Friday, November 20, 2009

Kalau acuan kau memang binatang haram, kau tidak akan boleh tutup dengan sehelai lalang.

Tersebut satu kisah..yang jarang-jarang kita dengar pada zaman kini. Bukan sudah lapuk bak kain buruk yang harus di buang ke laut. Bukan juga seperti pelikat koyak di buat pembungkus nangka. Apatah karpet yang sudah di kencing kucing saban hari dan di biar di pangkal pokok pisang. Semua nya bukan. Tapi agak muak bila perkara lama aku ulang kembali.

Percayalah bahawa. Dendam kesumat isabella..Bunga menyumpah yang pernah bertunas aku tidak bajakan. Malah aku cantas setiap kali ia cuba tumbuh mekar, namun baja-baja busuk dan pe el yang menyebabkan manusia mudah lupa cukup membuatkan jiwa aku mekar teramat, kembang tidak menguncup untuk mengucap kata nista.

Rasa hormat yang aku cuba pupuk hari ini bagai punah bila binatang haram yang aku pernah maksudkan dulu menimbulkan lagi kemarahan. Aku memang benar-benar mahu santau dia. Biar perut buncitnya bertambah buncit. Biar mulut busuk dia bertambah busuk. Biar bodoh dia bertambah bodoh. Asalkan dia tidak muncul di hadapan mata aku. Aku memang akan BENCI engkau. Selama-lama aku akan benci.

So tolong, selepas hati aku ini cuba berlembut, kau sakiti lagi. Sila lah faham, kau tidak perlu berlakon lagi depan aku. Kalau acuan kau memang binatang haram, kau tidak akan boleh tutup dengan sehelai lalang.

Jika kau tidak pergi aku harap ini 2 bulan terakhir aku di sini. Aku berharap sangat. 2 bulan ini adalah 2 bulan terakhir aku bertemu dengan engkau si gemok buncit yang tidak mandi pagi. Tahap kemarahan aku hinggakan aku mahu tumbuk muka perempuan yang engkau guna-guna. Aku mahu canang seluruh malaysia kau memang TAK guna.

Tapi aku cukup heran bila kau gula-gulakan si anak campuran itu. Dengar pulak dia? Kau tahu? Aku langsung tidak pernah berbual dengan anak campuran itu pasal engkau. Engkau pula?? pasti mengadu yang bukan-bukan kn?? dgn soalan ARE YOU COMING IN TODAY sahaja kau ingat kau bagus? Baik...pegi mampos.

2 komen yang perlu dibaca:

  1. aduhai! kisah yg terjadi dalam diri kamu?

    bersabar menghadapi!

    ReplyDelete
  2. iya..aku puas selepas menulis..jd aku mampu lebih sabar..TQ

    ReplyDelete

page

Followers