Tuesday, January 31, 2012

Check hati dengan pilihan anda

Check.

check.

check.

aku nak pesan. sebelum menetapkan apa jua perasaan yang kau dan kau pernah ada. apa jua. sila lah bekerjasama dengan hati. dengan perasaan.
sila beri perhatian sepenuhnya.
sebab. 
sebelum bermulanya sebuah perhubungan. semuanya diputuskan oleh hati sendiri. aku selalu sangat dengar. selalu sangat jumpa. orang itu dan itu menyesal dengan perhubungan yang pernah mereka jalani. menyalahkan takdir hidup bukan satu tindakan bijak sedangkan akal dan fikiran yang dibekalkan digunakan oleh kita sendiri.

bukan ada remote control macam astro. macam kipas. 

sebelum apa-apa jua terjerumusnya hati ke dalam perasaan halus yang bisa menggentarkan. kau tetapkan lah hati dulu. kau yakinkan perasaan kau dulu. kau putuskan untuk pilih perasaan yang kau nak tu tanpa penyesalan.

senang.

ini tidak. kau rasa takdir selalu tak menyebelahi kau. kau selalu rasa kau dapat pasangan salah. kau selalu rasa hidup kau melalui path yang susah. kau tengok orang lain senang je nak bahagia. tapi kau?

nak merasa bercinta dengan bahagia pun tak dapat. dan sekali lagi kau salahkan takdir. takdir tak adil!.

time ni. senang je aku nak conclude. kau tak jujur dengan diri sendiri.

kehidupan bercinta, berpasangan bukan perlu kau dan dia sahaja. kau perlu bertimbang rasa, bertolak ansur, give and take. bukan setakat barang. tapi ape2 pun. benda-benda ni jugak menentukan keserasian. bukan setakat bercinta malah sampai ke jinjang pelamin insya Allah.

rasa cinta yang di pinjam kan untuk kita, supaya kita bahagia menelusuri hidup. 
sebab itulah. aku mahu kau tetapkan hati bila bercinta. kadang-kadang kita merasa kita terlalu banyak pilihan dalam satu masa. Kau ada Ahmad. Kau jugak ada Abu. kau ada 2 pilihan. bila kau tulis pro dan kontranya, 
sedua-dua pilihan kau baik2 belaka.

aku pesan cuma satu

jika kau mencintai seseorang pada asalnya dengan perasaan sangat cinta. kau membaja kasih kau dengan sayang yang melimpah. kau memutuskan hanya dia Adam kau. dan Kaulah Hawanya. dan dialah yang pertama. tapi tanpa sedar, kau tersadung dan beralih cinta kepada yang kedua. Kau rasa yang kedua lebih sesuai dengan hidup kau sekarang. Tapi hati tetap takut melepaskan yang pertama. 

Membuatkan kau keluh kesah dan tak boleh memilih

nasihat aku satu

bila kau ada yang pertama. kau jatuh hati pada yang kedua. tinggalkanlah yang pertama walau sebaik mana pun dia. kerana, hati kau sudah terpaut pada yang kedua. jika cinta kau kuat untuk yang pertama tidak mungkin hati kau tersungkur dan terlihat yang kedua


**********************

sebenarnya aku celaru malam ni.
sebab tu jugak ayat aku tunggang langgang.
bunyi mercun kat luar rumah ni buat aku masih berjaga walaupun dah lebih tengah malam.
mungkin malam penutup.

aku sihat.
cuma rungsing.
sebab dah takde cuti
untuk aku fiting baju sanding.

sekian.

bahahahahah!

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Wednesday, January 25, 2012

rindu itu di ibaratkan.....

45 hari sebelum kami di ijabkabulkan
ada lagi sebulan lebih.
dan malam ni shahrul kerja
flight ke kota kinabalu. stay 1 mlm di sana.

tetiba je aku tergerak hati nak menulis sesuatu. sedangkan aku dah tarik selimut. dah tutup tv. even aku dah masuk bilik.
aku tiba-tiba terasa sangat rindu. rindu pada sang kekasih mungkin. atau sebenarnya aku kesunyian. pilih lah antara dua wahai hati.

aku masih gemarkan panggilan sayang meniti di bibir shahrul berbanding panggilan lain. aku pernah tanya. agaknya lepas kahwin apa panggilan baru untuk aku. berkawan lebih 10 tahun membuatkan semua panggilan kami telah gunakan.
dari awak-saya, kau-aku, i-u, bie-syg, papa-mama dan yang terbaru ni d-my. jawapan shahrul mudah.
lets go with tha flow eh
aku? mestila jadi tak sabar. bukan setakat nak mengharungi hidup baru bersama. malah terasa exaited nak dengar panggilan baru sempena alam baru yang kami akan tempuh. aku pernah berniat nak menghormati melalui panggilan. aku nak panggil dia abang

tapi seisi rumah uda panggil dia dengan panggilan itu. aku rasa menjadi tidak istimewa. pernah jugak aku fikir. tak istimewa di hati orang tapi yang penting istimewa di hati aku.
macam ni la bila perasaan rindu membelenggu jiwa. 
aku akan kerap menulis. terasa surut kerinduan yang membukit. 

jika di kira kuntuman bunga. perlu di sediakan berapa jambangan untuk menghitung kerinduan ini. kalau dikira duri semalu, sekebun getah perlu di redah, dan kalau dikira ombak dan badai, berhari bermalam perlu di tunggu.

mudahkan menggambarkan perasaan dengan alam.

perasaan ini pun kadang-kadang aku terbawa memikirkan nasib berjauhan dengan suami selepas kami berumah tangga. sebenarnya jika aku fikirkan aku mesti kuat. tapi bila rindu menghiris hati bagai saat ini, bagaimana aku harus meredakan ia supaya berhenti menghiris, berhenti menghimpit. 

perancangan hidup bukan ditentukan dengan kelipan mata. bukan juga bagai menarik tisu dari kotaknya. ia bagai mengupas bawang yang kadang kala mengeluarkan air mata..aku hanya perlu sebuah hidup yang ringkas. tapi tetap di selimuti bahagia.

aku perlukan mawar raudhah dalam hidup aku. aku perlukan iman dahlia dalam hidup aku. dan aku juga berharap agar ayahanda kepada mereka berdua sentiasa menemani aku di sisi suatu hari nanti.

perasaan gusar tak dapat aku buang dari benak fikiran.
aku risau majlis yang akan berlangsung. aku adakan keraian bukan untuk ditelagahi. aku inginkan suatu penyatuan. aku mahukan hari bahagia aku tersebut aku kongsi dengan semua yang aku pernah kenali.

aku cuma mohon satu

semoga semua yang mendatang akan membahagiakan kehidupan kami berdua.
:)


alwayz 2gether 2 the end..
lin&shahrul.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Tuesday, January 17, 2012

SPA..spa..spa..dan TERAPI

salam.
tetiba je kan. aku rindu nak tulis macam dulu. bila baca entry tahun - tahun sebelum ni aku blog sebab kadang-kadang aku rasa sunyi. kadang-kadang aku terlebih gembira. tapi sekarang aku macam asik fokus nak buat persiapan untuk kawen. tau la aku xsaited kan.

tapi..tapi..aku terasa malam ni. terasa aku dah hilang skil nak bercerita panjang lebar kat blog. komen2 hal semasa. apa kejadah agaknya aku makin lemah pemikiran ni.

tengah minggu lepas, aku ade gak pegi rumah mother in law to b...eceh2. haha. then tetibe je MIL aku tu tanya..aku takde ke sukan2 macam taun lepas. yelah. sekarang aku kan dah duduk rumah lain. dia rumah lain, dah tak boleh monitor da pergerakan aku kan. 

anak dia pun jauh.

aku pun mention la..aku kena gak patutnya turun padang. aku ada budak olahraga yang nak kena latih. budak bola jaring yang aku sendiri tak confirm akan hantar team atau tak taun ni. then cita-cita adalah tinggi nak latih pasukan hoki sekolah. :)

tapi direct je MIL aku sound 

" jgn main panas. nak bersanding nanti itam"

peh2 mak. tak kaver2 pon

sentap aku. tapi memang aku sedia itam pon dah. mungkin dia takot segan anak bujang dia yang hensem tu sanding dengan cikgu kulit berkerak. haha.

tapi tu la. takot gak aku nak turun padang. sekurang-kurangnya aku patut kuarantin diri sampai bulan 3. lepas tu nak lenjan tak pk ape2 dah. kalau lenjan sekarang terasa kerugian beratus2 ringgit duit yang aku bazirkan kat spa.

oh2 cerita pasal spa.

aku dah sebok da pegi buat lulur la. mandi la..itu la ini la.. stakat ni aku baru je buat benda2 basic je.
aku dah pegi lulur kopi - perasaan sgt malu sebab lulur satu badan
dah jugak buat bleaching budget leh putihkan badan. tapi mcm hampeh je. macam takde perubahan pun aku rasa.
then aku dah pegi mandi garam. oh2 da jugak pegi buat facial. 
lepas ni kena mantain je la kot..semua tu untuk sapa?

untuk en bujang aku la.

kang kalau berpanas. terus jd berkerak balik. kan da membazir pegi spa segala.

nak harap cikgu baru masuk cam aku dl. semua dah jd puan. so sekian terima kasih la. konfem dieorang taknak punye.

sekarang dapat 4 kelas math.

apa yang penat adalah bab tanda buku la. 

tiap2 hari akan ada buku nak kena tanda. sebab kerja rumah bukan calang-calang bagi kan.
terpaksa la bersengkang mata
tiap hari balik sekolah pukul 6.
sebab apa?
sebab nak tanda buku.


doakan la aku.
semoga tabah menghadapi tahun ke dua di sini.
mana tau rezeki murah. tahun ke 3 dah dapat duduk dengan suami..:)



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Monday, January 16, 2012

wedding preparation : my outfit for nikah

dah ambil kat tukang
simple. nice. 

takde kerawang or anything yang meriah
just ada borderlace di leher.
dan yang lain plain.

akan dipadankan dengan tudung putih + viel putih

nikah di masjid annur.
segala mesti simple n ringkas.
sbb petang dah nak majlis.

here the outfit..


x sabar nak tunggu pakai bj ni..

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~
Sunday, January 15, 2012

wedding preparation : step untuk hantar borang nikah

ampun.

sangat lama tidak post entry sejak tahun lepas yang telah berlalu hampir setengah bulan.
aku masih berada di johor bahru. maseh sibuk membuat perancangan hidup. macam-macam yang perlu di fikirkan.

masuk bulan febuari insyaAllah akan pindah ke condo baru. :)
eksaited untuk itu.

trasa sangat banyak benda yang perlu di atur untuk tahun ni.

kelas tuisyen akan start lepas raya cina. rumah akan pindah masuk bulan 2. so kena sewa lori nak angkut semua tu.
hantar dokumen untuk keluarkan kereta b4 bulan 3. then bulan 3 juga akan bertukar status..

mana tak semak nak pk semua tu.
mana nak arrange tuisyen. kerja ofis. mana nak pegi kelas lagi.
haih.

tapi dalam banyak kerja nak dibuat tu. berat badan tetap mantap. seumur hidup aku. tak pernah lagi cecah berat sekarang. peh2....sentap je..
sampaikan bila kluar dengan en abg, lepak2 dengan kawan2 en abg. semua tegur aku dah bam2. haha.
perasan gak ek diaorang. then terus risik2 dekat en abg. camne kalau lepas kawen gemuk. ayt en abg sedap aje dengar kat cuping telinga. dia sikit pun tak kisah. cuma soh kurangkan gendut perut. ehehe.

tapi serius dah maken boncet. owh2. tension sep. camne kang kalo bersanding nampak muncet. tak mo la.

tak sampai pun 2 bulan dah. kami akan di ijab kabulkan. trasa sangat eksaited n gementar.
borang nikah semua dah setel.
alhamdulillah.

just nak share camne proses hantar borang nikah tu.

1. settle kan borang nikah tempat lelaki dl. macam aku. suami org JB. so kena la buat kat pjbt agama JB. kena sediakan borang selengkapnya. saksi borang 2 orang. pengesahan bujang. n test HIV. senang cerita memula pegi beli borang n ikut instruction yang terdapat dalam borang pihak lelaki.

2. dah settle pihak lelaki..borang semua tu serahkan pada pihak perempuan. macam aku lagi. aku orang batu pahat. so en abg kena dapatkan kebenaran nikah luar kawasan : batu pahat. sekali dengan borang tadi akan dilampirkan surat kebenaran luar kawasan. pegi pejabat agama batu pahat. then terus settlekan borang perempuan

apa yang perlu di siapkan ?


  • HIV test - perlu buat di klinik or hospital kerajaan. sgt bersyukur sebab duduk kg. tak perlu tunggu lama..:)
  • Isikan butir2 dalam borang nikah yang boleh di beli di mana-mana pejabat kadi or pejabat agama. harga RM 5
  • sertakan sekali 
    • 2 salinan kad pengenalan pengantin perempuan
    • 2 salinan kad pengenalan wali
    • Akuan status bujang - yang ni boleh dapat dari tempat kerja or ketua kg
    • Sijil kursus Pra Perkahwinan - asal dan 2 salinan (yang asal hanya untuk cop je..akan di pulang balik )
    • Surat kebenaran nikah luar kawasan (di uruskan oleh pihak lelaki)
  • dah siap semua dokumen..sila pergi ke pejabat agama, berpakaian menutup aurat.
  • then bagi la kat kaunter tu semua borang. tunggu giliran untuk interview. 
    • Mengucap
    • Doa Qunut
    • Toharoh (bersuci, cth : niat mandi wajib)
    • Muamalat
    • Munakahat
  • dah interview bayar RM 17 untuk sijil nikah dan borang yang perlu di serahkan pada imam nikah kahwin..:)
  • booked tarikh nikah kat imam kahwin then settle..

iye.
itu je yang perlu di buat. settle.

aku pergi buat semua ni dengan en kesayangan aku. setiap kali lepas satu proses kat atas aku akan ckp dekat en syg :
dah boleh kawen da kite..

haha. gatal kan. tapi itu la keseronokan yang kami alami bersama.

sempat jugak aku pegi perbaharui IC dan buat pasport. semua settle seperti yang dijangkakan.

checklist untuk bulan ni

  1. dewan - confirmed
  2. catering n menu - confirmed by che meng
  3. baju nikah - done
  4. baju sanding - dah bagi measurement. pak andam dah booked for us kat bandung. + suka sebab dapat baju memang design for us
  5. PA sistem & DJ - booked
  6. Homestay - Booked n deposit 
apa yang belum settle adalah
  1. goodie bag
  2. tempah venue nikah
  3. beli kek kahwin
  4. settle cruze
  5. spa

dan semoga 2 bulan sebelum itu, aku berjaya melakukan semua dengan jayanya.

:)
badan penat tapi hati suka
hai. dari kami berdua..:) makan nasi minyak soon


~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

page

Followers