Friday, April 22, 2011

you might have loved and lost once, but that does not mean you cannot love another.

dah lama tak kongsi idea apa-apa. untuk bahan bacaan umum pun dah kurang.
tadi sebok tanda buku sambil google2 gamba-gamba menarik.
then jumpa quote ini.
then..
terus rasa macam feeling.

ade gak pegi tengok blog frmheadtotoe.com. sangat comel minah korean tu. makeup sikit je pun dah cantik.

oh. ye..gamba tunang dah siap. kang bile dah balik kampung then da amik. boleh upload untuk kenangan. eventhou tunang aku kate tak cantik.
aku pasrah je. siap komen taik lalat cenonet kat pipi aku hilang sebab mak andam solek tebal sangat. ingat time bersolek tu aku leh ke bukak mata..gerak2. komen2. kan tak boleh.
pasrah je camne pun mak andam tu solek.

mesti die nyesal ah tu.
heh!.
jahat...

kiranya sekarang ni tengah menghitung hari nak hidup sendiri-sendiri balik. macam bertaun2 yang lepas. macam 10 tahun yang di lalui. then baru la bahagia tak sampai pat bulan. dah kene pisah balik.
memula sayu.
then pk balik..10 years b4 this elok je jauh2. kang taun depan nak sambung master kat oversea. nak tinggal lagi en tunang tu. camne..
ni dia pi keja kat kolumpo je kot.
tak jauh mane.

kan da lari topik lak. bek smule..bek smula


oo.nak share pasal quote kat ats tu. itu sebenarnya lebih pada kata-kata semangat buat sape-sape yang penah rasa frust.
kene tinggal balak.
putus tunang.
kene tinggal gf.
tunangan lari.
isteri curang.
laki ade orang lain. then cerai.

kiranya keberantakan hubungan la..

apa yang perlu kita percaya adalah. setiap kedukaan yang melanda pasti ada sinar yang terang disebaliknya. contoh macam qoute tu cakap. mungkin kita pernah ada cinta.
mungkin kita pernah hilang cinta.

tapi semua tu tak bermakna kita tak boleh dapat cinta lagi. tak boleh bercinta lagi..boleh. kita boleh bercinta lagi walaupun telah hilang cinta.


analoginya sama.
kalau kau ada ayam goreng.
then ade kucing curi ayam goreng ko tu.
menangislah kau berhari - hari sebab tak sempat rasa ayam goreng tu. sedangkan kau dah lama idamkan nak makan ayam goreng tu tadi.
kalau kau fikir positif. pandang benda tu lumrah alam. memang dah nasib nak jadi camtu.
tentu kau tak nangis2 macam dunia dah berakhir.
mesti kau terus je pegi drive tru KFC or MCD untuk beli ayam goreng baru n terus ngap.
ha..
btol x?

btol kaaaaaaaaaaan.

ye. aku memang selalu betul!. hihi

sebab tu jugak. aku selalu peratikan.
jadi GF kedua selepas lelaki itu putus cinta sangat bagus. ada beberapa faktor.
  1. dia tak akan jadi BF kita lama - lama dah. paling lama pun 6 bulan then trus sebok ajak kawen tanpa tunang lama-lama.
  2. akan tatang kite bagai minyak yang penuh. then sanggup buat apa je kalau kita layan dia baik.
  3. akan dapat BF yang dah steady kerjanya sebab dia biasanya dah melalui zaman susah bersama GF pertama.
  4. tak payah banyak berkorban. lelaki dah established mesti da ada kreta. duit dalam acc dah berkepuk.
  5. lagi pandai hargai perempuan
so...korang pk la.
kalau ada calon2 bekas BF orang yang putus cinta. takpun tunang orang yang kene tinggal. bek korang ngurat skang.

kan chegu da cakap.
you might have loved and lost once, but that does not mean you cannot love another.

maka. teruskan usaha


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

derhakanya seorang anak

semalam.
magrib.

aku dengar orang jerit-jerit.
mula-mula tak jelas. makin lama makin jelas.
sebab bilik aku bilik depan.
ada perkataan yang aku dengar sangat jelas.

aku duduk area kawasan cina kat sini.
memang.
tapi aku berjiran dengan seorang hajah.
aku tau makcik sebelah ni hajah pun sebab makcik gerai depan tu bahasakan diri jiran aku ni hajah. so aku tau la jiran aku melayu.
dia ada beberapa orang anak perempuan.
seorang sekolah lagi.
seorang mungkin dah masuk universiti umurnya.
sibuk pegi dating2 segala.

aku bukan nak cerita sangat pasal makcik sebelah.
tapi aku nak cerita kebiadapan anak terhadap hajah tu.

magrib semalam tercalar bila aku dengar suara anak perempuan tu marah hajah tu.
marah yang amat sangat.
marah yang aku rasa melampau

then terus sayu..
aku yang jauh dari mak..
terus teringat2.

terus rasa nak menitis air mata.

sedangkan cakap
ah
dah berdosa apa lagi bila si anak tengking2 hajah tu. hajah membebel bila anak dia balik lewat keluar dating balik dekat nak magrib. ye.
mungkin hajah agak konservatif fikirannya.
tapi tak salah dia menegur.

ini hanya apa yang aku dengar. yang buat aku tambah lagi sayu terkenang hajah sebelah tu.
eh mak. nak tidur..tidur lah! nak memekak apa!!? dari balik tadi tak habis2. dah tua memang macam tu. nyanyuk jangan di bawa-bawa.
aku dapat bayangkan.
betapa sedih dan tergurisnya hati seorang mak.

terus aku feeling sayu then tepon tanya keadaan mak aku.
haih.
budak zaman sekarang.
masa kecik ditatang macam minyak yang penuh
dah beso.
jadi camni.
rasa macam nak pijak bagi mati.

bagi racun tikus bia terencat otak.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, April 20, 2011

andai lelaki tahu....

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


credit to cik gugel

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, April 19, 2011

dear encik bujang


saya.
tetap rindu awak

saya tetap sayang awak.

doa........
jodoh kita sampai bila2.

lepas ni kita jauh.
jangan lupa saya

lepas ni awk jauh.
saya tetap

ingatkan awak.


ps.i.love.u


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

A - level

tadi.
aku kagum dengan kelas math sendiri.
semalam tak masuk kelas buat pertama kali lepas 4 bulan mengajar.
sebab semalam hantar budak - budak pegi stadium untuk majlis perasmian MSS Johor.
meriah.
memang sangat!.

mungkin sebab aku tak masuk semalam.
hari ini anak - anak murid sangat mendengar kata. salin nota dengan laju. dengar arahan dan buat seperti apa yang disuruh.

time buat latihan.
senyap.
ade dua tiga orang je berkutik nak datang jumpa nak tanya soalan.

dalam hati pun kagum dieorang behave camtu.
hati pun senang.

mesti dieorang rindu kat aku...
hihi.

da lama macam takde info menarik aku nak share kan.
yela.
sekarang dah jarang shopping cam keje swasta dulu. tiap2 bulan nak beli baju baru.
so otak pun macam tak berkembang.
keje swasta dulu aku rasa minda sangat terbuka.
hari - hari rasa dapat belajar benda baru.

walaupun cabaran berlainan. dan keja sekarang pun ada cabaran. tapi rasa macam tak menjana minda untuk bergiat lebih aktif.
rasa macam kerja dah tak smart dah.
kelam kabut aje.

lagi banyak benda remeh yang menyusahkan kepala otak dan tak menjana minda sebenarnya. bukan apa.

hari ini terasa mengidam nak makan nasi lemak simple.
lapar.
lapar.

diet semua kelaut dah.
kan dah cakap.
memang hangat taik ayam je konon taknak makan malam.
kebulur weh.
tak boleh handle.

nak baca paper pun. sekarang takde benda menarik.
esok da start minggu matematik kat sini.
so nak share cket benda menarik time google2 soalan math.

kalau bijak sila jawab.
sangat keeewwwwwwl

heheh.

siap tulis masa 1 menet je untuk 4 soalan yang membawa 100 markah.
itule.
dah kate.
orang bijak math ni.
logiknya tinggi.

tak caye..
meh tgk jawapannya..

ha..
skarang percaya kan..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Thursday, April 14, 2011

benda mistik

internet.
bila guna dialing.
lagi laju dari aku connect guna page bband maxis tu. hari tu hampir - hampir je terminated line ni sebab langsung takleh search mana-mana page.

then aku suspect comp aku yang cukup buruk n tah pape. format. trus boleh guna balik. heheh. trus tanak install ape - ape kat laptop sebab nanti berat trus takleh nak update blog.
bila ada internet.
hidup tak sunyi sangat walaupun tanpa bf.

arini nak crite benda mistik sikit.

harini sangat rajin. bangun pagi awal sebab pagi kena ajar budak membaca. tapi itu bukan yang aku nak cerita. aku nak mention yang hari ni hari aku macam tenang aje. aku siap basuh baju. masak. then dengan khusyuk buat report bulan 3. sebab tanak dikacau aku rasa nak aje tutup hp. tapi pk takut ada emergency. aku bia je tepon tu bukak.

semua arini berjalan lancar. dah lepas masak tu. aku basuh la kuali dan pinggan kotor. kat rumah ni aku sorang. aku tengah khusyuk basuh pinggan sambil nyanyi2 lagu aku rasa macam ada orang tengok je setiap perbuatan aku.

sedetik dua.
aku boleh tahan lagi.
sebab aku yakin.
aku sorang kat rumah.

aku terus nyanyi-nyanyi. aku tetap rasa macam ada orang pandang-pandang aku. then dah siap perah span pinggan. aku toleh belakang.
aku tetiba je nampak macam ada kelibat hitam betul - betul sebelah aku.

perh.

terperanjat memang takleh nak cakap.
seyes.
dah 2 3 kali aku rasa masa aku dok umah ni. tempat yang sama.

jantung aku terus berdegup kencang. masuk bilik. bukak tudung. trus duduk atas katil sebab macam blur.
aku duduk.
tengok cermin
jantung masih berdegup laju.
serius aku tak tipu.
memang ada lembaga belakang aku.

kadang-kadang aku terjaga aku nampak macam kat awang-awangan.
gaknya kalau tinggal sorang-sorang memang camni gaknye.
trus aku niat nak pindah.

nak cari rumah yang suci sikit.
tak pun tu petanda suruh aku bertaubat.
jangan buat dosa. then trus pakai tudung cendawan.
heheh..

aku memang penah terpikir nak pakai tudung cendawan tu satu hari nanti. tapi tak tau lagi bila. mungkin bila sampai waktunya. aku harap. masanya akan sampai tak lama lagi.

sekarang ni hidup makin selesa sebab sukan semua dah habis dah. boleh fokus pada kerja - kerja kurikulum dan zapin sepenuhnya. tapi zapin pun just monitored orang lua aja anak murid aku. then nak pilih beberapa bakat terpendam untuk bulan 7 ni.

dan persediaan untuk PKSR 1 ni. walaupun KP sivik tak bagitahu aku kena buat soalan. aku dah tahu. memang aku yang akan kena. taknak aku kecoh2 tanya. kang kena sindir baik punya.

haih2.
nak pindah..
nak pindah..
nak balik batu pahat. mengajar kat kampung.
duduk bawah ketiak mak.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, April 13, 2011

do.mi.nos.

genap 2 minggu
mengidam dominos.
tapi stil tak dapat makan lagi.

lagi temper bila. ada orang janji nak bawak makan ujung minggu lepas. then mungkir janji. trus rasa macam jauh hati. siap trus terasa dah takde sapa sayang.

haha.

then stil lagi pujuk ati cakap. nanti bujang free dia ajak la. tapi tunggu sampai hari ni. sampai tulis kat blog tajuk yang sama. tak jugak bujang ajak.
padahal boleh aje pegi sorang-sorang.
tapi nak buat apa.
dah takde makna.

hari ni sedih.
eh tak. gembira.

eh...

entah. hari ni apa feeling tah.
mayb harini tak dapat mesej gudmoning dari bujang kot.

tapi harini bukan sebab tu perasaan bercampur baur.
sebab mesej petang si bujang tu.

haih..

ujung minggu lepas. dengan izin aku jugak si shahrul pegi intebiu jadi crew cabin MAS. aku pk tak salah kalau dia cuba walaupun dalam hati berbelah bagi.
yelah.
kehidupan FA..kan ke sosial. aku tengok kawan aku yang jadi FA tu. ske2 je tayang2 body la. pegang2 awek la. siap laga-laga pipi la. kalau aku la lepas ni tengok gamba shahrul kat facebook camtu.

ha.
nak rasa apa.

tu la. mulut gatal bagi izin. ha padan muka.

then tadi MAS dah cal shahrul. dia dapat jadi crew cabin MAS. dapat jadi steward tu. tapi aku plak yang meroyan macam sedih. padahal dia blom pegi ke ape. tapi yela kan.

kang beras aku habis. sape nak belikan?
kang aku demam sape nak bawak pegi klinik?
kang aku nak balik. sape nak jemput?
kang aku nak makan malam sape nak bawak?
kang aku sedih2 sape nak pujuk?

dia?
huh.
kang biiiiiiiziiiiiii aje memanjang.
dah jumpa awek cantik. leher jenjang. hidung mancung. pinggang ramping. bontot macam biola.
mau lupa dia dah ada tunang.

waaaa.
tak puas hati la.
nak mrajuk sminggu baik x?


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, April 12, 2011

benarkah itu kawan baik aku?

pening.
balik sekolah sekarang asik membuta.
even badan tak naik. tapi otak terasa makin lembap.
cerita pasal borang kissm..sebok orang kat facebook kecoh cakap nak mohon bende tu lepas dapat surat pengesahan jawatan SPP.
bila tanya kerani sekolah aku yang cemerlang. rupanya dah lama dah dia hantar sebelum aku sebok2 tanya. heheh.
sangat salute dengan kak baizura.
dahla cantik
buat kerja tiptop. memang patut dapat pengurusan pengkeranian terbaik.

hari ni buat entry tak tahu nak tulis apa. tapi sangat kesunyian dan boring. maka terbitla entry ni. dari aritu sbenanrnya aku nak bagi tips buat sifir. tapi gamba dah ilang akibat komputer bengong ni kena format selalu.

oh.

saja nak mention tajuk kat atas tu.

sekarang nak jugak cakap. aku ada kawan terbaik dalam hidup. aku sangat senang dengan kawan baik aku. sepanjang 27 tahun aku hidup ni..ini antara kawan terbaik yang pernah aku jumpa.
aku jarang bandingkan kawan - kawan aku
selalu..aku berkawan seiklas hati. aku memberi bukan untuk dibalas. dan aku biasanya amat tidak berkira pasal kewangan dengan kawan - kawan baik aku.

pernah dulu.
aku rasa aku ada kawan baik sepanjang zaman. even aku pegi universiti. kerja. sambung belaja balik. aku tak pernah miss lawat dieorang.
tak pernah miss untuk tanya khabar.
aku sanggup naik tren redah segala semata - mata nak hangout dengan dieorang.
aku jugak tak pernah kisah dieorang tak pernah pegi melawat aku kat rumah time dieorang free.

aku bodoh.
tak sedar hal itu.

setiap kali aku suruh lepak area rumah aku. dieorang cakap rumah aku jauh. tapi mulut dieorang ringan pulak tanya kenapa aku tak melawat dieorang kat sana.
demi kawan.
aku tahankan.
lagipun aku sorang. yang sorang xpela pegi ketempat yang ramai orang.

then.
aku still rasa dieorang kawan baik aku.
hal gembira. selalu aku kongsi dengan dieorang.
bagi aku.
mereka kawan aku
kawan dari kecik hingga dewasa.
dari zaman naif ke zaman kerja.

aku masih terasa mereka penting dalam sebahagian hidup aku. aku perlukan mereka untuk aku hidup. padahal dalam tak sedar. aku bernafas tidak menjadi satu sumbangan pun dalam kehidupan dieorang.


lately.
bila aku fikir kembali. baru aku sedikit sedar..
aku tak rasa dieorang hargai aku.
dieorang pandang aku sepi dan tak perlu.

pernah aku redah jarak dari rumah ke rumahnya. membontot belakang trak tentera.
semata - mata memenuhi jemputan yang diberi.
semata - mata tidak mahu mengecewakan hati sahabat sendiri

fine.
mayb penghargaan terlebih buat sahabat yang pernah bergelar kawan

tunang aku pernah kata.
aku yang butakan mata.
tulikan telinga.

that's it.

sekarang.
tak lagi.
sorry sahabat yang pernah menjadi teman.

maaf.
aku sudah tidak bisa memaafkan.
hati aku kematu.
aku dah sedia melepaskan mereka bebas pergi dari hidup aku.
aku juga telah sedia mengambil angin baru.

menobatkan insan bergelar sahabat pada orang baru.

:).
aku sudah punya teman baru.

semoga berbahagia kawan.


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, April 8, 2011

aku dah free. tapi orang dengki

sekarang ni.
balik sekolah dah kurang aktiviti yang wajib aku jaga.
olahraga dah habis.
bola jaring dah lawan.

cuma jadual penuh isnin dengan KMK math.
selasa meeting cikgu
rabu - koko

tapi semua tu menampakkan aku tak bizi macam mula - mula aku masuk sekolah ni.
termasuk hari jumaat sebelum aku balik kampung sebab majlis tunang aku. aku dah balik ontime 2 kali.

then hari rabu pagi ada cikgu bagitau aku. PK 1 aku mengata kat cikgu lain. aku dah nampak malas. time tu bukan setakat aku punya darah naik kepala. tapi rasa berganda bengang.
aku pendam je benda ni. aku survey2 pasal benda tu kat beberapa orang cikgu.

kesimpulan : dia memang suka cari pasal dengan orang yang tak bodek-bodek dia. tanya pendapat dia.

heh.
aku ni memang dari dulu. cukup tak suka dengan orang hipokrit camtu, depan kita bukan main lagi baik. buruk-buruk kan orang lain. tapi belakang kita makan bangkai.

dan aku tak boleh terima.

semalam aku masuk opis. aku jumpa PK koko nak tanya pasal keputusan pertandingan kawad. then orang tua tu terus tegur aku.
how your filing PPGB? ***** punya dah tebal you know. i have seen the file.

then tanpa perasaan aku jawab "my file? of course ongoing. i think my file lagi tebal kot."
aku terus je tinggal dia tanpa perasaan. anak buah dia tu pun tiru aku nak buat filing. ada hati nak puji budak tu. yang aku bengangkan bukan sebab dia puji budak tu. tapi memang dia backup budak tu spy budak tu nampak baik dan aku yang faul.

padahal aku yang bertungkus lumus

aku simpulkan senang je. dia cemburukan aku sebab aku banyak kemahiran
1. dia tak reti komputer - aku sangat pandai
2. dia tak reti bersukan - aku sangat aktif
3. dia kaki pendek - aku ramping kurus
4. dia tak ramai kawan - aku banyak orang dampingi
5. dia tak mesra dengan aku - aku mesra dengan semua orang kecuali dia

hihi

so baik doa yang baik - baik aje untuk aku.
doakan aku kaya.
aku boleh bukak rumah anak yatim
boleh bina masjid
boleh bukak pusat tuisyen yang lebih besar dari kumon.

then aku nak hired semua kawan - kawan baik aku untuk kerja sekali.

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, April 3, 2011

kisah manis kami : tempat dating paling best

bila nak tulis siri 4. tetiba dah putus idea nak sambung diari cinta kami. tapi. semalam. status kami dah bertukar jadi tunangan. tunang orang darah manis kan..

kali ni niat sebenar aku nak sambung aku punya cerita. cerita santai - santai ingat kisha manis kami berdua. tapi tak tahu nak catat yang mana satu. sebab moment2 istimewa senang di ingat tapi sangat payah dicerita.
oho...dah ingat. kali ni nak cerita..tempat dating paling tak boleh lupa.

haha.

dulu - dulu kiteorang jarang jumpa. yelah. aku belajar jauh. dia kat johor aku kat n9. dia kt JB aku kat BP. zaman muda - muda bukan ada kereta ke apa. bukan leh dating mewah2 macam budak sekarang. dah ade kereta masing-masing.

so bila ada kesempatan aje baru kiteorang jumpa. tapi tetap sweet sebab dah lama tak jumpa. akan jadi rindu. then malu - malu.
tapi..aku bukan jenis cover2 segala.

satu hari tu aku turun JB. sebagai orang seni. aku selalu nak pegi dating dekat taman bunga. kat JB ada satu tempat nama dia hutan bandar. kira macam hutan simpan tengah bandar ah. siap dengan taman rama - rama segala. sejuk aje mate memandang.

dah lama tak jumpa. aku perlukan tempat rilex camtu untuk berkongsi masalah segala. boleh spend time yang berkualiti tanpa hiruk pikuk kota. eceh..

kami pun pergi la dating kat ctu satu masa tu. dah lama aku nak dating kat ctu..tapi tak penah terkabul. then atas kesempatan yang ada..aku dan dia menuju la ke hutan bandar JB..dah kat taman tu. kiteorang gunakan la masa sebaiknya. pegi taman bunga. pegi taman orkid. pegi jalan2 atas batu. tengok-tengok bunga sekeliling.

sangat bahagia.

tapi setiap tempat yang aku pegi tu. aku merengek nak bunga yang ada dalam taman tu. dalam taman orkid. aku nak suruh dia petik orkid. tapi nak orkid paling tak strategik tempatnya. kiranya kalau dia petik memang akan kene marah. haha..

then pegi mana2 tempat aku akan ungkit nak bunga..nak bunga.

sebab b4 tu dia kasi aku bunga. punya la malu nak usung bunga tu kehulu ke hilir kat bastand. hah.
malu.

so kali ni bila aku nak bunga dia tak kasi plak..mana aci kan.

aku merengek nak bunga tu sampai la kiteorang da nak klua hutan bandar tu.
bujang aku kan memang sabar melayan karenah aku.

dia layankan aje.

tp biasala kan. kalau aku pilih untuk tulis entry ni mesti la ada kenangan tersendiri.

kalau korang perasan. pintu masuk setiap taman-taman camtu akan ada pasu - pasu bunga kat tepi - tepi. then aku terus cakap lagi..
tak dapat pun bunga kat dalam taman tadi. ee.sedih..
dia stil boleh buat muka tak tahu aje.
tapi entah kenapa. entah tiba-tiba. tangan dia nak petik juga bunga orkid dalam pasu sambil cakap.
nah amik ni.
yang buat aku gelak nak mati bukan apa. bunga tu bukan petik sekuntum. tapi semua pokok tercabut. punya la gelabah kiteorang nak cover and tanam balik pokok tu.
mana tak gelabah. sah2 tulis kat area ctu dilarang petik bunga.
haha.

kan dah kena.
padan muka kami.

tapi bila ingat balik. itu antara kenangan manis kiteorang bersama. even sampai sekarang, kami berdua tak pernah lupa sweet memory tu. hihi.

korang pun sebenarnya mesti ada sweet memory camni kan.
tapi tula. setiap kiteorang keluar dulu - dulu mesti ada benda yang sweet2 camni terjadi. dan sebab tu la boleh teringat - ingat sampai susah nak lupa antara satu sama lain.

majlis semalam berjalan lancar. tapi tu la. makeup je rasa macam frust. bulu mata sangat berat. then shading hidung jelas sangat. even bujang banyak komplen cakap andam tak sesuai dengan aku. huuuuu..tapi majlis dah lepas kan. takpe la. masa kawen n nikah ada lagi.

aku kan neceral biuti. tak solek pun cantik. hihi.

korang komen la sendiri muke aku cam gini..
mulut aku nampak macam mak kepoh kan. lebor aje..haha
then nak letak satu gamba bahagia..
kang gamba len aku upload later. hihi.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Friday, April 1, 2011

di bumi bp akhirnya

pukul 2.30 waktu malaysia. aku selamat sampai menjejakkan kaki ke bumii bertuah batu pahat. kali ni macam mimpi aje. naik bas tak sempat tidur. baru je berbual dengan encik bujang. then dah sampai rnr machap. wah. ajaib. hihi

sampai aje BP. terus pegi air hitam untuk beli dulang berkaki segala. then adek aku sebok nak makan merybrown atas buaian yang suap asik nak tumpah aje sebab buai goyang - goyang. hahah. dah dapat segala yang aku idamkan terus aje gerak ke BP mall untuk servey tudung.

mak aku pulak pesan beli buah pinang, bunga hidup. gambir dan tembakau. yelah. alat-alat untuk sirih junjung kan.
balik aja rumah. pelamin tengah pasang. cadang nak buat kat bilik terus berubah sebab makcik-makcik sebok nak suruh letak pelamin tu kat luar. so nak tanak. anak muda kenala dengar cakap orang tua kan..kan..

aku terus balut2 baju. tuala kek segala dengan reben yang ada. nah..ini antara hasilnya
sejadah

tuala
sampin
yang lain takmo tunjuk sebab nanti nak upload sangat berat. tapi itu aje la yang termampu aku buat. then ade satu gamba pelamin kampung aku. haha
aku bajet nak dok atas katil cadar ijau je. last2 camni jadinyaeven pelamin ni simple je. tapi cukup la untuk aku buat majlis khatam berzanzi dan tempat sarung cincin tu nanti.


anywat tengah sibuk nak buat sirih junjung ni. esok aku update lagi ye.


salam sayang semua

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers