Tuesday, September 3, 2013

diari naim : Mummy and work

salam.
dah dekat 3 minggu aku naik kerja. dan dah 3 minggu jugak naim dijaga rapi oleh dady naim.
mummy tak la risau sangat kalau naim nangis2 kat rumah sebab daddy ada untuk layan naim.
daddy pandai jaga naim. tau kerenah naim yang comel.

lagi seminggu pulak, daddy nak sambung belajar balik. mummy pulak kerja. mummy risau nak tinggalkan naim kat rumah. sebab naim minum susu mummy. sebab tu naim selalu lapar. dari naim bayi sampai hampir 4 bulan ni mummy and ddy je yang jaga naim. takde orang lain.

sekarang hari-hari mummy fikir sapa nak jaga naim. naik sedih pun ada. mummy tak tau nak buat keputusan macamana bila daddy tanya soalan ni kat mummy. mummy kalau boleh taknak naim dijaga oleh orang lain.

dah dekat sebulan jugak naim tak balik kampung nenek medan. sebab mummy bz sangat dengan work mummy. kadang-kadang mummy balik tengahari malam mummy kene work lagi sayang. kesian naim.
umur kecik lagi dah kena tinggal mummy.

naim membesar dengan sihat. perkembangan naim mummy akan update dekat entry 4month journey. mummy curi-curi masa nak update. sebab sekarang ni balik rumah je laptop kesayangan mummy tak kan bersentuh. naim la yang mummy belek setiap masa.

kat sekolah mummy sibuk catchup kerja yang 3 bulan mummy tinggal. banyak buku nak tanda. syllibus mummy nak tengok balik. mummy takut anak murid yang mummy ajar tak faham apa yang diaorang dah belajar selama mummy cuti.

nasib daddy naim ada. mummy balik daddy dah siap basuh baju. dah susukan naim. malah semua cloth diaper yang naim pakai semua daddy yang uruskan.
naim berjaya suka botol susu yang mummy tukarkan dengan puting NUK. bijak anak mummy ni.

hari ni harijadi daddy naim. mummy tak buat ape untuk daddy sayang. kesian daddy. mummy lebihkan naim dari daddy. mummy asik belek naim sampai naim tidur.

sapa nak jaga naim ni mummy?
kalaulah mummy orang kaya sayang.
dah lama mummy goyang2 kaki duduk rumah jaga awak aje.

naim mummy yang comel,
mummy doa semoga cepat cuti sekolah tiba dan naim cepat membesar. boleh la naim ikut mummy pegi sekolah. :))


lepas ni jadual kita sekeluarga akan berubah.
pagi-pagi dady hantar mummy pegi work.
daddy pegi belajar.
paling cepat mummy balik mayb pukul 3.
daddy balik pukul 5.

macammana ni???


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, July 22, 2013

diari naim : 2nd month journey

ok. salam. naim da dua bulan sayang
da jugak dapat imunisasi 2 bulan.
nurse pesan. inject ni buat baby demam. ami risau je naim demam lepas kena suntik. kesian kat naim nanti tak selesa.
lepas inject. time dady hantar toto pegi dobi, ami terus je minumkan nai cecair paracetamol.
naim minum sikit2 then buat muka pelik. ami masuk kan sikit2 then upah susu. akhirnya abis gak 2mil naim minum.

naim merengek sikit je petang tu. lepas mandi, ami bagi susu..naim terus tidur. sepanjang malam tu ami pegang2 dahi naim. tapi alhamdulillah. anak ami kuat. yeay
naim tak demam. suka hati ami jadinya.

naim da 2 bulan tapi belum lagi selalu minum kat botol. harini ami da bli puting silicon dari japlo. jenis komforter. ami tetap tak beli botol susu baru. so naim memang ada satu je botol susu tommie tippie tu. ami beli puting silicon baru sebab nak cuba minumkan naim guna botol simpan susu.
puting silicon japlo
ape yang bestnya puting ni macam la nipple ami lepas je naim isap selalu
mana la tau sebab bentuk dia ni naim nak
botol TT naim takde puting camni. yang ada cuma puting kosong je bentuk nipple camni. yang botol susu punya takde.

harap2 guna puting japlo tu naim nak isap botol. naim say no to
1. buai


2. puting kosong
3. bantal busuk or anything untuk tidur

ami tanak naim ada 3 benda ni untuk kehidupan kecil naim.
taknak ada 3 benda yang merumitkan naim nak pegi jalan2 dan berehat dalam masa yang sama.
harap2. naim berjaya mengatasi masa kecilnya tanpa 3 benda ni.

stakat ni takde masalah lagi nak tidurkan naim guna benda ni.

sekarang belanja ami untuk naim pun makin kurang sebab naim da pakai cloth diaper. so lampin pakai buang yang ami beli masa naim naik sebulan haritu belum lagi habis.
naim jugak tak perlu beli susu sebab naim minum susu ami aje.

