Saturday, July 31, 2010

doa seorang kekasih..

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala



Thursday, July 29, 2010

saya terpaksa...boleh tak saya memilih? part 2

semua berjalan lancar macam yang dirancang.
saya terima apa yang emak aturkan.
saya pasrah.
=(..walaupun hati saya bukan di situ
bagi saya, baik di mata emak abah..baik la di mata saya.
mungkin jodoh ini milik saya..
mungkin..hidup ini cerah hadapannya.
mengharap kasih..
tak kunjung tiba..

hmm..

tapi...

jika ini benar..kenapa sayup - sayup terdengar suara lain memanggil2.
menggetar tubuh.
melaung sayu.

hmm..

bangun la weh..bangun..ko ni tido aje..jom makan..
ewwww...mimpi aje..
tapi..ngeri sungguh..

Wednesday, July 28, 2010

saya terpaksa...boleh tak saya memilih?

dua tiga hari ini, badan rasa tak sedap. mungkin sebab tekanan. tapi semua tu mampu saya tahan. badan susut dalam 2 - 3 kg. tapi saya pasrah. kerja sekarang lebih mencabar dari yang dulu. lemak yang saya kumpul pun semakin berkurang. tidak la orang akan kata saya pakai baju ketat - ketat sudah. sebab semua baju dah longgar kembali. sama macam zaman - zaman saya kerja selepas diploma.
tapi saya bukan nak bercerita pasal berat badan. tapi saya nak cerita masalah yang takde sape yang boleh ubah keputusan tu. saya sangat tertekan. siapa boleh tolong saya pilih jalan penyelesaian.
cerita bermula masa saya telefon emak.
emak bersuara ceria. lain dari yang selalu. seperti kebiasaan, saya akan bertanya ada apa - apa yang menarik kah untuk di kongsi bersama saya. emak kata ada. tapi masih lagi tidak mahu bercerita.
mak kata ada cerita mak nak cerita apa?
mak masih lagi berteka teki. mak pusing - pusing cerita. mak kata nak kongsi bila saya balik kampung minggu hadapan. hmm..saya akur kan.
keadaan mak ayah sihat - sihat belaka di kampung. rumah pon bakal di tambah bahagian depan. bila tanya emak kata bakal menyambut menantu baru. huu..mungkin adik dah decide utk kawen kot...=)

kelmarin..
adik telefon saya. waktu itu saya baru saja mahu melangkah masuk ke rumah. pulang dari sekolah melakukan projek game siput untuk matematik koner..
ni tengah nak siapkan lukisan siput tu

touch-up terakhir

ha..ni dia...cikgu comel tu..
eh..silap2..tdkan tengah mud sedih.
ye..sambung sampai adik telefon.
adik telefon dan dia cakap ada berita gembira nak berkongsi.
dan adik ucap tahniah.
walaupun tak tau ujung pangkal. tapi saya layankan aje adik. yelah..dah lama dia tak telefon. tapi pon tak jelas lagi kenapa die ucap tahniah.
saya kakak yang malas nak banyak soal.
orang cakap saya kakak yang manjakan adik..
tapi saya rasa..saya bukan manjakan dia..cuma saya memang kakak yang sporting.
hm...
then malam tadi akk n abang saya telefon.
akk sebok tanya bila saya nak balik kampung. dia kata
kan banyak lagi bende ko belum buat. kesian kat mak kang buat sorang-sorang. ini kan majlis engkau. aku balik sehari sebelum kenduri je la ek. kedai tak boleh nak tutup lame2..
saya pon tanya...EH..MAJLIS APE PULAK...KITE KAN TENGAH SIBUK NI..MANE ADE CAKAP NGAN MAK NAK BUAT KENDURI DOA SELAMAT.
pastu akk soh saya tepon abg kat perak. tapi saya sungguh takde mud.

selain daripada teke teki tu..saya juga sangat sedih sebab kotak pensil sebesar A4 saya hilang. macam - macam yang ada dalam box tu. =( tapi semua dah hilang..mud pon terbang sama - sama.. kita kan dah takde tempat nak mengadu..

then dalam pukul 10 mlm...abg saya telefon..
dia cakap
ko kate tak suke die..tapi nape ko terima..
kite masih lagi terkedu dan dlm dileme............
TERIMA?
TERIMA APE?


Monday, July 26, 2010

kueh raye..kueh raye

hm...
edisi kali ni..cik lina nak bagi semua pembaca blog ni untuk beli kueh yang sedap ini daripada cik lina.
bukan main2 tau..sangat la sedap..
untuk keterangan dan rasa sebenar..boleh je dapatkan sampel kueh. tapi tempahan kueh ni agak terhad. kene tempah seminggu puasa. lepas tu order akan di tutup sebab kueh ni home made cookies.
siap buat guna butter lagi.
kali ni cik lina nak upload cookies yang hot aje..
so nk bli / nk sample...sila email ke cindaiungu@gmail.com
kueh pertama
1. kenary (50 biji) = RM 38 - harga mahal tapi rasa sangat la memuaskan..tak caya..beli la
2. pineapple roll tart (50 biji) - RM 28
3. almond london (50 biji) - RM 30
4. chocholate rice(50 biji) - RM 28
so jangan lupe beli ok...leh gak dapatkan kueh2 ini di pengedar berdekatan anda..
di cyber..leh contact ngn mariatul shima and kat putrajaya leh contact ngan mima. sape2 nak contact dieorang..leh email kat cik lina jugak..=)
adios

Tuesday, July 20, 2010

update ringkas

hola..=)..
dah masuk minggu terakhir dalam bulan pertama. sudah semakin pandai menyesuaikan diri dan masa. kalau dulu..minggu pertama dan kedua..pukul 2 30 pg barulah aku dapat rebahkan diri. sekarang, pukul 11.30 mlm da boleh landing2 sambil tengok tv..=)
itula orang ckp..kita kena menyesuaikan diri ikot keadaan.
hari - hari tinggal buat teaching aids sahaja. sehari tanpa teaching aid. hidup rasa tak lengkap..huuhu..maklumlah, time ni la aku nak timba pengalaman..
RPH kene sental masuk masa hari minggu. hari minggu tanpa lagi hari menggembirakan berjalan-jalan. =(..sekarang kene stay kat umah..then mengadap buku.
lumrah orang belajar mungkin.
hari ini nak buat spinning wheel utk multiplication of length.
=)..semoga succes cikgu lina..
Monday, July 12, 2010

teaching aids..teaching aids

erm..dah masuk minggu ke tiga da cik lina kat putrajaya. dan dah 3 minggu jugak terpaksa terjerit - jerit dalam kelas sebab nak dapat attention budak-budak.
first week memang la habis cuak. sekarang ni macam da leh get along dengan budak - budak darjah 2.. stakat ni..walaupun budak - budak teramat la nakal. tapi. tetap suka nak buat benda menarik nak tarik perhatian dieorang. so cik lina nak upload the latest pict yang cik lina draw. topic adalah IN THE GARDEN..=)..
masalah cik lina cuma dengan matematik.
nak ajar tajuk length. tp budak2nak darab pon tak tau..=(..sangat sedih..
macam mana tu..
3x2.5cm = dieorang leh plak bagi jawapan 2.5 cm jugak..haih..salah cik lina mengajar kah?
yang itu..sangat risau
sat g nak buat RPH da.
ngantuk pon ye..
esok DR nak datang melawat. harap2 semuanya ok..
so..
take a look la gambar cik lina lukis ni..
yang ni utk tajuk animal aritu..b4 color

yang ni utk topic in the garden.
banyak sebenanye teaching aid yang baru cik lina hasilkan. cuma tak sempat nak amik gamba dan tepek kat cni aje..ni pon tengah dalam proses sesuaikan diri..


page

Followers