Monday, January 31, 2011

kisah kami : family in law

jeng..jeng.
saje je nak upload gamba bahagia.
hihi..
sebab time hujan ni nak sambung cerita cinta kiteorang. em. nak sambung dari mana ek. aritu kan cakap nak story pasal kad valentine 1st kan. tapi skang dah tuka pikiran. nak cerita macamana hubungan kiteorang dengan family in law.
huhu.
ek. silap..
bakal family in law masing-masing.
walaupun dah bertahun tahun kiteorang kawan dulu. tak pernah pun terfikir nak beraya ke hape. orang pertama yang aku jumpa dalam family shahrul adalah kakak dia. time tu aku rasa muka comot-comot je lagi. rase kampung-kampung je sebab aku memang orang kampung.
tapi dia macam tak kisah je nak kenalkan aku dengan akk dia. tapi time tu aku takde la gabra ke ape jupa akk dia. maklumla tak cakap sepatah ape pun. tak la nampak macam menggelabah.
then. nak dijadikan cerita.

aku arrange satu lawatan seketeriat MPP uitm shah alam pegi cawangan. aku pengarah projek time tu. then aku bagi pilihan kat budak-budak aku nak pilih uitm cawangan mana untuk dilawat. eceh. tetiba je diaorang pilih perlis dan segamat sebagai pilihan.
aku?
mesti la takde problem. :)..
majlis tu aku uruskan dengan jayanya di segamat. buah hati tersayang kat sana kan. tapi aku takde pun story kat sapa-sapa lagi time tu. aku cuma cakap. kawan aku MANTAN YDP segamat. sebab tu urusan jadi mudah. tau tak maksud MANTAN tu apa?

mantan maksudnya bekas. time tu dia dah bersara jadi YDP da..

time aku pegi segamat tu. kebetulan dia duduk ngan nenek dia. dia bagi usul kat aku. jumpa nenek dia. aku?
heh.
tak heran.
aku kan pandai layan orang tua. heheh.
aku ingat memang betul nenek dia je yang ada. pastu tengah jalan dia buat aku cuak sebab tetiba gtau
dia : mak n ayah da sampai segamat tadi.
aku : huh? (blur gila)
dia : haih? tu pun tak paham? dieorang balik segamat la.
time tu aku terus jegilkan mata sebab terperanjat. aku macam tak ready gile nak jumpa satu family dia tetiba camtu je. walaupun time tu dah lama gak kiteorang kawan. langsung sampai aku masuk degree. sekali pun tak pernah jumpa parent dia. aku rasa seram sejuk gila.

penerimaan mak bapak dan nenek dia tak banyak hal. tapi aku tetiba je jadi macam ilang kemahiran berkata-kata. haha
trus jadi kelu dan tak ramah mesra. siap blur nak mampus. nenek dia tanya
kat mana kenal abang?
aku tanya balik..
abang mana?
then mak dia pulak yang menjawab yang kiteorang dah kenal dari sekolah teknik. time tu aku senyum je.
tak sangka mak dia dah tau. anak dia pandai kawan ngn anak dara orang dari sekolah lagi. huuuhu.
mana la aku tak blur time tu. tak pernah pulak aku panggil si shahrul tu abang. tapi memang dalam family..dia di panggil abang.

tapi memang aku menjadi orang yang menjadi blur-blur bila jumpa family dia.

pernah satu hari raya aku nak bawak dia n nenek dia beraya kat rumah aku. aku yang dah bertaun duduk JB boleh lupa jalan nak balik rumah sendiri. tetiba hari tu terbawak dia jalan pusing-pusing yang sangat jauh. sampai nenek dia jadi pelik ceruk kg mana aku duduk.
anak orang mana aku dilahirkan dan boleh kenal dengan cucu dia.
haha

bodoh betul kalau ingat balik.

itu kisah aku. kisah dia yang mencuit hati time jumpa parent aku pun ada.

aku rasa time tu itu kali kedua dia bermalam kat rumah kampung aku. mak bapak aku..orang banjar.
aku sendiri masih boleh faseh berbahasa banjar. si dia pulak orang melayu. kalau sapa-sapa yang masuk dalam keluarga aku. memang akan kena belajar bahasa ibunda tu.
time sampai rumah aku.
dah magrib.
then mak aku tanya
shahrul. handak tapeh kah?
then dengan konfiden dia jawab
hah. ye. nanti mak. kejap-kejap lagi. baru lepas makan
aku time tu terkebil-kebil tengok dia. macam hairan pun ada. macamana dia boleh jawab. sebab hairan la aku tanya dia
aku : eh. you faham ke mak tanya apa?
dia : tak.
aku : then you jawab kejap2 lagi tu apa?
dia : i teka maksud je
aku : hah. apa yang mak tanya?
dia : mak tanya nak makan tapai ke tak kan.
time tu. korang mesti boleh bayangkan macam mana aku gelak berguling. haha
macam tak boleh berenti sebab kelakar.

cuba korang teka.

apa yang mak aku tanya pada dia sebenarnya...









jwpn : mak aku tanya nak kain pelikat ke x..tapi bukan tapai.


naseb time tu dah sayang.
hohohoh!!
klaka la sayang saya ni.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

4 komen yang perlu dibaca:

  1. haha...aku pun xphm mak ko ckp ape..tapeh..1st time dgr word tu..haha

    ReplyDelete
  2. hikhik. tu ah. tapi pesal nak jawab dengan konfiden. tanya aku sudah. :)

    ReplyDelete

page

Followers