Saturday, November 28, 2009

patut @ tidak??

hari ini pagi di kampung..
cuaca makin sejuk dan hujan berlumba-lumba turun antara titik-titiknya.
aku masih dalam dilema. tapi lain kali aku akan ceritakan dilema aku..
aku sebenarnya ingin benar tahu nasib masa depan aku. sebab aku seorang yang takut merancang. aku akan pening kepala bila merancang pasal kehidupan. perkara paling aku tidak suka adalah merancang masa depan. lagi 2 minggu aku akan......lagi setahun aku akan.........

aku cukup tidak suka. bagi aku..jika perkara itu berlaku aku akan lakukan apa yang aku boleh lakukan waktu itu. tapi kali ini perlu atau tidak aku berubah dan merancang sesuatu? buatnya selepas ini aku mendapat tawaran lain tiba-tiba...bagaimana notis 3 bulan aku? patut atau tidak aku hantar notis awal sedangkan aku...

ah..ah..sakit kepala bila berfikir.

lama juga aku tidak mengupload ape-ape cerita. maklumlah..2 minggu kebelakangan ini hanya 3 hari aku masuk ke ofis. yang selebihnya aku di JB...3 kali ulang alik untuk 2 minggu ini. huhu..itu akibat tidak merancang barang kali..muehehehe..

apa yang menarik ke JB kali ini? erm..biasa-biasa aje...cuma agak kecewa bila mahu menonton wayang..semua tiket nya hanya 2012..huhhhh..bagaimana cerita lain? lantas aku kecewa dan membuat keputusan untuk tidak mahu menonton. rancangan seterusnya? makan bubur di sentosa..tapi..entah malang apa..aku sesat barat pula..terus hilang selera. nasib buah hati aku pandai memujuk..makan di simple street sebelah hotel selesa JB memang menarik. makanan sedap..dan dekorasi kedai menarik. dan ini pesanan. simple street bukan restoran mewah..hanya kedai di tepi jalan. tapi makanan dia class seperti hotel mewahan. bagi aku..yang penting...duit itu berbaloi dengan makanan yang aku makan. dan nasi lemak ayamnya aku beri 5 bintang..=p

dan........
itu saja untuk pagi ini..
bye

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers