pun diaorang dah lega.
camtu la rasa jadi mak budak.
budak ni kalau jumpa mak dia..walau tak cakap ape-ape dah lega dah hati dia..
siap cari aku kat bangunan tiga tingkat sebab konon-konon nak bayar duit didik. nak tanya benda yang kadang-kadang tak payah tanya pun

kids being kids..
kadang-kadang itu yang mahal dan indah nak dikenang sebagai cikgu..
benda-benda remeh tapi indah bila dikenang balik..

apa yang aku buat time aku baca ada orang kritik kerjaya aku sekarang. reaksi aku adalah seperti berikut
  1. aku rasa kesian kat dia. kenapa dia boleh tulis benda yang sangat mengundang kontroversi
  2. aku rasa dia tu budak tengah belajar lagi kat mana-mana kolej dan fikiran dia tak matang
  3. aku rasa dia tu mcm budak baru kenal internet dan tulis blog. 
  4. then aku rasa balik no 1 tu sampai no 3..
  5. rasa kelakar bila ramai sangat orang marah dengan budak tu. 
budak tak matang ni kalau dilayan kita pun jadi tak matang sekali. siap yang kesian budak tu siap kena padam blog dia lagi. eish2...kesian..
kena sumpah seranah lagi. dah menjadi idup tak tenang. takut nak online. stress dan boleh menyumbang pada ketidakstabilan hormon dan tekanan darah.

pendek kata. lepas je aku baca entry tu aku memang meluap2 rasa kesian dengan sifat tak matang dia tu. dah la kena kutuk kow2..
siap kena tulis entry mintak maaf yang tak ikhlas. then kena kutuk lagi.
pergh. idup macam roda kan. time kat atas bukan ingat sakit kat bawah.

siap aku terbayang. macamana la budak tu punya malu nak pegi ofis dia (yang dia claim dia engineer). camne kalau bos atas dia tau. tu belum lagi pengarah syarikat lagi. aigoo...
memang tak boleh di bayangkan macam mana dia nak menghadapi dunia dengan kecaman yang dia dapat tu.

dan lagi. macamana tah penerimaan orang yang kenal2 dia. mesti dia malu gila.

ha..
sekarang rasa logik tak kenapa aku rasa kesian.

logik kan..

tu aku ckp..
budak tu tak matang lagi. sebab tu dia tak pandai lagi buat konklusi.

kesian dia.


kalau la dia baca blog picisan aku ni. aku nak cakap je.
akak rasa kau kesian dek. ada akal fikiran kau tanak guna. bila dah tua kang. kau baca balik blog yang kau padam tu. if kalau kau simpan la...kau mesti rasa kalau la masa boleh diulang kembali..mesti kau nak merentasi masa n tak nak buat benda tak masuk akal ni. kesian kau dek

dah la...penat lak mbebel ni..
nanti jadi tak logik nak salahkan sapa.
akak jugak yang kena..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, September 2, 2012

2012 : Surat Cinta 3 September

salam sayang...

en abg syg.
sihat?
moga sihat2..
cik adik kat kampung halaman ni sihat dan sentiasa merindui cik abg.

nak tunggu tengah malam ni sebab macam biasa tiap-tiap tahun cik adik kat sini buat benda yang sama..pilih kek online untuk sambut bday suami sendiri. tak dapat sambut depan mata. tak dapt kiss untuk bagi hadiah. maka online ni harap mencukupi.
cik adik kat cni batuk selsema. maka real life pun tak leh peluk cium takut jangkit..


ingat lagi tak dulu..
encik abang bila nampak cik adik belagak gila..bila selisih jarang kita sengih-sengih kerang busuk. hanya kening tebal bwh spek mata tu terangkat2..tanda kita bertegur sapa. maka cik adik pun jual mahal dengan hanya angkat kepala. padahal stiap kali perhimpunan cik adik akan cari tempat strategik yang boleh nampak en abg berdiri. tak nampak muka nampak rambut pun time tu rasa bahagia..:)


dan tak pernah lupa
en adik baca surat 1st perkenalan kita masa 3 september juga tahun 2001..
dan esoknya hanya mampu hadiahkan coklat ketburi yang entah cik adik beli dari mana. cik adik pun tak ingat dah.
hanya itu yang mampu masa sekolah. tanpa perasaan cinta. time tu perasaan suka yang suci dan naif..dan berbaloi coklat time tu sebab akhirnya cik adik berjaya memenangi hati en abg sehingga en abg syg gila kat cik adek..:)
cik adik dah letak doa pengasih kat coklat tu..hihi


en abg.
moga tahun ini akan lebih baik dari tahun-tahun mendatang. sejajar dengan cita-cita encik abg cik adik da belikan hadiah yang mahal cket sampai tak cukup belanja bulanan bulan ni. bukan cik adik sengaja. tapi cik adik pk untuk masa depan kita juga.
maka. nak claim hadiah kena la balik kg. tapi dah dapat jangan asik main dengan hadiah itu semata. :)

kalau kata satu dunia perlukan 1000 orang untuk bernyawa. kalau pasukan tentera perlukan 10 000 orang untuk berperang. sy hanya perlukan awak dalam hidup saya untuk serikan hidup yang kini
kelam
kusam
tak berseri
lagi sunyi

maka.
sila pulang lebih kerap untuk melunaskan rindu yang tak pernah kurang
walau 11 tahun telah berlalu.

sy menunggu dan terus menunggu saat.detik. dan masa
untuk kita hidup bersama
bina mahligai indah
dengan awk.
dan baby kita...:)
mawar raudhah x sabar nak dady belai2 dia...

dan sebelum syg menutup mata sebab esok ada kelas dengan 8 period yang menjumlahkannya 4 jam berdiri tanpa duduk.
syg nak ucapkan...
Puan Razlina Mohamed.
sayang. rindu.
En Shahrulnizam Mustapha.
dan sempena 3 September tahun 2012 ni...


cpt buat wish en abg
dan tak lupa
hepi anniversary...yang keberapa kira sendiri




dari..
isteri yang jauh dan sentiasa merindu
^.^..muahh

page

Followers