Tuesday, January 31, 2012

Check hati dengan pilihan anda

Check.

check.

check.

aku nak pesan. sebelum menetapkan apa jua perasaan yang kau dan kau pernah ada. apa jua. sila lah bekerjasama dengan hati. dengan perasaan.
sila beri perhatian sepenuhnya.
sebab. 
sebelum bermulanya sebuah perhubungan. semuanya diputuskan oleh hati sendiri. aku selalu sangat dengar. selalu sangat jumpa. orang itu dan itu menyesal dengan perhubungan yang pernah mereka jalani. menyalahkan takdir hidup bukan satu tindakan bijak sedangkan akal dan fikiran yang dibekalkan digunakan oleh kita sendiri.

bukan ada remote control macam astro. macam kipas. 

sebelum apa-apa jua terjerumusnya hati ke dalam perasaan halus yang bisa menggentarkan. kau tetapkan lah hati dulu. kau yakinkan perasaan kau dulu. kau putuskan untuk pilih perasaan yang kau nak tu tanpa penyesalan.

senang.

ini tidak. kau rasa takdir selalu tak menyebelahi kau. kau selalu rasa kau dapat pasangan salah. kau selalu rasa hidup kau melalui path yang susah. kau tengok orang lain senang je nak bahagia. tapi kau?

nak merasa bercinta dengan bahagia pun tak dapat. dan sekali lagi kau salahkan takdir. takdir tak adil!.

time ni. senang je aku nak conclude. kau tak jujur dengan diri sendiri.

kehidupan bercinta, berpasangan bukan perlu kau dan dia sahaja. kau perlu bertimbang rasa, bertolak ansur, give and take. bukan setakat barang. tapi ape2 pun. benda-benda ni jugak menentukan keserasian. bukan setakat bercinta malah sampai ke jinjang pelamin insya Allah.

rasa cinta yang di pinjam kan untuk kita, supaya kita bahagia menelusuri hidup. 
sebab itulah. aku mahu kau tetapkan hati bila bercinta. kadang-kadang kita merasa kita terlalu banyak pilihan dalam satu masa. Kau ada Ahmad. Kau jugak ada Abu. kau ada 2 pilihan. bila kau tulis pro dan kontranya, 
sedua-dua pilihan kau baik2 belaka.

aku pesan cuma satu

jika kau mencintai seseorang pada asalnya dengan perasaan sangat cinta. kau membaja kasih kau dengan sayang yang melimpah. kau memutuskan hanya dia Adam kau. dan Kaulah Hawanya. dan dialah yang pertama. tapi tanpa sedar, kau tersadung dan beralih cinta kepada yang kedua. Kau rasa yang kedua lebih sesuai dengan hidup kau sekarang. Tapi hati tetap takut melepaskan yang pertama. 

Membuatkan kau keluh kesah dan tak boleh memilih

nasihat aku satu

bila kau ada yang pertama. kau jatuh hati pada yang kedua. tinggalkanlah yang pertama walau sebaik mana pun dia. kerana, hati kau sudah terpaut pada yang kedua. jika cinta kau kuat untuk yang pertama tidak mungkin hati kau tersungkur dan terlihat yang kedua


**********************

sebenarnya aku celaru malam ni.
sebab tu jugak ayat aku tunggang langgang.
bunyi mercun kat luar rumah ni buat aku masih berjaga walaupun dah lebih tengah malam.
mungkin malam penutup.

aku sihat.
cuma rungsing.
sebab dah takde cuti
untuk aku fiting baju sanding.

sekian.

bahahahahah!

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers