Sunday, January 25, 2015

Persediaan Bersalin

salam...

kali ni aku nak cerita pasal barang - barang yang perlu disediakan untuk dibawa ke hospital. sebelum bersalin anak sulong dulu, aku cari jugak dekat internet kelengkapan bayi yang perlu dibawa ke hospital. punya la naif..semua benda yang disenaraikan aku bawak. sudahnya ada 2 beg + 1 bakul makanan. punya la banyak barang nak dibawa.

sebab senarai yang disediakan tu banyak la aku nak tolong mak - mak yang bakal melahirkan ni dengan senarai ringkas + senang nak bawak bila discharge nanti. takde la berlambak barang nak diangkut time tu...

bagi aku bila bersalin anak kedua, pengalaman dari yang pertama tu la mengajar aku bila dah discharge nanti ada barang lain yang aku kena bawa ---> bayi baru lahir. masa time datang memang la muat tangan sebab bayi tu dalam perut. heheheh.

so ni antara barang yang perlu di bawa

untuk ibu

- kain batik - 1 helai.
- baju lengan pendek - 1 helai.
- tuala kecil

kenapa satu helai je?
sebab kat hospital, sejurus dapat je wad lepas bersalin, kita akan disuruh tukar baju hospital. satu sut lagi. kain n baju. so xpayah la nak bawak sampai 3 ke 4 pasang. bukan nak berkampung pon. incase if kita ni di warded kan agak lama. baru la suruh husband bawak baju. time memula tu tak payah la penuhkan beg dengan bawak kain n baju banyak2.

rasanya tak payah bawak tuala mandi bagai sebab dalam pantang tak elok mandi air sejuk. kat hospital mana nak dapat air panas nak buat mandi. tuala kecil (saiz tuala good moning) tu bley buat lap2 muka supaya nampak bersih sikit.

- disposable panties - 1 bungkus (ada dalam 5 helai)
- bra menyusu - 2 helai
- pad - dalam 5 keping (bagi aku tak payah beli maternity pad tu. sangat tak selesa nak pakai. baik la beli je pad biasa jenis overnight. brand aku suggest adalah whisper sebab serapan dia bagus. takde la rasa basah je. kalau amek brand yang atas cotton takde lobang2 kecil tu darah lambat menyerap. so penukaran pad akan menjadi lebih kerap. so xbest.)

- bedak, berus gigi + ubt gigi, sikat, deodorant.


untuk bayi

- baju - 2 pasang. tak payah bawak seluar pon. sebab budak kecik kena bedung bila klua hospital
- kain bedung. bawak la 2 helai. satu kain bedung tipis. satu lagi bawak la yang ada topi.
- pampers bayi - bawak dalam 5 helai gak
- tisu basah.
- tuala kecil (buat lap2 if baby muntah or nak guna lap2 lepas menyusu)

ok. itu jek.
yang kelengkapan ni semua letak dalam satu beg. kalo bley letak je la dalam tote bag. senang nak access. tak payah asingkan pon dalam 2 beg berlainan. letak sebelah - sebelah. tak payah la banyak beg sangat.

pastu, asingkan selai baju bayi tanpa seluar. 1 kain bedung dan 1 pampers. letak dalam plastik beg. yang ni nak guna lepas keluar labour room. so masa nak masuk labour room tu just bawak plastik beg tu je. senang. tak payah terbongkar2 beg yang korang dah packing tu.

bakul makanan

- termos air kecil
- bekas air. time ni kosongkan je. lagi senang bawak shaker. nak buat air boleh. nak sejukkan air untuk buat air masak pon boleh.
- 3 in 1 (cthnya milo or coffee)
- coklat bar or energy booster.
- biskut

eventho korang tak larat makan (if warded awal) korang akan perlukan semua ni sejurus lepas bersalin. sebab haus + lapo tau.

so.
itu je barang yang perlu korang bawak. tak payah la bawak barang banyak - banyak. sebab bila aku baca online. mak ai...banyak beno ha kena bawak.

untuk ibu - ibu yang bakal bersalin, goodluck.
semoga semua dipermudahkan.



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, January 23, 2015

Diari Naim : Umur 1 Tahun 8 Bulan

Shahrulnaim Damien bin Shahrulnizam sah bergelar abang pada 19 Januari 2015.

Journey Naim untuk 1 Tahun 8 Bulan

1. Dah boleh kenal anggota badan (bila kita tanya anggota tu atau suruh dia tunjuk anggota tersebut)

  • kaki
  • tangan
  • kepala
  • telinga
  • pusat
  • tetek
  • bebird
  • hidung
  • mulut
  • mata
2. Dah kenal orang yang selalu dia jumpa (dah boleh sebut) 
  • DD - dady
  • Mi - mummy
  • nenek
  • Atok
  • Ain dan Alif (nama sepupu kesayangan dia)
  • Yah - Ayah
  • Mak - Emak
  • Acu
  • Adek 
3. Dah boleh hafal no dan selalu sebut one to ten dengan lancar

4. Kenal beberapa gambar or benda yang dia nampak or sebut benda yang dia nak
  • ulat
  • apple
  • ball
  • ayam
  • quack - itik
  • bek2 cin - baik2 licin
  • jum nek tas - jom naik atas
  • jam
  • ower - flower
  • fish
  • pin pin - Upin Ipin
  • boboi - Boiboiboy
  • Ha5 - Hi 5
  • teb - Tab
  • shashak - cicak
  • aikim - aiskrim
  • syuk - masuk
  • wang - buang
5. Dah boleh ikut lirik Alif Ba Ta dengan lancar

6. Boleh Hafal beberapa nursery ryhme yang selalu dia denga mcm - 5 little duck, Hickory Dickory Dock n else..

7. Gigi baru aje tumbuh 6 batang dan susah untuk suruh dia gosok gigi. If nak suruh si Naim Damien ni gosok gigi kena cakap "Open Wide" baru la dia akan cakap "AAAAA"

8. Nak makan baca bismillah then cakap amin

9. pandai dah request nak tulis. then mintak pen or marker untuk conteng2.

10. Baru la sminggu dapat adek masih lagi kadang2 gian nak menetek.

Itu je kot stakat ni. bahu sakit. dalam pantang kan.
eheh
ada kena mengena tak?

p/s : semoga Shahrulnaim Damien membesar dengan sempurna, jadi anak bijak dan soleh. 

Amin..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

Pengalaman bersalin anak kedua

salam.

cuti lagi lepas cuti akhir tahun.
dah selamat bersalin anak no 2. alhamdulillah
segala dipermudah


tarikh edd yang doktor kasi 23 Januari 2015. tapi memandangkan time 1st time dulu 37 minggu aku da selamat melahirkan seorang hero kecik, aku pon budget anak no 2 pon bergaya serupa. eventho EDD yang dibagi dah dekat akhir januari, tapi akhir tahun 2014 aku dah du dag dug dag. kalau boleh memang aku tak nak bersalinkan anak bulan 12. kesian kat budak. lambat sangat sambut bday dia. ^.^..

akhir tahun aku tetap bertugas macam biasa. hari - hari pegi meeting sekolah. buat kerja macam yang aku tak kan bersalin n cuti akhir tahun. sebab aku pk, nak tak nak pon kerja aku..kena la setelkan. kalau tak..nanti aku gak yang pening. 

then sekolah untuk 2015 pulak di tangguh. dari 4 hb sekolah tangguh lagi seminggu. aku cam da budget tak naik da sekolah ni. tak sempat nak mengajar ni. 
tapi..
anak aku best pulak duduk dalam perut. nak jugak dia merasa naik sekolah. then bersekolah la aku genap seminggu. orang yang tengok aku pulak heran. ntah kebilanya aku nak bersalin. jalan ke hulu ke hilir memang da tak larat sangat dah. siap laki aku hari2 tanya larat ke tak pegi sekolah. 

almaklumla...aku cikgu yang rajin kot. nak jugak pegi sekolah. hihi...


18 Januari 2015
then masuk minggu kedua persekolahan. pagi ahad tu aku rasa sakit pinggang. then tak larat nak naik turun tangga kat sekolah. aku pon ada check up hari ahad tu. alang - alang nak pergi klinik, aku nak mintak MC la terus untuk hari tu sebab memang la da tak larat. bagitau guru besar. yes. dia bagi. pagi tu aku pegi klinik cakap dengan doktor aku tak pergi sekolah sebab sakit pinggang. doktor bagi aku MC untuk 2 hari. so aku leh la mlepek aje kat rumah 18 n 19 hb tu. time tu aku siap pujuk2 anak dalam perut cakap meh la klua time aku MC tu. takyah la aku naik kerja dah. 

Rilex2 petang tu tetiba pulak aku teringin nak makan kek dan japanese soba kat secret receipe. aku ajak le laki aku pegi. tapi memula macam dia nak tak nak sebab hari ahad. 

almaklumle.. hari ahad membayangkan orang berduyun2 kat angsana, tu laki aku macam berat hati sikit nak pegi gaknya. dia cakap makan esok aje la sebab esok aku still MC lagi. 

tapi entah kenapa, bila aku turun tingkat bawah aje laki aku suruh bersiap sebab dia cakap aku teringin kan. meh la pegi. aku pon mesti la gembira aje..

teringat aku time naim dulu, petang b4 aku admit hospital pun aku sempat lagi jalan2 kat angsana. hihi

time pegi angsana ni aku tetiba je rasa macam sakit2 perut n ari2. aku siap cakap kat laki aku macam sakit nak bersalin..time tu sambil gelak2 aje. tapi aku tahankan aje. jalan2 kat ekspo pengantin angsana dua tiga round. pegi pulak beli pampers n susu untuk si naim.

laki aku ajak pegi cari baju melayu hitam. tapi time tu mood aku da xde nak jenjalan kat angsana sebab bila aku jenjalan rasa merengat2.

b4 balik rumah laki aku tanya larat tak if nak singgah jakel sebab nak guna baju melayu tu untuk job photog dia ujung minggu tu. aku cakap stakat singgah jakel boleh la. lagipon nak cari baju melayu je pon. 

malam tu ada anugerah juara lagu. aku da start sakit perut da. tapi aku ingat sakit biasa2 aje la. tak de la dah nak bersalin pon. sempat aku tengok juara lagu 2014 sampai abes. siap cakap kat BFF aku lagi dah start sakit.

pukul 12 mlm laki aku naik bilik bwk naim. aku dah ngadu sakit. tapi aku cakap xde pulak keluar tanda ke apa. so xpe la. tidur je dulu esok pagi aku cakap kita pegi hospital.


19 Januari 2015

pukul 1 - 2 aku rasa makin kerap pulak sakit. dah tak boleh baring2 da tahan sakit. aku pegi toilet. xde plak kua tanda ke apa. tapi sakitnya..aduiyaii.. xleh handle. aku siap berpaut pada almari nak tahan sakit. laki aku time tu tido.  
aku bia je la sebab kesian..asik nak mlayan aku aje.

pukul 2.30 gitu..aku dah tak tahan. aku tengok anak tido pulas. ok..tak terganggu. aku kejut laki aku sebab bila sakit aku nak peluk dia. dah tak tahan nak pegang pintu almari dah. aku suruh tolong gosok2 belakang. tapi still aku rasa macam tak tahan. last aku g toilet tengok da ada darah. then tiap kali sakit aku rasa macam nak terkencing sangat. 

terus aku salin kain batik n baju tshirt beso. aku cakap kat laki aku. aku dah tak tahan. nak pegi hospital sekarang. time tu pukul 3.00 pagi. laki aku terus kejut mak mentua bagitau aku nak g hospital. turun tangga tu dekat 3 kali gak aku berenti sebab macam da tak boleh melangkah turun. heee

sakit contraction kena dekat ruang tamu. peluk husband kuat2. mak mentua aku lagi la cuak jadinya. dalam kereta pon kena 2 kali sakit contraction. drama kan.

sampai je hospital, polis bantuan tolak pakai wheelchair sebab aku memang dah tak tahan. sampai bilik saringan, nurse check bukaan, xsempat la nak pasang alat CTG ke apa. sebab jalan da full. laki aku pon xsempat nak daftar lagi nurse terus cakap aku nak bersalin. daftar kendian.

wawawa..
tragik tak.
dari merancang laki taknak masuk labor room. terus aje dia kena masuk teran2. 

dapat la sorang puteri.
yeay. da anak dua


itu je ceritanya.


p/s : aku tanya laki aku, ngeri tak tengok aku bersalin, laki aku cakap lagi ngeri tengok video kat utube dari tengok life. senang je dia cakap. takyah potong2 rupanya.

eceh.

ingat contraction n bersalin tu tak sakit ke...

cet.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers