Wednesday, July 18, 2012

aku ini seorang isteri

salam.


sekarang ni hidup macam tak berubah apa pun. dah dekat 4 bulan dah menjalani bahtera hidup berumah tangga. laki aku masih lagi jauh dari aku. dulu time kawan aku rasa cam ok je duduk jauh2. then kiteorang tunang.


still..hidup aku masih sama. tak rasa pun dia jauh tu jadi satu masalah.
then. dua tiga bulan lepas kawen.
lepas kerap kali aku kena tinggal.
lepas kerap kali aku rasa sunyi


aku start rasa tak sedap duduk sorang-sorang. betapa bahagianya kalau duduk sentiasa dengan suami. ada teman nak dengar aku cakap
ada teman nak melayan aku nak makan itu ini
ada teman nak bercerita.
ada teman nak bawak jalan-jalan.


rasa hepi je bila duduk sama-sama.


tapi laki aku jauh. 


bila time dia dah nak balik aku rasa macam berdebar je nak lepaskan. aku takut itu kali terakhir aku jumpa dia.


baru je minggu lepas..pakcik laki aku meninggal. secara tiba-tiba tanpa sakit.
time tu aku terus terfikir dan terbayang


hidup kat dunia ni sangat singkat. so aku patut hargai masa aku bersama laki aku. walaupun dia balik kejap-kejap..aku tau hati dia tinggalkan untuk aku kat johor.
aku perlu tabah hidup sendiri kat sini.


lagipun aku ada tanggungjawab sendiri.


aku selalu pulang lewat dari sekolah.
sebab aku tak suka pulang kerumah
pulang ke rumah membuatkan aku terasa sunyi tanpa teman
asik terfikir nasib diri yang rindukan suami.


betapa bersedia pun aku menghadapi benda ni. kadang-kadang hati aku tetap bersedih. bukan kebal pun..


kalau aku tau bestnya kawen. dah lama patut aku kawen. :)
sepatutnya 11 tahun dulu kitaorang kawen. kalau dapat anak dah darjah 4 mungkin sekarang. hehe


oh. aku masih belum berisi lagi. kusut juga bila orang keliling asik tanya.
dah ada isi ke..
dah ada isi ke..


terpaksa sorong senyum pura-pura dan cakap dengan lemah lembut.


"belum ada"


dulu time aku masih bujang orang sebok tanya bila aku nak berumah tangga. ni aku dah berteman. orang sebok tanya bila nak bertiga..


hai la dunia..
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers