Tuesday, January 17, 2012

SPA..spa..spa..dan TERAPI

salam.
tetiba je kan. aku rindu nak tulis macam dulu. bila baca entry tahun - tahun sebelum ni aku blog sebab kadang-kadang aku rasa sunyi. kadang-kadang aku terlebih gembira. tapi sekarang aku macam asik fokus nak buat persiapan untuk kawen. tau la aku xsaited kan.

tapi..tapi..aku terasa malam ni. terasa aku dah hilang skil nak bercerita panjang lebar kat blog. komen2 hal semasa. apa kejadah agaknya aku makin lemah pemikiran ni.

tengah minggu lepas, aku ade gak pegi rumah mother in law to b...eceh2. haha. then tetibe je MIL aku tu tanya..aku takde ke sukan2 macam taun lepas. yelah. sekarang aku kan dah duduk rumah lain. dia rumah lain, dah tak boleh monitor da pergerakan aku kan. 

anak dia pun jauh.

aku pun mention la..aku kena gak patutnya turun padang. aku ada budak olahraga yang nak kena latih. budak bola jaring yang aku sendiri tak confirm akan hantar team atau tak taun ni. then cita-cita adalah tinggi nak latih pasukan hoki sekolah. :)

tapi direct je MIL aku sound 

" jgn main panas. nak bersanding nanti itam"

peh2 mak. tak kaver2 pon

sentap aku. tapi memang aku sedia itam pon dah. mungkin dia takot segan anak bujang dia yang hensem tu sanding dengan cikgu kulit berkerak. haha.

tapi tu la. takot gak aku nak turun padang. sekurang-kurangnya aku patut kuarantin diri sampai bulan 3. lepas tu nak lenjan tak pk ape2 dah. kalau lenjan sekarang terasa kerugian beratus2 ringgit duit yang aku bazirkan kat spa.

oh2 cerita pasal spa.

aku dah sebok da pegi buat lulur la. mandi la..itu la ini la.. stakat ni aku baru je buat benda2 basic je.
aku dah pegi lulur kopi - perasaan sgt malu sebab lulur satu badan
dah jugak buat bleaching budget leh putihkan badan. tapi mcm hampeh je. macam takde perubahan pun aku rasa.
then aku dah pegi mandi garam. oh2 da jugak pegi buat facial. 
lepas ni kena mantain je la kot..semua tu untuk sapa?

untuk en bujang aku la.

kang kalau berpanas. terus jd berkerak balik. kan da membazir pegi spa segala.

nak harap cikgu baru masuk cam aku dl. semua dah jd puan. so sekian terima kasih la. konfem dieorang taknak punye.

sekarang dapat 4 kelas math.

apa yang penat adalah bab tanda buku la. 

tiap2 hari akan ada buku nak kena tanda. sebab kerja rumah bukan calang-calang bagi kan.
terpaksa la bersengkang mata
tiap hari balik sekolah pukul 6.
sebab apa?
sebab nak tanda buku.


doakan la aku.
semoga tabah menghadapi tahun ke dua di sini.
mana tau rezeki murah. tahun ke 3 dah dapat duduk dengan suami..:)



~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers