Wednesday, August 13, 2014

diari naim : 1 tahun

memang da lama sangat tak berjaya nak mengapdate blog ni. lagi - lagi sejak ada bujang sorang tu. kat rumah jangan cakap la nak update blog, bukak computer pon dah tak dan.

bizi mengalahkan orang anak lima enam kan.

dalam tak sedar dah setahun da anak bujang mummy ni..sekejap je rasa dah setahun. setiap masa rasa nak cium dan gentel - gentel si bujang sorang tu. 
naim masih lagi menyusu badan. masih asyik tunggu mummy balik sekolah. then akan menyusu puas - puas.
dalam usia setahun, naim tak minum susu dari botol da. dia minum susu guna straw je. tak suka rasa puting tiruan mungkin. naim jugak tak hisap puting dan no bantal busyuk.

Alhamdulillah. naim anak senang di jaga.

eventho da setahun, naim belum tumbuh gigi lagi. mummy ada la gak rasa risau sebab anak orang umur 5 6 bulan dah tumbuh gigi. umur setahun dah 8 batang gigi. naim = xde gigi. heheh.
mummy pun kerap la search kenapa naim belum tumbuh gigi. ada orang cakap nak jalan cepat. tapi tak juga. naim masih berpaut pada sofa untuk bergerak. eventho dia sebenarnya dah boleh berjalan jatuh. tapi naim refuse untuk jalan. setiap kali suruh jalan naim duduk.

mak mana tak risau kan..

MIL lak asik banding2 kan naim dengan semua budak yang dia jumpa. alahai nak.... kesian awak.
tapi daddy pesan kat mummy, naim bukan sakit or apa. cuma belum masanya naim nak tumbuh gigi dan berjalan. tak payah nak risau or paksa - paksa. bila sampai masanya naim akan tumbuh gigi dan berjalan.

tq dd..

tapi sebagai mak - mak, sapa la yang tak risau dengan perkembangan anak kan.

lagi - lagi kalau anak kita tu selalu je nak di bandingkan dengan anak orang.

anyway..naim sihat walafiat eventho dia tak le berbadan semangat macam anak org yang tiba - tiba gebus gebas. badan dia slim je ha.
nak ngikut sapa ye tak...mak ayah dia kan selim melim..tak mungkin tetiba dia membesar nak berdouble chin bagai. 

dalam umurnya setahun naim dah faham arahan ringkas or perbuatan yang selalu di terap kan contoh

1. salam - dia  akan hulur tangan kanan dan cium tangan orang.
2. kiss - sama ada dia akan cium kita sambil bunyi2 or dia tadah pipi
3. five - dia tepuk tangan orang yang sebut five kat dia
4. azan - letak tangan kat telinga dan bunyi aaaaaa panjang
5. bila mummy/dady/mak/ayah sebut 'jom tengok moon' - dia akan tunjuk pintu (utk keluar) dan tepuk2 mulut then tunjuk atas (tunjuk moon)...
6. panggil nama - ame - utk mummy, abaah - dady, ayah - untuk semua org yang dia nak panggil, aye - air, mam utk makan
7. selak tudung / baju ami bila nak tek..dan sebut 'pat..pat..pat'  sebab suruh mummy cepat.
8. dah pandai mintak apa dia nak dengan tunjuk dekat mana barang tu ada.

mak mana yang rasa anak dia tak comel ye dak. semua akan rasa anak diaorang comel gile kalau dapat buat semua tu..camtu la gak aku.

now..
dia addicted tengok crita upin - ipin, iklan susu friso, pantang dengo lagu mesti nak berjoget dan pandai lentok2kan kepala if nak main cak2 dengan orang.

semoga shahrulnaim damien mummy membesar dengan sihat, menjadi orang yang bijaksana dan berbudi bahasa. 




~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, January 13, 2014

diari naim : Makanan yang diambil selepas 6 bulan

esok.
14/1/14
genap shahrulnaim damien permata hati ami ni 8 bulan.
dah dekat 4 bulan jugak la ami tak menulis dekat blog ni. sebab hari - hari rasa bz memanjang.
shahrulnaim damien membesar dengan sihat.
alhamdulillah.
setakat ni naim dah pandai merangkak. tapi sebab eksaited belum ada lagi ambil gambar naim semasa merangkak.
naim jugak dah banyak akal.
dah pandai nak main dengan abang irfan. suka main dengan abang alif dan pegi rumah paklong bila balik kampung.

anak dah besar. rasa seronok sangat.
happy bila tengok semua pergerakan dia.
masih lagi menyusu badan. eventho semua stok susu aku buang. :)..
naim stakat ni stop kejap pakai CD sebab dia dah aktif. so dady dia macam tak kuasa nak mengejar dia untuk pasang butang-butang CD.

kali ni nak share beberapa makanan yang naim makan.
naim start makan time dia 6 bulan. mumy lak cuma beli makanan yang sedia bancuh ngan susu badan je semua makanan dia


  • biskut farley's rusks. biskut ni biskut beras. ada beberapa perisa yang naim ambil antaranya ialah original, banana dan orange. masa mula - mula consume biskut ni naim tak menghadapi sebarang masalah penghadaman. rasa macam confident je bagi sebab naim suka. yang penting masa nak bagi anak pilihan makanan ni..mummy tengok zat yang di kandungi oleh makanan tu.


  • then bila dah consume biskut beras tu macam tak best pulak naim asik makan biskut siang malam. bila tengok jadual pun ada beberapa kali naim kena makan. so mummy pun pegi la tengok produk heinz yang lain. sebab masa dl ayah naim kerja atas kapal, dady selalu bawak balik heinz dalam botol untuk abang irfan. cuba jugak untuk naim beberapa perisa untuk naim. dari gel sampai la custard. last2.. botol yang ni naim paling suka. bila suap terlonjak2 gembira dia.. botol ni naim buat sebagai snek petang2 sementara nak menunggu makan berat.
  • ni pulak anakanda makan waktu diner. keledek dan lobak untuk makan malam. yang ni pun mummy bancuh guna susu mummy. so variety jugak la untuk naim makan. yang ni teksturnya macam kentang lenyek KFC tu. naim consume benda ni sampai la sekarang.  
  •  Baru baru ni pulak mummy tambah menu naim dengan makan gandum plak sebab naim nampak aktif. so mummy fikir naim boleh makan cerelac gandum dan bilis. tapi yang ni macam nak tukar menu lepas abis kotak ni sebab dah makan beberapa kali baru terfikir pasal ikan bilis tu di proses sekali dengan kepalanya. so macam tak best plak bagi naim makan kepala bilis skali.Tekstur cerelac ni lagi kasar dari baby royale tu. so a bit lambat la naim makan.
kalau ikut pola pemakanan sepatutnya berat naim bertambah berat. tapi risau gak bila si naim asyik beraktif tapi tak semangat macam anak orang lain. so terima la kenyataan bahawa bayi menyusu badan mempunyai berat badan paling ideal. hehe.

selain tu ada gak kasi naim biskut teething rusk bagai. tapi macam tak berbaloi beli sebab dia gigit2 lepas tu biskut jatuh. then kene buang. so rasa membazir. anyway..ada gak survey beberapa makanan bayi macam ella's kicthen bagai.

tapi bila bagi anak makan ni baca la ingredient dia betul2 jangan sampai tersalah beli benda2 tak sepatutnya dia makan.

mummy tengah berfikir2 untuk hantar naim amik jap pnemococcal. takut gak dengar pasal penyakit tu.. hmm..

bila tengok naim rasa nak hantar pegi jadi cover page pa & ma la.
agak2 dapat x?? hehe

buah hati ami : dady n naim <3 banyak2.="" br="">








    ~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

    page

    Followers