Thursday, August 27, 2009

*cari glamer @ benar-benar insaf*

kenapa kebanyakan orang sibuk2 hal kartika. pdhl ramai yang tahu hukuman itu kartika sendiri yang terima. kartika kununnya redha. kenapa pihak lain yang sibuk-sibuk bicara kan kes ni? orang lain yang sibuk tumpang simpati? sampai masuk paper sana sini?

heran btol la

kadang-kadang...masalah sebesar kuman. tapi heboh bukan main. bukan melayu saja.
*stop it*
*diam*

bangsa lain pun sama. pk kene secara adil. hukuman dijatuhkan atas kesalahan dia sendiri. that it....die brani buat..brani tanggung. kenapa orang lain yang sibuk tatang-tatang dia kata tak salah?
dah termaktub..minum arak..haram di sisi agama. dia buat. kena sebat..napa shahrizat beri ya-iya bagi simpati. aku bukan pembangkang...bukan jugak komunis dalam hal ini. aku cuba melihat hal itu dari luar mata kasar aku. aku tak mahu kerana kartika seorang..keputusan mahkamah shariah di pertikaikan.

sekali orang pijak kepala dan dah tau caranya. orang akan biasa pijak kepala.

macam selalu lah. kalau kita bagi betis orang nak peha..bagi idung nak mulut. yang penting nak lebih. so jgn la pulak kita sanggup di pijak.

biarkan orang lain berebut kuasa. bunuh membunuh, dengki mendengki. tapi tolong lah. kau pun jangan ikut sekali.
ini tidak..kau sibuk berebut takhta.bak kata orang, yang dikejar tak dpt..yang di kendong keciciran

manusia aku paling benci dalam malaysia ade 2 orang...salah seorangnya si karpal sigh. aku tak kenal dia. aku cuma kenal dia melalui berita-berita di tv..macammana dia memberontak. memecah belahkan kaum. mencari publisiti murahan. memperkotak-katikkan kedaulatan diraja perak. dia lah orangnya. jika perpecahan kaum kembali berlaku, kita patut bunuh dia dahulu.

aku sedar dan tahu. dia bukan bodoh, bukan calang-calang. berpendidikan. jika tidak tak mungkin dia berjaya menjadi seorang lawyer terkemuka. tapi sifat dia, pengetahuan dia mengenai sejarah langsung tidak digunakan.
dia bukan tidak tahu pasal undang-undang, malah lebih tahu dari kita semua. tapi stil mempertikaikan kedaulatan diraja.
hm...
gaknya..memang ada orang yang suka gla kuasa.

itu di kira pemerintahan besar.

orang kedua...

hm...da malas nak cakap..kalau si khinzir bangga jadi khinzir...macam tu la jugak dia. bangga menjadi diri sendiri.
aku akui, kita kena berbangga dengan apa yang kita ada. bersyukur dengan anugerah dari yang esa perlu. tapi tak boleh terlampau berbangga.
lupa.
dia bukan seagama.

*geleng-geleng*

aku letih ya tuhan,
letih mendengar sungutan
aku letih ya tuhan,
letih menjauhinya
aku mohon ya tuhan
jauh kan aku darinya
supaya aku tersuci dari dosa ini
semoga aku di jauhi dari segala segi
semoga aku segar esok hari
segar dengan sinaran mentari pagi yang baru

dan ya tuhan,
semoga engkau berkati aku
jauhkan insan yang suka mengadu-domba di belakang ku
ya tuhan
aku insan mu yang lemah
aku mohon pertolongan mu.


p/s: eh..sape yang jadi admin planet oscc?? aku nak klua dari planet ni..= takde privasi
Tuesday, August 25, 2009

"all maried women can release early"

Time is like a river, you
cannot touch the same water twice, because the flow that has passed will
never pass again, Enjoy every moment of life
*******************************************************************
Doing nothing is very hard to do ... you never know when you're finished.
*******************************************************************
aku keboringan yang amat sangat..
dan entri di bawah ini berbaur perkauman. haraf di maaf.
aku dah lame rase heran dengan satu rules yang ujud tatkala bulan ramadahan. pelik..tapi benar..
"all married women" boleh balik awal sebab nak serve suami dieorang berbuka. ingat yang bujang ni tak perlu ke berbuka? yang lelaki bujang tak perlu ke cari makanan sendiri?
apetah rules camni...
gaknye memang macam ni la kalo orang yang buat rules tu tak kaji dulu rules yang dieorang buat tu. secara peribadi...aku cukup tidak menyokong rules tersebut..berikut adalah beberapa sebab aku tak bersetuju
1. kadang2 org pompuan dah kawen pon bli kat kedai jer..same macam orang bujang..
2. menjadikan tiket perkahwinan sebagai tiket nak balik umah awl
3. kalau orang tu tade jodoh sampai tua..takkan die tak leh mrase rules tu? bukankah rules perlulah adil bagi semua.

kalau nak ikotkan masa bekerja yang dieorang berkira sgt..kunun2 rugi la..itu r..ini ar..bukan smua satu company orang muslim. setiap department ade non muslim. so stakat cover sejam..takkan la orang non muslim tu takleh buat..bukan lame..sejam AJE...

so kerana aku terasa rules itu sungguh tidak logik..aku perlukan jawapan. terangkan kenapa rules sebegitu boleh wujud...common ah..pk r secara bernas dan logik kalau nak buat rules..jangan asal boleh je...kalau orang yang buat rules tu bergred 1..takkan ah aku yang bergred -1 ni bley pk..mayb sebab aku ni dilahirkan genius kot. penuh rasa kemanusiaan. terlalu memikirkan perasaan orang len.

ele...kunun2 ah tu...

p/s: sesape tak puas hati cakap depan2 ye....tapi kalau aku ngadu hal ni depan2...mesti le orang besa cakap....itu RULES..alahai..macam ah die ikot sgt peraturan...cube die jd andartu..baru tahu!!
Monday, August 24, 2009

~*_*~

sedar-sedar pukul 7.20 pg..nasib la da niat setahun..subuh gajah le nmpknye..=)..
ape sebab aku yang senang terjaga ini boleh terlalu asyik tidur??

time bangun tu aku asik cube ingat balik...aku..dah bangun sahur atau belum..

aku trus kebwh..then aku baru ingat..pg td aku tak bgn sahur..

uhuhu...

mungkin terlalu nyenyak sebab

~malam td sebelum tidur di dodoi dengan lagu sufi...~

tu yang seronok tidur sampai ke pagi...

then..tengahari bergerak ke kajang..mencari dezulclassique..(lupe ah ejaannye)..kunun2 nak teman housemate aku ni tempah baju..dalam panas terik dan tidak bersahur..segala belon2 air dalam badan tersejat..wehehe..dan hasilnya...aku sangat pening kepala petang itu..tapi still..baju kawan aku tu tak de sape nak amik..kesian die..aku nak amik..nop2. Dah penuh yer...so tak dapek den nak nolong..

sebab rase setia kawan..aku cadangkan kiteorang pegi alamanda utk tengok kedai omar ali...slalunye die ade display baju2 kebaya..last2 die ckp..tak amik baju pompuan. So kecewa lagi..last2 si akk lagi sorang tu yang bli kamera digital baru..nway tengah offer..

1.color biru terang

2. jenis NIKON

3. dapat 6G memory card

4. dapat gak 3 beg

5. voucher carefour (RM 10)

6. discount card utk cuci gamba

7. 10 megapixel

8. auto smiley capture..(bila senyum je camera tu trus capture gambo..canggih2)

pencarian seterusnya adalah carefour..yela da dpt voucher..kene le trus blanjekn..then nampak plak iklan microwave murah..disebabkan bulan ramadhan..aku ingat aku nak bli ah..sekurang-kurangnye semangat cket aku nak bangun saho...last2 kecewa lagi.........microwave kiut tu tade stok...

hukhuk..

balik...penat..tido...then bangun balik gagahkn diri ke bazar ramadhan utk bli mknn berbuka...n sbenanye.tade mood+xlrt nk msk..


p/s: I really appreciate the song..angau sampai pagi..bangun2 asik teringat lagu tu jer..mulut pun asik nk nyanyi lagu tu...angau gle..hehe..eventhough we have been 2547 days together..u still like the old shahrulnizam that I know..love u D..

Saturday, August 22, 2009

1. tarawih hari pertama

salam ramadhan...

terharu berjemaah bersama di malam pertama menyambut ramadhan. sempat lagi aku snap gamba bdk comey ni. dan malam tu dengan bertelekong kiteorg pegi mengeteh kat kedai mamak..huhu

dan...
bermulalah satu ramadhan...

looking 4 ward to berbuka puasa bersama-sama dgn family...dan lepas balik mengeteh..ni la hasil kerinduan kami bersama..
lukis art work kat ym...aku lukis cket...die sambung...
time ni..jauh pun rasa dekat...
1.
2.

=) sayang si bengong ini...
Thursday, August 20, 2009

=surat=*_*

26 sept 2009..tarikh kawen kawan saya si sara..
saya tulis entri ini untuk ajak awk teman saya
saya takut nak ajak depan-depan.
saya takut awak tolak.
jadi...
jangan bagitahu saya jawapan kalo awk taknak
awk cume perlu diam
saya tanak saya jd kecil hati dengan awak..
so...baik awk diam..
dan..saya akan faham.

lagipun..tarikh kahwin sara jatuh pada minggu pertama aidilfitri
mesti awk bz..
*_*. kelabunye fikiran...takkan saya nak pegi dengan si tepet lagi...?
tepet?
memang ah lelaki baik..
kalau awak tak percaya tanya pada sarah.
kalau sarah bukan dgn aspan...dah lame sy suruh tepet ngurat sarah.
sy tanak nnti org ckp..sy psgn tepet..nnti..bakal bini dia kecik ati..
dari kecik kan ati bakal bini tepet...kecikkan ati sara...baik awk kecikkan ati saya..
ok...
saya nak balik cepat..
sebab saya mengantuk..
nanti saya tulis lagi..

p/s: sy syg awak...

***************************************************************************
to sara :
1st skali akk nak ucapkan tahniah.
semoga sarah bahagia dengan bakal rumahtangga yang terbina.
akk harapkan..sara tetap ingat kami semua..
akk..tepet..peah..bakri..wade..n kak z..
walaupun lepas ni kita tak boleh selalu bersama.
tapi sarah selalulah hantar berita.

lepas ni taraf kita tak sama.
sara dah jadi mulia
dah jadi kesayangan seseorang
dah jd buah hati seseorang
dan jgn lupa..bila dah timang baby...bagi aunti n pokcik2 die ni melawat..

sarah..
kiteorg semua sayang sarah.


p/s : sara jgn sedey.

mane lg kiut?



mane lagi kiut?? si batrisya ank sedara bf aku ni (pkcik die je yg over..trase anak sedara sendiri comel...pdhl aku yang da berlambak ank sedara ni tak heran pon..)

ataupun my little nur aliya syahira..
tapi yang penting..dua-dua tu lengkap sifat..semoga anda berdua membesar penuh indah kejadiaanya

aliya..batrisya..
jadilah anak solehah bila dewasa
anak yang menyenangkan ibu-bapa ketika kau membesar
menjadi ank yang digantung harap ketika mereka susah

aliya..
nama kau indah
seperti maksudnya..
nuraliya syahira..
cahaya kemashuran yang mulia..
******************************************************
Tuesday, August 18, 2009

adam dan hawa

salah jantan atau betina..
hm...aku cuma boleh cakap..no komen..aku mendengar dari kedua belah pihak..menilai..mencari penyelesaian. tapi aku masih buntu untuk salahkan siapa..biar aku kenalkan mereka dahulu..sang perempuan aku gelarkan si hawa dan lelakinya si adam..mungkin terlalu suci nama ini untuk mereka. tapi aku bukan yang maha kuasa meletakkan salah pada bahu empunya.

nah..rentetan cerita yang dulu pernah aku ceritakan. si adam terlalu memuja si hawa..hawalah cantik..hawalah pandai..hawalah bijak. bukan kerana si adam seorang pemuja. dia cuma mengkagumi apa yang hawa ada. tapi...adam lupa..what goes round comes around. adam pernah tinggalkan julia. adam pernah lukakan hati julia demi hawa. terima lah akibatnya sekarang adam. hawa mengorak langkah meninggalkan kamu. dulu kau biarkan julia terkapai setelah tali yang engkau jalinkan kau rentap tiba-tiba.

aku?..masalah ini langsung bukan masalah aku. sumpah..aku memang tiada kaitan. tapi adam..kau cari aku juga. walaupun kau tahu, mencari aku bagai mencari orang yang bakal menyumpit engkau. aku langsung tiada belas kasihan. kau rayu aku supaya hawa menjadi hak engkau. engkau tiada apa adam..langsung tiada.

jika aku bandingkan engkau dan lelaki yang hawa pilih, lelaki itu 10 kali lebih baik dari engkau. dia bijak..berharta..walaupun umur lelaki itu layak aku panggil along. abang ku yang sulung. memang..kau cuma nampak itu kekurangan lelaki itu. tai dia bukan milik sesiapa. bukan tunang orang seperti kau dulu.

kau tidak sedar adam. langit ini tinggi. aku tak salahkan engkau. ramai yang tak sedar, menggapai awan di langit, tak sedar tangan tak sampai. lagipun aku kenal engkau memang engkau begitu. suka merayu..suka melakonkan pelbagai watak. aku biarkan..sebab engkau bukan masalah aku. engkau hanya BEKAS teman lelaki hawa..bukan lagi temannya. dan ini bermakna..kita langsung tiada hubungan. dan apa jua perangai engkau..aku tak akan jelik selagi engkau tidak ganggu hidup aku.

dan kau hawa, kau kenalan aku. tapi tidak bermakna, bila aku teman mu. apa yang engkau lakukan betul di mata aku. kau perlu sedar hawa. bukan selalu cahaya bersama engkau. aku tegur..tapi engkau buat tidak endah. kau dengar..tapi kau keras kepala. aku ingat lagi si maisarah kata..engkau tidak realistik. sama macam si adam. dan aku anggap. kau memang sesuai dengan adam.

aku memang seorang yang open minded hawa. aku tahu kau juga sedar hakikat itu. seisi kenalan aku tahu. sebab itu kau tidak segan2 mengadu. tapi hawa. ini lah cara aku menegur kau. kata-kata mungkin akan di salah tafsir. kau bukan budak2 yang perlu aku tatang. kau cukup dewasa memikirkan masalah ini.

jika kau main api...kau berani terbakar.

fikirlah hawa. kegilaan adam, lakonan adam..semua itu berpunca dari kau juga. jika dari dulu kau tolak adam. kau tak perlu bersusah payah seperti sekarang. kereta di bawa lari. kau lebam sana sini.

apa yang kau rasa hawa? kau bangga lelaki itu tunduk pada kau? memperbodohkan diri nya. sampaikan si adam nak gunakan cara halus dapat kn kau. sekarang memang la aku boleh ingatkan kau. kau masih waras. bgaimana ketika kau telah dibomoh2 kn? heh..aku rasa langsung tidak kau endahkan kata-kata aku.

kadang-kadang kau langsung tidak gunakan kepintaran kau itu dalam bercinta. kau seorang berpendidikan syariah. kau memang berjaya. tapi kau sama seperti orang lain dalam hal ini. mungkin....kau benar..nafsu mengatasi segalanya.

aku seorang yang tidak suka menjaga hal orang..tapi aku rasa berapi bila aku yang tiada kaitan ini di kait2 kan. haih..atas alasan apa? aku seorang pendengar yang baik? memang. tapi kau tidak boleh harapkan aku menjaga kau. aku sendiri punya masalah.

adam dan hawa...
kamu perlu ingat..bukan kamu sahaja yang bercinta dlm dunia ini
bukan kamu sahaja yang berkasih sayang
bukan kamu sahaja yang mempunyai masalah.
aku, maisarah, zila mempunyai masalah sendiri
tolong..
jangan babitkan kami.
dan tolong jauhkan masalah ini

hawa..mengertilah, kami telah cuba menolong kau segagah kudrat yang kami ada. kami kawan kau hawa. tapi ketepikan kami waktu kau bahagia. aku katakan..jgn bagi si adam peluang kedua. kerana bagi aku, sekali sang lelaki itu melakukan kesalahan, dia bukan seperti lelaki normal yang akan menghargai peluang itu. kau tetap bawa kepala batu kau hawa. kau terima dia...

nah...

terima lah hawa....

p/s: Percayalah bahawa..bagaimana diri kita..begitulah pasangan kita. dan satu hubungan yang ideal adalah insan yang saling melengkapi satu sama lain
Friday, August 14, 2009

wait for me

ah..teks utk talk esok da siap..so..tunggu aku ye student-student math uitm...akk akan datang esok..berkongsi pengalaman aku sebagai pekerja pada junior2 yang ingin tahu ini..huhu...
teks utk talk da siap..tapi shima ckp panjang sangat..aduh..sejam tu...tapi slalu class bley 2 tiga hari takkan r talk sejam tak bley..ye tak...

mood skang ni?? - kurang baik
reason? - sebab..ari2 rasa tak puas hati..
reason tak puas hati? - sebab..aku benci 'dia'
reason benci dia? - sebab..dia suka amik nama atas bende yang bukan dia buat..dia suka gembur-gemburkan ape yang kadang-kadang die sendiri tak tau...orang len penah cakap...jgn jd bodoh sombong..tapi dia tak penah rasa die bodoh + blagak...so..ape harus aku buat? ape?
tindakan di ambil? - malas nak lyn dia tu
tindakan lagi? - ignore je dia tu...

ahh...tapi sampai bile..haip2..biasa dia...lynn kan seorang pemaaf..lynn kan orang yang mudah melupakan kesalahan...nape jadi camtu?..
tidak.....aku tak rela di persalahkan...bukan aku tak cuba nak berbaik2..tapi baru nk jernihkan keadaan...mulut busuk dia bley plak ngadu blakang-blakang..sape lak tak hangin satu bdn..

ah..fedup r..

aku mencintai kerja aku...sebab..bila aku menyintai apa yang aku kerjakan...aku akan mengerjakan dengan sepenuh perasaan.
hei..xcuse me...aku bukan kuli batak OK..aku jugak bukan orang yang suka putar belit keadaan. kalau belum siap..aku cakap belum. bila aku tak tau..aku cakap aku tak tahu..aku bukan talam dua muka. aku gak bukan musuh dalam selimut. aku pejuang berani mati. so tembak aku depan-depan. bukan guna pukul curi

jantina kita juga berlainan. boleh tak keris yang engkau banggakan itu bukan menunjukkan gagah hanya waktu malam. tapi aku ingin kau serap kuasa keris itu di siang hari untuk pukul aku depan2. bukan macam orang pengecut..baling batu sembunyi tangan.

oh please...

ah..fed up lagi..

aku pernah tnya kawan aku..sampai bila benda ini akan berakhir..yang aku dapat..dia jawab..tak mungkin berakhir..no...aku bukan prejudis perkauman...bukan jugak orang yang selalu salahkn orang lain..

tapi..fikirlah sedikit..suara aku kecil...di bandingkn kuasa yang engkau dapat. tapi aku nampak kau selalu membodohkan diri kau di depan aku dan membodohkan aku dan kawan aku pula bila berdepan orang lain..kau siapa??
walaupun kau bukan saudara aku...tapi kau siapa untuk ratah daging aku...kau tidak berhak selagi kau belum membuktikan sesuatu pada aku..

ah..aku memang fed up..
****************************************************************************

wait for me.....
dan aku pasti akan datang..
wait for me..
kerana aku pergi tak lama
wait for me..
kerana hatiku masih bisa bersamamu..

p/s: TQ to my darling shahrul...awk sentiasa bisa membuatkan hati yang tiada mood ini ceria kembali..
Tuesday, August 11, 2009

makan-makan

lokasi : noodle station alamanda
menu : angle face (campuran soda laici and lemon)..kuetiaw ladna
air ni sangat la menarik perhatian aku..dah kacau byk kali pon..wane die stil cmni



dan yang ni kuetiaw ladna..
pinggan die besar sungguh menyebabkan aku makan tak abiz..yang unik pasal kedai ini adalah decoration air dieorg..

lokasi : kenny rogers, jaya jusco equin
menu : set ala carte kenny. this set including
1.mushrooms soup..
2. soda (bley refil)..
3. salad (ade 2 pilihan..lupe lak)
4. nasi butter
5. ayam panggang (ore or blackpaper)
sebab dah terlalu penat bershopping aku siap tlupa nk amik gmba set ayam lak..so ni soup and air die


************************************************************************
slain aku pi makan2..sempat gak pi IOI puchong utk teman membe aku makan nasi kandar di kayu..tapi aku tak snap gamba sebab aku dah kenyang mkn nasi kat umh..
punye la ramai org bershopping sakan sebab tengah sale...
dan sempat gak kiteorg pi tengok movie crite harry potter..
ulasan...bagi aku..cerita ni ok je..memang kurang aksi berbanding crite sblm ni n terlalu senang si dumbledore mati..but..scene yang lain buat aku ternanti2 crite seterusnya..
sape-sape yang tak penah tengok harry potter tu takyh komplen byk kalo nk komen crite ni tak best..
***************************************
yang aku bengkek kn..IOI punye guard punye la sewel..sbb da tengah malam...aku taktau nk lalu pintu mane utk ke krete balik..so tnye la kat guard..die bley ckp trus je...tanpa tunjuk arah..aku tgk die sibuk bgayut kat public..time tu rase nk mletup kpale tgk org yang tak efisyen camtu..IOI tu punye la byk pintu..tapi...satu tunjuk arah pon tade..
so nasihat aku..kalau jupe guard yang efective camtu..sembur je skali...
dah tau tugas die jage keselamatan..bley plak mlm2 buta die dok bgayut camtu..

Monday, August 10, 2009

=ank sdara ke 16=




si comel nur aliya shahira...hampir 6 bulan..
cucu mak abh yang ke 16 dan ank sdara aku yg ke 16..

Saturday, August 8, 2009

=happy family=

takde kata-kata paling indah saat moment-moment kenangan ini diambil..
semoga emak dan abh....sihat selalu...
dan semoga mereka sempat melihat cucu mereka dari aku =)..
ni gamba mak abh dn 2 cucu mereka..alya syafiqah & nurin irdina umairah
time kat hospital pon abh da sebok cr cucu2 dieorg..sbb hospital tak bg bdk2 melawat even waktu mlawat..abh takleh jupe cucu-cucu dia..
aku suruh mak toleh sebab nak amik gamba..tapi mak ckp..dari tepi baru bergaya

ni la pasangan bahagia yang melahirkan aku..
aku syg mereka..(manje kn abah aku)
Thursday, August 6, 2009

=ayah=


im back...
esok masuk kerja balik...
penat betul rasa dua tiga hari ni..yelah..dapat berita ayh masuk hospital..ank mana yang tak bergegar jantungnye...
ahad petang aku di gemparkan dengan berita ayh tumbang kat rumah..n ank sedara aku hantar masuk hospital...trus kena tahan kat ward..memang rasa sedey sangat time tu..ayah yang berumur lebih 74 tahun slame hari ni tak pernah sakit teruk..apetah lagi kena tahan ward..perasaan aku limbang limbung..malam tu jugak aku bertolak balik johor...

sampai2 ward hari isnin pagi aku terus dakap ayh kuat2..aku tnya..knape tak jg diri...time tu gak aku nangis..ayh cuma cakap..
"abah takde ape2 la..takyh sedey2"..then ayh pusut2 kepala aku..makin teresak2 le aku di buatnye..

doktor periksa ayah macam2..jantung..darah tinggi..kencing manis...xray sluruh bdn..doktor sahkan..ayah tidak menghidap sebarang penyakit kronik...sungguh..mungkin hari tu ayh penat sangat..musim cempedak..orang tua tu memang gemar mengutip cempedak buat di jual..kata dia sayang...

bila ayh boleh klua wad semalam..aku bersorak gembira..tidur malam pun lena..tak seperti sebelum ni..asik terjaga memikirkan emak dan ayh di hospital..mak..langsung taknk berenggang dengan ayh..bila ank yang len nak jaga mak kata..tak sampai hati tinggalkn ayh..

hari ni..ayh da sihat balik...
hati aku cukup lega..............
Saturday, August 1, 2009
harini..takde mood langsung nak masak..balik-balik main game..main game..pokok petola dah mula tumbuh..n lada aku dah mula berputik..tapi yang sakit atinye...ntah kucing sape berak kat pasu semaian aku..huuuuuu..sedey....dah tak slera da nak siram ank lada tu..nak buang pun mls..sebab..esok lusa mesti die berak lg..punya la byk tanah lain...tanah beli jugak yg die nak berak kn...haih...
dlm sminggu dua ni aku slalu la nmpk la pekerja majlis perbandaran se**** kot...aku ckp pekerja dieorg sebab..kalau bab tarik-tarik krete area tu mmg daerah tu yg buat..yang aku nak critenye sebab aku kesian kat pakcik tu...hari-hari kene jaga bawah pokok bunga tu spy org tak parking..sdey tahap gaban tengok...tak dpt bygkn kaloo ayh aku yang kat ctu..dpt keje..tapi rupenye kejenya bwh pokok....kesian...
tak sangka plak..selain perak...selangor pon ade gak menempatkan orang kat bawah-bawah pokok ni..apekah??

kes H1n1 pon makin la byk sekarang...n org ramai buat macam tak tau je..time ni la sebok nk pi bcuti le..mlancung r..pdhl da tau da..kat airport tu tmpt plg byk mrebak bakteria tu..slagi blm kene family sendiri..takkan sedar punya..biasa la tu..dah byk kes nnti mula la salahkan gov la sebab simpan2 n cover2 psl penyakit ni..pdhl diri sendiri tak amik kisah..ni la org kite...

skang ni tgh bpk..ape aku nak buat malam minggu ni??

main game le jwbnye..=(

page

Followers