2 bulan perkembangan berat naim adalah
  • lahir : 2.4 kg
  • 1st month : 3.6 kg
  • 2nd month : 4.64 kg
so naim sihat membesar.
alhamdulillah.
shahrulnaim damien bin shahrulnizam
anak ami makin comel..:)

sekarang ami da ada dua shahrul. n ami selalu tanya. dua2 shahrul sayang razlina x? sebab razlina sayang dua2 shahrul.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, July 8, 2013

Mom 2 B : Panduan membeli pam susu

salam.

ok. dah jadi ibu2 ni kena la aku share tips2 memilih pam susu ye tak.
bukan ape. dah jadi macam aku da..beli pam susu yang takde feedback dari mak pak lain..last2 menyesal. terpaksa membazir duit beli pam susu lain.

memula aku beli la brand pureen. yelah..aku bukan tau best ke tak best pam susu. macamana plak rasa susu kena pam. semua tu tak pernah dirasa time anak-anak dara kan. jadi ibu yang konon nak anak minum susu ibu secara exclusive perlu la berusaha menyimpan stok susu segala.

suami aku menyokong penuh anak dia minum susu ibu ni. bukan sahaja menjimatkan malah berbaloi dengan kesihatan yang ank sendiri dapat. masuk 2 bulan alhamdulillah kulit naim tak sensitif dan tak timbul ruam. tak jugak kembung perut or demam yang menyebabkan dia tak slesa.

breast pump pureen elektrik
kiranya. ini adalah 1st pam susu yang aku ada. time tu jalan2 nak bli botol susu xceli. tapi pam ni ade la plak kat sebelah rak botol susu tomme tippi. aku memang tak nak pam ni memula. tapi sebab suami aku  nak belikan. aku pun iyakan aje la kan. orang takde pengalaman kan...hihi

hasilnya adalah. time aku pam susu memang la dapat banyak. mayb jugak sebab air susu aku memang melimpah ruah. tapi puting n breast jadi sakit bila naim nak direct breast feed. aku jadi macam sengsara la pulak memerah. sebab sakit tu aku brenti buat stok susu sampai la aku berniat nak beli sendiri pam susu yang lain.

survey punya survey aku bercadang nak beli pam susu manual je supaya aku boleh kawal sedutan pam tu. then akhirnya aku pun bercadang beli pam susu medela harmony. lagi mahal dari pureen..tapi hasilnya A+ ok.
medela harmony

kita boleh control sedutan pam tu. semua bergantung pada cara kita pam. susu boleh kumpul cepat. dalam masa anggaran 7 minit aku berjaya kumpul 4 oz untuk sebelah breast. so start la aku kumpul susu beku untuk naim.

pam susu manual medela ni tak la penat mane pun even tho benda ni manual. senang nak cuci sebab part pam susu ni cuma ada dalam 4 benda je. dan semua part dalam pam ni boleh cuci sebab takde wayar2 macam pam susu aku pureen tu.

sekarang ni pam susu pureen telah bermastautin dalam almari baju aku sebab aku tak tau nak letak mana. aku sudi je nak bagi kat sape2 nak cuba pam susu pureen aku tu. hihi..so nasihat aku adalah. jangan kedekut duit sangat nak melabur beli pam susu yang elok sikit. sebab berguna pada masa akan datang. bengkak susu tu sakit tau orang cakap. so baik beli pam yang elok.

alhamdulillah aku tak kena bengkak susu masa baru bersalin tu. mayb sebab aku dah urut susu awal-awal. hari pertama naim lahir ke dunia pun susu dah mengalir deras. tak sumbat ke ape.

pada ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata. gudluck.


Wednesday, May 22, 2013

diari naim : putera hati

salam..
tengah pantang kat rumah mak mentua.
so far semuanya berjalan lancar. 
aku dah boleh berak kencing. dah tak takut nak berak macam nak berak 1st time. teringat aku masa mula-mula kat hospital tu nak kencing. berdebar gak. then bila staff nurse tanye dah berak kencing ke..aku cakap da kencing..itupun takut..dia terus je gelak then cakap
kalau tak de yang pertama ni takde la yang kedua ketiga nanti. 
hehe. sporting gila staff nurse tu. 
sepanjang bersalin tu nurse-nurse semua baik-baik aje. mayb jugak sebab aku duduk 1st class. memang la semua berbudi bahasa kecuali masa aku nak checkout tu..nurse tu agak lambat nak update aku. terpaksa la tunggu dari pukul 2 sampai 5.

sekarang si putera hati masih lagi jaundis. kesian dia. asik kena amik darah. betul la orang cakap. rela lagi kita yang sakit tapi jangan anak sendiri. dah jadi mak-mak da rupanya aku ha.

rasa macam bertuah sangat dapat baby sendiri. sakit bersalin tu rasa hilang terus saat anak tu diletak atas dada. sakit macam nak mati tadi memang terus hilang.

aku dah tak sabar nak balik batu pahat.
nak tunjuk anak aku kat mak bapak aku kat kampung. dan aku tau diaorang pun tak sabar nak jumpa cucu lelaki baru diaorang ni. :)

perasaan gembira tu menggebu bila dapat cium dan belek-belek anak sendiri depan mata. sebelum ni rasa dia gerak-gerak je dalam perut. ni dah boleh tengok depan mata. dan cium bau syurga tu. sapa yang tak suka kan. 

sebab si naim masih jaundis. aku consume teh pegaga untuk redakan jaundis dia. puas la laki aku pusing-pusing satu uda cari teh tu. tetiba je aku terpk nak cari kat kedai HPA. dan akhirnya jumpa. setakat ni jaundis dia makin turun. alhamdulillah.

naseb la air ni boleh diterima tekak aku.

duduk berpantang rumah mak mentua mestila tak sama macam rumah sendiri. tapi mak mentua aku memang kelas ko jah. pagi2 dah readykan air untuk aku mandi. aku siap mandi turun bawah tinggal susukan budak aje sebab orang tua tu da siap mandikan cucu dia.

dan bertuahnya badan aku..dapat suami yang sangat la rajin melayan bini dia yang 1st time bersalin ni..time ni la rasa sayang kat suami berganda-ganda. maklum la time pantang ni..jiwa sensitif terlebey kan. tak boleh berak pun boleh menyebabkan aku menangis macam budak kecik. bengkak tetek pun leh merengek nangis2. manja terlebih da rasa.

dan eksaited tu harusla di kongsi dengan semua orang. 1st night je dah sekeping gambo aku upload. then masuk seminggu sekeping. rasa macam addicted nak amek gamba budak ni pun ada. tapi tak nak le obses sangat. kang orang bosan lak. haha

so sebab ini dikira diari perjalanan si kecik ni jugak kena la upload beberapa gambar kenangan dia.

kaki si comel aku. sebesar 2 jari kan..:)

ni la budaknya...

2 insan kesayangan.
shahrul n shahrul jr.

sebelum lupa.

selamat hari guru.
dan
selamat hari ibu



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, May 21, 2013

diari naim : saat kelahiran

13/5/13

arini ami ada temujanji dengan klinik tebrau..ami kene minum air gula lagi untuk kali ketiga..alasan doc sbb nenek medan ade kencing manis..ami ikutkan aje..xkn nak mlawan plak kan...tunggu punya tunggu..xjugak ami dipanggil untuk minum gula..sampai pukul 9...br la nurse cek ami..
harusla lps tu kene sambung puasa smpai 11 lbey..naseb xmuntah ke ape kn..so sbb da lbih pukul 11..ami trus mintak mc aje..dpt la ami cuti isnin tu...

balik rumah..terus rasa lain macam aje..tak tau kenapa..
then..ami pun rilex je dlm bilik..entah macamana tetiba rasa mcm period..skali bila cek memang betul la..ade darah kat panties ami

ami pun cam saspen aje.,trus bgtau ddy....

ami pulak da kua tanda tu terus mandi dan bersiap...ajak dady pegi angsana..nak makan2 dan bawak perut boyot2 saat akhir...


dalam hati da dug2 da..nak bersalin kn..sape xcuak


malam 13/5/13

dady tanye ami..nak pegi hospital ke tak..dady da naik risau sebab ami da start sakit..pukul  8.30 mlm...ami ajak dady makan nasi..tapi ami mampu makan 3 suap aje..then terus tak selera..

sebab tgk ami cam tak tahan..dady ajak ami pegi hospital..ami pun ikut aje..daftar kat hospital ambil masa sangat la lama...ami di check doktor pukul 2 pagi..time tu br je bkk 2cm..tapi rasa sakit macam da bukak 5 6 cm...tp doc pun cakap..contraction ami panjang walaupun br je bukak 2 cm..

sakit ami makin tak boleh handle...pulak tu ami kene masuk 2nd class..1st class katanya penuh..dengan ramai orang tu makin la ami bertambah sakit..ami da la tak pernah masuk wad..dady da merungut2 sebab tak masukkan ami kat swasta..

ami disuntik petidin dalam pukul pat pagi supaya ami tido..tapi bila disuntik makin la ami xboleh handle rasa sakit..bila ami sakit ami akan bangun..berdiri atau tonggeng atas katil. ami tgk orang lain elok aje tido nyenyak..amboi..sangat jeles ye..

brape kali tah nurse yang jaga ami tu bwk pegi check bukaan..bawak ami pegi toilet segale..baik nurse tu layan ami walaupun dekat wad kelas dua..tapi biasa la ada gak nurse  lazer ckp ami manja dan tak tahan sakit..hehe..

ala..ami bukan sedar ape tah time tu..apa yang ami buat cuma baca nama nurse aje..siap bc name tag spy lepas bersalin ingat nama dieorang. tapi hampeh..smua la lupa jadinya..

sakit tu ditahan sampai la pukul 7 pagi..ami memang da xboleh duduk atas katil da..so bila cek baru 4 cm je..sebab ami da xtahan..nurse pun anta la ami ke labour room.

14/5/13

nurse pesan suruh tepon dady bgtau ami da nak msk labour room..itu la kali terakhir sebelum berperang ami denga suara dady..tak sempat pun mintak ampun maaf..mayb jugak time tu ami da xingat..:)

ape yang ami ingat dlm labour room tu adalah..contraction yang panjang. setiap kali ami sakit..ami akan panggil nurse untuk mintak pegang tangan. sampai lame-lame nurse suruh pegang besi.tapi..ami tetap nak pegang tangan nurse. sekurang-kurangnya..time sakit nurse boleh pegang2 perut redakan sikit sakit.

battle ni start lebey kurang pukul 8 sampaila pukul 12..then dalam pukul 12 barula 2 orang doktor masuk..doktor cuma tanya macamana condition. then nurse cakap servik ami da start bengkak sebab ami asik teran aje.
sory ye naim..
ami tak tahu macamana tak nak teran. yang ami tahu cuma sakit dan rasa macam benda nak terkeluar kat bawah.

doc cakap..bukaan baru 9 cm. tapi doc akan tolong bersalin je time tu sebab ami da tak ingat ape pon. memang ami denga nurse suruh mengucap semua. baca doa nabi nuh dalam perut ikan paus. dan ami pun tak lupa semua tu. cuma ami tak larat nak menyebut kat mulut. cuma ami boleh niat dalam hati. mulut dan hidung sebok tarik hembus nafas..tarik hembus nafas..

time nak meneran. tetiba macam ramai pula yang masuk. ada nurse pelatih. bidan. doktor dan tukang sorak.
ami cuma denga doktor pesan..bila sakit teran kuat2 macam nak berak tu. bila ami start teran semua cakap da nampak rambut naim. ami teran kuat2..ami tak kisah rasa apa time tu. yang penting naim keluar. doc dan nurse jerit2 cakap..ye pandai..pandai..

dan akhirnya..naim pun keluar.
alhamdulillah.
penderitaan ami nak kua naim dah berakhir. naim diletak atas dada ami. sakit tu terus hilang. nak jait ke ape lepas tu..ami da tak kisah da sayang...

da siap jait semua nurse pelatih tanya ami dady ada tak kat luar..baru la ami larat nak cakap tolong carikan dady. siap describe dady naim botak dan pakai spec. 



dan hari ni..ami dan dady da ada naim.
semoga sihat selalu ye insan kesayangan ami dan dady

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, May 12, 2013

random : Politik

sekarang ni bila buka facebook..mata dan jiwa aku terus rasa tak senang. rasa rimas dan meluat.
tak.
aku bukan penyokong tegar mana-mana parti politik. tak juga membenci mana-mana parti politik. aku cuma tak suka pembawaan dan ketagihan sesetengah kawan-kawan aku dengan politik. bukan setakat share benda-benda yang tak yakin sahihnya, malah pandai-pandai kutuk mana-mana pihak yang dia suka.

well..
tak ada satu pun yang aku percaya jujur 100 %. ada jugak yang sengaja butakan hati dan telinga bila aku bidas dan kena balik batang hidung mereka. tak mampu balas balik kemudian bukak lagi topik lain sampai aku rasa nak hide semua notification dan status yang dia buat. ada jugak yang buat aku unfriend kan dia sebab ketaksuban mereka terhadap satu - satu parti politik.

jelas..
mereka belum sedar atau aku yang masih kolot.

kadang-kadang mereka post soal agama. kadang-kadang mereka post benda kutuk pihak sana. aku. makin rimas menjadi pembaca. padahal mereka sendiri kurang sedar benda itu sahih atau tidak. benda tidak sahih, bila disebar bukan kah menjadi satu fitnah?


komen pasal parti politik ini, aku percaya, tidak satu parti pun jujur 100 peratus isi dan intinya, kenapa gunakan benda itu sebagai senjata memecahkan kaum. jika kau kata barisan nasional itu rasuah, tidak jujur makan duit rakyat, boleh kah kau jamin kita akan bersenang lenang, kerajaan baru tidak makan rasuah dan jujur intinya?

bagi aku, orang yang berkuasa semua sama, tak kisahlah dia tok guru atau apa, kita bukan punya ilmu menafsir orang dari luaran. nampak dia jahil, sedangkan kita tidak tahu dia itu calon syurga Allah di alam sana. dia nampak alim, rupanya dia calon Neraka di sana. kita manusia biasa, tak punya ilmu setinggi itu untuk menafsir.

aku tak suka orang taksub. cuma tak suka orang taksub..tak kiralah kau sokong parti mana. enough. keep it to your self. kau bukan calon parti yang diarah berkempen sana sini. kau juga bukan orang penting yang perlu menambah dosa dengan berita yang kau sendiri tak tahu sahihnya.

fitnah sekarang mampu disebar dengan hanya satu ketikan di komputer.
orang lemah pula akan mudah terpedaya.

aku pun menjadi salah satu orang yang menguruskan undi pada PRU 13 yang lepas. mahu juga aku tau, benarkah SPR itu langsung tidak telus. walaupun usaha kecil. aku tetap menyelidik. bermula proses sebelum mengundi, sampailah menunggu keputusan undi di umum, kerja yang bukan sikit di buat. ketelitian semasa menjalankan tugas juga menjadi tonggak utama.

nak kata kami tidak jujur? ketika di bilik pengundian, aku tak sedikit pun menyebelahi mana-mana pihak. kerja tetap kerja. tapi masih ada yang membuat pertikaian. dan cerita yang disebar bukan seperti yang sebenar. tapi masih. pihak yang tak reti bahasa dan tak usul periksa akan menyebar lagi fitnah.

seperti yang aku kata sebelum ini. aku tidak taksub dengan mana-mana parti sebab aku tahu, sana sini parti itu pasti ada pincangnya. aku cuma tidak senang dengan orang perseorangan. bagi aku sebab dia kaum aku berpecah. hanya sebab dia
dia pembawa reformasi malaysia.
menyebabkan orang cetek ilmu biasanya terpedaya. dia memang pandai bercakap. sebab itu kelulusannya hanya dalam bidang sastera..

kecetekan pemikiran orang malaysia yang membuatkan aku tidak senang. tidak puas hati bantah ramai-ramai. tidak puas hati berkumpul dan merusuh. tidak puas hati tunjuk perasaan. sedangkan itu sebenarnya bukan tindakan bijak pun. malah tidak mendatangkan kebaikan.
sama macam pakcik-pakcik kampung kumpul depan kedai kopi cakap pasal itu ini. mengutarakan pendapat macam kau orang yang paling hebat.
idealogi seperti itu sepatutnya lupus dalam usaha malaysia menuju negara maju.

tapi tak
orang malaysia makin suka perhimpunan seperti itu.

dilarang. kata takut. disumpah seranah kata dengki. ditangkap kata tak salah.

mana ada orang berak tepi jalan mengaku dia yang buat?

selagi parti yang membangkang tidak menang, sudah pasti semua yang dibuat memang akan dipandang serong.
tuduh sana sini untuk mengatakan dia yang menang.

tapi tak pulak jadi di tempat yang memang kerusinya di menangi mereka?
langsung tak berbunyi.


dah lah orang aku.
sila lah bersatu. yang penting bukan siapa yang memerintah kita, tapi siapa bangsa kita masa akan datang. masihkah mempunyai hak bersuara seperti kini.



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

Sunday, April 14, 2013

random : hati tisu

sejak dari dulu sampai la sekarang mengandung tinggal la sebulan lebey b4 deliver lil caliph ni. dah puas kena tinggal suami. boleh kira brape lama duduk bersama. dari anak dara zaman bercinta sampai la dah nak beranak sorang.

perasaan tu memang la akan menjadi seperti tisu. mudah benar koyaknya. tapi bertabah adalah benda paling penting yang aku perlu tanamkan setiap kali bangun tidur pagi-pagi. dan suasana akan menjadi seceria yang mungkin.

sekarang my lil caliph dalam perut memang bergerak aktif. sebab tu jugak tenaga semakin berkurangan. cek kat klinik stakat ni xpernah lagi ada masalah darah cair or ape2 lagi. alhamdulillah semua ok. mengandung kali pertama ni pun tak la susah mana. no morning sickness. no alahan or anything else. sangat mudah. 
dady claim idung mcm dady syg..:)


naik tangga tingkat 3 sekarang akan membuatkan leher berpeluh. alah..even tak naik tangga pun peluh dah meleley2 keluar. time baring pun memang berpeluh macam berlari 100 m. menjadikan aku sangat tak selesa. mandi sekarang bukan 2 hari sekali. tapi dah kira macam masuk bilik air kencing je nak mandi terus. mungkin jugak sebab cuaca bumi yang makin panas. 

ujung minggu sekarang dah jarang balik kampung. balik umah mertua pun da jarang sebab makin tak larat nak travel ke sana ke mari. lagi selesa duduk sorang-sorang kat rumah sewa. tapi kadang-kadang scary jugak tpk bila time husband jauh. duduk sorang2 nak terbesalin. haha..naya je

tapi bila baca pengalaman orang nak bersalin ni..anak 1st lambat bukaannye. so mayb sempat lagi kalau aku nak mintak pertolongan sape2 time mengerang2 sakit sensorang kat umah gaknye. heee

time mengandung ni jugak banyak benda rasa nak update. tapi masa pulak macam terhad la pulak. sekolah sekarang. eventho tak sebz macam time takluk jajahan cik HJH dulu, tapi masa pulak makin terhad ha...balik aje da penat. rilex2 kejap..tido dalam sejam dah petang. asar aje dah kene start bangun makan..dah malam. 

memang orang kata la kan..

sekarang ni masa memang cepat sangat berlalu.


****


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, March 4, 2013

Mommy to B : Persiapan baby





salam.

sekarang dah sibuk shoping sana sini..cari list online sana sini.

semata-mata supaya takde barang baby yang diperlukan time pantang takde plak time nak guna. so bagi membantu ibu-ibu yang 1st time same macam aku gak. aku pun nak jugak la senaraikan list barang yang aku buat untuk menghadapi hari mendatang.




list barang baby

sekarang sihat walafiat mengandung 6 bulan +. takde sebarang alahan dari awal mengandung sampai sekarang. cuma entah kenapa malam tadi plak sakit kepala. mayb jugak sebab dehidrate sebab kurang minum air masak.
laki balik. asik berjalan. lupa minum air. heheh. bley gitu?


sebagai menyambut orang baru..time scan 2nd time aritu tetiba da ternampak jantina...so..its a boy...tak kisah pun pasal jantina. mengharapkan baby sihat walafiat. cukup sifat.


ok..ni antara barang-barang yang aku dah sediakan..


sebelum masuk bab persiapan yang kecil2. aku dan husband bli yang besar dulu.
ungu. semua nak wane ungu. beg dan bakul pun ungu


aku beli satu bakul besar buat letak baju baby. satu bakul kecil untuk bawak pegi hospital..dan satu beg tarik untuk travel bawak barang baby nanti..


Dalam banyak banyak benda. benda paling best time shoping adalah pakaian. kalau ikutkan setiap jenis pakaian aku bli. dari rompers sampai la ke baju sleevesless. tapi buat masa ni aku hanya ada baju berlengan aje la. tunggu anak besar sikit baru sambung shoping baju. ni antara pakaian asas yang baby mesti ada.
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi 

patutnya org bagi. tapi ddy n momy xcited bli sendiri
set baju butang kat celah kelengkang utk 7 hari.
mumy sha & pak long bg bodysuit
from pigeon. hijau dan kuning
dari anakku - little bunny
baby kiko - bee
disney - baju putih..
H&M topi dan lengan panjang
H&M lengan panjang
momy ambil saiz paling kecil utk baby
H&M - rompers belang hijau
H&M seluar jalur2

from growin' up (mom's care butik) - saiz baju ni agak besar berbanding baju lain
from growin' up (mom's care butik) - baju lengan panjang
from growin' up (mom's care butik) - seluar panjang 2 helai

Next ialah lampin. bagi lampin plak ade 2 jenis pilihan sekarang. samaada nak pakai cloth diaper ataupun lampin pakai buang. sejarah dalam family aku, xde lagi anak buah aku yang pakai cloth diaper ni. semua lepas guna lempar. lepas guna lempar. di mana pembaziran dah berlaku. aku rasa macam membazir je tiap bulan kena beli pampers dan jugak susu.

Antara kelebihan cloth diaper ni..selain menjimatkan boleh basuh dan pakai banyak kali. banyak gak la kedai online yang aku survey. tak kurang gak butik-butik baby. so berkenan dan rasa afford dengan jenama autumz. online website dia next entry aku buat.  lagipun bli cloth diaper free skali insertnya..

so ini antara keperluan bagi lampin.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
  • Alat penyembur(macam guna utk seterika baju tu) 
ni antara barang 1st beli. tanpa survey kat tempat lain. bila da pegi kedai lain byk lg yang bercorak2 cantik..:(

apsal aku upload lampin kain je? sebab aku belum beli lagi barang-barang lain tu. 

Lepas tu story pasal set mandian pulak.
time beli set mandian ni..aku decide macam nak guna pureen sebab laki aku dah ada koleksi bedak pureen banyak-banyak. bila da nak sebok pegang ambil..jalan depan sikit dah nampak pulak koleksi yang comel dari drypers. botol - botol dia bukan main warna warni. beg pun cantik. dah berkenan pulak laki aku. then aku cakap ade benda yang tak ada. so bli half of the product dari johnson & johnson lak..

time awal - awal ni aku bli pek kecik aje sebab takut tak sesuai dengan kulit anak aku nanti. so kene la try test dl awal2 ni..
antara benda yang perlu ada adalah..
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
dalam beg toiletries. also purple..
set johnson & johnson

bedak pureen yang berbelas botol
brush and comb. nampak tak ade belang pepel..

set mandian drypers




dah mandi mestila pk pulak pasal kelengkapan baby nak tidur. aku dah pk..kecik2 lagi2 time pantang dah tentu la anak aku kena tidur sebelah. selain senang nak menyusukan, aku pun tak payah nak bangun - bangun buat susu la ape. nak jenguk baby tidur nyenyak ke ape. so pembelian katil bayi bagi aku tak penting lagi. so untuk baby tidur aku sediakan..
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
baby first - newborn pillow
nak warne merah. xdok. dadynya nak gambo tigers n lion


selimut dan topi. pepel.

yang ni tambahan untuk tilam travel..
set tilam kekabu.

bagi penyusuan pulak, aku macam nak susukan anak guna susu badan if susu badan aku mencukupi. biasa la kan. awal-awal memang akan berangan semua. tapi insyaAllah boleh..lagi pun kalo nak kan seribu daya..taknak seribu dalih. so beberapa barang yang aku beli untuk penyusuan adalah..
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover

puting & botol dari tomme tippee
 
breast pump and storage dari pureen.


storage ni tak cukup. sekarang aku dah beli zip lock dan storage susu lagi dari autumz. sangat cepat ye kuriernya. dan effective. botol sekarang dah ada 16 +zip lock. semoga cukup..

lain- lain

tuala. yang ni ada 2 helai.
then perlu juga besen mandi.
kelambu.

dan beberapa item yang aku tak amek gamba..

so takecare mommy to b...


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, January 18, 2013

Kisah : Cinta..

Alkisah..
di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda abdtark.
ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun, suatu ketika datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tidak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk cuba mencari pertolongan. Sementara itu, air semakin naik membasahi kaki CINTA. tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA
lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh, maaf CINTA!" Kata KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tidak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini".

Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN!, KEGEMBIRAAN! Tolong aku", Teriak CINTA

Namun apa terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu hingga tuli dan tidak mendengar teriakan CINTA. Air semakin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! KECANTIKAN! bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN

CINTA sedih sekali mendengarmya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua semua orang melupakan aku. Saat itu lewat KESEDIHAN. Lalu cinta membelas...

"Oh KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CINTA

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian sahaja.."' kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhan.
"oh Tuhan, tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA"

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua renyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi, dia adalah WAKTU", kata orang itu

Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman- teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA hairan. "Sebab", kata orang itu,
"hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu..........."


******

CINTA...
abstrak.

dan sebab tu la hanya waktu yang mengenal cinta dan menghargai cinta..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, January 12, 2013

Mommy to B : 2nd Pic of lil Love

salam.

sekarang baby da masuk 20 w. dah nak 5 bulan.
keadaan masih macam selalu.
masih sihat sejahtera. masih kuat berjalan naik turun tangga.

sihat.
alhamdulillah. tanpa ada sebarang moning sickness. kiranya mengandung anak sulung tak banyak ragamnya. mayb sebab baby tahu mommy dia ni duduk sendiri. dady masih jauh dengan kerja dia. masih sibuk dengan tugas dia..

lepas mommy cuti skolah lama..just sempat pegi check baby kat klinik kg aje. then nurse kampung pun main ketuk2 je perut. takde peralatan canggih pun nak pastikan baby ok ke tak kat dalam. then nurse kata baby masih seketul. time tu check dah dekat 16 w kot. patutnya baby dah ada ruas tangan semua.

sebab ni kandungan pertama harusla nak tau perkembangan baby sihat ataupun tidak. then terus terfikir nak scan baby untuk tau perkembangan. baby 1st. tak ade pengalaman. mesti la curiositynya tinggi.

dady awak balik masa awk 18 w baby. ddy bawak kita pegi scan dekat tempat biasa. doktor yang sama masa scan memula dulu. so here you go...

bila doktor cek..dia kata besar baby selari dengan minggu dia. cuma mommy yang belum boleh rasa baby gerak-gerak. sedangkan baby kat dalam dah bergerak aktif. time scan ni siap boleh melambai-lambai lagi. toleh ke kiri ke kanan..angkat kaki..mengeliat. semua dah boleh.
apa yang paling mommy suka adalah baby dah nampak ruas jari..:)
sangat teruja bila tengok baby bergerak. happy sgt.
sebab teruja sangat tu la ddy sampai terlupa nak amik video baby gerak-gerak. dah tak boleh nak ulang-ulang tengok.

tapi kedudukan baby sekarang agak rendah. uri pun kat bawah. baby dok songsang. mayb sebab keje mommy ni banyak berjalan dan duduk. takde masa nak rilex baring-baring. so baby lg selesa duduk songsang. doktor nasihatkan pegi scan lagi waktu baby umur 34 w untuk tengok kedudukan baby lagi sama ada baby da berpusing @ belum. boleh atau tidak mommy bersalin normal.

dalam minggu lepas mommy mcm ada rasa gerakan. tp tak sure time tu mommy rasa sendiri atau baby yang berinteraksi dengan mommy.

syukur. mommy mengandungkan baby.
skurang-kurangnya bila dady jauh mommy boleh dah berbual dengan baby sambil usap2 baby.:)

kawan mommy semua tengah menunggu berita gembira bila diaorang punya turn pulak.
gg, pipah.
^^, tengah berdoa untuk mereka berdua juga

dua-dua tengah berusaha untuk jadi macam mommy. :)

kawan mommy masa zaman belajar dulu pun memang semua tengah ada baby dalam perut dieorang..

so until next entry lak.

mommy cerita macamana mom and ddy berbincang pasal nama untuk baby..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers