Sunday, April 3, 2011

kisah manis kami : tempat dating paling best

bila nak tulis siri 4. tetiba dah putus idea nak sambung diari cinta kami. tapi. semalam. status kami dah bertukar jadi tunangan. tunang orang darah manis kan..

kali ni niat sebenar aku nak sambung aku punya cerita. cerita santai - santai ingat kisha manis kami berdua. tapi tak tahu nak catat yang mana satu. sebab moment2 istimewa senang di ingat tapi sangat payah dicerita.
oho...dah ingat. kali ni nak cerita..tempat dating paling tak boleh lupa.

haha.

dulu - dulu kiteorang jarang jumpa. yelah. aku belajar jauh. dia kat johor aku kat n9. dia kt JB aku kat BP. zaman muda - muda bukan ada kereta ke apa. bukan leh dating mewah2 macam budak sekarang. dah ade kereta masing-masing.

so bila ada kesempatan aje baru kiteorang jumpa. tapi tetap sweet sebab dah lama tak jumpa. akan jadi rindu. then malu - malu.
tapi..aku bukan jenis cover2 segala.

satu hari tu aku turun JB. sebagai orang seni. aku selalu nak pegi dating dekat taman bunga. kat JB ada satu tempat nama dia hutan bandar. kira macam hutan simpan tengah bandar ah. siap dengan taman rama - rama segala. sejuk aje mate memandang.

dah lama tak jumpa. aku perlukan tempat rilex camtu untuk berkongsi masalah segala. boleh spend time yang berkualiti tanpa hiruk pikuk kota. eceh..

kami pun pergi la dating kat ctu satu masa tu. dah lama aku nak dating kat ctu..tapi tak penah terkabul. then atas kesempatan yang ada..aku dan dia menuju la ke hutan bandar JB..dah kat taman tu. kiteorang gunakan la masa sebaiknya. pegi taman bunga. pegi taman orkid. pegi jalan2 atas batu. tengok-tengok bunga sekeliling.

sangat bahagia.

tapi setiap tempat yang aku pegi tu. aku merengek nak bunga yang ada dalam taman tu. dalam taman orkid. aku nak suruh dia petik orkid. tapi nak orkid paling tak strategik tempatnya. kiranya kalau dia petik memang akan kene marah. haha..

then pegi mana2 tempat aku akan ungkit nak bunga..nak bunga.

sebab b4 tu dia kasi aku bunga. punya la malu nak usung bunga tu kehulu ke hilir kat bastand. hah.
malu.

so kali ni bila aku nak bunga dia tak kasi plak..mana aci kan.

aku merengek nak bunga tu sampai la kiteorang da nak klua hutan bandar tu.
bujang aku kan memang sabar melayan karenah aku.

dia layankan aje.

tp biasala kan. kalau aku pilih untuk tulis entry ni mesti la ada kenangan tersendiri.

kalau korang perasan. pintu masuk setiap taman-taman camtu akan ada pasu - pasu bunga kat tepi - tepi. then aku terus cakap lagi..
tak dapat pun bunga kat dalam taman tadi. ee.sedih..
dia stil boleh buat muka tak tahu aje.
tapi entah kenapa. entah tiba-tiba. tangan dia nak petik juga bunga orkid dalam pasu sambil cakap.
nah amik ni.
yang buat aku gelak nak mati bukan apa. bunga tu bukan petik sekuntum. tapi semua pokok tercabut. punya la gelabah kiteorang nak cover and tanam balik pokok tu.
mana tak gelabah. sah2 tulis kat area ctu dilarang petik bunga.
haha.

kan dah kena.
padan muka kami.

tapi bila ingat balik. itu antara kenangan manis kiteorang bersama. even sampai sekarang, kami berdua tak pernah lupa sweet memory tu. hihi.

korang pun sebenarnya mesti ada sweet memory camni kan.
tapi tula. setiap kiteorang keluar dulu - dulu mesti ada benda yang sweet2 camni terjadi. dan sebab tu la boleh teringat - ingat sampai susah nak lupa antara satu sama lain.

majlis semalam berjalan lancar. tapi tu la. makeup je rasa macam frust. bulu mata sangat berat. then shading hidung jelas sangat. even bujang banyak komplen cakap andam tak sesuai dengan aku. huuuuu..tapi majlis dah lepas kan. takpe la. masa kawen n nikah ada lagi.

aku kan neceral biuti. tak solek pun cantik. hihi.

korang komen la sendiri muke aku cam gini..
mulut aku nampak macam mak kepoh kan. lebor aje..haha
then nak letak satu gamba bahagia..
kang gamba len aku upload later. hihi.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

9 komen yang perlu dibaca:

  1. wow!putih gitu...congrats again lin..bila majlis?

    ReplyDelete
  2. kalau banyak duit. tahun ni. hihi.
    kalau tak..taun depan.

    ReplyDelete
  3. alahai kak lin...dah macam akad nikah dah..congrate!

    ReplyDelete
  4. huhu. ala. kecik2 aje nii la hajar

    ReplyDelete
  5. chumel jer..a'ah la cm nikah jer..tahniah k.lin..copat2 tau kawen..ngee

    ReplyDelete
  6. tq sara. kang akk kawen akk mesti lagi chumel. hihi

    ReplyDelete
  7. congrats lynn..dah tunang~!...nnti majlis jgn lupe jemput yea..

    ReplyDelete

page

Followers