Wednesday, January 25, 2012

rindu itu di ibaratkan.....

45 hari sebelum kami di ijabkabulkan
ada lagi sebulan lebih.
dan malam ni shahrul kerja
flight ke kota kinabalu. stay 1 mlm di sana.

tetiba je aku tergerak hati nak menulis sesuatu. sedangkan aku dah tarik selimut. dah tutup tv. even aku dah masuk bilik.
aku tiba-tiba terasa sangat rindu. rindu pada sang kekasih mungkin. atau sebenarnya aku kesunyian. pilih lah antara dua wahai hati.

aku masih gemarkan panggilan sayang meniti di bibir shahrul berbanding panggilan lain. aku pernah tanya. agaknya lepas kahwin apa panggilan baru untuk aku. berkawan lebih 10 tahun membuatkan semua panggilan kami telah gunakan.
dari awak-saya, kau-aku, i-u, bie-syg, papa-mama dan yang terbaru ni d-my. jawapan shahrul mudah.
lets go with tha flow eh
aku? mestila jadi tak sabar. bukan setakat nak mengharungi hidup baru bersama. malah terasa exaited nak dengar panggilan baru sempena alam baru yang kami akan tempuh. aku pernah berniat nak menghormati melalui panggilan. aku nak panggil dia abang

tapi seisi rumah uda panggil dia dengan panggilan itu. aku rasa menjadi tidak istimewa. pernah jugak aku fikir. tak istimewa di hati orang tapi yang penting istimewa di hati aku.
macam ni la bila perasaan rindu membelenggu jiwa. 
aku akan kerap menulis. terasa surut kerinduan yang membukit. 

jika di kira kuntuman bunga. perlu di sediakan berapa jambangan untuk menghitung kerinduan ini. kalau dikira duri semalu, sekebun getah perlu di redah, dan kalau dikira ombak dan badai, berhari bermalam perlu di tunggu.

mudahkan menggambarkan perasaan dengan alam.

perasaan ini pun kadang-kadang aku terbawa memikirkan nasib berjauhan dengan suami selepas kami berumah tangga. sebenarnya jika aku fikirkan aku mesti kuat. tapi bila rindu menghiris hati bagai saat ini, bagaimana aku harus meredakan ia supaya berhenti menghiris, berhenti menghimpit. 

perancangan hidup bukan ditentukan dengan kelipan mata. bukan juga bagai menarik tisu dari kotaknya. ia bagai mengupas bawang yang kadang kala mengeluarkan air mata..aku hanya perlu sebuah hidup yang ringkas. tapi tetap di selimuti bahagia.

aku perlukan mawar raudhah dalam hidup aku. aku perlukan iman dahlia dalam hidup aku. dan aku juga berharap agar ayahanda kepada mereka berdua sentiasa menemani aku di sisi suatu hari nanti.

perasaan gusar tak dapat aku buang dari benak fikiran.
aku risau majlis yang akan berlangsung. aku adakan keraian bukan untuk ditelagahi. aku inginkan suatu penyatuan. aku mahukan hari bahagia aku tersebut aku kongsi dengan semua yang aku pernah kenali.

aku cuma mohon satu

semoga semua yang mendatang akan membahagiakan kehidupan kami berdua.
:)


alwayz 2gether 2 the end..
lin&shahrul.
~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers