Wednesday, May 20, 2015

Tips : Membuat anak membaca seawal Usia.

Alhamdulillah.
Genap si Nely 4 bulan semalam. dan 5 hari lepas genap Naim 2 tahun.

Betapa bertuahnya badan. Anak sepasang comel - comel.
Rasa bersyukur bertambah-tambah bila tengok anak makin pandai.

Sejak anak 2 ni. memang tak sempat apa nak menurunkan petua.
Naim baru je sminggu lepas genap 2 tahun. tapi alhamdulillah dia da kenal huruf dan nombor. pantang ada tulisan dia akan sebut huruf tu satu - satu.

so kali ni aku nak cerita apa yang aku bagi n suami buat untuk naim minat nak kenal ABC seawal usia.


penggunaan teknologi
  • ramai ibu bapa sekarang merasakan penggunaan teknologi kepada anak - anak tidak bagus. kena ingat semua benda yang digunakan tanpa pengawasan adalah berbahaya. sama jugak macam penggunaan tablet. bagi aku, naim ada masanya yang aku bagi untuk main tab. dan dalam tab tu aku dah downloadkan siap2 benda interactive macam nursery rythme, pororo interactive learning, siri busybeaver dan sbgnya. so naim akan minat untuk belajar n menghafal lagu tersebut. tapi macam aku cakap. semua tu memerlukan penglibatan parent. naim ada aku n husband + mak + ayah dia untuk tengok tab tu sama - sama.    

    penggunaan alat maujud 
    • selain daripada tu, aku belikan naim permainan semua berasaskan pembelajaran. kiranya dalam dia seronok bermain, dia juga seronok belajar. antara permainan yang interactive yang dipunyai naim adalah seperti berikut 

      • blog ABC dan 123 - blog ni aku beli murah aje. satu papan ni lebey kurang RM 3 jek. dan boleh didapati di MR. DIY shop. selain dari dia seronok menggembur. anak akan belajar bentuk huruf dan mengenal nombor dan huruf.



      • talking octopus. selain mengenal warna, anak akan mengenal nombor dan merangsang motor halus anak untuk memegang bola dan memasukkan barang dengan tepat kedalam lubang



      • lettasaurus. saurus ni menyanyi lagu ABC, warna dan huruf awalan benda. ini adalah permainan pertama Naim ada untuk ABC. berkesan sebab naim suka picit kepala saurus ni untuk dengar lagu ABC. kalau 1 hari dengar 2 kali. sebulan da brape kali ye x. 
      • spin n sing alphabet. yang ni pulak ada bunyi2 haiwan. n boleh pusing - pusing. kiranya dia lebey kurang lettasaurus, tapi lettasaurus kena tekan satu-satu. tapi yang ni bley pusing je laju2.

    • hasilnya, naim dah boleh hafal lagu2 nursery rythme dan kenal nombor 1 - 10 dalam usia seawal 1 1/2 tahun. 
    • 1 tahun 10 bulan kenal nombor (bukan menghafal)
    • 1 tahun 11 bulan kenal ABC
    ada beza antara mengenal dan menghafal tau.
    kalau kenal maknaya bila kita tulis kat kertas tanya dia nuruf n nombor tu dia boleh sebut dengan betul. 






    cumanya cara dia sebut seven jek agak pelik. tehehehe
    dia pronounce seven as LELEN.


    page

    Followers