Saturday, March 24, 2012

jari berinai sudah


salam.

after all.
alhamdulillah. selesai sudah majlis pernikahan dan resepsi kami.
semua nya telah berlalu dengan selamat.
dan akhirnya
gelaran cik razlina dah bertukar pada puan razlina. dah bergema jugak kat sekolah nama puan tu. rasa macam mimpi pun ada. rasa macam tak percaya pun ada. tetiba je dah bergelar puan.

perjalanan majlis tu nanti aku akan cerita satu persatu. hidup sekarang ni takdela berubah mana pun. cuma bahagia dan rasa macam secure. hekhek.

ni gambar baru je lepas bertukar status.

dah cover ayu sangat. dah tekad gak taknak touching2 time nikah tu. dan yess..
berjaya.
siap nak tergelak pun ada time shahrul baca taklik tu. bukan aku tak menghayati tanggungjawab yang aku kena jalankan. tapi kan aku redha.

bila  baca taklik kena berkekanda adinda..:)

dan ini la baju sanding selepas di beadingkan..


dan ini hanya lah update sementara tunggu majlis resepsi adik norazah habis.

ye..


p/s : betul ke orang kata kalau inai merah kat tangan maksudnya empunya diri kuat cemburu??



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, March 5, 2012

Hidup : Before NeW Life

tinggal 2 hari sekolah sebelum aku bercuti sminggu.
then esok dah start da periksa penggal pertama.
so kiranya aku rilex untuk minggu ni.
perasaan berdebar mesti la ada
kusut pun iya.
yelah. kalau semua benda kena buat sendiri memang akan rasa kusut.
dengan barang-barang banyak lagi nak bawak balik kampung.

siap terfikir aku akan buat 2 trip untuk bawak barang balik. untuk hari rabu petang aku dah fikir nak bawak coklat2 gudy bag tu dan jugak semua kertas periksa balik. then hari khamis pagi bertolak balik JB naik kereta dan uruskan hal terakhir kat jb. then petang tu jugak bergerak balik terus ke batu pahat.

kalau orang tanya perasaan sekarang.
aku terasa macam seorang tanpa perasaan. orang kata perasaan tertekan boleh membuahkan pelbagai fenomena perasaan.
aku masih sibuk dengan kerja sekolah. tuisyen. tanda buku. urus fail. semua berkenaan sekolah. takde satu ruang pun aku boleh guna untuk diri sendiri. mengajar di bandar JB memang memohon banyak pengorbanan masa. bukan macam zaman dulu-dulu. mengajar. then tengahari dah boleh beredar.

haih.
rentetan hidup yang tak pernah sempurna.
tinggal sehari di JB.
resah. gelisah. gundah

checklist b4 the day.
  • andam - another RM 1000
  • fotog - RM 1200
  • DJ, Karaoke & Kompang - another RM 150
  • Kek dewan - another RM 120
  • Katering - RM 5900
  • Makan Damai - RM 300
  • Meja Kerusi - RM 500
  • Goodie - RM 360
Save budget for all those. @.@...pening.

patut mintak hantaran 100k


haha.



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers