Sunday, November 29, 2009

keputusan drastik ini

aku selalu rasa tidak puas apa yang aku ada. dan aku sedar yang itu adalah sifat manusia yang satu-satunya aku tidak dapat kawal. tapi aku bukan lah tahap kronik yang tidak sedarkan diri. aku masih lagi tahu bersyukur bila di kurniakan akal yang cerdas semasa lahir. hidup yang terurus semasa membesar dan mempunyai kerja yang tetap sejurus tamat pengajian.
tapi..betul lah orang kata. kita tak akan puas untuk mencari sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri. dan aku akan move toward it. so...aku berharap path yang aku pilih kali ini selaras dengan kejayaan yang sepatutnya aku miliki.
sumpah aku sayang kerjaya di tempat aku bermula. aku dapat bos yang sangat aku hormati pada mulanya. aku tak kisah aku susah dapat cuti. tapi aku akui. aku gembira bekerja di bawahnya. dan sekarang dia bukan bos aku lagi. maka...mungkin sebab itu juga aku perlu mengorak langkah yang lebih luas. pada yang kenal aku..harap doakan bersama...aku di tempatkan di tempat itu.harapan sebenarnya kadang-kadang boleh di capai dengan doa ramai orang.
aku betul-betul kagum kadang-kadang dengan kawan sekampung aku. gaji mereka lebih kecil dari aku. tapi mampu berumah tangga..berkereta mewah..malah membina sebuah kediaman agak besar bagi sebuah rumah kampung. berjaya mereka di nilai bila memiliki sebuah keluarga bahagia mungkin. aku bukan dengki..cuma aku cemburu..mereka tidak perlu melanjutkan pelajaran bertahun-tahun pun mampu membina hidup sempurna. sedangkan aku..di awal usia 25..hidup masih aku rasakan terlalu muda melalui fasa hidup seterusnya.
hidup bekerja juga belum puas..bagaimana mahu melalui fasa seterusnya?
boleh share pengalaman tak?
**************
aku masih di kampung.. menikmati cuti-cuti tahun aku untuk tahun ini. aku rasa hari rabu ini aku mahu menghantar notis tersebut..tapi masih rasa berdebar dalam hati. mungkin rasa takut ini boleh menjejaskan kesihatan tidak..kalau aku di tanya mengapa hantar notis..apa yang aku harus jawab?
aku akan kata...kamu puas hati dengan aku atau tidak??
dan bila di tanya kembali soalan itu pada aku...aku akan jawab
dulu aku cukup berpuas hati dengan apa yang aku ada...sekarang..aku terpaksa timbangkan itu kembali.........
boleh kan??
Saturday, November 28, 2009

patut @ tidak??

hari ini pagi di kampung..
cuaca makin sejuk dan hujan berlumba-lumba turun antara titik-titiknya.
aku masih dalam dilema. tapi lain kali aku akan ceritakan dilema aku..
aku sebenarnya ingin benar tahu nasib masa depan aku. sebab aku seorang yang takut merancang. aku akan pening kepala bila merancang pasal kehidupan. perkara paling aku tidak suka adalah merancang masa depan. lagi 2 minggu aku akan......lagi setahun aku akan.........

aku cukup tidak suka. bagi aku..jika perkara itu berlaku aku akan lakukan apa yang aku boleh lakukan waktu itu. tapi kali ini perlu atau tidak aku berubah dan merancang sesuatu? buatnya selepas ini aku mendapat tawaran lain tiba-tiba...bagaimana notis 3 bulan aku? patut atau tidak aku hantar notis awal sedangkan aku...

ah..ah..sakit kepala bila berfikir.

lama juga aku tidak mengupload ape-ape cerita. maklumlah..2 minggu kebelakangan ini hanya 3 hari aku masuk ke ofis. yang selebihnya aku di JB...3 kali ulang alik untuk 2 minggu ini. huhu..itu akibat tidak merancang barang kali..muehehehe..

apa yang menarik ke JB kali ini? erm..biasa-biasa aje...cuma agak kecewa bila mahu menonton wayang..semua tiket nya hanya 2012..huhhhh..bagaimana cerita lain? lantas aku kecewa dan membuat keputusan untuk tidak mahu menonton. rancangan seterusnya? makan bubur di sentosa..tapi..entah malang apa..aku sesat barat pula..terus hilang selera. nasib buah hati aku pandai memujuk..makan di simple street sebelah hotel selesa JB memang menarik. makanan sedap..dan dekorasi kedai menarik. dan ini pesanan. simple street bukan restoran mewah..hanya kedai di tepi jalan. tapi makanan dia class seperti hotel mewahan. bagi aku..yang penting...duit itu berbaloi dengan makanan yang aku makan. dan nasi lemak ayamnya aku beri 5 bintang..=p

dan........
itu saja untuk pagi ini..
bye
Friday, November 20, 2009

Kalau acuan kau memang binatang haram, kau tidak akan boleh tutup dengan sehelai lalang.

Tersebut satu kisah..yang jarang-jarang kita dengar pada zaman kini. Bukan sudah lapuk bak kain buruk yang harus di buang ke laut. Bukan juga seperti pelikat koyak di buat pembungkus nangka. Apatah karpet yang sudah di kencing kucing saban hari dan di biar di pangkal pokok pisang. Semua nya bukan. Tapi agak muak bila perkara lama aku ulang kembali.

Percayalah bahawa. Dendam kesumat isabella..Bunga menyumpah yang pernah bertunas aku tidak bajakan. Malah aku cantas setiap kali ia cuba tumbuh mekar, namun baja-baja busuk dan pe el yang menyebabkan manusia mudah lupa cukup membuatkan jiwa aku mekar teramat, kembang tidak menguncup untuk mengucap kata nista.

Rasa hormat yang aku cuba pupuk hari ini bagai punah bila binatang haram yang aku pernah maksudkan dulu menimbulkan lagi kemarahan. Aku memang benar-benar mahu santau dia. Biar perut buncitnya bertambah buncit. Biar mulut busuk dia bertambah busuk. Biar bodoh dia bertambah bodoh. Asalkan dia tidak muncul di hadapan mata aku. Aku memang akan BENCI engkau. Selama-lama aku akan benci.

So tolong, selepas hati aku ini cuba berlembut, kau sakiti lagi. Sila lah faham, kau tidak perlu berlakon lagi depan aku. Kalau acuan kau memang binatang haram, kau tidak akan boleh tutup dengan sehelai lalang.

Jika kau tidak pergi aku harap ini 2 bulan terakhir aku di sini. Aku berharap sangat. 2 bulan ini adalah 2 bulan terakhir aku bertemu dengan engkau si gemok buncit yang tidak mandi pagi. Tahap kemarahan aku hinggakan aku mahu tumbuk muka perempuan yang engkau guna-guna. Aku mahu canang seluruh malaysia kau memang TAK guna.

Tapi aku cukup heran bila kau gula-gulakan si anak campuran itu. Dengar pulak dia? Kau tahu? Aku langsung tidak pernah berbual dengan anak campuran itu pasal engkau. Engkau pula?? pasti mengadu yang bukan-bukan kn?? dgn soalan ARE YOU COMING IN TODAY sahaja kau ingat kau bagus? Baik...pegi mampos.

Thursday, November 19, 2009

kamu akan rasa........

aku..dalam perjalanan pulang dari JB ke KL...3 hari 2 malam di JB kali ini meninggalkan kenangan indah untuk aku. Alhamdulillah, temuduga berjalan lancar dan dari 12 yang di panggil hanya 8 yang datang. walaupun ambilan kali ini aku dengar-dengar akan di hantar ke sabah sarawak..sedikit pon tidak melemahkan semangat aku untuk bergelar seorang guru..ceycey..ade ayat2 mcm pencinta kanak-kanak tak??

apa yang aku harapkan kini cuma tawakkal atas usaha yang aku lakukan. tapi..kali ni..aku bukan sebok hendak bercerita pasal kenangan indah aku. tapi ebih kepada rasa menyampah + ntah hape-hape punye prasaan. sepanjang 25 tahun aku hidup..belum pernah sekali pon aku rasa annoying bangat bila dengar dengkuran lelaki. aku pernah ingin menganggap..dengkuran itu irama tidur yang indah sehingga hari ini.

mana aku rasa tidak bengang..lelaki duduk di kerusi single itu berdengkur dengan cukup kuat. macam bunyi harimau mengaum rasanya....raaaaar...raaaaaaaaarr...ngaappp..rarrrrrrr...ngaaap..then dia akan terhangguk2 dan berdengkur kembali. aku di seberang ini rasa ingin baling kasut pada dia dan jerit..
"oiii bangang"...

kalau kamu...akan rasa apa??

aku rasa pening..so kena berhenti menulis..bye
Thursday, November 12, 2009

03 batch-new stock

yang kali ini lebih murah..mari2..harga-harganya hanya RM 10 sehelai. selain menempah secara online..anda semua boleh terus mengambil di pengedar saya di putrajaya. hanya perlu email dan beritahu lokasi sebenar anda.. ke cindaiungu@gmail.com

03.1 - butter croches

03.2 - choc spina croches

03.3 - white flowered

03.4 - red flowered
- sold to zila


03.5 - green gayish

0.36 - blue croches


03.7 - green flowered

03.8 - spina cyan

03.9 - red spina croches
- sold to shima
- 1 available

03.10 - green choc polca
-sold to shima

dont forget to email me k...
mwah2.
Wednesday, November 11, 2009

pasangan hidup yang ideal itu adalah.............


sebenarnya hari ini..aku teringin mengupload stock selendang lagi. tapi biarlah. esok-esok saja aku menunaikan niat. aku baru sahaja lepas makan tengahari. dan keadaan perut sungguh selesa selepas menikmati ikan bakar cecah asam. tidak perlu mencari hingga ke depan masjid negara seperti di khabar kak zila. di cyber, masakan itu antara paling glamer di sini.

selepas event besar hari itu, kadar kebizian terus menurun. aku boleh menarik nafas bila boleh membuat entry setiap hari. dan aku amat gemarkan situasi ini. lagi beberapa hari, kalau jadi seperti di kata kami akan berjumpa semula. reunion yang kecil-kecilan seperti ini membuatkan hati aku berbunga ceria.

wah..sorry..entry tersebut langsung tiada kait mengait dengan tajuk yang aku beri. aku sebenarnya ingin menafsir maksud pasangan hidup yang sebenar. bukan aku terlalu memilih. dan antara rakan-rakan aku, akulah yang paling tidak cerewet. dan nasib aku baik..jejaka pertama yang menyemai janji. aku percaya mampu membimbing satu hari nanti. bak kata orang...tuah ayam nmpak di kaki. tuah manusia...sambung la sendiri..=p

baik...memilih pasangan hidup bukan bagai memilih buku di susunan rak. tapi lebih kepada memilih isi di dalam buku. kadang-kadang bila kita tersedar..kita sendiri rasa..seperti pernah terbaca ungkapan itu, pernah mengulit kenangan itu. tapi perenggan lain yang kita kutip dan di jadi kan bahan karangan. biasalah..itu namanya kita tidak berjodoh.

memilih pasangan juga bukan seperti memetik kuntuman bunga di taman. asal cantik luaran kita petik dan sunting untuk dijadikan hiasan. ia lebih kepada kita menanam benihan, menyiram penuh kasih, memerhati tanpa jemu, melindungi tanpa sangsi supaya bunga idaman hidup subur, jambangan yang keluar bakal memekar.

dan beringat lah bahawa, memilih pasangan bukan semudah memecah kaca yang utuh, tapi ibarat menyambung kaca-kaca pecah bertaburan. berlainan bentuk dan perlukan perhatian. dan kita kena sentiasa beringat, tersilap langkah jari boleh terluka, hidup juga boleh menderita.

aku juga berhadapan benda yang sama. aku selalu terfikir...mampukah aku..
sama ada aku mampu mencantum kaca pecah untuk si dia, supaya kaca yang pecah mampu menjadi utuh kembali. atau mampukah aku, menjadi bunga paling indah dalam hidupnya. atau mampukah aku..menjadi ungkapan paling indah, cerita paling puitis dalam hidupnya. dan dalam bicara aku semakin mengerti..pasangan hidup yg ideal itu adalah :
1. teman yang mampu menemani kau. semasa kau susah ataupun senang. sentiasa ada untuk kamu harapkan. (paling tak pun, kalau takde dekat..tapi sentiasa bagi support yg memberangsangkan.)

2. sentiasa mahu mendengar.
(tapi percayalah bahawa, sebelum kau meminta sudah pasti kau memberi. jika engkau seorang yang tidak mampu mendengar permasalahan si dia, jangan mengharap sebaliknya)


3. sentiasa menerima kamu tanpa sebab tertentu
(yang ni biasanya lebih kepada fizikal. cth : aku gemok..hitam pulak tu..bf aku akan cakap : bkn gemok..tapi chubby..dan banyak je org yang berkulit gelap itu cantik..contohnya aishwarya rai..maya karin..beyonce..etc..etc)


4. jujur
(aku selalu rasa. pasangan yang ideal adalah yang jujur terhadap pasangan nya sendiri. sebab..bagi aku..pasangan kitalah yang paling mengenal sifat kita..cara kita dan pe el kita yang entah hape-hape)


5. so kesinambungan bagi no 4 adalah percaya. (sebab..kalau dia tegor kita mulut busuk, ketiak kite masam..mesti lah kene percaya n berubah utk die..cube kengkawan..mesti kita dah jadi senctip)

6. memahami
(takkan time kite tade mood dia nk cari pasal pulak kn??)


7. tidak berkira
(kalau kau kongsi barang dengan org...boleh la berkira..takkan dengan bakal teman hidup pon rm 0.10 pon berkira..?? cube bayangkan..bila aku kasi adiah pada kau hari ni..esok kau mesti balas..siap tulis...pecah kace pecah gelas..lepas dapt.jgn lupe balas.. hek.....)

8. aku rasa macam dah habis idea..tapi nak jugak lengkap kn jadi sepoloh..so no 8 adalah..positive..=p (sifat ini perlu adalah bila..salah satu pasangan tu asik -ve je..mesti perlu ada sifat +ve ini untuk meneutralkan keadaan. kalau tak tak ideal la namanya)

9. entry ini akan menjadi terlalu panjang bukan?? haha lantak..tidak kedekut (ni lebey kepada tak berkira la..tapi berkira bukan kedekut..yang tu dia nk semua yang dia bagi dia kene dapat balik..kedekut ni lebey kurang camni. nak date..ajak awek pi makan kat warung..dia order air masak n roti kosong. bila gf/isteri nak bli nasi goreng kg..dia akan jegil2 mata sambil picit dahi n cakap.."asik nak makan mahal je" dalam nada berbisik tapi korang boleh denga)

10. yang last sekali adalah give n take..(kirenye bertolak ansur lah. ape-pae saje boleh bawak bincang bukan?.)

dan aku berdoa semoga..pasangan hidup aku yang ideal itu adalah kamu..

Tuesday, November 10, 2009

mahu berjalan-jalan di taman botani? mari saya ceritakan

aku hampir lupa mahu upload pict ini. Mungkin ketika pagi ini mood aku sudah hilang. Hajat hati aku yang pertama sekali adalah untuk mengelilingi kawasan botani menaiki basikal. Seawal 8.00 pagi aku tiba di kawasan botani.

Hmm...yang kelihatan hanya beberapa orang yang sedang memanaskan badan. Matahari hampir naik ketika aku mengambil angin di kawasan sekeliling. Bila tiba di kawasan penyewaan basikal aku di fahamkan operasi hanya bermula pada 9.00 pagi.. ok..thats it..aku menurut. Dari membuang masa, sudah tentu baik aku berjoging terlebih dahulu. Alang -alang sudah sampai.

Dan ini lah hasil joging aku dan mima pagi itu. Sekurang-kurangnya walaupun tidak banyak kalori terbakar, kami sudah menghirup udara nyaman. Sistem penyiraman tanaman ketika kami berjoging tengah aktif. So kawasan joging agak lembap. Sempat juga aku melawat dan berposing sakan.


tahu bunga apa yang aku pegang?? ini bunga raya..

nampak comel bukan?? posing atas batu

yg ni..mls nk komen..huhu..

aku jakun bila nampak pokok ini. dan selama hidup aku..baru aku tahu..pokok ini pokok johor..kenapa johor pilih tumbuhan yang tidak berbunga untuk dijadikan bunga negeri??
mungkin sebab johor itu unik. seunik orang-orangnya.
seunik bahasanya..
dan seunik budi nya
dan "lepisanthes alata" menjadi tumbuhan bernama pokok JOHOR


ha..inilah pokoknya..hairan bukan? kalau selangor orkid.. negeri kamu apa pula?

dan ketika berjoging aku sempat juga memasuki terowong bunga kertas ini. aku ingtkan dalam terowong ini penuh bunga kertas..rupanya terowong ini di kelilingi oleh bunga kertas. tidak percaya..sila rujuk gambar.

kulit ini perlu air juga

hm..bila jadi perempuan ini..pelbagai benda perlu di fikir..salah satunya sudah tentu pasal penjagaan kulit muka. terlanjur selepas aku pulang dari gym di cyber..cadangan mim utk buat facial aku terima dengan terbuka.
dan gambar-gambar di bawah adalah tempat facial yang kami pilih.







dan hasilnya..aku lupa untuk ambil..hehe..tapi yang penting..mencuba itu tidak salah. jika anda berminat. jangan lupa mencuba. pelaburan hari ini mungkin berguna untuk hari tua. iyalah...usia di ambang 25. pasti serum2 ketuaan..kedut-kedut muka..garis-garis melintang akan muncul.
tapi percaya atau tidak..walaupun kulit ku tidak semulus artis malaysia..tukang facial tersebut kata..dari kulit aku..aku nampak macam berumur 20 tahun. hekhek...dan pegmentasi ketuaan belum lagi bermula. dan secara kesimpulannya. kulit aku sihat. cuma kekurangan sedikit air..bagai badan kita. kulit juga memerlukan air secukupnya. dan bagi masalah aku. aku hanya perlu pakai moisturizer dan air secukupnya.
aku sudah...anda semua bila lagi??
Monday, November 9, 2009

new stock= kain +shawl

kain baju
c001
coo2 - sold to mima
coo3 - sold to syeni

c004 - sold to syeni

c005 - also available in :
pink abs
yellow abs
green abs
coo6
coo7
c008
*****************************************************
shawl
choc rector
bubble blue
spidium black - sold to zura
bubble rainbow

kain baju = rm 45 (code adalah penting untuk rujukan)
shawl = rm 17

utk booked just email me at cindaiungu[at]gmail[dot]com ataupun isi je form tempahan yang disediakan. semua itu mudah bukan??
untuk setiap pembelian secara pos, wang pos akan di kenakan.
sebarang urus niaga hanya berlaku bila wang telah di bank in. segala butiran lanjut akan di emel pada anda semua bagi membuat pembayaran.

dan jangan lupa check here again utk tgk kain2 baju ini di atas badan model..=)

thanks

pasir-pasir

pernah maen pasir-pasir??
mesti la jawapan korang yang dah besar-besar ni malu btol?
hari itu..lepas balik kerja..aku pon singgah jusco. demi menghabiskan masa yang terluang. dan melayan kerenah adik-adik ni..aku pon maen pasir-pasir di ambang waktu antara menjadi isteri dan anak dara..eceh......

bila aku dah start pegang pasir-pasir ni..mula la semua yang lalu lalang tertarik untuk melihat hasil karya budak comel yang tengah bermainbermain pasir ini. dan oleh kerana aku memang biasa main pasir-pasir semasa belajar di shah alam..tidak menajdi masalah bila aku menjadi perhatian orang lain..=)

so lyn la craft kali ini ye..enjoy..







Tuesday, November 3, 2009

stok pertama

ini adalah jualan percubaan.
anda juga boleh tempah corak @ warna yang anda ingin kn...
so jika mau book...hanya email sy di
cindaiungu[at]gmail[dot]com[dot]my


dan kemudian deposit kan wang anda di akaun yang saya akan emelkan.
mudah bukan. segala nya kini di hujung jari.

bagi harga permulaan..setiap helai hanya berharga Rm 17 setiap helai. =).
lupe lak nak letak..harga pos adalah mengikut tempat...pos ini pos laju ok.sebab ini adalah stok permulaan..harga pos termsuk tudung hanya lah rm 22..

1.red hibiscus berry - sold to ina

2.orange mustard - available

3.choc chocho - available

6. rainbow black - sold to lida

5.lime terry - available

6. blue corny
*sold to nora*

bakat...mengalir melalui keturunan jua..

minggu lepas..aku baru je balik kampung. mak aku sekarang tengah sibuk buat kueh. excited benar dia menguli kueh untuk dijual. maka tangan seni aku pon cepat-cepat merebus keledek. iyalah..hantar kueh pukul 8 pg..pkl 12 sudah habis. time tu rasa xcited nak menguli kueh..agak excited.

mak aku memang pakar buat kueh. dan aku yakin..aku juga mewarisi bakat yang sama..huhu..walaupun hanya kueh-kueh ringkas..aku jugak yakin diri yang aku mampu hasilkan kueh sesedap mak aku pernah hidangkan.

aku ada amik jugak 2 3 pict semasa aku sibuk menguli sampai kan mak aku bising. iyelah..mana nak pegang hp..mana pulak nak uli tepung dalam kalut-kalut tu. dalam pukul 12.30 tgh start uli 2 jenis kueh...pkl 1.15 ptg kueh siap di goreng.

time rasa berpenat lelah menguli tepung ni aku rasa macam keringat aku jadi berharga. mula la aku terbayang kontraktor-kontraktor binaan. mat-mat tar jalan. rasa kasihan melebihi segala. kadang-kadang bukan mereka sendiri minta takdir mereka membanting tulang sehingga tua. tapi masa muda..mereka kurang peluang.

ramai jugak yang mencemuh bila melihat mereka kerja sebegitu. kadang-kadang suara sumbang memang menyakitkan telinga..contohnye
"itulah..time muda malas..kn dah tua penat"..kesian mereka..

tapi..antara mereka..aku bingit bila anak muda yang baru berputik..baru bertunas mekar mengeluarkan kata "ala...dah padat lah kepala..belajar dah tak masuk"...ketika itu..walaupun dia sekacak dan secantik mata di depan aku..pasti..aku akan mencebik dan menggeleng kepala. itu adalah tindakan spontan pertama yang akan aku lakukan.

dan..percayalah bahawa..itu yang aku lakukan. sebab aku terfikir..aku yang dah tua ni pon larat lagi untuk menimba ilmu. mereka yang baru menjadi putik jagung sudah berputus asa begitu. kini sebenarnya..siapa yang patut di salahkan??

so layan je ah pict2 aku...

kledek yang baru lepas di rebus dan nak di hancurkan
hasil lepas di lumatkan
letak dalam dulang
campo dengan tepung

gaul-gaul
tada..dah jadi kueh keria
dan goreng

dan kemudian..dari adunan same..kita leh hasilkan lagi satu kueh. iaitu..cucur badak.cume cucur badak letak inti di tengah..dan inilah hasilnya

page

Followers