Monday, July 8, 2013

Mom 2 B : Panduan membeli pam susu

salam.

ok. dah jadi ibu2 ni kena la aku share tips2 memilih pam susu ye tak.
bukan ape. dah jadi macam aku da..beli pam susu yang takde feedback dari mak pak lain..last2 menyesal. terpaksa membazir duit beli pam susu lain.

memula aku beli la brand pureen. yelah..aku bukan tau best ke tak best pam susu. macamana plak rasa susu kena pam. semua tu tak pernah dirasa time anak-anak dara kan. jadi ibu yang konon nak anak minum susu ibu secara exclusive perlu la berusaha menyimpan stok susu segala.

suami aku menyokong penuh anak dia minum susu ibu ni. bukan sahaja menjimatkan malah berbaloi dengan kesihatan yang ank sendiri dapat. masuk 2 bulan alhamdulillah kulit naim tak sensitif dan tak timbul ruam. tak jugak kembung perut or demam yang menyebabkan dia tak slesa.

breast pump pureen elektrik
kiranya. ini adalah 1st pam susu yang aku ada. time tu jalan2 nak bli botol susu xceli. tapi pam ni ade la plak kat sebelah rak botol susu tomme tippi. aku memang tak nak pam ni memula. tapi sebab suami aku  nak belikan. aku pun iyakan aje la kan. orang takde pengalaman kan...hihi

hasilnya adalah. time aku pam susu memang la dapat banyak. mayb jugak sebab air susu aku memang melimpah ruah. tapi puting n breast jadi sakit bila naim nak direct breast feed. aku jadi macam sengsara la pulak memerah. sebab sakit tu aku brenti buat stok susu sampai la aku berniat nak beli sendiri pam susu yang lain.

survey punya survey aku bercadang nak beli pam susu manual je supaya aku boleh kawal sedutan pam tu. then akhirnya aku pun bercadang beli pam susu medela harmony. lagi mahal dari pureen..tapi hasilnya A+ ok.
medela harmony

kita boleh control sedutan pam tu. semua bergantung pada cara kita pam. susu boleh kumpul cepat. dalam masa anggaran 7 minit aku berjaya kumpul 4 oz untuk sebelah breast. so start la aku kumpul susu beku untuk naim.

pam susu manual medela ni tak la penat mane pun even tho benda ni manual. senang nak cuci sebab part pam susu ni cuma ada dalam 4 benda je. dan semua part dalam pam ni boleh cuci sebab takde wayar2 macam pam susu aku pureen tu.

sekarang ni pam susu pureen telah bermastautin dalam almari baju aku sebab aku tak tau nak letak mana. aku sudi je nak bagi kat sape2 nak cuba pam susu pureen aku tu. hihi..so nasihat aku adalah. jangan kedekut duit sangat nak melabur beli pam susu yang elok sikit. sebab berguna pada masa akan datang. bengkak susu tu sakit tau orang cakap. so baik beli pam yang elok.

alhamdulillah aku tak kena bengkak susu masa baru bersalin tu. mayb sebab aku dah urut susu awal-awal. hari pertama naim lahir ke dunia pun susu dah mengalir deras. tak sumbat ke ape.

pada ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. gudluck.


9 komen yang perlu dibaca:

  1. Masa anak pertama suami belikan pam pureen tapi tak boleh pam sebab sakit. Ni tengah mengandung anak kedua, sedang mensurvey untuk beli yang baru.

    Jom exchange link : http://rujukvitaminku.blogspot.com/2013/05/amalan-berpantang-masyarakat-melayu.html

    ReplyDelete
  2. perah guna tangan best...dulu aku guna gak pump...susah nak bawa meeting sana sini..ending perah guna tangan...ahaks..

    ReplyDelete
  3. Ya saya setuju melabur lebih sikit untuk pam susu yg elok. Utk ibu yg bekerja, pam susu yg elok adalah satu keperluan kalau ingin menyusu bayi sampai 2 thn. bukan saje boleh dpt susu byk dan tak sakit bila pam...malah ia boleh tahan lama sehingga 2/3 anak..."pelaburan" yg mahal tu jadi berbaloi.

    ReplyDelete
  4. Brape rm pam susu medela ni? nk cr katne?

    ReplyDelete
  5. Brape rm pam susu medela ni? nk cr katne?

    ReplyDelete
  6. awan terbang : boleh je cari kat baby2 butik. harga yang manual lebey kurang RM 250 +..
    tapi berbaloi guna..:)

    ReplyDelete
  7. hai, pureen elektrik tu suction dia kuat x? berminat...whtapp sy 0102429272

    ReplyDelete
  8. Saya tgh mncri pam eletrik .. kot-ii ada yg nk bgi ke .. medela x ssuai ngn sy ,, bdn brisi

    ReplyDelete
  9. fawa : pam pureen tu kuat sikit suction dia berbanding medela...

    ReplyDelete

page

Followers