Monday, August 10, 2015

breastfeeding journey : DNA lembu??

salam
alahai..kecoh benar kat facebook skang.orang nganjing2 kan ustazah tu cakap pasal DNA lembu. aku pun ikut gelak - gelak aje la. dari belum ustazah tu cakap pasal menyusukan bayi..aku macam dah agak mesti banyak orang meroyan tak pasal hal ni.

orang sekarang kan.

tak la aku nafikan pun ustazah tu salah sebut pasal DNA tu. tapi yang entah kenapa tak pasal benda ni jadi viral pun aku tak faham. gaknya emosi orang sekarang tu mudah sangat terusik. minum susu lembu la tu..tu yang cepat aje nak melenting.. eh...

hahahahhahah

sebenarnya bila jadi mak - mak ni.. tak payah la nak emosi sangat. semua benda kita nak marahkan. pantang sentuh pasal anak sikit. semua nak melenting. sebab tu la sekarang institusi pembelajaran dah takde kuasa dah rasanya nak mendidik anak - anak zaman sekarang ni menjadi murid yang bersahsiah tinggi.

nak buat macamana..
baru je kita marah sikit anak dia tak buat kerja rumah. pergh. datang sekolah marah cikgu. cakap denda anak dia la bagai. dah dia tu jadi mak bapak tak reti semak buku anak xpe pulak.
ha..
kan dah teremosi. rilex.. jgn jd lembu

ok.
balik pada topik tadi psl susu tu.
korang sebenarnya pernah dengar tak..
you are what u eat.
tapi itu bukan la bermaksud ko makan bayam ko tu bayam. ko makan siput ko tu siput.
kan bahasa tu indah
tau kiasan?

kalau tak tahu jugak pegi masuk balik sekolah rendah.

sebenarnya camni la.
meh akk terangkan lebih lanjut apa ustazah tu cuba sampaikan.

dia takda la nak kondem mak2 yang takleh susukan anak dia guna susu ibu. dia cuma umpamakan aje la. ye la. kalau anak - anak ni menyusu dari ibu, ibu sambil nyusukan tu berzikir, cakap benda-benda baik. fikir benda - benda baik..so secara tak langsung benda tu mempengaruhi anak yang menyusu badan.

percaya atau tak.. anak - anak yang menyusu badan lebih sihat kehidupannya??

percayakan....

kalau sesapa yang tak dpt susukan anak tu. tak payah la nak melenting sakan.
nak menunjuk kat sapa marah tu?
sampai ke mana pun?
marah sampai nak tunjukkan orang lain bodoh?

kan tak patut.

aku tulis ni pun mls la nak kuarkan hadis la bagai. sebab aku nak tegur secara general.
if ko susukan anak kau dengan susu kau. ye bagus.
kalau tak mampu nak susukan. ye sudah.
tak payah nak bagitau satu dunia kau tak berkemampuan nak buat tu semua. takde sapa ambil kisah or kesian kat kau.


benda - benda kecil macam ni la yang merosakkan pemikiran orang sekarang.
semua benda nak jadikan viral.
semua benda nak heboh2 kan.
sosial media adalah untuk bersuka ria. isi masa senggang. post benda-benda kelakar + menarik.
tapi fitnah.
no.

kan korang tau. fitnah tu antara dosa besar.

ish..ish..ish..

so kepada ibu - ibu yang berusaha menyusukan bayi mereka. alhamdulillah tahniah



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, August 4, 2015

Random : Ibu anak 2

sara iman dannielynn & shahrulnaim damien


okeh.
ni anak - anak aku. agak rapat 2 orang ni. beza setaun. abang tahun 2013 adik tahun 2015.

macam baru je aku kawen. tiba - tiba sekarang anak penuh dah katil. hihi. alhamdulillah rezeki.

bila dah ber anak 2 ni makin la aku bizi mak datuk. dah tak ada masa dah nak bersenang lenang keluar merambu. life penuh dengan aktiviti melayan dieorang ajek. pagi pegi keje. balik tengahari terus mengadap dieorang.

sampaikan raya baru - baru ni laki aku tanya aku takde kawan ke sebab tak de pun ajak dia beraya kesana ke mari. yelah. kat sekolah pun aku duduk bilik sendiri. takde la sampai tak berkawan. tapi aku lebih senang berkawan time kat sekolah je. kat luar masing - masing ada life sendiri kan.

nasib jugak la bff aku jie n pah masing - masing dah duduk dengan husband. kalo tak mesti rasa bersalah. iyela. dulu time duduk jauh dengan laki bukan main lagi spend masa dengan dieorang. mcm tak adil la kan tiba - tiba berubah.

betul la orang kata.. perempuan ni bila dah kawin. masa dia hanya untuk suami n anak - anak aje. nak kata berhoye-hoye dengan kawan - kawan sekarang ni a BIG no. lagi - lagi sikecik tu masih nyusu badan. n tau2 je timing dia. asal tengahari je gelisah bila tak dapat tek dia. haish.
nak tak nak.
kena la bergegas balik dari sekolah.

anak - anak aku ni pulak jenis tak pernah pisah tidur. sejak si Naim lahir, belum sekali pun aku tinggalkan dia sehari semalam. paling lama aku tinggal pun adalah waktu siang je. menjelang malam mesti Naim dah nampak muka mummy kesayangan dia ni. sampaikan mak mentua aku komen

"Naim ni even duduk serumah dengan mak. tak pernah tidur dengan emak" huhuhuhu

Yelah. cucu dia yang lain pernah je tidur dengan dia eventho tak tinggal serumah. 

aku n husband lak tak pernah tinggalkan anak dengan orang lain eventho dengan parent dia. kemana pun pegi usung anak. 

Bila anak dah 2 ni aku rasa 24 jam tak cukup.tau2 je dah siang belum sempat puas tidur. tau - tau je dah malam belum sempat habis lipat kain. tau - tau je dah habis ujung minggu tak sempat nak berlibur. 

aku membayangkan macamana kalau anak aku 8. 
hahahah

Ibu anak 2 makin bz dengan hidup.
makin berusaha gigih bahagi masa.
mana nak sambung master
mana nak start tulis buku
mana nak start buat kem

haish.

doakan.
ibu anak 2 ni 
makin berjaya dalam hidup.
makin murah rezeki.
makin succes untuk semua benda yang bakal dikecapi.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers