Tuesday, August 23, 2016

breastfeeding journey : anak alah laktosa?


 Salam.

Kali ni nak share sikit pasal alahan laktosa pada bayi.

kalau di ikutkan anak - anak aku menyusu badan. tapi kali ni termengandung no 3 agak rapat dengan anak no 2. susu start kering masa umur nak ke 2 time si nely berumur 1 tahun 2 bulan. Nak atau tak terpaksa la campurkan susu. kang tak bagi susu kurang pulak kalsium dalam badan nely.

anak aku tak de la memilih pun nak minum susu apa. dulu masa naim, 1y + dia campo dengan susu friso. tapi dia kurang gemar rasa friso. mayb sebab rasanya agak berlemak. then tukarkan dengan dutch lady time umur dia 2 tahun. terus takde menghadapi masalah sembelit ke apa...

anak no 2 si nely ni laki aku start campo dengan susu lactogen. memula memang la takde masalah. lepas demam panas hari tu, nely macam tak selera sangat menyusu. lepas tu kerap berak - berak. memula aku risau gak sebab takut dia kena rotavirus. cuak..
tapi bila perhatikan simptomnya, nely bukan kena rotavirus.

then najis nely macam ada lendir-lendir darah sikit.

aku bawak pegi klinik doc suspect dia alah pada laktosa susu lactogen yang kiteorang bagi tu.
start dari tu la aku amik tahu apa maksud susu tanpa laktosa tu?

so aku nak share sikit, anak yang alah pada laktosa biasanya akan kerap buang air / berak lepas dia konsume susu yang mengandungi laktosa. dalam 30 minit - 2 jam gitu mesti nely akan cakap..nely nak yak..

ye.. 1 tahun 6 bulan nely dah pandai cakap nak berak. nanti kiteorang bawak la dia pegi toilet.

apa maksud laktosa?

laktosa tu adalah gula dalam susu tersebut. ada diantara perut baby yang tak boleh proses gula dalam susu tu. gula tersebut terbahagi pada 2 bahagian iaitu glukos dan galaktos.
benda ni penting untuk bayi sebab glukos membekalkan tenaga.
bahagian gula yang dipanggil galaktos pulak gula yang mempunyai molekul besar yang perlu dicerna oleh enzim lactase yang terdapat dalam perut kita semua.

so biasanya bayi yang lactose intolerance ni tak boleh proses galaktose ni.
kekurangan enzim lactase disebabkan oleh kecerderaan usus. Ini selalu dikaitkan selepas mengalami masalah cirit yang berpunca daripada virus atau bakteria. Dalam kes ini, apa yang berlaku adalah virus mencederakan usus menyebabkan kekurangan enzim lactase yang diperlukan untuk pencernaan laktosa. Biasanya masalah ini akan pulih semula. Oleh itu masalah pencernaan laktosa ini hanya untuk sementara.

sebab aku rasa nely ni mengalami lactose intolerance, aku pun pegi la bersegera ke kedai untuk cari antara brand2 susu yang ada menyediakan susu tanpa laktosa ni.

antara yang aku jumpa ialah
  • mamex gold - ada beberapa jenis. tapi pilih yang lactose intolerance
  • nan al 110 - rumusan khas bayi (tanpa laktosa)
  • dumex (dulac LF) - LF khas untuk lactose free
  • isomil plus advance - rumusan soya
  • similac LF
  • bebelac FL
  • enfamil O - Lac
so aku pun try la setin susu dumex, alhamdulillah ok. then aku dah tak minumkan anak aku susu lactogen sebab takut memang perut dia dah tak sesuai dengan susu tu.


sekarang dua - dua consume dutch lady jek.


yang penting budak selera makan + nyusu. baru la dapat tumbesaran yang elok.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, August 21, 2016

Dunia Anak : Sara Iman Dannielynn

Salam

lama beno la tak menulis ni. sejak keyboard laptop rosak.. aku memang la tak kuasa menaip satu-satu.. tapi sebab dah lama sangat rindu nak menulis kan...

sejak mengandung anak ke 3 ni. aku makin kesuntukan masa. mana nak melayan abang.. mana nak melayan gadis.. rasa tak cukup rehat sangat.

nak rujukan persediaan bersalin boleh rujuk entri ini
ataupun bagi mak - mak yang nak tau pasal pam susu lak boleh rujuk entri ini 
 
lama dah tak share tips - tips pasal penjagaan baby or berkaitan. kali ni nak cerita pasal anak kedua aku je lah...

jarang cerita pasal nak dara aku yang sorang tu..
kalau diikutkan kemahiran bahasa betulla orang cakap anak perempuan biasanya akan lagi cergas dan cepat berbanding anak lelaki..
time nely ni aku rasa macam cepat sangat masa berjalan..
aku tak tertunggu - tunggu untuk dia merangkkak..then tau2 je nely dah pandai bangun n berjalan. nely boleh berjalan se awal usia dia 11 bulan. sedangkan time- time tu dulu naim berdiri pun belum lagi..

tak sempat lagi nak meraikan hari jadi nely..dia dah boleh bercakap.

dah pun tumbuh gigi...total sekarang ni gigi dia dah ada 8 batang rasanya.

memangl a kalau nak dibandingkan dengan anak orang lain dieorang dah penuh gigi..tapi sebab aku ada 2 anak je stakat ni..aku cuma boleh bandingkan tumbesaran nely dengan naim.

nely orangnya : 

1. nely tak nak dibedung dari kecik. so nak @ tak aku n shahrul tak le bedung dia. sedangkan anak 1st dulu kiteorang berjaya bedung sampai 8 bulan...:)

2. nely lagi manja. bila nak tidur aje kena la ada orang temankan dia. lagi - lagi memang anak yang mneyusu badan.. memang la nak ada puting susu je dalam mulut.

3. ligat. yang ni memang la tak dinafikan. ada aje benda yang dia nak buat. lepas satu - satu. kalau kena marah mula la tertangkup kat lantai. tak kira la time tu kat mana.. hai la anak..

4. eventho manja..nely agak pandai berdikari dan berani.

5. kemahiran bahasa dan berinteraksi lagi cepat dari anak sulung. sekarang umur 1 tahun 6 bulan dah pandai request
  • nak pergi toilet sebab nak berak..
  • nak sleep (cakap pedih mata)
  • nak berjalan / nak ikut pegi jenjalan
  • greet mummy bila balik sekolah
  • request nak main something. then gian..bila bawak pegi taman permainan. tak reti penat n taknak stop
  • nyanyi lagu twinkle - twinkle little star, lagu  1- 10 dan ABC
  • suka tengok hi 5, pocoyo dan dah pandai nak mewarna. pantang nampak warna. semua buku nak di gores2.
 6.  pandai berjalan se awal umur 11 bulan. 


Antara 2 anak aku ni dua2 berlainan. dari segi pe el mahupun kehendak.

Betul la orang kata. setiap anak pe elnya berbeza.
anak dara kesayangan mummy

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers