Saturday, December 8, 2012

Mommy to B : Hello lil love

Bulan 9

dari awal tahun lagi aku dah berangan-angan nak pegi camping yang sekolah anjurkan. dari bulan satu benda tu dah diwar-warkan.
aku kawen bulan 3.

still jugak walaupun time tu menunggu kunjung tiba period setiap bulan. period still jugak sama datang. dan hati masih lagi berangan-angan diri akan stabil dan boleh pegi ke perkhemahan sekolah tanpa ragu-ragu.

aku masih lagi tinggal berjauhan dengan suami. kadang-kadang balik. kadang-kadang hidup sendiri. masih macam zaman bujang2 dulu. aku gak masih lagi aktif latih anak-anak kecil aku buat persembahan untuk tarian inang persaraan GB aku.

budak-budak kan memang comel2. latih budak2 ni walaupun penat boleh buat ilang stress..:)..

oh nak cerita pasal camping tadi.
kali ni camping buat dekat gunung ledang. mak aku mulanya berat ati nak kasi. sama jugak dengan belah mentua. risau benar menantu dia ni berlasak2. yelah ikutkan mana ada menantu dia yang lasak. semua ayu2 gitu.
mak pulak macam-macam pesannya. jangan itu. jangan ini. wuih..macam2.
tapi bila tanya laki aku. green light terus dia kasi sebab dia tau aku memang suka benda-benda camni. dah tau pe el bini dia ni yang macam mana. so sebab laki aku dah izinkan. mak bapak n mertua tak boleh la nak cakap apa kan. ikutkan aje la.

time tu aku tengah tunggu period. dah lewat dalam seminggu gitu. tapi aku cool lagi. tanak gelojoh mcm awal2 kawen dulu. rasa memang maybe hormon tu tak stabil lagi. aktiviti kat gunung ledang macam biasa la. ada panjat gunung segala. dah pegi mesti la aku nak buat semua tu.

entah macamana, pagi time nak mendaki tu tetiba cikgu-cikgu lelaki yang pegi panjat gunung tu sepakat tanak aku ikut mendaki. macam tau-tau je time tu aku tunggu period. ceh. dan ape lagi kena la soal siasat ibu-ibu kat situ dan akhirnya aktiviti memanjat gunung terpaksa aku lupakan. frust owh

tapi sebab condition diri sendiri yang aku sendiri tak pasti aku ikutkan jugak la pesan semua orang. sejak turun dari diaorang panjat gunung..aku rasa macam semua benda aku tak dibagi buat da. katanya sekarang dalam tempoh berjaga-jaga. ceh...

balik dari camping aku still lagi tak cek. period pun tak dtg lagi. aku sebenarnya nak tunggu tarikh bday aku nak cek. maybe time tu ada lagi dalam seminggu kot nak birthday aku. aku rilex je. orang soh cek pun aku buat tak tau. tapi dalam ati tiap-tiap pagi rasa berdebar takut period. hhehehe.

then bila laki aku balik, sebok la nak mintak blikan pregnancy test ni..tak bli pun yang murah. trus bli yang digital. sebab laki aku kata, dari beli yang garis2 tu baik bli yang digital..terus boleh nampak tulisan.

time test ni laki aku kat KL pun. takde kat johor. so test sendiri. cuma MMS je yang sampai kat dia..aku test then.....lambat sgt la keputusan tu nak keluar. aku ingat aku test salah. tapi aku rilex je dulu tunggu keputusannya..sebab pakai garis2 tu cepat je dpt result..

dan akhirnya...

3+..aku kira time ni dlm 6 weeks..:)
 eh..mestila aku suka kowt..
naseb baek aku ikut nasihat aritu..tak pegi panjat gunung ledang..
:) dan akhirnya +ve..lonjak2 gembira..

tapi still tanak xcited sgt. sebab kena sahkan dulu...takut tu berita palsu je. nak pi scan macam awal sgt lg. so kiteorang pegi scan lepas 2 minggu aku buat UPT ni...puas la aku search sana sini pasal pregnancy.
banyak sangat sekarang maklumat dapat.
best jugak dapat baca pengalaman orang-orang yang buat UPT sendiri ni...

bila kiteorang pegi klinik..
:) hai lil love..
dah ada kantung baby dan dia duduk elok dalam kantung tu...


hai lil love..:) ami n ddy syg kamu

dan bila laki aku balik lagi kang. aku nak pi scan lagi. tgk lil love membesar dengan sihat ke tidak..

alhamdulillah. kurniaan Allah.

15 weeks now..
masih muda..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers