Wednesday, March 30, 2011

sayang orang yang sayang kita..

okeh.

bank da settle.
katanya aku guna banyak kali sangat kad tu dalam satu hari.
so. kad tu jadi hot card.

duit dah keluarkan.
haha.
berkepuk dalam handbag buruk tu.

tapi rasa was- was nak pegi jalan - jalan jadinya.

arini dah settlekan duti mak andam n hiasan bilik.
tinggal nak konfirmkan alamat aje ngan mak andam tu.

hantaran stil lagi tak bubuh dalam bakul sebab bakul kat kampung. takut pun ada sebab tiba-tiba pk. parent aku nak potong jambul anak si firdina ayuni dan akmal hakim. dah siap jemput orang marhaban segala.
then family bujang lak nak jugak sebelah petang sebab takut kelam kabut dari JB ke BP.

risau tiba-tiba takut majlis tertindan. kreta banyak-banyak nak paking mane. ceh. memula tak plan nak pasang kanopi pun. then tetiba pihak lelaki angkut 10 kreta semua.

baru je tlefon bonda kesayangan tanya persiapan majlis tunang aku kat kampung. alhamdulillah. kanopi dah tempah. tapi ada pulak kejutan mak aku buat. sebab majlis tunang aku ni sekali dengan marhaban untuk potong jambul 2 orang anak sedara aku. mak aku dah cakap kat orang marhaban aku akan baca berzanzi untuk hari tu.

hah!..

da la lama da tak baca. mau menggigil kepala lutut. time tu memang akan betul - betul lepas sarung cincin.
harapan sekarang cuma satu. harap semua berjalan lancar. kang malam jumaat kang mesti aku sebok tidur dengan berzanzi sebab dah lama tak brush up bacaan.

haha.

hari itu akan menjadi hari bersejarah selepas 10 tahun kiteorang kenal satu sama lain.

aku bukan memilih pada harta dan rupa. tapi aku memilih pada keserasian
bila orang cakap lama benar aku berkawan. dengan muka tak bersalah aku akan jawab
oh..nak buat macam mana..tak jumpa yang lain
yela kan. bukan sikit-sikit aku merantau. dari lepas SPM dah ke kuala pilah untuk amik pra sains. then sambung lagi dengan batch lain untuk diploma sains komputer. dekat 4 taun bermastautin di negeri sembilan. berpuluh kawan yang putus cinta. tukar pasangan. tak jugak aku jumpa yang lain

then sambung degree kat sh alam. 2 taun. masih kat takuk lama. dari yang single kawan aku. sampai dah anak 2. dari yang takde pakwe. dah rancang nak kawen.
aku masih dengan orang yang sama.

lepastu aku kerja setaun kat cyberjaya.
sama jugak gayanya.
kawan aku siap tunang. putus tunang. tunang lagi sekali.
aku....maseh macam tu jugak.

aku tetap setia pada bujang tu sorang.

then dapat pulak masuk KPLI. time tu je aku baru rasa. aku dah terlalu lama kawan dengan dia. umur pun dah nak habis sweet 20.. eceh...
then taun lepas barula kiteorang decide..

kiteorang perlu ikat janji.

berdozen orang kampung masuk meminang. merisik. bertanya. naik rimas mak aku menjawabnya. tapi mak yang sporting akan berkata
budak zaman sekarang. bukan boleh kita pilih2kan. kalau hati tak suka. tak jadi juga.
:) tabik pada bonda.

bertahun kiteorang kawan. berpuluh tempat aku pergi. aku kutip pengalaman. aku dalamkan ilmu bercinta. ilmu setia. aku harap semua tu berguna. lepas 10 tahun jugak aku tak pernah jemu untuk cakap aku sayang dia. dan terima kasih sayang.

sebab dalam 10 tahun ni jugak. dia cukup bersabar dengan karenah mak nenek aku. karenah mak janda katanya. huhu.
tapi biasalah.

kami tidak mengharapkan pasangan yang sempurna. dunia aku cukup ada dia dan yang Maha Esa. bukan family aku tolak tepi la. aku nak buat ayat romantik aja. family tetap kat ati

dunia kecil kami dunia sederhana.

aku tak gembur2 kan bakal suami aku orang ternama atau kaya.
kerabat diraja atau orang istemewa.

senyum sahaja bila orang tanya dan jawab
dia biasa - biasa aja. tak kaya tak berharta. tapi cukup membahagiakan
maka lepas ni. kalau aku boleh. mesti semua pun boleh kan.

sayang orang yang sayang kita..
itu kunci utama

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, March 29, 2011

menjelang hari bahagia

mental dan fizikal keletihan. ramai tegur kenapa macam tak bermaya 2 3 hari ni. tak tau nak explain camne. maybe sebab penat. mana nak pk personal life..keje lagi. dah dua tiga orang komplen da kat aku knape aku pilih rumah sekarang aku duduk ni. padahal dulu time aku ulang alik uda - sentosa takde sapa pon hirau aku balik jauh jalan kaki. bila aku dah duduk dekat. masing - masing suruh pindah sana sini. alahai. tau la aku jaga diri sendiri kot. sebab bab tu aku malas nak berbual kat sekolah. macam dieorang takde hal peribadi sendiri nak jaga. fine...korang memang suka menyibuk. aku tak boleh nafikan...

kegembiraan berganda diperolehi bulan ni. selain gaji masuk. aku kan bakal menjadi tunangan orang. gaji yang 3 bulan tunggu akhirnya dapat. pergh. berdebar jantung time nak check tu. last2 memang rezeki nak buat majlis sempurna. :)

3 days to go.
tinggal nak ambil kek. coklat. sirih junjung. yang lain semua nya selesai
dulang hantaran dah bertambah jugak jadinya. haish. tak boleh handle diri betul

1. sirih junjung - belum selesai (mak andak buat)
2. coklat - (tinggal ambil hari jumaat petang)
3. sampin + butang baju melayu - DONE
4. tuala - DONE
5. baju - DONE
6. kek - (ambil jumaat petang)
7. big apple - beli jumaat petang or pagi sabtu
8. sejadah - DONE
9. buah - sponsor by kak ida.

dari sebelah dia barang - barang rasanya pun dah cukup. semua pun pegi shopping sama - sama kan. so rasanya tinggal hiasan aje yang belum settle

1. cincin 2 bentuk
2. handbag
3. kasut
4. baju pasang
5.sirih junjung
6. kek
7. coklat

dalam sebok bergembira tu entah kenapa kad bank aku kena block. ingat nak settle hari ni. tapi balik petang sebab ada kursus zapin. then baju nak dipakai time hari tu pun belum lagi hantar dry cleaning.
sekejap lagi aku menapak pegi depan rumah untuk dry cleaning baju.
esok baru ambil.

persiapan kat kampung walaupun aku takde aku rasa memang dah siap mak n adik aku uruskan. dari segi hiasan rumah. bunga telur. susun atur perabot. jemputan. lauk pauk. goodie bag. semuanya berjalan lancar.
tinggal tengah pening kepala macamana nak siapkan bilik aku.

dah berbincang dengan kawan baik saya. dia cakap tak akan sempat kalau saya nak buat sendiri semuanya. even hanaran saya hanya lipat2 masuk bakul. belum lagi nak pergi kehulu ke hilir amik barang. beli dulang dan big apple. mana sempat nak menata rias bilik tidur.

sebab benda remeh tu la kadang - kadang jadi kusut kepala.
membuatkaan mud hilang
tak tahu nak buat apa.

yang penting adalah hari esok.
pegi bank. settle kad bank.
bayar duit andam.
transfer duit semua.

sekian.
prasaan sekarang adalah LAPAR...
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, March 27, 2011

trend parent zaman sekarang

oh.

kalau dikira dari entry pst aritu. memang belum sampai 60 hari berpantang. tapi sebab dah dapat persetujuan kedua belah pihak. majlis tu insyaAllah akan berlangsung pada 2.4.2011 ni.

serius takde ape maksud dengan tarikh yang kiteorang pilih ni. tapi tiba-tiba je decide nak tarikh tu. :)..
baju tunang idaman tu aku dah search merata tempat. masuk kedai tu. keluar kedai ni.satu pun takde menepati citarasa. sangat penat..hari ini misi mencari baju harus diteruskan sebab majlis bakal berlangsung dalam masa seminggu je lagi. then belum lagi buat persediaan. pastu memang takde cuti b4 majlis. ye la aku cikgu baru. rasa tak sedap nak apply cuti.

semalam dah pegi cari beg idaman untuk letak dalam dulang hantaran. pilihan encik bujang kali ni dipersetujui 100%. comel. kiut.

even 1 minggu b4 majlis pun aku masih blur lagi apa yang patut dibuat. tapi persiapan majlis macam..
1. lauk - pauk (done)
2. bunga telur (done)
3. jemputan (done)
4. kek - dah tempah
5. buah - 1 night b4.
6. sirih junjung - 1 night b4

so hari ini kena pergi cari cadar or patern pelamin mini yang nak dipasang. then terus cari baju bujang untuk letak dalam dulang hantaran aku. nak cari kasut untuk aku. mayb perfume untuk bujang.ape lagi??

hmm..hmm..

ituje.
sorry la. sejak kebelakangan ni sangat jarang letak info2 relationship or what. asik cerita pasal persiapan je. kan memang dah pesan. blog ni dah jadi macam diari hidup aku. so nak tak nak kena catit benda - benda yang terfikir dalam kepala otak aje.

***********************************
ok. dah.
cerita sikit pasal budak sekolah.
bola jaring dah tamat. so lepas ni no more to field. muka nak bertunang pun dah sunburn. haish. 1 week b4 bertunang boleh pulak aku terpaksa berjemur jerit2 tengah padang dan ikut sama bermain bola jaring. kegilaan tu memang tak boleh handle bab main bola2 ni. even duduk kat tepi padang pun jerit macam nak keluar anak tekak. haish.

next task pasal sekolah adalah zapin. wee...suka ++

bukan.
aku nak cerita pasal parent zaman sekarang.
sebab semalam baru je lepas mesyuarat PIBG sekolah.

aku bukan apa. bila dah jadi cikgu. aku lebih memerhatikan golongan keibu - bapaan ni. kadang - kadang mak bapak budak2 bukan calang - calang. gaji puluh2 ribu. tak masuk lagi dengan yang memang inherit family punya company. memang semua berjaya lah.
tapi yang peliknya. diaorang terlupa yang dieorang tu berjaya semua sebab tunjuk ajar cikgu masa dieorang muda - muda. even that dieorang lagi masak dengan proses pembesaran tu sebab dah melalui. dah jumpa cikgu2 yang memang suruh budak - budak buat kerja rumah. pukul dieorang sebab salah. ingat ada ke cikgu nak pukul2 anak orang ske2 ati. kan cikgu2 tu pun ada anak2 jugak.

trend zaman sekarang ni.
mak bapak lebih percaya kan anak.
tak rasa ke budak2 zaman sekarang lagi pandai putar belit alam. kita parent. mesti lagi tau pe el anak sendiri. tapi bila melibatkan pihak sekolah. macam semua anak kamu la malaikat. aku nak aje pesan kat parent yang rasa anak dieorang tu raja. hantar la anak pegi private school. senang.

tapi ni.
sama jugak. hantar anak pegi gov school. kat rumah memang la sorang @ 2 je anak yang parent kena jaga. tapi cikgu berbeza. satu kelas je dah 40 orang. kena pulak budak terjal yang memang asik tanak buat homework then bising dalam kelas. cikgu mana yang tak hangin??

ce cite..ce cite. kan...

so cuma nak pesan 1 benda sebenarnya.

buat apa2 kena fikir dulu. otakkan anggota yang Allah dah letak atas sekali. so guna otak dulu baru benda lain.

kang kalau aku seligi budak paling nakal kang. mau kena saman.
heh. tak guna.
takpe2. takpe.
anak kau raja.
kau bela la sendiri

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, March 14, 2011

baju tunang idaman

lamenye dah tak update. ni semua sebab gaji belum masuk dan broadband belum bayar. dah macam patah kaki dah keboringan. sekarang ni kat kampung. hari pertama cuti sekolah sebenarnya. sabtu ahad adalah tidak dikira. haritu, baru je ppd rendah johor bagi ldp kat semua cikgu2 sekolah aku. dan baru la aku tau kerja cikgu ni sebenarnya seminggu masih jugak 45 jam. tapi biasanya bukan ke cikgu tak pernah berkira pasal cuti.

dah lama gila aku tak balik kampung permai. rasa rindu sangat nak rasa sejuk2 pagi bila bangun. air bak air batu dalam kolah. bangun pagi2 tengok muka family. makan masakan mak. uh. rindu gile semua tu. cuti kali ni langsung taknak ganggu walaupun patut stayback nak latih budak bola jaring. tetap atur hari lain sebab nak cuti balik kampung.

ok. nak sambung cerita pasal persiapan untuk bulan depan. baru je semalam bakul - bakul hantaran siap digubah. hand made by bakal tunangan orang tu. tema dah tetap iaitu hijau putih. barang - barang nak letak dalam tu je belum cukup. kalau hias yang ada barula samping budak bujang kesayangan tu.

yang di sponsor adalah tuala.kek.buah.
yang kene beli ialah coklat. baju.
yang tinggal kene buat adalah sirih junjung.

maka cukup la tujuh dulang hantaran pada pihak lelaki.

nak cari barang pun memang la sangat susah. maklum la bila pasangan kontra ni. memang susah nak pilih apa-apa barang kan. yang tu aku akan buat untuk kisah 4 kami.

semalam jugak bersama akk ipar dan abang aku pegi survey butik pengantin untuk sewa baju tunang. cuma satu baju berkenan. dan pakej nya boleh tahan. tapi perlukan untuk survey 2 3 butik lagi sebelum konfirmkan tarikh.

agaknya kalau aku pakai baju cotton je time tunang.
ok x??

huhu.

tengah fikir sebenarnya. aku nak pakai apa sebenarnya time tunang nanti. sebab basic tema adalah hijau putih dan hantaran dah letak hijau. ingatkan nak ambil pelamin mini warna hijau dan aku berpakaian serba putih.
contohnye macam ni la. baju putih belakang putih hijau

antara idaman baju tunang macam gamba bawah ni.
simple
takde renda2.
sangat rimas dengan renda semua tu
nak yang simple.
nice.
tinggalkan ingatan
haha

cerewet kan..
ye. ini baju idaman.
tak pun baju memey pakai time tunang tu. sweet aje bajunya. bukan sebab aku suka pasangan ni. tapi aku suka baju yang memey pakai time majlis tu. simple je
tengok baju memey. tengok baju memey. haha

tapi taktau la sempat ke tak nak pegi tempah. yelah. majlis kurang dari sebulan dari sekarang. kain pun belum beli. bujang sebok suruh sewa aje. tapi satu baju pun cari tak berkenan lagi.

dan dah pk advance ciket masa nikah nak pakai baju yang patern camni gak. masih taknak renda-renda segala.

so encik bujang. setuju atau tidak?

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers