Tuesday, October 25, 2016

Pengalaman bersalin kali ke 3


1.    bangun pagi lebih kurang pukul 8.30 gitu rasa macam tak selesa kat pinggang. pegi bilik air tengok macam ada lender – lender coklat. sah nak bersalin hari ni.
2.    Siap – siap bagitau suami rasanya akan bersalin hari ni sebab dah kluar tanda. mandi  n terus pk apa lagi barang yang belum lengkap nak bawak pi spital.
3.    Suami bersiap pegi beli sarapan. sebelum tu naim ngan nely dah bangun melalak taknak dady mandikan sebab nak mummy.
4.    Mummy dah start rasa contraction. tengok jam macam ½ jam  sekali gitu. leh layan lagi. kejap – kejap naik atas, baring..kejap – kejap turun bawah tengok naim n nely.
5.    Sempat lagi mandikan n siapkan naim.
6.    Telefon mak kat kampong nak bagitau arini nak bersalin. tak dapat. tepon akak ipor sebelah rumah mak pun tak dapat. tepon plak anak sedara. ok. dapat bgtau akk ipo. soh pesan kan kat mak.
7.    Tepon plak akk bagitau benda sama. suami dah balik dari beli sarapan. suami suap anak – anak sarapan. aku naik atas layan contraction. siap – siap salin baju, kain batik n pakai pad baru.
8.    Sarapan. makan seketul je nasi impit (suami beli sarapan soto). sebelum tu dah makan kurma 3 biji. tapi terlupa nak consume air yang banyak.
9.    Jam dah pukul 11. anak – anak menyusu. Mak mentua dah ready nak melayan budak berdua ni. Nely lambai2 aku masa nak klua pintu rumah. Naim start melalak nak ikut.
10. Maka bertolak la aku n suami ke hospital
11. Sampai hospital, pegi dekat kecemasan naik kusi roda. Tak sempat lagi nak parking kereta terus tolak aku pegi bilik saringan.
12. Procedure biasa dalam bilik saringan. pasang ctg untuk tengok denyut jantung baby. contraction agak kuat. So nurse decide untuk cek VE. ok pasrah dah
13. Doktor cakap nak pecahkan air ketuban sebab cek bukaan dah 7 cm. dia seluk then main – main dengan baby sebab dia cakap ctg baby kurang cantik. lepas pecahkan air ketuban time tu dalam pukul 12.50 tengahari.
14. di tolak pergi LR. tspi kene tunggu 2 minit luar LR sebab nurse tengah sediakan LR tu. then aku dah rasa air keluar dari bawah.
15. Ada 2 orang nurse dalam tu. sorang uruskan alas bontot n alatan, sorang lagi tengah uruskan drip.
16. Rasa sakit then aku cakap dengan nurse aku cam nak teran.
17. 2 kali teran keluarlah baby girl. alhamdulillah



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers