syawal ke 6.
selalu kan..kalau dah start mengandung jek siap - siap pk sama ada nak breastfeed anak ke nak sumbat je susu formula.
bagi mak - mak yang sumbat anak pakai susu formula jangan la sentap eh dengan entry ni. aku saje je nak share pengalaman menyusu aku. pengalaman aku time nak preparekan diri untuk breastfeed anak - anak aku.
sebenarnya aku rasa, semua tu bergantung pada niat dan azam yang kita set. aku sejak dari kecik - kecik memang dah biasa tengok orang netek kan anak. yelah orang kg. kat mana - mana bersepah je tengok mak - mak nyusukan anak. benda tu jadi tak heran pun. so secara alaminya..aku dah set dalam kepala otak aku.. anak - anak memang kene menyusu badan. no susu formula.
benda ni aku macam dah simpan dalam minda separuh sedar rasanya. lepas dah kawin, bila tengok keadaan sekeliling (sebab start kerja aku terus duduk bandar)..makin kurang pulak orang menyusukan anak. belah laki aku memang semua tala susu botol jek. dapat lak mak mentua yang memang duduk bandar. takde la pulak dia kisah kan.
kakak aku sendiri pun bagi 2 orang anak dia susu formula..yang last aje dia menyusukan.. akak ipar aku pun sama.. so kesedaran menyusukan anak tu kiranya makin luput la.
tapi sebab aku memang dah niat nak menyusukan anak, aku pun start la menggoogle info2 pasal breastfeed bagai.
sebab tu aku cakap. yang pertama sekali adalah niat. if kita memang niat nak menyusukan anak..mesti la kita akan berusaha ke arah tu. ye tak... then dari situ la sikit - sikit aku tau pasal cara simpan susu.. pam mana yang best. boleh ke tak nak fully breastfeed if kerja. semua tu aku dapat dari internet. bukan dari family experience bagai. so pengajaran kat sini adalah.. walaupun takde ahli keluarga kita yang fully menyusukan anak. its ok. kita boleh belajar sendiri. kita boleh mula.
susah tak?
susah sikit la. berbanding dengan anak yang menyusu susu formula. anak menyusu badan ni agak leceh di jaga. bukan sebab apa..susu ibu senang hadam. so kekerapan baby menyusu tu akan lebih kerap berbanding susu formula. kat sini apa yang penting adalah sokongan orang tersayang. cthnya suami. if suami tak sokong kita kena la bentangkan hujah2 supaya dia tetap menyokong kita.
dalam persediaan ni apa yang kita perlukan adalah
- SABAR
- pam susu
- storage
- sediakan jadual penyusuan(untuk senang kerja storage susu)
- baju menyusu
- bra menyusu
- breastpad
:)
susah tak?
tak susah.
nak anak sihat? kurang sakit? lagi cerdik?
meh kita menyusukan anak.
happy breastfeeding u'all
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~






