Sunday, January 25, 2015

Persediaan Bersalin

salam...

kali ni aku nak cerita pasal barang - barang yang perlu disediakan untuk dibawa ke hospital. sebelum bersalin anak sulong dulu, aku cari jugak dekat internet kelengkapan bayi yang perlu dibawa ke hospital. punya la naif..semua benda yang disenaraikan aku bawak. sudahnya ada 2 beg + 1 bakul makanan. punya la banyak barang nak dibawa.

sebab senarai yang disediakan tu banyak la aku nak tolong mak - mak yang bakal melahirkan ni dengan senarai ringkas + senang nak bawak bila discharge nanti. takde la berlambak barang nak diangkut time tu...

bagi aku bila bersalin anak kedua, pengalaman dari yang pertama tu la mengajar aku bila dah discharge nanti ada barang lain yang aku kena bawa ---> bayi baru lahir. masa time datang memang la muat tangan sebab bayi tu dalam perut. heheheh.

so ni antara barang yang perlu di bawa

untuk ibu

- kain batik - 1 helai.
- baju lengan pendek - 1 helai.
- tuala kecil

kenapa satu helai je?
sebab kat hospital, sejurus dapat je wad lepas bersalin, kita akan disuruh tukar baju hospital. satu sut lagi. kain n baju. so xpayah la nak bawak sampai 3 ke 4 pasang. bukan nak berkampung pon. incase if kita ni di warded kan agak lama. baru la suruh husband bawak baju. time memula tu tak payah la penuhkan beg dengan bawak kain n baju banyak2.

rasanya tak payah bawak tuala mandi bagai sebab dalam pantang tak elok mandi air sejuk. kat hospital mana nak dapat air panas nak buat mandi. tuala kecil (saiz tuala good moning) tu bley buat lap2 muka supaya nampak bersih sikit.

- disposable panties - 1 bungkus (ada dalam 5 helai)
- bra menyusu - 2 helai
- pad - dalam 5 keping (bagi aku tak payah beli maternity pad tu. sangat tak selesa nak pakai. baik la beli je pad biasa jenis overnight. brand aku suggest adalah whisper sebab serapan dia bagus. takde la rasa basah je. kalau amek brand yang atas cotton takde lobang2 kecil tu darah lambat menyerap. so penukaran pad akan menjadi lebih kerap. so xbest.)

- bedak, berus gigi + ubt gigi, sikat, deodorant.


untuk bayi

- baju - 2 pasang. tak payah bawak seluar pon. sebab budak kecik kena bedung bila klua hospital
- kain bedung. bawak la 2 helai. satu kain bedung tipis. satu lagi bawak la yang ada topi.
- pampers bayi - bawak dalam 5 helai gak
- tisu basah.
- tuala kecil (buat lap2 if baby muntah or nak guna lap2 lepas menyusu)

ok. itu jek.
yang kelengkapan ni semua letak dalam satu beg. kalo bley letak je la dalam tote bag. senang nak access. tak payah asingkan pon dalam 2 beg berlainan. letak sebelah - sebelah. tak payah la banyak beg sangat.

pastu, asingkan selai baju bayi tanpa seluar. 1 kain bedung dan 1 pampers. letak dalam plastik beg. yang ni nak guna lepas keluar labour room. so masa nak masuk labour room tu just bawak plastik beg tu je. senang. tak payah terbongkar2 beg yang korang dah packing tu.

bakul makanan

- termos air kecil
- bekas air. time ni kosongkan je. lagi senang bawak shaker. nak buat air boleh. nak sejukkan air untuk buat air masak pon boleh.
- 3 in 1 (cthnya milo or coffee)
- coklat bar or energy booster.
- biskut

eventho korang tak larat makan (if warded awal) korang akan perlukan semua ni sejurus lepas bersalin. sebab haus + lapo tau.

so.
itu je barang yang perlu korang bawak. tak payah la bawak barang banyak - banyak. sebab bila aku baca online. mak ai...banyak beno ha kena bawak.

untuk ibu - ibu yang bakal bersalin, goodluck.
semoga semua dipermudahkan.



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

11 komen yang perlu dibaca:

  1. saya skrg preg ank ke 3.brg2 yg Pn. Razlina bagi tu mmg ringkas dan amat di perlukan.betol..kadang tgk kt dlm wad tu smpai 2 3 bag mak2 bwk dtg hosp.mcm ssh je nk usung ke labour room ke wad.dgn sakit nk bersalin ..

    mommy to be blh rujuk persediaan ni ..
    5 star .. hehehe ..

    ReplyDelete
  2. kan....
    kesian tgk mak2 nak bersalin.
    mana sakit nak bersalin lagi. nak usung beg lg.
    lepas bersalin nak cari2 barang lagi..
    haish...byk kerja tu

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna lagi-lagi untuk 1st baby mcm saya, boleh letak dalam 1 beg je..senang....terima kasih atas info

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol. sbb kalau 1st- timer memang xtau kena bawak apa..
      anyway.. tahniah :)

      Delete
  4. Akhirnya jumpa juga senarai kperluan yg perlu dbwa ke hospital simple! Betullh, blog lain, smpi nk kne bwk pampers 15keping. Aneh juga lah. Tq ea, simple but perfect. Muah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih. tu la.. kalau warded lama je baru kena bawak 15 keping ye dek..

      Delete
  5. Thanks for sharing..nk tnya sempat ke kalau nak mandi wiladah lepas balik rumah? Atau kena mandi masa di hospital juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi wiladah tu mandi lepas bersalin if kita takde turun darah nifas..if masih ada darah nifas tak payah pun mandi wiladah.mandi wajib je lepas habis darah nifas. tapi untuk kepastian hukum yang lebih tepat, rujuk mana2 bacaan agama. takut lak tersalah faham bab ni...

      Delete
  6. finally..jumpe gak list yg ringkas..hihihi thanks pn razlina..
    anak 1st dulu mmg jenuh nk angkut beg spital tu.. list yg ni make sense.. ^_^

    ReplyDelete

page

Followers