Monday, February 6, 2012

Wedding Preparation : Goodie Bag

salam maulidurasul.

selamat juga bercuti di kampung.
punya la kelam kabut jumaat hari tu. tak sempat jugak buat kad bank pagi-pagi. BSN memang la. berapa kali tah nak block kad aku. da la pekerja BSN masai tu belagak. ceh.

cuti-cuti ni aku siapkan goodie bag. alhamdulillah. setelah usaha keras dapat jugak aku cari beg kertas recycle yang aku idamkan. punya la aku pusing seluruh bp cari benda tu. pegi air itam lagi la hampeh. langsung gak tak jumpa.

aku ade gak berusaha nak menghasilkan bunga manggar dari kelopak bunga. aku belajar semua dari bog B2B jugak. lenkali aku bagi link tu. aku lupa blog kak shaja tu ape.
so kali ni biar gambar bercerita..

masa dah buat-buat gudi beg tu, aku pun mms shahrul camne hasilnya. then bincang punya bincang bakal laki aku tu komplen ckp aku buat gudi beg terbalik. haha. aku pun macam blur je tak phm mksud dia terbalik tu. sebab aku bayangkan reben tu atas tag terima kasih yang aku buat.
pastu dia pun siap hantar lukisan apa yang dia bayangkan. ni la gambarnya..

awak. awk pandai melukis. kehkeh. dpt A

dan ni pulak gudi beg yang aku buat. haha.
sah-sah terbalik. tapi dah lekatkan lebih kurang 200 pcs kot. aku pon biakan je la.
seni tu kan tak kira camne pon. haha. lagipun aku pk bwh reben tu aku akan lekatkan bawah reben tu.


gambar-gambar kat bawah ni gambar aku buat bunga manggar sendiri

bahan-bahan
 apa yang diperlukan adalah
  1. gunting
  2. gam uhu
  3. soletape bunga
  4. dawai 20, 24 & 28
  5. kelopak bunga
aku pintal-pintal..ikut tutorial sebijik2.
jadi la bunga manggar emas aku.
then kawan aku komen.

bunga manggar aku dah jd bunga harum sundal malam. aku pun rasa camtu jugak..haha. tapi dah buatkan.
tibai je la.

bunga manggar - harum sundai malam
 dan usaha aku diteruskan dengan design tag terima kasih.

aku masih belum buat bunting lagi oh. tinggal lagi sebulan
ado..pening sep.

dan jadi la tag kat bawah ni.
sebelum tu aku nak bagi kredit kat lurvering sebab aku amek burung ni dari blog dia.
then aku edit balik guna inkscape.

ni je la yang mampu. semua DIY..
'saya syg awk' burung tu ckp

sekarang aku tengah sebok nak cari masa fiting baju sanding. tak sabar nak tgk..:)
semoga semua berjalan lancar.

oh2 tak lupa.
nak ucapkan tahniah kat kak azila ali.
kenduri di terengganu kelmarin.

tahniah akk..
semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga akhir hayat. semoga bahagia selalu. n senyum sokmo.  jadilah hawa kepada adam mu sebaik mungkin. biasakanlah akal mengatasi hati. biasakanlah lidah tunduk mengerti. salam syg..lin

~c.i.k.g.u.l.i.n.a~

0 komen yang perlu dibaca:

Post a Comment

page

Followers