Tuesday, March 29, 2011

menjelang hari bahagia

mental dan fizikal keletihan. ramai tegur kenapa macam tak bermaya 2 3 hari ni. tak tau nak explain camne. maybe sebab penat. mana nak pk personal life..keje lagi. dah dua tiga orang komplen da kat aku knape aku pilih rumah sekarang aku duduk ni. padahal dulu time aku ulang alik uda - sentosa takde sapa pon hirau aku balik jauh jalan kaki. bila aku dah duduk dekat. masing - masing suruh pindah sana sini. alahai. tau la aku jaga diri sendiri kot. sebab bab tu aku malas nak berbual kat sekolah. macam dieorang takde hal peribadi sendiri nak jaga. fine...korang memang suka menyibuk. aku tak boleh nafikan...

kegembiraan berganda diperolehi bulan ni. selain gaji masuk. aku kan bakal menjadi tunangan orang. gaji yang 3 bulan tunggu akhirnya dapat. pergh. berdebar jantung time nak check tu. last2 memang rezeki nak buat majlis sempurna. :)

3 days to go.
tinggal nak ambil kek. coklat. sirih junjung. yang lain semua nya selesai
dulang hantaran dah bertambah jugak jadinya. haish. tak boleh handle diri betul

1. sirih junjung - belum selesai (mak andak buat)
2. coklat - (tinggal ambil hari jumaat petang)
3. sampin + butang baju melayu - DONE
4. tuala - DONE
5. baju - DONE
6. kek - (ambil jumaat petang)
7. big apple - beli jumaat petang or pagi sabtu
8. sejadah - DONE
9. buah - sponsor by kak ida.

dari sebelah dia barang - barang rasanya pun dah cukup. semua pun pegi shopping sama - sama kan. so rasanya tinggal hiasan aje yang belum settle

1. cincin 2 bentuk
2. handbag
3. kasut
4. baju pasang
5.sirih junjung
6. kek
7. coklat

dalam sebok bergembira tu entah kenapa kad bank aku kena block. ingat nak settle hari ni. tapi balik petang sebab ada kursus zapin. then baju nak dipakai time hari tu pun belum lagi hantar dry cleaning.
sekejap lagi aku menapak pegi depan rumah untuk dry cleaning baju.
esok baru ambil.

persiapan kat kampung walaupun aku takde aku rasa memang dah siap mak n adik aku uruskan. dari segi hiasan rumah. bunga telur. susun atur perabot. jemputan. lauk pauk. goodie bag. semuanya berjalan lancar.
tinggal tengah pening kepala macamana nak siapkan bilik aku.

dah berbincang dengan kawan baik saya. dia cakap tak akan sempat kalau saya nak buat sendiri semuanya. even hanaran saya hanya lipat2 masuk bakul. belum lagi nak pergi kehulu ke hilir amik barang. beli dulang dan big apple. mana sempat nak menata rias bilik tidur.

sebab benda remeh tu la kadang - kadang jadi kusut kepala.
membuatkaan mud hilang
tak tahu nak buat apa.

yang penting adalah hari esok.
pegi bank. settle kad bank.
bayar duit andam.
transfer duit semua.

sekian.
prasaan sekarang adalah LAPAR...
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers