Monday, August 10, 2015

breastfeeding journey : DNA lembu??

salam
alahai..kecoh benar kat facebook skang.orang nganjing2 kan ustazah tu cakap pasal DNA lembu. aku pun ikut gelak - gelak aje la. dari belum ustazah tu cakap pasal menyusukan bayi..aku macam dah agak mesti banyak orang meroyan tak pasal hal ni.

orang sekarang kan.

tak la aku nafikan pun ustazah tu salah sebut pasal DNA tu. tapi yang entah kenapa tak pasal benda ni jadi viral pun aku tak faham. gaknya emosi orang sekarang tu mudah sangat terusik. minum susu lembu la tu..tu yang cepat aje nak melenting.. eh...

hahahahhahah

sebenarnya bila jadi mak - mak ni.. tak payah la nak emosi sangat. semua benda kita nak marahkan. pantang sentuh pasal anak sikit. semua nak melenting. sebab tu la sekarang institusi pembelajaran dah takde kuasa dah rasanya nak mendidik anak - anak zaman sekarang ni menjadi murid yang bersahsiah tinggi.

nak buat macamana..
baru je kita marah sikit anak dia tak buat kerja rumah. pergh. datang sekolah marah cikgu. cakap denda anak dia la bagai. dah dia tu jadi mak bapak tak reti semak buku anak xpe pulak.
ha..
kan dah teremosi. rilex.. jgn jd lembu

ok.
balik pada topik tadi psl susu tu.
korang sebenarnya pernah dengar tak..
you are what u eat.
tapi itu bukan la bermaksud ko makan bayam ko tu bayam. ko makan siput ko tu siput.
kan bahasa tu indah
tau kiasan?

kalau tak tahu jugak pegi masuk balik sekolah rendah.

sebenarnya camni la.
meh akk terangkan lebih lanjut apa ustazah tu cuba sampaikan.

dia takda la nak kondem mak2 yang takleh susukan anak dia guna susu ibu. dia cuma umpamakan aje la. ye la. kalau anak - anak ni menyusu dari ibu, ibu sambil nyusukan tu berzikir, cakap benda-benda baik. fikir benda - benda baik..so secara tak langsung benda tu mempengaruhi anak yang menyusu badan.

percaya atau tak.. anak - anak yang menyusu badan lebih sihat kehidupannya??

percayakan....

kalau sesapa yang tak dpt susukan anak tu. tak payah la nak melenting sakan.
nak menunjuk kat sapa marah tu?
sampai ke mana pun?
marah sampai nak tunjukkan orang lain bodoh?

kan tak patut.

aku tulis ni pun mls la nak kuarkan hadis la bagai. sebab aku nak tegur secara general.
if ko susukan anak kau dengan susu kau. ye bagus.
kalau tak mampu nak susukan. ye sudah.
tak payah nak bagitau satu dunia kau tak berkemampuan nak buat tu semua. takde sapa ambil kisah or kesian kat kau.


benda - benda kecil macam ni la yang merosakkan pemikiran orang sekarang.
semua benda nak jadikan viral.
semua benda nak heboh2 kan.
sosial media adalah untuk bersuka ria. isi masa senggang. post benda-benda kelakar + menarik.
tapi fitnah.
no.

kan korang tau. fitnah tu antara dosa besar.

ish..ish..ish..

so kepada ibu - ibu yang berusaha menyusukan bayi mereka. alhamdulillah tahniah



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

1 komen yang perlu dibaca:

  1. betol tu.. sekarang sikit2 jadi viral... saya kalau nak tulis apa2 sekarang kene hati2, takut nanti org salah faham.

    ReplyDelete

page

Followers