Friday, January 23, 2015

Diari Naim : Umur 1 Tahun 8 Bulan

Shahrulnaim Damien bin Shahrulnizam sah bergelar abang pada 19 Januari 2015.

Journey Naim untuk 1 Tahun 8 Bulan

1. Dah boleh kenal anggota badan (bila kita tanya anggota tu atau suruh dia tunjuk anggota tersebut)

  • kaki
  • tangan
  • kepala
  • telinga
  • pusat
  • tetek
  • bebird
  • hidung
  • mulut
  • mata
2. Dah kenal orang yang selalu dia jumpa (dah boleh sebut) 
  • DD - dady
  • Mi - mummy
  • nenek
  • Atok
  • Ain dan Alif (nama sepupu kesayangan dia)
  • Yah - Ayah
  • Mak - Emak
  • Acu
  • Adek 
3. Dah boleh hafal no dan selalu sebut one to ten dengan lancar

4. Kenal beberapa gambar or benda yang dia nampak or sebut benda yang dia nak
  • ulat
  • apple
  • ball
  • ayam
  • quack - itik
  • bek2 cin - baik2 licin
  • jum nek tas - jom naik atas
  • jam
  • ower - flower
  • fish
  • pin pin - Upin Ipin
  • boboi - Boiboiboy
  • Ha5 - Hi 5
  • teb - Tab
  • shashak - cicak
  • aikim - aiskrim
  • syuk - masuk
  • wang - buang
5. Dah boleh ikut lirik Alif Ba Ta dengan lancar

6. Boleh Hafal beberapa nursery ryhme yang selalu dia denga mcm - 5 little duck, Hickory Dickory Dock n else..

7. Gigi baru aje tumbuh 6 batang dan susah untuk suruh dia gosok gigi. If nak suruh si Naim Damien ni gosok gigi kena cakap "Open Wide" baru la dia akan cakap "AAAAA"

8. Nak makan baca bismillah then cakap amin

9. pandai dah request nak tulis. then mintak pen or marker untuk conteng2.

10. Baru la sminggu dapat adek masih lagi kadang2 gian nak menetek.

Itu je kot stakat ni. bahu sakit. dalam pantang kan.
eheh
ada kena mengena tak?

p/s : semoga Shahrulnaim Damien membesar dengan sempurna, jadi anak bijak dan soleh. 

Amin..


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers