Monday, September 19, 2011

wedding preparation : hand bouquet + bunga telur

okeh..
time wat entry persiapan ni mesti la berlambak idea datang mencurah-curah. 
kali ni nak cerita pasal bunga tangan n goodie bag yang aku emak dan adek aku dah bincang. walaupun semua tu sebenarnya semua idea aku..aku tanya gak pendapat dieorang. setuju ke tak nak buat tu semua.

start dengan telur la. boleh je aku nak buat telur pindang sebab sedia masuk dalam tema. yes. maka salah satu menunya ialah telur pindang masak kicap. haha.

sebab konsep emas dan coklat. kalau boleh aku nak sediakan 2 telur untuk bunga paha n khatam alquran aku nanti.
konsepnya adalah telur emas & pindang.
telur emas tu aku dah pk..nak kena balut pakai kertas emas macam aluminium foil tu. then yang telur coklat plak aku kena wat telur masak pakai rempah kayu. tak pun aku nak cari cat. haha. biar berkilat cket telur ayam emas tu.
lebih kurang macam gambar kat bawah ni la..
tengok..menawan ke tidak telur emas aku. hihi. rasa macam sayang gila nak makan
telur emas: 1,2,3 i love u
bunga telur coklat.

ini adalah antara bunga telur yang aku dah surbey. invitation kad pun dah survey. 
lepas ni kena pk untuk pre wedding picture. signage. batch untuk ahli rewang.
tapi tu semua lain entry. 
ni nak cerita hand bouquet dulu.
banyak-banyak benda yang akan ada sepanjang waktu sanding tu dengan aku kang adalah hand bouquet ni. so mestila nampak gorgeous supaya gambar nampak menarik. hhihi
ade yang cakap dieorang buat sendiri. aku macam prefer untuk bunga palsu kali ni. kena la merayau pasni membayang nak buat bunga tangan ni.
kat bawah ni antara bunga tangan yang menarik perhatian..tapi aku lupa aku dapat kat mana. aku google kot..
nampak suci kan bunga ni. thumbs up

ce tengok. betapa jelitanya aku pegang bunga ni.

dah sakit bahu duduk dalam kelas lepas mengajar ni.
so nak balik rumah n meronggeng sama kawan baik


take a look yer B2B sekalian.
love you.

arigato...
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, September 18, 2011

wedding preparation : baju sanding

dalam sebok kira ada berapabulan lagi majlis nak berlangsung. tak lupa gak dengan kehidupan seharian.
minggu lepas setelah bertungkus lumus untuk sekolah akhirnya masa tu pun berlalu jugak.
nazir selamat memantau SKST.

sebab cuak, eventho petang isnin tu sempat meronggeng dengan azah n pi jumpa ing boon keong, sempat jugak aku siapkan sistem smart koko untuk hari selasa tu dan persediaan mengajar yang teratur. eventho tahap satu cuti, aku stil ada 2 kelas nak mengadap nazir tu.
1st year jadi chegu nazir datang sekolah. mesti la cuak. chegu yang dah bertaun pun cuak, aku apetah lagi. jagong muda lagi beb

tapi nak taknak lepas balik malam tu, lepas puas beronggeng..aku bersengkang mata untuk hari selasa. 
then pk, 
handout kelas KH-done
handout kelas Math -done
terus PK nak cari video ah untuk kelas KH kali ni. lagipon topik introduction tajuk baru senang nak pancing minat budak. terus godeh2 website. 
video kelas KH -done.

then sistem smart koko tu sempat isi satu kelas je. print pon as fast draft sebab nak cepat. asal ada as rekod benda tu sudah. 

pepagi buta lagi trus datang skola, serahkan smart koko pada PK koko, trus cari LCD untuk di bawa ke kelas. naseb baik sebab memang tinggal satu LCD je. hari tu memang semua chegu jadi dedikasi.  hihi.

aku sempat lagi pagi tu buat slide n lampiran contoh untuk kelas KH aku. dalam dupdap2 tu kawan aku dapat cal dari pentadbir cakap dia kena observe. cuak member beb.
eventho sampai aku masuk kelas..takde pon pentadbir cal yang nazir nak masuk kelas aku. sebab dah rancang aku buat jugak. tup-tup tengah mengajar, dia jenguk kelas aku dan mintak izin nak masuk.

bkn aku je gigil, budak kelas aku pun gigil beb. haha. beri salam pun bergetar je bunyi.

yang penting semua berjalan lancar. alhamdulillah.

macam biasa la..
bila hari cuti aku memang xcited nak search benda berkaitan majlis aku. sedar tak sedar dah 1/2 tahun da jadi tunangan orang. kejap sangat masa berlalu. dalam masa 1/2 tahun ni sebok bising pasal benda cam konsep ah. jemputan ah. tema ah. padahal tarikh memang belum booked lagi. nak tunggu takwim sekolah keluar dulu. takot kelam kabut kang.

decide.

tema adalah brown gold pihak perempuan
black silver dari pihak lelaki.

eventho dah ada tema. stil lagi browse baju yang cute2. kawen skali skala kan. baju nikah dah ada design. tinggal cari material n tempah. cuti skolah kang dah bley tempah.
then pk untuk baju sanding..dapat beberapa design yang berkenan..antaranya mCm gambar kat bawah ni. aku google banyak dari page dinahalim.blogspot
boleh tengok banyak baju menarik. ini antara pilihan yang aku berkenan. baju tersebut semuanya akan bertukar warna ke warna putih vs gold.
baju pink akan jadi putih n tali putih akan tukar dengan kaler gold


peach. sedia sesuai


ini idaman kalbu. takde kerawang yang sebabkan gatal2


ataupun kurung moden dengan bead simple ni
jangan konpius lak. entry b4 this lebih pada hari nikah dan kali ni untuk majlis bersanding.
so material untuk baju sanding belum lagi konfem. belum jumpa tailor pun lagi.

so..untuk majlis kali ni kalau bride dah pakai putih, aku akan buat aku punya bridemaids untuk pakai warna emas cokelat. antara bridemaids yang aku dah pk camni

floor manager - adek
pengapit - ima
flower girl - fatin, ain, nurin, safiah
flower boy - alif
angkat dulang - zieha, fara, alley, allyesha, alang, wani, nabila

itu semua terdiri daripada anak- anak sedara n sepupu. kiranya cuma melibatkan 3 orang sepupu. so kena pk untuk outfit diaorang jugak. 
so akhirnya bila browse terkenan pulak dengan konsep batik jawa..
so kain corak 'parang rusak' dah berkenan kat hati.

so..seisi rumah akan diberi kain batik corak macam kat atas ni untuk dibuat kain dan kain plain coklat untuk buat baju. lebih kurang macam gambar kat bawah ni la..masa adlin n emelda kahwin tu. cuma tengok pengapit dia tu..pakai kain batik n baju coklat. tapi ni sebagai rujukan je la.takde la nak anaak-ank sedara aku tempah baju mhl. just buat baju kurung pun dah ok.



so macam dah berjela cerita pasal baju sanding kali ni. 
so..
sampai cni ajela.
nak bersiap balik JB da. 

so takecare peeps. pegi indon jgn lupa bgtau. nak kirim batik beli banyak2.
hehe
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Saturday, September 10, 2011

baju nikah!

ok.
sangat teruja sekarang nak survey baju untuk hari nikah. warna skali lagi sibuk nak putih. eventho orang bising-bising nak cakap takde variety, tak pedulik gak. lagipun yang nak nikah kan aku.
huu.
tapi sebenarnya agak teringin gak nak minat-minat pink supaya perasan comel. tapi. ok. color tu sangat macam tak sesuai je dengan ke-tanned-an kulit aku. huhu. then. kena la let go pink yang orang putih gebu je yang sesuai. 
pilihan warna sekarang semua terasa macam oh-mai-god tak sesuai semua. 
terus rasa kengkonon terminat hijau tua yang macam seaweed orang jepun selalu bantai tu. supaya terasa kecantikan semula jadi pakai warna tu. terus terbayang pengantin sangat gorgeous by elyana. aduh!. pengsan
sangat menawan dlm hijau tua

tapi macam terus gak rasa tak sesuai. en tunang memang takde masalah dengan warna sebab kulit putih mulus. tak macam kulit I. ok. terbalik da. bai. hihi. sebab pernah sekali aku pegi facial ade amoi cina tu siap cakap aku kena selalu pegi saloon dia untuk buat facial. supaya aku sepadan dengan en tunang yang kulit halus mulus.
aiyoo...ni susah ni. 
chegu yang berhujan berpanas mendidik anak murid mana ada masa nak bercantik-cantik pergi ke sekolah. terbiar terus penjagaan muka. 

biar..biar. terus pada baju idaman tadi. pegi la merata web mencari design yang cantik n affordable harganya. ye la..kalau duit juta-juta dah tak heran dah harga baju tu brape. tapi. cost beb..takmo la habis time wat majlis je. kang kalau bunting terus kang. mana nak kumpul balik duet ribu-ribu nak bersalin hospital yang aircond dia berkuasa kuda. layanan 1st class. mesti la nak guna wit kannn..
so sebab tu sebelum kawen. kena ready. takmo demand sgt bab baju.


tapi tetiba dah berkenan satu design yang meletop dari rizalman. aduh la abang. kenapa selalu la buat baju yang sangat menawan kalbu. aduhhh..
tapi terus pk lagi. mesti la en abg rizalman tu takmo de layan pesanan orang kurang upaya macam aku..hihi. hanya mampu melihat dan menempelkan baju yang telah terjatuh cinta tu. nak banyak lagi pi la terjah n skodeng blog dia sendiri kat cni

ha..cantik kan. yang terang-terang tu leh je lapis inner yang suci gebu.terus jadi time tu diri sangat suci dari noda. eceh!


so dah la..itu je..
tata

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

Andai kau pergi dulu

selamat bulan syawal.
dah puasa enam?

tulis entry di hari sabtu ketika disekolah memang sangat mengujakan. hihi.
baru je lps kaler mural lama supaya kelihatan baru. dan minggu ni pon terpaksa dipenuhi dengan semua kerja-kerja sekolah yang entah bila akan habis.

mak dah buat checkup kat pakar 1. keputusan adalah sangat tidak memberangsangkan sebab doc tu cakap luka mak kena dressing tak bersih. berbalik pulak pada sapa yang mendressing mak hari -hari. rasa nak marah tapi macam dah jadi adat pulak kalau kat hospital kerajaan camtu. worse ok perkhidmatan. kalau kat hospital sekurang-kurangnya dapat berlainan lainan sebab bleh menggunakan kuasa.

semua tu kan bergantung pada kuasa.
duit.
sebanyak mana pun kita nafikan tetap sama. kita akan terfikir balik..betul atau tak duit, kuasa itu adalah apa yang kita perlukan sebenarnya. 
memang rezeki yang kita dapat bergantung dari Allah, semua datang darinya tapi terpulang pada umatnya, macam mana kita nak berusaha mendapatkan rezekinya.

terpanggil dengan kisah benar baru-baru ni.
melibatkan orang yang aku kenal dari en tunang.
sangat menghibakan.

sebelum mengaitkan cerita ni. salam takziah buat sha n family.

papa sha meninggalkan sha tanpa pesan. sebelum tu, sihat walafiat orangnya. memang tanpa sakit. sempat lagi beraya hujung minggu tersebut ke rumah sha. tapi umur, rezeki kekuasaan Allah, hari khamis lepas, papanya pulang ke rahmatullah.

pagi, jatuh dalam bilik air, tidak sedarkan diri dan innalillah.

dan terbayang penderitaan seorang isteri ketika itu.

aku membayangkan aku, 
seorang aku tanpa suami tersayang yang aku sudah kongsi hampir separuh umur kehidupan aku bersama. dan aku satu hari di tinggalkan tanpa pesan.
kesedihan pasti bukan sedikit. 
bukan setakat zahir. malah yang di kongsi segalanya. zahir dan batin. perasaan. kasih sayang. zuriat.
pasti berminggu aku bersedih. mungkin seumur hidup mengingati orang yang telah pergi.

aku selalu berfikir, biar aku pergi dulu. tapi penderitaan hidup lagi tertekan dari kita yang sudah mati.
mesti terfikir tatkala itu,
bagaimana mahu meneruskan hidup...
siapa mahu berkongsi masalah dengan kita, sedangkan selama ini, bahu itulah tempat menumpang kasih, tempat menangis dan tempat kita bertenang.

memikirkan saat itu, aku gentar dan takut, berpisah mati lagi perit dari berpisah hidup. berpisah mati akan hilang dia dari muka bumi..

sesungguhnya, berita yang diterima tersebut menyebabkan aku terfikir, betapa susahnya menguruskan family tanpa suami dan ketua keluarga. tapi aku masih bersyukur, jika suatu hari aku menghadapi hal itu, aku masih mempunyai pekerjaan tetap, pekerjaan yang membolehkan aku menumpukan lebih perhatian pada anak sendiri. masih lagi banyak masa bersama berbanding orang yang berkerja ofis hour.
syukur.


masa depan sesungguhnya masa yang langsung kita tidak dapat bayangkan.
tapi ingatlah.
kita masih boleh merancang..




lots of love.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, September 2, 2011

10 years after

hari ni terpaksa merajinkan diri.
oh..salah.
bukan terpaksa. tapi kerelaan diri. kalau tak tangan tak akan rajin menaip. otak tak akan rajin berfikir nak buat ayat panjang-panjang. tak akan rela nak mengadap laptop lama-lama.
oh yang last tu pun tipu..sebab memang sanggup menghadap laptop lama-lama berbanding duduk dapur lama-lama.

mak aku selalu bising hobi dari kecik-kecik ni. dari kecik dulu aku ingat lagi. tiap hari aku akan pinjam 1 buah buku dari library sekolah. memang hari-hari sebok baca buku. darila kisah bersiri enid sampai la nancy drew tu. dari kisah anak-anak bobby sampai la adik beradik inggeris..memang semua aku redah. aku lagi rela bersengkang mata baca buku. dari masak masuk dapor.sebab tabiat tu la jugak aku rela belajar menjahit dari masuk dapur. aku paling tak suka masuk dapur. aku lagi rela menyapu dari masuk dapur jugak.

:(..
dulu. mak jugak membebel2 suruh aku belajar masak. nasib anak emak ni memang cerah hati. memang senang menangkap segala pembelajaran. mak terangkan sikit-sikit je. nasib semua tu terus melekat kat kepala otak aku. semua tu sangat berguna lagi-lagi time mak sakit la ni. dua - tiga hari raya ni memang aku terpaksa masuk dapur. dari mengunjung masa last  puasa sampai la malam raya ke empat.
terpaksa hari-hari aku masak.

time memasak tu la aku terasa dewasa. aku terasa yang sebenarnya zaman muda aku dah jauh berlalu. anak - anak sedara aku semua dah besar panjang. dah pandai melawan. dah pandai jugak kuat makan. lauk pauk yang aku sedia, belum sempat waktu makannya dah habis diratah. kang kalau dimarah..mak bapak terasa pula.

sekarang ni aku tengah menderita sakit kaki. sebab lama sangat berdiri. yelah. selalu aku masak untuk diri sendiri dan mak bapak aku je. kali ni nak menyediakan makanan untuk segerombolan ahli keluarga. rasa nak pitam.

sebenarnya hati aku tengah berduka. esok antara tarikh yang betul-betul aku tunggu setiap tahun. menghitung hari setiap kali tahun baru menjelma. tarikh yang aku tak pernah lupa. tarikh yang menjadi titik tolak perjodohan kami.

mungkin aku dah pernah cerita pasal ni kat kisah kami part 1..
hm..

tapi taun ni lain sikit. taun ni tarikh tu jatuh masa hari raya. time aku dedicate masa aku memang untuk family. kalau suruh aku pilih antara dia dan parent aku..parent masih lagi menjadi priority utama. nak taknak. perasaan yang aku rasa tu kena la pendam dalam hati aje.

sempena 3 september esok. aku nak buat list ucapan sikit. supaya esok-esok..bila aku sedih. aku masih ada entry ni mengingatkan aku tentang 3 september kali ni. 3 september yang pernah aku lalui dalam hidup. walaupun tak bermakna. sekurang-kurangnya aku ada sebuah entry yang mengingatkan aku tentang hari ni.


biarlah orang cakap macam mana pun pasal 3 september. yang penting aku tabah melalui 3 september kali ni seorang diri lagi..
10 years after 3 september 2001.

memang.
hati aku masih utuh. hanya untuk dia.
aku tak kira ini sebagai sebuah pengorbanan. lebih kepada terikatnya kasih dan hati pada yang berhak.
10 years after.
keadaan masih sama.
kami masih jauh.
dulu aku jauh dari kampung halaman. kini keadaan benar-benar berubah. aku mengabdikan diri di negeri sendiri. sedangkan dia mencari arah baru di negeri orang.

10 years after.
kami tetap sama.
aku yakin hati aku tetap padanya
tapi aku takut lidah mungkir berkata.
kadang-kadang emosi menguasai akal.
mulut menguasai minda.

aku risau tersasar.

10 years after..
akan ku tanya kembali..
dimana hati yang pernah kita kongsi

adakah masih milik kita berdua atau telah terbahagi dua.

10 years after...
aku kembali ucapkan
selamat hari ulangtahun perkenalan sayang
dan selamat hari kelahiran 


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

8 months until now..

okeh..
sekejap je rasanya cuti, 
hari ni dah masuk hari raya ke 4 dah.
sedar tak sedar lagi 2 hari je sekolah dah nak start. sangat tertekan. 

en. tunang akan pulang dari perantauan hari ni kalau tak silap. flight petang ni..tapi still jugak takde jodoh nak jumpa..sebab aku still lagi kt kg..lagipun...ada masa ni la nak habiskan masa kat kampung. jaga emak sebelum bermula balik kerja sekolah yang berlambak. nak tanda buku kerja yang sememangnya sangat tebal..mana lagi nak start pk buat soalan akhir tahun untuk 2011. kali ni rasanya cuma perlu kluarkan idea untuk buat soalan sivik tahun 4 n seni untuk tahun 2. yang lain semua dah lepas. 

masih lagi berkira- kira nak balik JB either hari sabtu or ahad. kalau balik ahad takut sangat akan jadi lagi kelamkabut. tapi bila balik sabtu stok makanan kat rumah sewa pun makin habis. last msk aritu pun hari rabu sebab hari khamis b4 cuti raya tu dah ada qiamullail kat sekolah. 

habis qiamullail dalam pukul 5 dan budak -budak terus bersahur. aku terus je cabut balik rumah dalam ngantuk yang sangat. huhu. yela..semalaman aku siapkan sistem SAPS tu. tak la kang en. SAPS sekolah aku sebok call time cuti..ye dak.. so sebab tak tidur malam tu makanya terbongkang la pukul 5 pg hari jumaat tu kat katil empuk rumah.

tapi jumaat tetap sekolah macam biasa. mata kuyu tak larat nak masuk kelas. dan hari jumaat adalah hari yang agak menyeksakan sebab kelas berderet2. pagi-pagi pukul 7.30 je dah ada kelas sivik. mujur hanya terangkan pasal projek buku skrap sempena kemerdekaan. then suruh budak - budak pk apa isi buku ksrap dieorang. lepas tu sambung kelas math yang ada 3 masa. nasib pulak memang dah rancang lama yang hari jumaat tu nak siapkan buku aktiviti. lebih kepada revision topik yang lepas. maklum la naik cuti dah nak masuk volume of liquid. budak - budak memang sangat baik macam selalu. menurut kata dan berlumba-lumba untuk siapkan buku aktiviti.

time tu jugak aku consult one-to-one budak - budak yang lemah. selalu aim aku ada sorang budak tu aku gelar 'shaidi'. dia ni belajar memang ikut mud. kdg-kadang ada topik math memang senang dia nak faham. kadang-kadang dia antara orang paling lambat. bila aku siasat. budak ni mengalami keretakan family. kesian.

mak bapak divorce dan ayah dieorang psycho. selalu je pukul2 si shaidi ni. sampai dapat perintah mahkamah kalau die nak jumpa bapak dia kena dalam jarak 3 meter. tgk. dapat tengok je..nak cium peluk memang dah tk dapat dah. kalau b4 ni, asal balik dari umah bapak dia je shaidi start ah buat pe el murung dia. macam muram je. orang tanya start ah nak menggigil tangan menjawab. padahal aku tanya penuh kelembutan.

so aku selalu buat one-to-one lesson pada shaidi ni.

aku jugak baru detect yang salah seorang budak aku lemah dalam nombor berturut. so sangat menjadi masalah kalau seorang budak lemah dalam nombor berturut. dia akan mempunya masalah dalam menguasai 4 konsep asas matematik. dari tambah sampai la bahagi. memula aku tak perasan pun. tapi bila aku buat one-to-one dengan dia. baru aku perasan. 

so terpaksa la aku paksa dia hafal sifir 1 hingga 5 sahaja. yang lain memang budak ni tak mampu. bila ada soalan darab sifir sembilan, terpaksa pulak aku ajar sifir tu kena bahagi 2 iaitu sifir 5 dan 4. memang agak rumit. tapi itu la murid aku si razin ni boleh. dia memang tak larat untuk hafal.

so nak taknak itu la yang boleh aku tolong.

memang mencabar walaupun orang rasa remeh. 

ce cite camne nak sabar kalau sepuluh kali kau suruh sorang budak tu jawab. dia jawab dengan kebilan mata je. padahal dekat tiga kali kita ulang. 
boleh jadi sakit jiwa...


huhu..
so 8 months until now. aku berjaya mengharungi detik permulaan karier aku.


semoga aku terus bersemangat & sabar.


selamat hari raya


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, September 1, 2011

mari kita membaca..@,@

wah..
blogger home dah ada interface baru. sangat besar ok tempat nak menulis. sangat suka dengan layout yang sangat tersusun camni. teringat zaman men coding-coding time balaj dulu. interface kali ni mengingatkan aku layout PHP. then link ngn moodle. haaaaaah..zaman dah berlalu kan

en kesayangan aku dah nak grad dari academy MAS. then minggu depan hari KHAMIS start la dia menjadi full-timer pekerja syarikat penerbangan malaysia. makin sibuk. makin terikat dengan jadual. so cik tunang di kejauhan memang sangat tertekan dengan perasaan.

mak dah makin sihat. cuma dia tetap kena pegi dressing yang doktor pakar da arrange. 3 hari sekali dressing dengan tissue aquacell. hm..harap mak cepat sembuh. dan sebab mak sakitla aku macam takde mood sangat nak buat persiapan majlis. even nak pk pun macam sangat jauh. kena ada mood betul-betul baru leh story. kalau tak konfem tak jd bincang. tak eksaited macam b4 mak sakit.

biasala time raya-raya ni konfem mak pak sedara, sepupu sepapat sebok nak tengok bakal family dieorang. tapi macam biasala. cik lin ni memang suka sembunyi tunang dalam selimut hati sahaja. hihi. even kalau cek henpon..ada la 2 3 keping je. then gambar bersama?? ooh..ade sekeping je. itu pun bluetut dari adek masa majlis tunang hari tu. yang lain non ado. macam dah berlalu je zaman amek gamba laga-laga kepala sama-sama tu. hihi.

sekarang ni pun hidup macam makin selesa je. cuma biasala kerja sekolah tak pernah habis. lagi - lagi bila sekolah sebok suruh stayback hampir hari - hari untuk update bahan pemantauan sekolah berprestasi tinggi kohot ke 3. aduh..sangat kebizian. tapi ade orang kate untung jugak 1st posting dapat sekolah camtu. boleh meningkatkan mutu kerja masa hadapan.

dah ada tetamu datang dah pulak.
maka.
selamat hari raya..
:)


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers